Monday, July 28, 2008

BUAH TANGAN DARI PAKNIL

Ini adalah buah tangan terbaru dari Paknil. Album yang menggabungkan single-single Paknil sebelum ini terbitan KRU Studios Sdn Bhd. Antara lagu-lagu yang diterdapat dalanm album ini adalah Jangan Cepat Marah, Teramat Sangat, Prof Klon dan single terbau dari Paknil, Toyol.
Di sini Paknil turunkan Prakata Paknil di kulit Album 'AZNIL' ini:
ALHAMDULILLAH
Lahir jugak album mini ini walaupun beransur-ansur sempat saya rakamkan. Terima kasih kepada KRU STUDIOS yang tak pernah penat meyakinkan saya untuk melahirkan album ini.
Saya bukan penyanyi tapi Edry kata saya boleh nyanyi. Saya nyanyi tak merdu tapi Edry kata dia boleh ajar. Saya tak tahu teknik menyanyi tapi Edry kata belajar dari kesilapan. Hisy....Edry ni tak penat ke?
Dalam diam, siap jugak Jangan Cepat Marah, Prof Klon, Teramat Sangat dan Toyol. Tengkiu Edry kerana tak banyak ubah stail saya. Edry mahukan lagu-lagu yang saya nyanyikan ada jiwa dan diri saya. Dia tak ajar saya jadi orang lain walaupun saya pada mulanya nak nyanyi stail Anuar Zain, Jamal Abdillah, Awie dan Faizal Tahir....hehehe
Lagu-lagu yang dirakamkan dekat dengan jiwa saya. Terutama lagu TOYOL yang saya ingin abadikan bagi mengenang keindahan Allahyarham Sudirman Hj Arshad menghiburkan masa remaja saya. Al- Fatihah buat Allahyarham Sudir.
Terima kasih buat Norman dan Yusry yang turut mengiyakan idea Edry.
AC yang lebih dari rakan kerja pun kena bertanggungjawab atas penglibatan saya pada projek ini.
Pengurus saya Azlan dan pembantu peribadi saya Key yang sentiasa bagi komen atas persembahan saya, Terima kasih gak!
Pada famili saya, adikberadik dan mak, Anil buat album ni sebab Anil minat nyanyi. Ingat lagi masa Anil kecik, sering nyanyi bawah pokok, nyanyi depan radio gram, berangan dan guna katil jadi pentas? Sekarang, album ni pelengkap cita-cita Anil.
Fifi & Riki permata hati Papa, terima kasih kerana pinjamkan Papa masa untuk buat kerja-kerja ni, Papa banyak berhutang masa dengan anak-anak Papa tapi Papa tau anak-anak Papa semua faham kerja Papa.Ini cara Papa cari duit untuk kita sayang. Papa sayang Fifi n Riki!!!
Pada penyokong-penyokong saya, peminat-peminat saya, anak-anak kecil yang menyayangi saya, keluarga-keluarga Malaysia yang mendoakan saya, rakan-rakan yang menghargai saya....Hanya Tuhan yang dapat membalas budi dan jasa anda.
Pada rakan wartawan dari Media cetak dan elektronik, tegurlah saya jika saya lupa diri. Terima kasih atas huluran tangan untuk membantu sejak dari dulu.
Stesen-stesen Tv dan radio, bukakan ruang untuk saya serikan saluran anda!
TERIMALAH ALBUM INI SEBAGAI MANA ANDA TELAH MENERIMA SAYA SEJAK 18 TAHUN DULU. TERIMA KASIH SEKALI LAGI!!!!
aznilhjnawawi

Sunday, July 27, 2008

KELAKAR TULLLLL!!!!!

Paknil terserempak dengan lori ni masa nak gi kerja. Kelakar tul ejaan 'MUATAN' kat belakang lori ni. Yang herannya, si tukang tulis ni masa dia tulis tak kan tak terpikir aper makna MUNTAN nih?
Ni lah sebab kalau kerja pakai tangan dan tak guna otak. Takkan bangsa asing yang buat kerja nih? Kot iyelah orang Bangla atau Nepal yang buat keje nih, takde orang tempatan yang check ker?
Alahai...sampai dah buruk dah tulisan ni pun takde orang nak betulkan! kita tumpang ketawa jelah...

Thursday, July 24, 2008

MEMANG GEMPAK JELAJAH ERA!!!!

