Friday, December 31, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2011!

Paknil ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua dan semoga tahun baru ini menjanjikan banyak kejayaan buat kita semua.
Kita perlukan kejayaan sbg hadiah kerja keras dan sikap sabar kita namun kegagalan bukan petanda kehancuran. Kegagalan adalah petanda kejayaan yg bakal menanti.
Dugaan 2010 seharusnya menjadikan kita lebih baik. Semoga tahun baru ini menyemarakkan lagi hubungan kita! Amin.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

SELAMAT TAHUN BARU 2011!!

Paknil ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua dan semoga tahun baru ini menjanjikan banyak kejayaan buat kita semua.
Kita perlukan kejayaan sbg hadiah kerja keras dan sikap sabar kita namun kegagalan bukan petanda kehancuran. Kegagalan adalah petanda kejayaan yg bakal menanti.
Dugaan 2010 seharusnya menjadikan kita lebih baik. Semoga tahun baru ini menyemarakkan lagi hubungan kita! Amin.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, December 26, 2010

KENANGAN BERSAMA TUN M!

Seorang negarawan yg ulung! Satu ayat yang paling tepat untuk menggambarkan keperibadian YABhg Tun Dr Mahathir Mohammed, Mantan Perdana Menteri Malaysia.
Di sini Paknil rakamkan detik terindah pertemuan kami dgn Tun M:
Paknil, bersama geng Riuh Pagi Era yang lain iaitu Ray dan Haniff dah macam tak sabar nak berjumpa dengan Tun M. Dari awal pagi Isnin 20 Disember itu, dada kami asyik berdebar aje. Macam2 persoalan yang muncul di kepala kami. Macam mana kalau temujanji ini dibatalkan pd saat akhir? Adakah Tun M ini garang orang nyer? Nak mulakan dengan perkataan apa? Nak jawab mcm mana kalau Tun M tanya? Protokol dgn Tun M mcm mana pulak?
Hadoi! Rasa mcm nak kensel pun ada sebab berdebar melaluinya! Tapi Paknil tunjuk cool aje. Tengok Haniff dan Ray yg bersemangat jugak, menjadikan Paknil yakin.
Pukul 9 pagi kami dah meninggalkan konti radio Era.Fm dan membuat liputan perjalanan kami ke pejabat Tun M secara live kerana tugas kami cuma selesai pada pukul 10 pagi.
Pendengar Era yg bertuah, Nabila pun dah bersiap sedia menaiki kenderaan Skuad Era menuju ke bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.
Temujanji kami dengan Tun M adalah pukul 11pagi dan kami ni kira awal sejam lah! Itu yang Tun M suka! Dia pantang orang lewat. Macam Paknil jugak.
Setiba di situ, kami tengok keadaan sekeliling bangunan tu sungguh tenang. Ada lanskap yang menarik di samping 'water feature' yang mmberikan bunyi air pada persekitaran.
Masuk ke dalam bangunan itu, kami disambut oleh kakitangan Yayasan yang sgt ramah. Dia jemput kami duduk di sofa sementara menunggu giliran kami masuk. Katanyer, Tun M ada tetamu lain ketika itu.
Satu perkara yang Paknil perasan, di siling hadapan pintu pejabat Tun M ada dua lampu yang berwarna merah dan hijau. Ketika itu lampu merah yang menyala tanda beliau ada tetamu di dalam bilik. Macam klinik doktor jugak, fikir Paknil!
Sambil menunggu, Paknil sempat berlegar2 di ruang bawah bangunan dua tingkat itu. Banyak foto2 Tun M dan Tun Siti Hasmah yang diabadikan. Begitu juga dengan barangan cenderahati yang Tun M terima jugak turut diperagakan.
Tidak lama kemudian Paknil ada beberapa delegate dari luar negara keluar daripada pejabat Tun M. Melihat mereka, Paknil yakin yang mereka ini adalah negarawan daripada negara lain. Kecil rasa diri kami ini yang hanya rakyat kebanyakan!
