Sunday, November 30, 2008

SELAMAT TINGGAL SEMUA. INSYAALAH KITA JUMPA LAGI!



Assalamualaikum semua yang singgah ke blog Paknil ni. Ini merupakan posting terakhir Paknil sehingga Paknil kembali ke tanahair nanti selesai mengerjakan ibadah Haji, InsyaALLAH. InsyaALLAH jugak, besok 1 Disember, Paknil akan berangkat ke Tanah Suci. Kesempatan ini Paknil ingin memohon maaf dan ampun kepada mereka yang mengenali dan yang tidak mengenali Paknil, yang minat dan yang tak minat Paknil, keluarga, sahabat, rakan media dan penyokong2 Paknil di sini yang sentiasa memberi semangat. Doakan kesihatan Paknil agar dapat menjalankan ibadah dengan tenang dan agar perjalanan ibadah Haji dapat Paknil lakukan dengan tenang dan lancar. Paknil akan turut doakan kesejahteraan buat semua yang ditinggalkan di sini dan seluruh umat Islam sejagat. Sehingga kita jumpa lagi, InsyaAllah....ASSALAMUALAIKUM!
LABAI KALLAH HUMMA LABAIK
LABAIKALA SYARIKALA KALA BAIK
INNAL HAMDA WALNI’MATA
LAKAWAL MULK
LA SYARIKALAK


(Hamba Mu datang menyahut panggilan Mu, Ya Allah hamba Mu datang menyahut panggilan Mu, Hamba Mu datang menyahut panggilan Mu, Tuhan yang tiada sekutu bagi Mu, Hamba Mu datang menyahut panggilan Mu, sesungguhnya segala pujian nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaan Mu, tidak ada sekutu bagi Mu)

Friday, November 28, 2008

TARAAAAAAAAA!!!!!



Saje jer nak share ngan kowrang semua! Sebelum Paknil berangkat ke Tanah Suci 1 Disember (Isnin) INSYAALLAH, Paknil dah kemaskan rambut pacak2 Paknil. Banyak jugak yang Paknil kerat dan inilah yang tinggal. Yelah, Paknil ke Mekah terus dan dalam Ihram terus, jadi Paknil kena jaga pantang larangnya. Botakkan kepala? Entahlah...itu semua kena ikut gerak hati Paknil kat sana nanti. Tapi Paknil bukan tak pernah botakkan kepala pown sebelum ni. Insyaallah, apa saja yang terbaik untuk Paknil nanti. Doakan ye!




Thursday, November 27, 2008

CORAT CORET AUDITION TOM2 BAK..

Paknil nak kongsi cerita masa sesi ujibakat segmen JOM BORAK dalam Tom2 Bak kat ASTRO hari sabtu dan ahad lepas. Terima kasih lah pada makbapak yang cari masa hantar anak mereka untuk berjumpa Paknil.

JENGOK DBP

Orang berbudi, kita berbahasa. Itulah yang cikgu serta ibubapa Paknil ajar dari dulu lagi. Kerana budi yang diberikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada Paknil, Paknil kenalah berbahasa untuk membalasnya.
Pada Jumaat lepas, Paknil buat kunjungan tanda Terima Kasih kepada dewan Bahasa Dan Pustaka kerana mengiktiraf kerja Paknil dengan Anugerah Galakan Ketrampilan Berbahasa (Televisyen) 2007. Yelah, masa majlis berlangsung 7 November, Paknil tak hadir sendiri menerima anugerah tu, jadi masa ni lah Paknil ucapkan terima kasih kepada DBP.
Kehadiran Paknil di sambut oleh Timbalan Ketua Pengarahnya sendiri, Encik Kamarul Zaman Shaharudin.
Macam-macam yang paknil bincangkan. Paknil sempat beri sokongan untuk program-program yang melibatkan kanak-kanak anjuran DBP. Paknil sedia menjadi pengacara secara percuma untuk majlis2 seperti Pertandingan Debat, Petandingan Bercerita, Pertandingan Berpantun atau apa saja.
Teruja pulak Paknil! Kalau penglibatan Paknil dalam projek-projek macam tu boleh membantu usaha Dewan Bahasa, apa salahnya. Paknil sendiri dah lama tak terlibat dengan pertandingan macam tu. Insyaallah, selagi ada kudrat, Paknil akan bantu.



Untuk rekod, kami rakamkanlah gambar kenang-kenangan penyampaian anugerah tu.


Yang bestnyer pada hari tu, DBP juga menerima kunjungan dari wakil-wakil kelompok yang menggunakan bahasa melayu di tempat mereka. Ada yang datang dari Berlin, USA, Australia, China dan beberapa buah negara lain. Dapatlah Paknil berborak cakap melayu dengan Mat Salleh. Mungkin ini satu tamparan pada orang melayu kita yang tak reti nak berbahasa melayu betul dan secara penuh. Dengan mereka ni, Paknil siap berlawak lagi dalam bahasa melayu. Seketika Paknil rasa macam bahasa melayu jadi bahasa dunia pulak!



Sebelum balik, Paknil sempat jugak bertemu dengan pekerja2 DBP yang frust sebab Paknil tak datang Malam anugerah tu. Untuk tak mengecewakan mereka, Paknil serang pejabat mereka dan siap bergambar dan sain otograf lagi! Terima kasih semua!

