Saturday, June 19, 2010

JOM BERSAMA PAKNIL KITA GANYANG AEDES!!!

Semalam secara rasmi, Paknil telah dilantik sebagai ikon anti denggi dalam kempen terbaru Kementerian Kesihatan "Jom Ganyang Aedes" bagi menangani wabak denggi.
Satu majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara kedua-dua pihak telah berlangsung di bilik gerakan Kementerian Kesihatan BlokE7, Putrajaya yang turut dihadiri Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.
Bagi Paknil, penglibatan dalam kempen ini adalah sebagai memenuhi tanggungjawab sosial kepada negara diharap mampu menarik minat komuniti setempat khususnya golongan remaja untuk turut sama membanteras denggi.
Paknil lihat pihak kementerian begitu bersepadu untuk mengadakan projek khas "Jom Ganyang Aedes" ini khusus untuk membasmi demam denggi secara serius, konsisten dan bersungguh-sungguh. Tugas Paknil pula adalah untuk memberi kesedaran dengan mengunjungi kawasan-kawasan hotspot, bersama bergotong royong dan melakukan kunjungan ke rumah-rumah masyarakat setempat member pemahaman mengenai pembiakan nyamuk aedes ini.
Terlanjur menulis entri ini, Paknil nak juga bagi tahu kepada semua bahawa kunci utama bagi mencegah demam denggi adalah dengan mengurangkan tempat pembiakan aedes sama ada di dalam atau di luar rumah kerana aktiviti semburan kabus atau fogging hanya membunuh nyamuk dewasa dan tidak membunuh jentik-jentik.Jentik-jentik cuma mengambil masa seminggu sahaja untuk menjadi nyamuk dewasa dan sebab itulah jentik-jentik ini perlu dihapuskan dengan membersih rumah seminggu sekali.
Semua sedia maklum, Paknil terpanggil untuk bekerjasama dalam kempen ini adalah setelah kehilangan rakan baik yang juga rakan penyampai radeio Era Din Beramboi, yang meninggal dunia pada 1 April lalu akibat demam denggi berdarah.
Cukuplah kawan Paknil seorang menjadi mangsa seekor nyamuk. Paknil tidak mahu ia turut berlaku pada orang lain dan sebab itulah Paknil harap kita sama-sama lakukan tugas kita untuk GANYANG nyamuk puaka ini

50 comments:

Naqib Mohamad said...

good job uncle!

sniffa93_aznil4eva said...

salam uncle.
yup lg skali uncle buat benda yg betul:)

congratz uncle..semua org percaya uncle boleh jd ikon yg terbaik.

ifa doa uncle sihat dan sentiasa dmurahkan rezki..xlupa jugak happy besama family uncle key.

happy n smile alwayz^_^
sayang uncle:)

QieFLy si Dolce said...

yeah go Pak Nil...


Indonesia released - part 2 (Kuta,Bali)

edzlin007 said...

Salam Paknil.

Tahniah Paknil kerana dilantik sebagai duta lagi. Kali ini kempen ganyang Aedes pula.

Kempen seperti ini memang sentiasa ada, tapi kalau penduduk setempat malas dan tak mahu ambil tahu, susah juga.

Harap dengan perlantikan Paknil ini buat mereka sedar akan kepentingannya.

Al-Fatihah buat arwah Din Beramboi.

azah_rohaizah said...

Salam Paknil

Satu lagi kerja amal yang mulia..Semoga di permudah kan Allah segala perancangan..amin


p.s paknil pun jaga kesihatan juga ye..jgn tido lewat



che din ..aku dan nafas ku merindui mu..Al- fatihah

tOm said...

mari kita hapuskan aedes!

My latest entry
18SX: Ini Bukan Cerita Lucah!

Fakhrur Razi said...

hak2 jmper gop blog si artis2 nih xD

~Nani3@InTaN~ said...

teruskan usaha murni mu pak nil...

mari kita sama2 cegah aedes...malaysia boleh!!

anne said...

Tahniah. Proud of you.

Jom Ganyang Aedes!

ana said...

Dear Aznil,

Congratulations on your latest achievement, day after day you just don't stop to amazed me with your accomplishments... Really proud of you. I second the edzlin007's comment, government has put a lot of effort in battling aedes mosquito but if the society doesn't response to it, it will just be another campaign. Hope with you being the icon, it will make a lot of difference and the ultimate goal is achieved. By the way, wanna wish you a very HAPPY FATHER'S DAY, may Allah bless you with abundance of happiness and health. Cheers, take care.

