Monday, March 30, 2009

BORAK PAKNIL (28 Mac 2009)

Assalamualaikum.
Kalau sudi sila beri pandangan mengenai Borak Paknil minggu ini. Klik di sini. Terima Kasih.

EARTH HOUR

Bersempena dengan EARTH HOUR 8:30-9:30PM hari Sabtu 28 Mac 2008, rumah Paknil turut bergelap. Tepat pukul 8:30 malam semua lampu dipadamkan.
Kebetulan ada di antara adik beradik dan anak-anak buah Paknil turut serta bersama Paknil anak-beranak. Seronok juga perjumpaan dalam gelap ini.
Paknil adalah buat makan-makan sikit kat laman rumah Paknil. Kakak dan adik Paknil turut bawa makanan untuk kami jamu bersama. Yang bestnya, rasa macam kembali zaman tak ada letrik dulu-dulu pulak.
Rumah Paknil hanya diterangi cahaya dari lilin dan lampu suluh. Kami duduk berborak beramai di laman rumah dan ada jugak yang berkumpul di ruang tamu.
Ramai juga jiran Paknil yang turut serta dalam kempen EARTH HOUR itu. Jadi, tak adalah rasa janggal sebab kami sama-sama countdown sebelum lampu dipadamkan.
Sekurang-kurangnya Paknil dapat juga pesan pada anak-anak dan anak-anak buah agar acara ni bukan sekadar suka-suka tetapi mengingatkan kita mengenai tanggungjawab menjaga alam dan bumi.
Mesti diorang akan ingat sampai bila-bila sambutan ini dan harap mereka juga dapat teruskan dan sentiasa sedar tanggungjawab menjaga bumi.
Yang lebih penting hubungan adik-beradik dan keluarga dapat disimpul lebih rapat.
Jarang Paknil ingin kongsi gambar peribadi dan keluarga Paknil di blog ini. Jadi Paknil harap gambar ini tidak digunakan untuk apa-apa kegunaan sekalipun. Wassalam.





Thursday, March 26, 2009

TERIMA KASIH SU3Y!!!

Ketawa sorang Paknil tengok gambar yang Su3y buat untuk Paknil. Cukup kreatif dan Paknil siap buat screen saver kat komputer ofis! Anyway, Paknil dah lawat laman web Su3y. Well Done! Geng lain yang belum singgah, jemputlah ke sana. Baru Paknil tau latarbelakang Su3y. Korang yang nak ke sana klik sini! Saper2 lagi ada menda kreatif berkaitan Paknil yang korang buat, bolehlah hantarkan ke aznilnawawi@yahoo.co.uk . Thanks again Su3y!

Tuesday, March 24, 2009

MARI BELAJAR TUKAR TAYAR!!


