Tak sama sebenarnya apa yang anda tonton dengan saya yang sebenar.Saya ni nampak di kaca tv memang gila-gila dan suka bergurau tetapi anda cuma nampak 50 peratus sahaja daripada personaliti saya.Sebenarnya, saya cukup tak gemar dengan golongan yang kurang ajar. Baik orang dewasa, remaja atau kanak-kanak. Kalau saya marah, telinga saya akan merah! Saya ni memang jenis cengeng. Cepat tersentuh dan mudah menangis.Kadang-kadang dengar lagu sedih pun saya boleh tersentuh.