Saturday, June 2, 2012

DULAT TUANKU! MENJUNJUNG KASIH!

Ketua Hakim Negara ketuai penerima darjah kebesaran 2 Jun 2012 KUALA LUMPUR - Ketua Hakim Negara Tan Sri Arifin Zakaria mengetuai 1,523 penerima Darjah Kebesaran Persekutuan Tahun 2012 sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.     Beliau adalah penerima tunggal Darjah Seri Setia Mahkota Malaysia (S.S.M) yang membawa gelaran 'Tun'.     Dua penerima iaitu Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif dan Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dikurniakan Darjah Panglima Mangku Negara (P.M.N) yang membawa gelaran 'Tan Sri'.     Seramai 39 individu lain dikurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang juga membawa gelaran 'Tan Sri'.     Antara mereka ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Suriyadi Halim Omar, bekas perutusan tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Datuk Hamidon Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Seri Panglima Sukarti Wakiman, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Petroleum Nasional Berhad (Petronas) Datuk Shamsul Azhar Abbas, dan Ketua Pegawai Eksekutif Asian Strategy & Leadership Incorp. Sdn Bhd Datuk Dr Michael Yeoh Oon Kheng. Puteri Tuanku Abdul Halim, Datuk Seri Diraja Tunku Puteri Intan Safinaz turut dikurniakan PSM.     Panglima Tentera Darat Jen Datuk Zulkifli Zainal Abidin dan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar turut menerima PSM, masing-masing bagi kategori Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).     Bagi pertubuhan politik, antara penerimanya ialah bekas Yang Dipertua Dewan Negara yang juga bekas setiausaha agung MCA Datuk Wong Foon Meng, Anggota Parlimen Johor Baharu Datuk Seri Shahrir Ab Samad, Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Rahman dan Pengerusi Tetap Umno Datuk Paduka Badruddin Amiruldin.     Legenda bola sepak negara Datuk Abdul Ghani Minhat juga dikurniakan PSM.     Seramai 65 individu dianugerahkan Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran 'Datuk'. Antara mereka ialah Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia Datuk Ngah Senik, Hakim Mahkamah Tinggi Sibu Yew Jen Kie, Ketua Jabatan Perubatan dan Pakar Perunding Kanan Hospital Sungai Buloh Dr Christopher Lee Kwok Choong, Ketua Jabatan Neurosurgeri Hospital Kuala Lumpur Dr Mohammad Saffari Mohammed, Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia Prof Datuk Dr Zaini Ujang. Turut dianugerah PJN adalah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin, Setiausaha Agung MIC, S. MurugesSan dan Setiausaha Agung Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Balang Rining dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Senator Doris Sophia Brodi.     Tiga individu juga menerima Darjah Panglima Setia Diraja (PSD) yang membawa gelaran 'Datuk'. Mereka ialah Setiausaha Sulit Kanan kepada Yang di-Pertuan Agong Elmi Mohd Yusoff, Timbalan Presiden Pegawai Tadbir Negeri Kedah Datuk Adzmi Din dan Pengarah Cawangan Khas PDRM ACP Musa Mohd Safri.     Seramai 31 orang akan menerima Darjah Johan Mangku Negara (JMN). Antara mereka ialah penasihat Majlis Keselamatan Negara Datuk Mohd Ghazali Ahmad, Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Datuk Alias Ahmad, Pesuruhjaya Polis Sabah DCP Datuk Hamza Taib dan Ketua Polis Pahang DCP Datuk Sharifuddin Ab Ghani.     Penasihat Kreatif Astro/ Pengacara TV Aznil Nawawi dan Ketua Polis Terengganu SAC Datuk Jamshah Mustapa adalah antara 101 penerima bagi Darjah Johan Setia Mahkota (JSM.     Seramai 411 orang pula dikurniakan Darjah Ahli Mangku Negara (AMN). Antara mereka ialah Penolong Editor Perkhidmatan Berita Ekonomi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) S. Durga Varma dan pelakon Zakaria Ahmad (A. Galak).     Sementara itu, penerima tunggal Darjah Panglima Gagah Berani (P.G.B) ialah ASP Hisham Mahmood dari PDRM.     Bagi penganugerahan darjah kebesaran lain, tiga orang menerima Darjah Johan Setia Diraja (JSD); 228 menerima Kesatria Mangku Negara (KMN), tujuh Kesatria Setia Diraja (KSD); 628 Pingat Pangkuan Negara (PPN) dan tiga menerima Bentara Setia Diraja (BSD). - Bernama

24 comments:

Faizul Osman said...

tahniah kepada Dato' Aznil di atas kurniaan tersebut!!! semoga lebih suksess dlm bidang yg diceburi...

HeNRieTTa JoSe said...

Tahniah....moga sentiasa berjaya dan bahagia...

Sekali lagi tahniah...

Misz Mieza said...

Dah dapat darjah JSM! Congratulation Dato' Aznil Hj. Nawawi..! ^_^

azahrohaizah said...

Salam Paknil..
Akhir nya perkara yang ingin sy saksi kan termakbul jua,
tahniah Dato Aznil bin Hj Nawawi!

Semoga terus berbakti untuk ibu pertiwi

Edzlin said...

Salam Paknil. Tahniah kerana menerima Darjah Johan Setia Mahkota (JSM).

zulkarnai is an Army Personel.( Aree Bihunsup Ex Service ) said...

wow tahniah pak nil, opsss Dato' huhuhu

NOR AFIQAH BINTI IDRIS said...

alhamdulillah paknil....
kini gelaran DATUK telah dikurniakn kepada paknil.....tahniah paknil....saya mendokan agar paknil terus berjaya dalam bidang yang paknil ceburi dan saya akan sentiasa menyokong paknil.....

-love you paknil-<3<3<3<3<3

JOMGELAKFM-Nur Aliya said...

Tahniah!

TuaH DesA said...

Tahniah kepada Dato' Aznil Hj Nawawi ...

sury_masury said...

salam datuk...tahniah ye pak nil..mmg layak..terbaikkkk

Scarlett O'Hara said...

Tahniah Pak Nil!

Tracey said...

seriously, you on TV is different from what i've had read in here, =) The best of luck for you. =)

specialshowtoday said...

hi! friend ,now i want to exchange with you
this is my blog .
http://khmernews-specialshowtoday.blogspot.com/
if you okay with me , please send my , amokpongthom@gmail.com

Boni JLL3 said...

pak nil.. saya ni salah seorang peserta jangan lupa lirik.. remember me??

Adib said...

Tahniah diucapkan!~

xastor said...

sbg info: JSM tidak membawaa apa2 gelaran kepada penerima. Norman KRU pun salah sorang penerima pada thn 2011

xastor said...

btw, tahniah kepada paknil atas darjah kebesaran yg diterima.

Gee GTG said...

tahniah..^^

Gurindam Jiwa said...

Tahniah

ashamami said...

Tahniah Dato' Aznil Hj Nawawi...tahniah tahniah tahniah...saya mmg telah menjangka kan sedari awal lagi.

Umi Nad'Rah Amir Hamzah 0134502520 said...
This comment has been removed by the author.
Umi Nad'Rah Amir Hamzah 0134502520 said...

salam semua,harap sudi menjengah laman blog saya www.yangbaiksahaja.blogspot.com

siti nur said...

tahniah..semoga dipnjangkan umur dan btmbah murah rzki ^_^

Kimora Aromi said...

Hai Pak Nil..saya peminat setia.Jemput datang ke blog walking saya sebagai bertukar info lebih kesihatan http://lnk.splashurl.com/HX3