AlFatihah to Arwah Din Beramboi

Muhammad Afiq said...

tahniah pak nil,,,
troskn ushe murni anda itu,,:)

Photographer RAZAK RAMLI said...

Syabas...
Ini yang kita mau...
Hapuskan nyamuk aedes.

fifi shafinah said...

Paknil pun jaga diri jugak. Sayang Paknil Benci Aedes!!!.

aibaks said...

tahniah dari aibaks tuk paknil gak! semoga kita diberkatiNya dengan tahap kesihatan yang menyeluruh..amin

eMmY_Lya RamLi said...

frankly said,paknil mmg ikon terbaik..drpd warga tua sampaila kanak2..all da best n keep up da gud work ya!!

Legasi Piston Pecah said...

"Tiada AEDES, tiada DENGGI!"....
----------------------------
Game Show :Kata Kau , Sabtu 10 malam di Astro Ria

faizu said...

aedes itu comel.

SITI said...

akhirnya!

firdausahmad said...

Uncle aznil memang mantap maintain mcm dulu...sentiasa awet muda...
Tahniah teruskan usahamu...

Contact Lens Kelabu said...

congrates paknil jadi ikon!!!

bace utusan online patu dye tulis

"aznil dipilih kerana disenangi pelbagai lapisan masyarakat"

congrates again k! :)

always behind u, luv u.
sham

Atie Yusup said...

tahniah, same2 kite ganyang aedes...

Shaiful Zaidi said...

Salam...Tahniah Pak Nil! Tapi nape guna istilah "GANYANG", takde ka perkataan lain yang lebih sesuai? Nanti dikatakan pinjam istilah 'orang lain' pulak....

LiaNa YuSoF said...

wah.. tahniah paknil..
jd ikon utk ganyang aedes..
saya da tau lama da sbb housemate saya keja ngn datuk hassan.. tahniah skli lg ye paknil..
sama2 la kita ganyang aedes...!!

Ibu Qistina said...

caye la Pak Nil..buat y terbaik selagi org bg kepercayaan kat kita..Pak Nil terbaik punya...

AMMOSHAM said...

hidup aznil!

mari kita pakat sokong sama-sama

mamaiman said...

hi paknil
nk komen poster
cam paknil ngan gembiranya memperkenalkan aedes
patutnya tunjuk muka paknil yang geram nk ganyang aedes tu..
apapun,TAHNIAH!!!!
(cam manelah paknil bahagi masa utk semua2 xtvt,keje dan mcm2 lg..sian dia)

Su3y said...

A'skum abg aznil...

Alhamdulilah!

U get to be an icon again & again :)

I'm surely very happy for u...

Tentang Aedes ni memang kita harus titik beratkan...

Selalunya benda-benda macam nilah tanpa kita sedari boleh membahayakan diri,tambah lagi sehinggakan boleh membawa maut...

Harap lepas ni,lebih ramai lagi yang mengambil berat tentang Aedes ye...

Oh ye...

Dikesempatan ni i wanna wish u a very happy father's day!

We all know u're a great daddy, just continue to be the best alright? ;)

Hehehe...

SALAM SAYANG DARI,
SUZYLINA ;)

Dari Meja Pengarah said...
This comment has been removed by the author.
Arsyad said...
This comment has been removed by the author.
zamila said...

terharu baca ruangan borak pak nil di harian metro psl din beramboi sbb pak nil masih igt lagi dgn hubby sy nizam yg keja dgn ahadiat dulu tu.hubby macam hepi je.

niezamcomic.blogspot.com

web dia.

Am_7riel said...

ingatkan nak ganyang indon td...ganyang indon bes gak!!!

Amjad Afnan Ammara said...

Congratez Pak Nil!!
paknil layak jd ikon utk sume kempen2 di malaysia!!
go! go! go paknil!!

atashinci_83 said...

J0m..j0m j0in paknil gnyang aedes..

Boyachilles said...

pak nil, rumah saya banyak nyamuk...besar2 plak tu..kat taman ade, kat padang permainan ada, kat dalam keta ada....sume tunggu pak nil sergah...

ni ada nak share dgn pak nil...kisah kucing saya yang videonya byk meruntun hati sesiapa yang menontonnya..

http://www.youtube.com/watch?v=xt5wRG6CQTQ

ni lagi satu

http://www.youtube.com/watch?v=W6hBFmdXCuc


cerita selanjutnya ada di sini : http://kakimotong.blogspot.com

bye pak nil...

assalamualaikum...

dEeWaN said...

