Monday, September 28, 2009

INILAH RAYA PAKNIL…


Kadang-kadang kita tidak pernah tahu bila kita akan diuji dengan kesihatan. Dalam menjalani hari-hari sibuk kita, kadang-kadang terlupa dengan tanggungjawab menjaga kesihatan. Baik diri kita atau orang lain.
Namun, dalam pada masa Paknil bercuti di Pulau Pinang baru-baru ini, Paknil diuji dengan kekuatan kesihatan. Semasa orang semua sibuk masih beraya, Paknil bergegas ke hospital swasta di Pulau Pinang.
Untuk apa? Tak payah lah Paknil berpanjang lebar di sini. Tapi dugaan pada jam hampir pukul 4 pagi, benar-benar meresahkan Paknil. Suatu pengalaman beraya yang lain dari yang lain. Dua malam berturut-turut Paknil bergegas ke hospital yang sama sehingga ada di antara kakitangan hospital bersimpati dengan Paknil.
Terima kasih pada Dr. Ng dan Dr. Subra yang memberi perhatian dan tidak lemas menjawab pelbagai soalan dari Paknil. Sempat juga Paknil merakamkan gambar di bilik kecemasan dan kaunter ubat hospital.
Bukan tujuan Paknil memaparkan cerita ini untuk menagih simpati tetapi untuk berkongsi akan pentingnya ada orang bekerja di hari kita bercuti. Pentingnya ada orang bekerja ketika kita sedang lena diulit mimpi.
Maaf, Paknil tak dapat berterus terang di sini apa sebenarnya berlaku namun dengan posting kali ini Paknil ingin penyokong Paknil tahu apa yang berlaku dalam hidup Paknil walaupun sedikit. Semuanya ini adalah detik yang terpahat dalam diari Sambutan Raya Paknil tahun 1430 hijrah ini.

Sunday, September 20, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI



ALHAMDULILLAH. Selamat sudah kita menunaikan ibadah puasa dan kini tiba masa untuk kita menyambut Aidiil Fitri dengan penuh rasa kesyukuran.
Sempena dengan 1 Syawal ini, Paknil ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yang mengenali Paknil jauh dan dekat.
Paknil juga ingin memohon ampun dan maaf seandainya ada perbuatan dan tingkah laku Paknil yang kurang menyenangkan.
Seandainya ada perkataan dan tutur kata Paknil yang terlanjur, Paknil juga ingin memohon maaf. Semoga dengan kehadiran Syawal kita dapat mensyukuri nikmat Nya dan hulurkan pada yang memerlukan. Salam Eid-Mubarak

Saturday, September 12, 2009

REZEKI OGAWA

Syukur sangat sebab Paknil terpilih untuk menjadi Duta Ogawa. Ini semua terjadi setelah Paknil membeli dan mencuba sendiri kehebatan kerusi Zero Gravity Ogawa. Yelah, Paknil dapat gunakan kerusi itu untuk mengurut Paknil setelah penat bekerja.
Alih-alih, pihak Ogawa bersetuju ungtuk menjadikan Paknil sebagai Dutanya untuk pertandingan Ogawa Mega Klik sempena menjelang Aidilfitri.
Dalam ramai-ramai yang mengambil bahagian, Adriana terpilih sebagai pemenang dan diberikan RM5,000 untuk shopping sakan. Dalam peraduan ini, pemenang akan ditemani Paknil ketika bershopping. Inilah ketikanya Paknil juga turut teruja melihat Adriana bershopping sakan dan Paknil turut merasakan kegembiraannya. Itulah yang dikatakan Rezeki Ogawa - Paknil dapat, Adriana pun dapat. Alhamdulillah.
Jom kita saksikan gambar rakaman sesi membeli-belah bersama Paknil dan Adriana. Terima Kasih Ogawa!

Friday, September 11, 2009

PAKNIL DI BAZAAR RAMADHAN

Seperti tahun-tahun yang lalu, Paknil tak ketinggalan untuk menjengok juadah yang dijual di Bazaar Ramadhan. Dan kali ini Paknil singgah ke Bazaar Ramadhan Pantai Dalam bersama Din Beramboi dan Skuad Era Myvi.

Wednesday, September 9, 2009

SALAM 09-09-09!!!!

Satu hari yang istimewa untuk semua di mana hari ini tarikh terbentuk menjadi 09-09-09! Kalau nak tunggu angka ni muncul lagi adalah pada tahun 2109 nanti! Masa tu Paknil dah jadi fosil kot!
Yang indahnya, tarikh ini jatuh pada 19 Ramadhan 1430 (10 hari menjelang Syawal) dan ketika kita tengah berpuasa. 10 malam terakhir dibulan Ramadhan ini juga merupakan hari-hari besar kerana Lailatul Qadar turun ke bumi. Marilah kita perbanyakkan membaca Al-Quran dan bersolat sunat bermunajad di sepertiga malam.
Itulah kebesaran bulan Ramadhan. Pahala berpuasa di siang hari digandakan pula di malam. Jom kita ambil kesempatan ini untuk mengejar seberapa banyak pahala kerana belum tentu Ramadhan yang depan kita masih di sini!
09-09-09

Monday, September 7, 2009

PERHATIAN!!!

PAKNIL INGIN MAKLUMKAN ADA SESEORANG YANG MENGGUNAKAN NAMA 'PAKNIL' DALAM SHOUT BOX YANG MENGAMBIL KESEMPATAN MENIPU PENGUNJUNG BLOG INI. PAKNIL HARAP ORANG ITU INSAF DAN MENYESAL. HENTIKAN KERJA TAK BERFAEDAH INI. DIBAWAH INI PAKNIL SERTAKAN ANTARA POSTING YANG DILAKUKAN OLEH ORANG YANG MENGAKU 'PAKNIL' ITU :

PAKNIL Paknil akan berada di situ Sepanjang dua2 hari itu.. Jangan lupa datang ye Wati...Pasal Wati la dah katoi..ok..luv u all!!
ban delete
Details
2009-09-07 10:02 AM
#
PAKNIL Paknil akan berbuka puasa di Ipoh pada 17 / 9 / 2009... dan besoknya..Paknil akan berada di Lost World Of Tambun..tau kan..
ban delete
Details
2009-09-07 10:01 AM
#
PAKNIL Oh! Alamak dah kantoi...ingatkan nak bagi suprise kat korang..
ban delete

PAKNIL Jangan lepaskan peluang keemasan ini!!!
ban delete
Details
2009-09-07 5:56 AM
#
PAKNIL Hai semua penyokong Paknil semua!Majlis berbuka puasa bersama saya bermula hari ini di Masjid Negara!paknil akan berada di sana dari jam 6.50 - 8.00
ban delete
Details
2009-09-07 5:55 AM

Sunday, September 6, 2009

Top 10 influential celebrities in Malaysia: Stars with the x-factor sizzle



Minta maaf sangat terlewat update blog Paknil ni.
Sebelum Paknil update, Paknil rasa terharu apabila disenaraikan sebagai salah seorang dari 10 seleberiti paling berpengaruh di Malaysia! Aduh...tingginya pujian tu. Apa-apa pun korang semua boleh baca tulisan Shuib Taib (Thanks Shuib) dgn klik pada tajuk ini : Top 10 influential celebrities in Malaysia: Stars with the x-factor sizzle. Lepas tu komen ok.....Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!