Friday, July 9, 2010

GOTONG ROYONG GANYANG AEDES


InsyaAllah esok seawal jam 8pagi Paknil akan bersama-sama dengan penduduk di sekitar perkarangan Pasar Raya Bintang, Taman Kajang Mewah, Kajang Selangor bagi melakukan kerja gotong royong untuk mengganyang nyamuk aedes!
Ini adalah bersempena dengan kempen Jom Ganyang Aedes dan usaha mencegah demam denggi. Paknil sangat teruja untuk bersama-sama dengan penduduk setempat yang akan berkenal mesra dahulu sebelum kami sama-sama akan didedahkan tentang bahayanya demam denggi. Pastinya Paknil akan kongsi betapa sedihnya perasaan Paknil kehilangan rakan Paknil, Din Beramboi gara-gara diserang sakit demam denggi berdarah.
Turut akan turun padang adalah YB Dato' Sri Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan Malaysia. Paknil harap ramai yang akan berganding bahu untuk membersihkan kawasan rumah dan sekeliling mereka. Satu lagi acara yang Paknil sangat nantikan adalah kunjungan ke rumah penduduk setempat dan sekali gus melakukan demonstrasi membersihkan tempat-tempat potensi pembiakan jentik-jentik nyamuk.
Harap siapa yang berkesempatan, marilah kita sama-sama ke tempat yang Paknil maksudkan dan jangan ambil ringan tentang tugas memerangi denggi ini. Takkanlah sampai ahli keluarga kita menghidapi sakit itu baru kita ingin bertindak. Takut-takut nanti sudah terlambat.

33 comments:

mrs.JamaL said...

dah dekat ngan umah aku dah tu..paknil nak join jugak boleh??

Su3y said...

A'skum abg aznil...

Bestlah,untung penduduk sana abg aznil turut sama "gotong royong" tersebut :)

Congrats to u!

Menolong adalah satu pekerjaan yang mulia,insyallah suatu hari nanti bila tiba giliran kita dalam kesusahan ada yang sudi membantu...

Apa-apa pun abg aznil do take good care of urself...

Jangan lupa untuk jaga kesihatan sendiri sementara sibuk pekerjaan...

SALAM SAYANG DARI,
SUZYLINA ;)

edzlin007 said...

Salam Paknil.
Ya, betul tu. tak perlu tunggu amaran, tiap-tiap minggu bersihkan kawasan sekitar. Saya rasa penduduk zaman sekarang cuma kurang beri kerjasama sahaja. Rumah sendiri mungkin bersih, tapi kawasan sekitar taman perumahan itu yang selalu jadi masalah.

Selamat bergotong-royong Paknil!

sniffa93_aznil4eva said...

salam uncle.

bestlaa. uncle turun sana..lepas ni turun shah alam pulak keyh.:)

anyway always support uncle...:D

psst:ifa support spain jugak! tp kalau belanda menang pon ok ouh. coz dorg main cantik..hehe

ibu_Arifa said...

huhu..kalo dekat sure nk join jugak :)

anak saya baru berusia 21 bulan, baru2 ni(25 Jun 2010) +ve denggi jgk..6 hari kami berkampung kt hospital. syukurlah semuanyer dah selamat..dah sihat walafiat dah sekarang.

saya sokong uhasa murni Pak Nil ini. semoga dipermudahkan -NYA.

Sitti Fatimah Mohamad said...

Bestnya bergotong-royong..
nasib jauh kalau dekat boleh join..hehe tak malu pulak.

Dengarkan Radio Era FM Kat Cni..

The Truth Hunter said...

bestnya klu dpat turun sna..tapi xpe..TTH ganyang aedes kt sini je...

The Dajjal Crimes

fafa0 said...

assalamualaikum paknil..
btol 2, smlm fara dga kt era mkin rmai rkyat MSIA YG MATI AKIBAT DENGGI.. so, kte mmg sepatutnye bershkn tmpt2 yg le mmbiak kn si aedes ni..

fairuz n nani said...

mencegah lebih baik dr mengubati..~

azah_rohaizah said...

Salam paknil

Selamat beramal...
sayang kamu

azieda razak said...

salam pak nil...
i love u...
hahahaha...

notebook aku said...

pak nil! ^^ i love u too hehe

m6hidrogen said...

dah berapa ramai orang kene ganyang dengan nyamuk aedes sampai demam denggi.

lepas ni nak ganyang nyamuk aedes kat mana lak pak nil?

ana said...