UNTUK SIRI JELAJAH ERA BERSAMA PERODUA VIVA DI TELUK KEMANG, PAKNIL TAKNAK KOMEN BANYAK. CUMA PAKNIL HARAP KORANG DAPAT NILAIKAN KEHEBATAN SAMBUTAN PENYOKONG ERA.FM DI SANA.PERSEMBAHAN INI SEBENARNYA PAKNIL RAKAM SENDIRI KETIKA JINBARA MEMBUAT PERSEMBAHAN. TU SEBAB GAMBAR PAKNIL TAKDE HEHEHE

video

(JANGAN ADA YANG MUAT TURUN VIDEO INI UNTUK APA KEGUNAAN SEKALIPUN TANPA MENDAPAT KEBENARAN DARIPADA PAKNIL. TERIMA KASIH)

Saturday, July 19, 2008

JELAJAH ERA KAT BATU PAHAT

SATU PENGALAMAN YANG SANGAT BERBEZA BAGI PAKNIL DALAM MENYERTAI KELUARGA ERA MELALUI JELAJAH ERA BERSAMA PERODUA VIVA.
PAKNIL BEGITU TERSENTUH BILA RAMAI WARGA BATU PAHAT YANG TURUT MEMBERI SOKONGAN UNTUK JELAJAH INI.
DARI KONSERT BERMULA PUKUL 8.30MLM SAMPAI KONSERT SELESAI PUKUL 10.30MLM, PENONTON BEGITU SETIA MENANTI DAN BAGI SOKONGAN.
YANG PAKNIL NAMPAK, JUMLAH PENONTON DARI IA BERMULA SAMPAI KONSERT JELAJAH SELESAI MAKIN BERTAMBAH.
PAKNIL LEBIH TERHARU BILA ADA YANG MEMBAWA KELUARGA MENONTON BERSAMA.
TERIMA KASIH KEPADA MAKCIK2 DAN AKAK2 YANG BERSUSAH PAYAH MEREDAH LAUTAN MANUSIA UNTUK DATANG BERSALAMAN DENGAN PAKNIL.
TERIMA KASIH PADA ABANG2 YANG SANGGUP MENJUNJUNG ANAK2 KECIL UNTUK DIBAWA KEDEPAN PENTAS AGAR DAPAT PAKNIL BERSALAMAN MEREKA. ADUH! NAK NANGIS PAKNIL DIBUATNYA.
TERIMA KASIH KEPADA ANAK-ANAK MUDA YANG BEGITU BERSOPAN MENONTON DAN MEMERIAHKAN KONSERT.
APALAGI YANG PAKNIL DAPAT UCAPKAN SELAIN DARIPADA JUTAAN TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA.
ADA YANG MASIH TAK HENTI MELAMBAI PADA PAKNIL DAN RAKAN2 WALAUPUN KAMI TELAH BERADA DALAM BAS DAN BEREDAR UNTUK MENINGGALKAN LOKASI.
TERIMAKASIHTERIMAKASIHTERIMAKASIHTERIMAKASIHTERIMAKASIH



Monday, July 14, 2008

KEBESARAN TUHAN!!!


SUNGGUH AGUNG KEBESARAN TUHAN. KADANG-KADANG KITA TERLUPA AKAN DIA. MAKA DI WUJUDKAN PELBAGAI CARA AGAR MENGINGATKAN KITA KEPADA NYA. SEHARUSNYA KITA MENGINSAFI KEBESARAN TUHAN. DARI GAMBAR2 YANG DIPAPARKAN INI KITA TIDAK MEMPUNYAI ALASAN LAGI UNTUK 'TERLUPA' PADA NYA.
ADA YANG MULANYA BUKAN ISLAM KAGUM DENGAN KEHEBATAN TUHAN YANG KITA SEMBAH TERUS SUJUD PADANYA DENGAN MEMELUK AGAMA ISLAM GARA2 PETUNJUK KEAGUNGANNYA DI MUKABUMI.
HERAN BILA KITA YANG DILAHIRKAN DI DALAM KELUARGA ISLAM BOLEH LALAI AKAN YANG MAHA ESA.
SAYA BUKAN SEORANG PENDAKWAH, TETAPI KALAU BLOG INI DIKUNJUNGI LEBIH 18,000 PENGUNJUNG, APA SALAHNYA KITA HAYATI KEHEBATAN ALLAH YANG BOLEH MENGINSAFKAN KITA.


Friday, July 11, 2008

ALHAMDULLILLAH....TERIMA KASIH ATAS DOA KALIAN

Paknil ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyokong2 Paknil kerana mendoakan Paknil ketika berada di Tanah Suci baru2 ini. Paknil cuma dapat titipkan gambar kenangan Paknil di sana untuk berkongsi kegembiraan ketika berada di sana. Bukan tujuan riak tetapi sebagai rasa ingin berkongsi terutama pada mereka yang belum pernah ke sana. Paknil doakan agar dimurahkan rezeki dan kesihatan kalian untuk dijemput juga sebagai tetamu Allah. Amat manis kenangan di sana dan terasa diri ini kerdil sangat sebagai insan ciptaan Tuhan. Keinsafan begitu tebal mengenangkan kekhilafan yang dilakukan sehingga tak tertanggung menitiskan airmata. Insyaallah, Paknil cuba menjadi insan Tuhan yang lebih baik. Doa dan pujian buat junjungan kita Rasullullah Muhamad SAW, Keluarga dan Para Sahabat Baginda. AL-FATIHAH
(PAKNIL HARAP GAMBAR2 INI TIDAK DISALAHGUNAKAN DAN TIDAK DIPINJAM UNTUK APA TUJUAN SEKALIPUN. IA HANYA SEKADAR MEMENUHI PERMINTAAN PEMBACA BLOG INI. HARAP HORMATI PERMINTAAN PAKNIL)