Ingatkan dah selesai lah kunjungan Paknil tu, rupanya tak beres lagi. Ada lagi anugerah yang diserahkan pada Paknil. Anugerah Sambal Tempoyak! Betul! Akak ni siap bekalkan Paknil sambal tempoyak untuk Paknil rasa. Dia siap ingatkan Paknil agar jangan takut rasa sebab dia tak 'Mandrem' sambal tu! Ye...Paknil tak ada buruk sangka pun. Best jugak sambal tu. Terima kasih kak (Lupa tanya nama...hehehe)

Tuesday, November 25, 2008

MALAM PENGHARGAAN

Pada 20hb lepas, Paknil telah diraikan dalam satu majlis kesyukuran yang dianjurkan oleh pihak Astro sempena dengan kejayaan rancangan Macam Macam Aznil buat kali ketiga berturut2 di Anugerah Skrin baru2 ini.

Paknil juga turut diraikan atas penganugerahan Hadiah Utama Ketrampilan Berbahasa (Televisyen) 2007 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bertempat di Aras 7 Hotel Hilton Sentral, wah...hebat betul tempat ni. Decor memang first class dan yang penting kami aje yang ada kat situ. kira2 eksklusif la. Tepat kul 8 malam Paknil tiba bersama pengurus peribadi Paknil, Azlan dan pembantu peribadi Paknil, Key.



Famili Paknil yang terdiri daripada Kakak2 Paknil, adik serta ipar2 Paknil turut datang untuk bersama dalam majlis khas ni. Anak2 Paknil tak dapat datang sebab masa tu giliran mereka bersama ibu mereka.

Kedatangan kami rupanya telah sedia disambut oleh orang kuat Astro, Cik Rohana Rozan, Ketua Pegawai Esekutif TV ASTRO. Secara kebetulan ramai pulak yang pakai warna hitam. Mungkin sebab acaranya malam kot...



Masuk2 dewan yang disediakan, Paknil betul terpegun sebab siap slide kat tv ucap Tahniah pada Paknil. Yang beshnyer...dari dewan ni kami nampak bandaraya Kuala Lumpur dengan cahaya malam.

Meja Paknil di tengah2 Dewan. Paknil semeja dengan Cik Rohana disamping pengurus2 saluran tv Astro.

Macam ngam2 je jumlah jemputan dengan ruang dewan yang comel tu. Takdelah besar dan kecik sangat. Jez nice.

Masuk dalam dewan baru Paknil perasan yang geng production Macam Macam Aznil dan geng wartawan dah sedia duduk. Maknanya...acara dah nak mula lah ni!





Bila semua dah amek tempat, kita mulakan acara dengan bacaan doa syukur. Rupanya doa yang dibacakan turut dipanjangkan dengan doa selamat untuk Paknil yang bakal ke Mekah nanti. Alhamdulillah, mereka turut tidak lupa jadual Paknil ke sana.

Nak menitis airmata Paknil bila doa yang dibacakan oleh Ustadz benar2 menginsafkan dan me nyusuk kalbu. Bertambah2 rasa diri Paknil beruntung sangat mempunyai kawan, rakan dan kawan sekerja yang meletakkan Paknil di dalam doa mereka.



Ucapan oleh Cik Rohana juga simple and sweet (Macam orangnyer jugak). Dia nak kecemerlangan MMA diteruskan dan gembira dengan kejayaan ini. Bila pengiktirafan dari pihak pengurusan Astro diberi, rasanya penat lelah masa siapkan progran ru berbaloi, MEMANG BERBALOI!!!

Selesai ucapan, Paknil dihadiahkan dengan tanda hati. Susah2 aje lah...Terima kasih gak sebab Paknil diberi beg sandand ARMANI EXCHANGE. Mahal rasanya harga beg tu! Diowrang bilang, Paknil boleh gunakan masa di Tanah Suci. Ermmm....praktikal gak!

Paknil jugak diberi peluang untuk berucap. Peluang ni Paknil tak lepaskan untuk ucapkan TENGKIU kepada Astro, wartawan, pihak produksi dan krew MMA. Yang paling utama pada keluarga Paknil yang benar2 banyak berkorban pada Paknil serta anak2 Paknil yang banyak meminjamkan masa untuk bersama Paknil kepada waktu kerja.



Selesai ucapan, its makan time! Walaaa....menu buffet nyermemang mengancam. Mengenangkan Paknil takut gemuk sebab baru nak mula kurus, Paknil hadkan suapan ke mulut! Yang jadi my favourite ialah kambing panggang! Tak boleh makan banyak sebab takut darah naik! Panas tuh!



Kata orang hotel, kitowrang boleh duduk makan kat situ sampai kul 11 malam!




Selesai makan Paknil sempat bergambar kenang2an dengan famili Paknil...



Dengan geng production MMA....



Dan dengan pihak media...



Yang penting, Paknil nak gak bergaya dengan piala2 tu. Berat tau piala2 yang diberi tu!



Insyaallah...Paknil cuba sedaya upaya untukmenjadikan rancangan ini terus melekat dihati masyarakat Malaysia. Terima kasih Astro dan terima kasih semua!!!