Rupanya Tun M cuba memenuhi segala jenis permintaan untuk menemuinya. Dari yang berperihal hal dunia sehinggalah sekadar memenuhi impian seorang pendengar radio.
Tepat pukul 11pagi, Paknil dibawa oleh pegawai Tun untuk bertemu Tun di pintu pejabatnya sedangkan yang lain diminta menunggu di bilik mesyuarat. Dada Paknil makin berdebar sebab tak tahu macam mana nak mulakan perbualan nanti.
Tidak lama menanti, tiba muncul tersenyum YABhg Tun Dr Mahathir Mohammed dengan wajah yang tersenyum.
Sebelum bergerak, Paknil berikan taklimat tujuan kunjungan kami ini dan Tun M jawab "Boleh, silalah" sambil menjemput ke bilik mesyuarat bersebelahan. Ketika melangkah masuk Paknil lihat wajah-wajah yang menanti bagaikan tidak percaya bahawa Tun M berada di hadapan mereka. Tun M pun terkejut yang kehadiran kami lebih ramai dari yang dirancang pada awalnya.
Penambahan adalah kerana ada wakil Utusan Malaysia dan Astro Awani turut sama untuk membuat liputan. Setelah duduk di kepala meja, Paknil terus ucapkan terima kasih pada Tun M kerana meluangkan masanya yang sibuk untuk bertemu kami. Paknil terus beri peluang kepada Nabilah untuk menanyakan soalan pertama kepada Tun. Bagus Nabilah ni sebab soalannya bagai sudah disediakan awal lagi.
Pelbagai soalan yang kami tanyakan dan Tun M tidak pula keberatan menjawab dengan panjang lebar.
Namun begitu, soalan-soalan santai yang diberikan oleh pendengar Era adalah saat dan ketikanya kami dapat lihat kerendahan hati budi Tun M. Mula2 Paknil agak keberatan untuk menanyakan soalan-soalan tu takut menganggu perasaan Tun tetapi apabila melihat kemesraan Tun, jadi berani. Antara soalan yang ditanyakan adalah :
- Apakah antara benda yang Tun beli jika ke pasaraya?
- Apakah warna kegemaran Tun?
- Berapa buah handphone yang Tun miliki?
- Apakah makanan kegemaran Tun?
- Apakah gajet yang terkini Tun miliki?
- Boleh tak Tun berikan kami satu lawak yang pernah Tun dengar?
Selesai soalan yang terakir itu, kami ketawa bersama dan terasa betapa dekatnya pemimpin itu dengan kami yang kecil sahaja sumbangan pada negara. Namun tiba2 waetawan Utusan menanyakan pada Tun apa pandangan Tun mengenai Paknil! Paknil terdiam dan hanya mampu menelan air liur!
Antara jawapan Tun, dia bangga sebab sekarang orang kita sudah bijak bercakap dan tidak malu untuk bersuara. Jadi dia bangga kita sudah ada orang kita yang berani menyuarakan pendapat dan menanyakan soalan.
Saru jawapan yang selamat dari Tun M! Paknil lega! Hahaa
Selasai lebih kurang 20 minit bertanya soalan, Tun perkenankan juga permintaan kami untuk bergambar. Peluang ini tidak Paknil lepaskan dan terakamlah aksi kami berdiri bersebelahan dengan mantan Perdana Menteri Malaysia itu!
Selesai fotografi, Tun M meninggalkan kami dan kembali ke bilik pejabatnya. Kami di bilik mesyuarat masih ternganga seperti tidak sangka kami baru sahaja berbual dengan Tun Dr Mahathir Mohammed! Kami keluar dari bangunan itu dengan berbunga di hati dan senyuman di bibir. Sepanjang perjalanan pulang Paknil terus tersenyum seperti orang bercinta!
Terima Kasih tidak terhingga dari kami di radio Era dan tentunya dari Paknil sendiri. Sememangnya keperibadian Tun tiada tandingannya!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, December 7, 2010