Salam abg.
Moga kerja yang baik mendapat keberkaitan pada diri abg. Ayuh kita hapuskan musuh yang kecil ini

Akasia Maya said...

Bagus Paknil tiada edes tiadalah denggi
.
.
.
.
.
.

Jom singgah blog kawe
My Blog http://www.jeritanblog.blogspot.com
follow saya nanti saya follow anda balik

hafiz95 said...

sokong PAKNIL....Sokong KKM...

MahaMahu said...

Jom nak juga gangnyah guna apa paknil lesung ker atau batu alas pasu heheheheh...

Tok_Pahlawan said...

Bagusnye ler tok tgk Paknil ni.. semangat kau.. I Support u bro.

Nanti bleh ler join tok nyer program lak.. kita majukan org kita supaya sumer kaya raya.

email kat tok nanti kalu minat..
azz_reflex@yahoo.com
call 0162115504

Mohd Hafiz Kamal said...

Pak Nil wife sy baru sj seminggu keluar hospital sebab denggi.....kecut perut sy dia dijangkiti denggi. Kite semua kena lebih waspada dan jaga kebersihan kawasan rumah. Alhamdulillah wife dah sihat skrg.

Perangi Aedes,
Cheers,
Vampire Contact Lenses

kak cabai said...

jom pak nil kita sama-sama ganyang eades ni.. jahat ni... keturunan dia jugalah yg masuk dlm hidung..... dulu tu... jgn sampai dia masuk dlm hidung kita pula nooo....

Kelambu Payung Pelbagai Size said...

Tahniah kepada pak nil dan semua rakyat malaysia. marilah kita sama2 menjayakan kempen seberapa daya yang kita boleh.


Raihan
http://kelambu-payung-pelbagai-size.blogspot.com/

echah mashuri said...

pak nil is da best!huuu..
jom gnyang same2,,,

kayzue said...

Salam paknil..
Wah..jom kita pakat ramai2 ganyang AEDES tu bersama2 paknil..
go..go..paknil!!
http://www.zuraini.skotjutawan.com

Dunstant said...

HALLO UNCLE AZNIL, SORI KALAU MENCELAH TAK KENA TEMPAT, SAYA HANTAR FEEDBACK PAKAI BORANG MAKLUMBALAS ERA TAK DE JAWAPAN LANGSUNG. BOLEH TAK MINTAK MANAGEMENT ERA PAKAI DVR PLAYER YANG LAMA CAM DULU, BUKAN YANG BARU SEKARANG (http://www.radioactive.sg/) SAYA DENGAR RADIO PAKAI DVR LAMA ELOK2 JE, SEKARANG SOUND ASYIK PECAH2 PASTU TAK PASAL2 BERENTI, KENA REFRESH BALIK 4-5 KALI BARU BOLEH STREAM BALIK. PLZ LA, SATU OFFICE SAYA BENGAN DENGAN ERA SKRG, CUMA DIORANG TAK PAHAM SEBAB MUSABABNYA, YG SAYA PERASAN SEMENJAK GUNA DVR PLAYER YANG BARU NI BANYAK PROBLEM LA...THANKS..

Cik Anor said...

Salam Pak Nil,

Anak saya suka sgt dgn pak nil dari umur dia setahun sampai sekarang 3 tahun, naknya bila ada tom-tom bak. Kalau dia dpt jumpa pak nil mahu pengsan kot hehe, anyway u orang yang bagus, good luck ya!

m6hidrogen said...

sibuknya pak nil smpai dekat sebulan tak update blog

*~*A Plain Jane on The Block*~* said...

I support u all the way Pak Nil! contoh masyarakat prihatin yang bijak meneracu hidup dan meninggalkan semangatnya kepada anak muda.

semoga sentiasa dimurahkan rezeki. Amin.

khaltamarplus.com said...

Hmm.. walaupun spek paknil bergaya, tertarik tgok senyum sweet auntie erma. hihi :)

Sham said...

Salam uncle Aznil,

Saya peminat setia uncle...
Saya ada lukis Karikatur uncle Aznil
kat blog saya www.syedhisham.blogspot.com

Uncle Aznil ambil la copy dan save letak dlm blog ni... baru meriah ;)