Dear Aznil,

Such a noble effort made by you. Prevention is better than cure. I second edzlin007's comment. Our society nowadays are only do concern and care of their compound, outside that perimeter, they, should I say don't give a damn. Take our parks and playgrounds for example, there rubbish every where to be seen. Such a shame, for Malaysia is a develop country but the society's mentality, sad to say, are still at primate. I hope with the effort you and the authority put in, will bring back some civic sense to the society and we have a cleaner neighborhood. Let's work together towards that.

Keep up the good work and do take care. Cheers!!!

IkraamTorres said...

this is my new blog address :: http://www.pgx4238.blogspot.com/

amira said...

slm..hurm.. sy dikuarantin dah... demam.. tak taw suspek ape.. hadoi..

Blog Rakan Artis said...
This comment has been removed by the author.
Rakan Artis said...

Jom sama2 Follow Rakan Artis Di FB dan blog nih...JOMMM...=)

BB Nadia said...

Salam, Pak Nil.Teruskan usaha murni.Usaha berterusan dan dengan kesungguhan pasti mendatangkan hasil.

tuDung dA laTest said...

Salam Pak Nil... Maaf sy dh keluar topik nih. Sy nk minta Pak Nil promote kan blog sy http://tudungdalatest.blogspot.com. Harap dapat sokongan Pak Nil ye...
TQ.

Amanda Eltiqaz said...

best gotong royong ni! mcm kat sekolah dulu ^^

SURAU PERDANA said...

pak nil..

ada diskusi tentang paknil disini...

klik disini ya..


http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=24607#777960

Anje said...

huhu... ganyang habis-habisan AEDES tu....

aidil said...

pak nil baguis dalam persekitaran..
ley x pak nil...
masukkan laman web saye sebagai ling aje?


http://startfriend.spruz.com

Kelambu Payung Pelbagai Size said...

salam, selamatkan diri dan keluarga daripada aedes. sertailah gotong royong pak nil....

http://kelambu-payung-pelbagai-size.blogspot.com/

Yaya said...

yaya pon nak join gak..habis adik2 kena denggi sekarang...risau betul

ana said...

Dear Aznil,

Been quite a while you didn't update your blog, kind of miss your entry... Anyway, do take care of yourself and keep up all the good community effort and work you put in. Only if there is a lot more of "Aznil" in this world, it would be much a better place to live in....
Cheers!

siti azizah Sang Pencinta said...

pak nil bila nak update blog nihh... dah lama... bersawang tuuhhh

Akasia Maya said...

New Pro tutorial blog http://www.jeritanblog.blogspot.com

Helmiyani said...

slm pak nil :) kat area umah saya ni pun banyak kes denggi. boleh kata 2 minggu sekali orang kesihatan datang buat fogging tu...
btw, anak2 saya minat tul dgn pak nil :) tahniah utk pak nil sb dapat tarik minat sumer peringkat umur tak kira kanak2 atau yg dah berumur ni.. hehehhe

MahaMahu said...

Jadilah antara terawal meletak bendera kempen 1 Blog 1 Bendera sempena kemerdekaan negara tercinta..

Ask Me Blog said...

salam,

Tumpang skaki utk promote blog akak http://d-ina-pengantin.blogspot.com

Sinopsis D' Ina Pengantin :

D' Ina Pengantin merupakan kedai perkhidmatan perkahwinan untuk sekitar kelantan, dengan beberapa pakej yang menarik. Polisi D' Ina Pengantin adalah "KEPUASAN PELANGGAN, KEUTAMAAN KAMI" yakni dengan servis yang amat memuaskan hati pelanggan serta kualiti gambar yang AMAT di titik beratkan.

D' Ina Pengantin terletak di lot 713, kg bunut sarang burong, 16250 wakaf bharu, kelantan. D' Ina Pengantin juga mempunyai pelbagai jenis pakaian persalinan dari trend yang '0ld Skool',Baju Moden dan beberapa lagi dari pakaian tradisional kaum/ bangsa.

D' Ina Pengantin telah beroperasi hampir 6 Tahun dan telah mempunyai customer lebih kurang 330 orang.

Untuk maklumat lanjut mengenai D' Ina Pengantin, sila layari blogsite kami http://d-ina-pengantin.blogspot.com ATAU hubungi kami di talian 017-9043669 (Kak Naa). Anda juga boleh e-mailkan ke mie_3943@yahoo.com ATAU mie3943@gmail.com. Kami juga mempunyai facebook : D' Ina Pengantin.

Sekian, terima kasih.


Regards,

D' Ina Pengantin

fartien said...

pak nil..
anak pak nil belajar kt queenland ye??
same la ngn spupu sy...
hihiihih..
bkn saya...