Perkara ni mungkin biasa pada korang semua tapi Paknil tetap nak share jugak sebab Paknil pun melaluinya. Ketika dalam perjalanan pulang dari Penang ahad lepas, dalam 1KM je lagi nak sampai ke R&R Ulu Bernam, Paknil yang duduk di bahagian belakang MPV tiba-tiba terasa macam ada yang tak kena pada kelancaran kenderaan. Paknil minta pembantu peribadi Paknil berhenti ke tepi lebuhraya. Sedang kenderaan diperlahankan, tayar kereta Paknil meletop! Nasib baik kenderaan sedang bergerak perlahan. Kalau meletop masa tengah bergerak laju, eeee...tak tau lah nak cakap apa!
Bila turun dari kereta, confirm memang tayar dah kempis!
Alamak! Nasib baik Paknil bukan sorang sebab ada Pembantu Paknil dan Pengurus Paknil. Kitorang pun berusahalah nak tukar tayar di bawah matahari petang yang terik. Mana pulak nak cari tayar spare ni sebab memang tak pernah terjadi. Jadi tak pernah ambik tau pula tempat simpanan tayar spare. Akhirnya pembantu Paknil jumpa. Tersorok bawah MPV. Masalah kedua pula: macam mana nak keluarkannya? Meligau lah kitorang cari buku manual. Nasib baik jumpa tapi masalahnya ia ditulis dalam bahasa JEPUN pulak!!!
Nasib baik ada gambar jadi taklah susah sangat nak cari tayar spare dan juga jack kereta. Paknil tak tunggu lama terus longgarkan skrew tayar dan jack kereta secara manual. Kelakar kan tengok orang pakai baju pink jack kereta? (Yelah, Paknil kan dari show kanak-kanak Sukaria Ceria, jadi baju Pink tu dari show tu lah)
Akhirnya tayar pancit tu berjaya Paknil keluarkan walaupun hampir melecur tangan pegang rim kereta yang sedang panas membara.
Maka kini tiba pula proses memasukkan tayar spare. Ni lagi satu masalah ni sebab nak kena sesuaikan kedudukan tayar. Kalau tidak skrew tak masuk lubangnya pulak! Nasib baik pembantu Paknil sama-sama kuat! Pengurus Paknil sibuk ambil gambar ni je dan cuba telefon pihak PLUS.
Bila tayar dah dimasukkaan, maka skrew perlu diketatkan mengguna pengetat skrew (entah apa nama pengetat skrew ni..hehe). Kini boleh lah jack diturunkan.
Cuma persoalannya, tayar yang dah kempis ni nak simpan di mana sebab tempat asal simpan tayar spare tak sama saiz lah pulak. Tayar ni lebih besar. Maka terpaksalah kami mengangkut barang-barang dan beg kami ke bahagian tempat duduk sebab nak beri laluan kepada tayar pecah. Rasa macam nak tinggalkan aje tepi jalan tapi rim tayar melekat pulak pada tayar buruk tu. Nak bukak tak tau...hehe.
Akhirnya, masalah tayar dapat kami selesaikan. Tayar lama kami letak ditempat letak barang. Dan ketika itu muncullah Polis Pembantu Lebuhraya PLUS. Baik Abang ni. Siap tolong ketatkan skrew di kompartmen tayar spare lagi!!
Akhirnya kami pun meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur setelah kami mengetahui dari pemandu yang berhenti ditempat kami untuk melaporkan pada Abang Polis itu yang ketika itu ada kemalangan serius kurang 10KM dari tempat kami! Adoi..terus Paknil terfikir, IT COULD HAVE BEEN ME!
Syukur Alhamdulillah tiada perkara yang mengerikan berlaku. Kalaulah tayar itu meletup 10KM awal, mungkin kamilah mangsa kemalangan itu, fikir Paknil. Tuhan masih menyayangi hambanya. Amin.

Sunday, March 22, 2009

Assalamualaikum.
Paknil tak sempat nak update blog sebab baru balik dari Penang untuk Sukaria Ceria Astro. Buat sementara ni, Paknil nak tau feedback kowrang pasal tulisan Paknil dalam BORAK PAKNIL Metro Ahad hari ni. Sila klik sini. Tengkiu.

Tuesday, March 17, 2009

TERIMA KASIH OTAI!

Terkesima Paknil bila menonton rancangan HELO MALAYSIA melalui Saluran BERNAMA (ASTRO 502) apabila Sherkawi Jirim (Pengantara) menemubual DJ otai Zainal Din Zainal dan Noramin.
Paknil benar-benar tak sangka yang kehadiran Paknil dalam waktu yang sesingkat ini mendapat perhatian mereka. Sebenarnya, ikhlas Paknil katakan yang Paknil terlibat dalam dunia radio kerana atas dasar ingin mencuba sahaja pada awalnya.
Tak sangka pula DJ yang pernah Paknil sanjung suatu ketika dulu sehingga sekarang memberi sokongan dan suntikan semangat buat kerjaya terbaru Paknil.
Zainal Din Zainal sememangnya DJ pagi yang akan sentiasa Paknil ingati. Beliau lah yang membangunkan Paknil dari lena setiap pagi sebelum Paknil ke pejabat. Dengan lagu signature nya ‘Tarzan Boy’ dan ‘You Can Win If You Want’ benar-benar memberi semangat pagi buat Paknil memulakan hari. Dalam kenderaan ke pejabat, Zainal juga yang menemani Paknil yang mana beliau tak pernah kering idea untuk berceloteh.
Busu Noramin pula adalah insan yang memenuhi kenangan zaman kanak-kanak Paknil melalui rancangan ‘Apa Itu’ bersama Kak Yong Tengku Mariam. Begitu pandai Busu Noramin mengendalikan rancangan kanak-kanak sehingga Paknil terasa seperti duduk bersebelahan dengan mereka setiap kali. Begitu juga apabila Noramin pulang dari Jepun, beliau membawa arus baru dalam cara penyampaian DJ radio tempatan. Sangat berlainan daripada DJ-DJ yang ada ketika itu. Noramin pula menjadi teman buat pendengar di waktu petang. Ramai yang ketawa dan teruja dengan pelajaran bahasa Jepun yang dilakukan secara harian. Paknil adalah salah seorang daripada mereka yang mendengar.
Dari kenangan masa lalu lah, Paknil kumpulkan tenaga mereka dan salurkan kepada apa yang pendengar Era dapat dengar setiap pagi 6 hingga 10 pagi kini. Betul! Sesungguhnya memang bayangan merekalah yang ada pada diri Paknil bila berada di konti radio. Rasanya, ini bukan pertama kali Paknil buat pengakuan ini tetapi dah acap kali dah Paknil suarakan pandangan tinggi dan hormat kepada mereka.
Terima Kasih sekali lagi kerana biar apa kritikan yang Paknil terima selama Paknil merangkak untuk menjadi penyampai radio yang baik, sedutan video ini akan terus menjadi pengubat dan penawar. Wassalam.

