Wednesday, December 30, 2009

KENANGAN 23 DISEMBER

Pada 23 Disember lepas, seronok Paknil dapat menonton bersama beberapa pendengar ERA di Panggung Gold Class di GSC Mid Valley.

Mereka ini adalah peserta peraduan menjawab seberapa banyak soalan mengenai Paknil dan Din Beramboi yang dianjurkan oleh ERA. Kiranya, mereka ini adalah yang paling mengenali kami dan menjawab banyak soalan dengan tepat.

Terima kasih sangat kerana sudi menyertai peraduan itu dan Paknil betul-betul tersentuh dengan perhatian yang kalian berikan.

Ada di antara pendengar yang hadir merupakan seorang ibu yang bergegas pulang dari kerja dan membawa anaknya yang berusia 11 tahun untuk bersama-sama kami. Lebih menyentuhkan bila ada yang sanggup turun dari Ipoh pada hari itu atas tujuan untuk menonton.

Pada yang lain-lain juga Paknil ucapkan ribuan terima kasih. Hanya Tuhan yang boleh membalas jasa korang yang sporting dan peramah.

Setiba di perkarangan dewan menonton Kelas Emas itu, Paknil dah tak sabar untuk bergambar dengan mereka. Seronok bergambar dengan mereka kerana ada yang masih malu-malu bertemu Paknil. Alahai, apalah yang hendak dimalukan. Paknil sendiri teruja ingin menyimpan detik ini dalam kenangan

Kebetulan sehari sebelum itu adalah hari lahir Din Beramboi, jadi bersama-sama pendengar ERA kami sempat meraikannya dengan nyanyian lagu Selamat Hari Jadi dan potong kek. Ekeleh…Din malu-malu pulak!

Selesai acara memanjakan Din Beramboi kami bergerak ke dewan menonton. Telah sedia menanti ialah kerusi empuk yang memanggil-manggil kami. Memang selesa menonton. Tambahan pula ada yang mintakan selimut sehingga terasa seperti menonton di rumah sendiri.

Filem yang menjadi pilihan kami ialah ‘AVATAR’. Hebat betul filem ini dan kami semua kagum dengan jalan cerita, mesej yang ingin disampaikan dan juga teknik canggih sehingga terlahir filem terhebat di penghujung dekad pertama di abad 21 ini.

Selesai menonton, kami bersurai dan Paknil sempat bergambar lagi secara beramai-ramai. Berat kaki ini untuk berpisah tetapi kami berjanji akan melakukan aktiviti ini lagi. Mungkin masa tayangan filem Magika yang Paknil berlakon nanti kot. Join sekali ok!

Saturday, December 19, 2009

Jom Jengok Jap

Baru-baru ini Paknil ditemubual oleh team Portal Berita Kementerian Dalam Negeri. Kalau ada seseiapa yang berminat untuk membacanya bolehlah klik di sini. Terima kasih.

JAWAPAN TRIVIA

Sebenarnya dari Clue yang pertama dah ada geng kita yang dah dapat menjawab dengan tepat lagi tapi Paknil saje tak nak reveal jawapan. Nak bagi ramai yang teruja! Huhu
(1) ShaidatulShiza

I KNOW...Y.B TAN SRI DATO' HJ. MUHYIDIN YASSIN (DEPUTY PRIME MINISTER)

Posted by ShaidatulShiza to Aznil Haji Nawawi at December 14, 2009 4:43 PM
(2)daydeck86

tan sri dato haji muhyiddin bin hj mohd yassin
kompem betulkan pak nil...
ahahahahhaha

Posted by daydeck86 to Aznil Haji Nawawi at December 15, 2009 6:47 PM
(3)sab-newsnetwork

Saya rasa itu signature YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

Posted by sab-newsnetwork to Aznil Haji Nawawi at December 17, 2009 11:45 AM
(4) a.m.i.e

mau try jugak..
tue tandatangan TPM kite ke?..
Tan Sri Dato' Muhyiddin Yassin..
betul x?..

Posted by a.m.i.e to Aznil Haji Nawawi at December 18, 2009 1:55 AM
TAHNIAH PADA YANG CEPAT MENEKA DAN TERIMA KASIH PADA YANG CEKAL MENEKA!!!

Monday, December 14, 2009

TRIVIA

Sebelum Paknil update cerita terkini mengenai sesi ujibakat Tom Tom Bak di Johor Bharu Sabtu dan Ahad semalam, Paknil nak korang semua teka tandatangan siapakah ini? Paknil akan terus-terusan bagi clue tentang personaliti ini dari masa ke masa jika tiada orang yang boleh menjawabnya. Tekalah dulu eh....
CLUE 1 : Personaliti ini terkenal dan disayangi.
**(Oklah nampak gayanya Paknil kena bagi clue yang kedua pulak nih!)
CLUE 2 : Sangat sopan dan berlemah lembut. Berhemah tinggi.
**(Tak dapat juga kew? Next Clue please)
CLUE 3 : Berasal dari Johor
**(Paknil tambah clue lagi)
CLUE 4 : Bukan artis.
**Sebab ramai tanya lelaki ke pompuan...
CLUE 5 : Lelaki
**Oklah....clue terakhir...Terima kasih pada yang gigih
CLUE 6 : Pemimpin negara
Jawab...Jawab eh...jawab sekarang!

Thursday, December 10, 2009

PAKNIL MENANG LAGI!!!

Seronok juga dapat bersama pendengar Era Rabu lalu untuk Cabaran Makan Roti Canai Cara Tertib. Kalau dalam pusingan pertama dulu Paknil baham 5 setengah keping roti canai untuk jadi Juara, tapi kali ini Paknil telan 6 suku roti canai. Pecah rekod sendiri tu. Yang diharap kuat makan di kalangan pendengar Era dan Din Beramboi sendiri, rupanya hanya nampak kuat di luar sahaja. Ok lah, Paknil malas cerita panjang. Korang baca sahajalah komik bergambar yang Paknil sediakan untuk korang semua! Enjoy!















Thursday, December 3, 2009