Sunday, March 8, 2015

Perginya Abang Harun Salim Bachik


Harun Salim Bachik yang Paknil kenal adalah seorang yang selalu menggunakan nada yang lembut bila bercakap. Tak pernah meninggikan suara. Paknil kenal dengan Allahyarham sejak kami sama2 bernaung di bawah syarikat rakaman yang sama iaitu PonyCanyon Records 20 tahun yang lalu. Sering kami buat promosi bersama-sama.
Beliau sangat berbakat bukan sahaja dalam bidang nyanyian tetapi dalam bidang lakonan dan lawak. Paknil pernah berlakon dengan Abang Harun dalam filem HoreHore. Beliau berlakon sebagai suami Adibah Nor. Ketika menunggu untuk beraksi depan kamera, paknil sempat berborak dengan Abang Harun dan seperti biasa dia sangat tenang orangnya. Walaupun terpaksa menunggu lama, dia tak pernah merungut dan tak lokek untuk berkongsi ilmu.
Semasa Paknil bersama rakan-rakan Hero Malaya membuat kerja amal mengutip derma untuk membatu Bob Kuman di Carrefore Wangsa Maju suatu ketika dahulu, beliau selaku Presiden Seniman ketika itu sempat turun dan memberi semangat kepada kami. Paknil masih teringat pesan beliau,"Bagus dik! Tahniah! Teruskan kerja sebegini. Abang tabiklah" sambil menepuk2 belakang bahu Paknil.
Hari ini 8 Mac 2015, Abang Harun Salim Bachik, 55, telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga Allah menghimpunkan Abang bersama-sama orang yang Solleh di sisiNya. Amin. AlFatihah.

12 comments:

  1. Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un. Sedih sangat bila tau pemergiannya. Sangat suka dengan lakonan dan lawak arwah. Al-Fatihah...moga tenang di SANA.

    ReplyDelete
  2. Tak sangka boleh jumpa blog paknil....

    nice blog...

    ReplyDelete
  3. Paknil dah kembali!!!!! rindunyerrrr

    ReplyDelete
  4. salam..sy dr pelajar fakulti teater dan animasi, uitm puncak perdana. nak tanya sesiapa yg tahu nak contact paknil mcm mana. sbb sy berminat nak tulis kisah hidup paknil, untuk tugasan assignment lepas raya. sy berminat untuk interview paknil dan menemu bual paknil, inshallah kalau paknil sudi. pls email sy ye if tau cane nak contact paknil .. @nurulafiqahmunap@gmail.com pls2...tolong sy nak dean list juga sem ni. assalam tq all.

    ReplyDelete

  5. شركة التميز المثالي للخدمات المنزلية وتنظيف المنازل والشقق والفلل بالدمام والخبر والقطيف والجبيل
    قسم خاص لتسليك المجاري بالضغط ومكافحة الحشرات وتنظيف للمجالس والسجاد والموكيت وتنظيف الخزانات
    نقدم افضل الخدمات المنزلية بالمنطق الشرقية 0551844053

    شركة تسليك مجاري بالدمام
    شركة تنظيف منازل بالدمام
    شركة مكافحة حشرات بالدمام
    شركة تنظيف شقق بالدمام
    شركة تنظيف منازل بالجبيل
    شركة مكافحة حشرات بالجبيل
    شركة تنظيف سجاد بالجبيل
    شركة تسليك مجاري بالخبر
    شركة تنظيف منازل بالخبر
    شركة تركيب وصيانة الكهرباء بالدمام والخبر



    ReplyDelete