p/s : Terima kasih Abang Sherkawi atas tabik spring abang. Saya juga kagum atas kerja abang yang bertahan lama sehingga kini. Pengulas sukan yang terbaik yang negara pernah lahirkan!

Friday, March 13, 2009

HARI BUAH PINGGANG

Semalam, 12 March 2008 adalah Hari Buah Pinggang Sedunia. Dan semalam juga Paknil bersama dengan penyampai radio THR, Lite.Fm, Hitz.Fm, X-Fresh dan Mix.Fm berada di Hospital Serdang melakukan kerja amal membantu mengumpul wang untuk dana Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF).
Kami di sana menjual barangan cenderahati MUG yang ada lakaran wajah kami pada harga hanya RM20. Setiba Paknil di sana, memang tak ramai yang memberi perhatian pada kaunter kami yang terletak di pintu masuk hospital.
Mungkin semua sibuk dengan urusan di hospital itu. Apabila pembesar suara telah berada di tangan Paknil, Paknil tak lepas peluang untuk membuat jualan Mug itu seperti di pasar malam pula gamaknya.
Yang tak perasan kehadiran kaunter ini pada awalnya dah mula mengalihkan perhatian pada kami. Paknil sibuklah menjerit untuk orang ramai menderma dengan membeli Mug kami. Yelah, mungkin tak ada siapa yang memerlukan Mug ketika itu, jadi sambutannya agak dingin.
Makin lama makin ramai orang yang mengerumuni Paknil dan kawan-kawan. Ada yang mengambil gambar Paknil melalui handphone mereka dari jauh.
Terus Paknil dapat satu idea. Paknil terus laungkan, jika mereka mahu bergambar dengan Paknil secara berdua dan personal, Paknil akan kenakan bayaran RM20 dan Paknil juga akan serahkan Mug itu’percuma’!
Jadi untuk mengelak orang ramai mengambil gambar Paknil percuma, Paknil terpaksa melelong sesi berfoto itu dengan membelakangkan mereka. Hanya mereka yang menderma RM 20 kepada NKF berpeluang bergambar dengan Paknil. Kelakar lah pulak buat kerja macam tu.
Alhamdulillah. Kurang dari setengah jam semua Mug itu selesai dijual kerana ramai yang tak putus-putus menghulurkan RM20 untuk bergambar dengan Paknil.
Minta maaflah pada pengunjung Hospital Serdang hari itu yang tidak dapat bergambar dengan Paknil kerana Paknil terpaksa menjadikan diri Paknil ini eksklusif semata-mata untuk menjual Mug dan mengisi dana NKF.
Terima kasih juga pada mereka yang faham akan tujuan kami ke situ dan sekali gus sudi bergambar dengan Paknil dan mengulurkan derma untuk Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia.
Hanya Tuhan yang dapat membalas jasa mereka kerana setiap wang disumbangkan dapat menyelamatkan nyawa pesakit-pesakit buah pinggang di negara kita.Terima kasih kepada NKF kerana percaya kepada kemampuan kami untuk membantu mereka mengisi dana Yayasan. Nanti ada kesempatan lain, kita buat lagi aktiviti macam ni ok?!