SALAM MAAL HIJRAH 1432

Paknil ingin mengambil kesempatan ini untuk menghulurkan Salam Maal Hijrah 1432 kepada semua pengunjung laman blog Paknil ini.
Kelebihan pada blog ini akan Paknil gunakan sepenuhnya untuk kita saling ingat mengingati dan menyalurkan cinta sesama umah. InsyaAllah.
Paknil akan cuba hindarkan coretan yg boleh mengguris hati dan seboleh mungkin mengelakkan kontroversi. Peluang dan ruang yang ada ini, kita abadikan untuk mengekalkan keakraban kita. Sukar untuk bertukar pendapat dengan beribu sahabat sekali gus pada satu masa tetapi ini boleh dilakukan di sini secara percuma.
Azam Paknil di tahun baru ini, Paknil ingin berhijrah kepada mencari rezeki untuk dikongsi. Banyak yang Paknil ingin lakukan. Paknil ingin pulangkan dan kongsikan rezeki yang Allah pinjamkan kepada Paknil.
Menjelang usia 49 tahun kini, tiada yang lebih mengindahkan Paknil kini kecuali dapat mengukir senyuman kepada yang sudah lama tidak tersenyum. Doakan kesihatan Paknil agar dapat bergerak untuk tujuan ini. Populariti bukan penanda pencapaian tetapi kepuasan membantu dengan kelebihan adalah lebih terasa kemanisannya.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, December 3, 2010

Fw: INI DIA GAMBAR 'SERASI BERSAMA'

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

SERASI BERSAMA

Satu lagi rancangan baru yang Paknil hoskan bersama Sharifah Shahirah bakal menemui penonton tidak lama lagi di Astro Ria 104.
Rancangan ini adalah Serasi Bersama yang merupakan sebuah rancangan kuiz yang menguji keserasian pasangan bintang dan selebriti yang mengambil bahagian.
Seronok jugak rancangan ni sebab kita dapat lihat betapa bahagianya pasangan yang mengambil bahagian dan mereka ni sebenarnya mempunyai rahsia perkahwinan yang tersendiri.
Ada diantara selebriti ini telah mendirikan rumahtangga lebih daripada 10 tahun dan ada juga yang baru berumahtangga!
Dalam Serasi Bersama mereka ditanyakan beberapa soalan dan pasangan yang dapat memberikan paling banyak jawapan yang sama akan memenanginya. Yang seronoknya, wang kemenangan mereka akan mereka salurkan ke badan-badan kebajikan pilihan mereka.
Antara selebriti yang mengambil bahagian ialah Aziz M Osman dan isteri barunya, Aida Aris dan suami barunya, Den Wahab dan isteri, Didie Alias dan suami, Mustapha Kamal dan isterinya Susan Menon dan ramai lagi!
Soalan2nya adalah seperti siapa yang mengurat siapa, siapa yang buat keputusan untuk bercuti, siapa yang bagi nama anak dan sebagainya. Seronoknya bila mereka mula bercanggah jawapan dan mula mengingat kembali detik-detik lama mereka.
Bekerja dengan Sharifah Shahirah bukanlah sesuatu yang baru buat Paknil sebab sebelum ini, Paknil pernah juga menghoskan rancangan Wira Waja Malaysia. Shiera memang seorang yang lucu dan sentiasa membuat Paknil seronok di pentas.
Tak sabar nak tengok bagaimana repond penonton setelah menonton rancangan ini nanti. Kalau korang perasan, Paknil dah lama tak menghoskan sesebuah rancangan dengan hos bersama.
Jadi, bila bekerja dengan Shiera, dia banyak membantu memceriakan suasana sehinggakan ada ketikanya Paknil tidak tahan dan tidak henti ketawa.
Kita sama2 nantikan kemunculan rancangan ini di Astro Ria!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.