Sunday, March 8, 2009

ASSALAMUALAIKUM.
12 Rabiulawal tarikh kelahiran junjungan mulia kita Rasullullah Muhammad SAW akan jatuh bersamaan hari Isnin 9 March 2009.
Bersempena tarikh mulia ini, Paknil cadangkan sebagai umat Muhammad, apa kata kita dalam dunia penuh kecanggihan ini mencari cerita Baginda junjungan kita ini untuk kita terap dalam kehidupan kita.
Mungkin dalam kesibukan, kita lupa akan tanggungjawab kita untuk menjadikan Baginda sebagai contoh terbaik.
Janganlah sambutan Maulidur Rasul ini dijadikan sebagai hari cuti sahaja tanpa menghayati keperibadian dan kepimpinan Baginda.
Banyak-banyakkan selawat keatas Baginda, sahabat dan keluarga Baginda di samping puji-pujian keatas Pencipta kita ALLAH SWT.
Paknil ingin menjemput geng-geng semua melayari laman web ini (klik di sini) untuk mengetahui Sirah Junjungan kita. Wassalam.

HANNAH MONTANA KAWAN BARU PAKNIL!!

Kalau korang semua pernah menonton siri Hannah Montana di Disney Channel (ASTRO 615) mesti korang semua setuju dengan Paknil kalau Paknil katakan ‘ini adalah antara siri kanak-kanak Amerika yang berjaya’ kan?
Apa taknya, seluruh kanak-kanak di sana kini dilanda demam Hannah Montana. Baik kanak-kanak perempuan mahu pun yang lelaki pasti teruja menontonnya.
Paknil sendiri pun pernah juga terkantoi menonton siri ini. Best jugak rancangan ni sebab Paknil rasa rancangan ini sesuai ditonton oleh seisi keluarga.
Walaupun ia mengisahkan tentang kehidupan seorang kanak-kanak yang dalam diam adalah penyanyi terkenal tetapi berjaya menyembunyikan identitinya yang sebenar. Ini semua dilakukan agar dia dapat melalui kehidupan kanak-kanaknya seperti kanak-kanak yang lain.
Dalam keseronokan berketawa, rancangan ini turut menyelit mesej moral dan nilai kekeluargaan yang besar ertinya. Di samping itu rancangan ini juga sarat dengan muzik dan fesyen. Pendek kata, up-to-date jugaklah!
Sempena musim terbaru Hannah Montana yang bakal menemui penonton 22 March ini, pihak Disney Channel telah menggunakan khidmat Paknil dan Shila OIAM untuk memperkenalkannya kepada penonton Malaysia.
Manalah tahu dengan kehadiran Paknil, lebih ramai kanak-kanak dan keluarga mereka akan turut menonton Hannah Montana.
Sebenarnya tujuan Paknil menerima tawaran Disney Channel adalah untuk Paknil belajar dari mereka akan rahsia mereka dalam menerbitkan rancangan kanak-kanak yang boleh mewujudkan fenomena besar seperti siri ini.
Walaupun rakamannya hanya 2 hari di Kuala Lumpur, tapi Paknil sedikit sebanyak dapat juga belajar dari mereka. Hannah Montana sebenarnya bukan sahaja satu penerbitan tv biasa tetapi pihak Disney begitu teliti dalam memasarkan siri ini.
Promosi dan imej rancangan begitu teliti dijaga. Begitu juga dengan pengisian cerita dan dialognya. Perancangan publisiti begitu rapi sehinggakan Paknil rasa rancangan ini ada nilai-nilai protokol pula. Mereka tidak akan benarkan langsung ruang biar sekecil mana sekalipun untuk merendah-rendah produk kelahiran mereka.
Jadi temui Paknil bersama Shila pada 15 March (pukul 5 petang) dalam Kenali Hannah Montana dan 22 March (pukul 5 petang) dalam Tayang Perdana Hannah Montana Musim ketiga di Disney Channel.