Friday, August 6, 2010

DOAKAN KESIHATAN PAKNIL

Wah! Lama betul Paknil tak update blog ini. Semuanya gara-gara kesibukan Paknil dengan kerja-kerja di Astro dan Era. Di samping itu Paknil juga turut terlibat dengan kempen Jom Ganyang Aedes anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia.



Di samping itu adalah jugak perkara peribadi yang terpaksa selesaikan. Antaranya adalah menguruskan kemasukan anak Paknil yang sulong Fifi ke University of Queensland Brisbane Australia dan Paknil juga berpindah rumah.
Bila kedua-duanya berlaku serentak memanglah tak menang tangan. Sekarang Fifi dah pun selamat belajar. Apartment pun sudah Paknil uruskan dan sekarang buat pertama kalinya Fifi berpisah jauh dari kami. Sedih gak sebab tak pernah Fifi sorang-sorang jauh dari kami tapi ini semua adalah proses membesar dan menjadi dewasa. Fifi kena berani dan tempuh semua cabarannya. Cuma Paknil harap dan berdoa agar Fifi sentiasa menjaga nama baik dan mendapat keputusan yang cemerlang.
Mengenai pindah rumah pulak, Paknil rasa kediaman Paknil kini selesa sedikit berbanding sebelum ini. Ada rezeki sikit untuk keselesaan keluarga. terima kasih kepada kumpulan Imam Muda yang turut bersama keluarga dan rakan Paknil untuk kenduri doa selamat yang kami anjurkan demi mengambil keberkatanNya.
Dalam pada itu, Paknil juga sibuk dengan rakaman dua rancangan tv baru untuk tontonan penonton TVIQ dan Astro Prima. Untuk TVIQ, Paknil bertindak sebagai pengacara untuk program CLEVER Edisi Malaysia. CLEVER adalah semua rancangan kuiz Sains untuk pelajar sekolah rendah. Seronok juga rancangan ini kerana ia turut disertai artis-artis popular seperti Adibah Nor, Iqram Dinzly, Sharifah Shahirah, Imuda dan ramai lagi.
Paknil sebenarnya yang sangat teruja dengan program ini kerana ia mengembalikan nostalgia Paknil ke zaman persekolahan. Lagi pun banyak perkara yang berlaku dalam kehidupan kita di buktikan dengan aplikasi sains oleh pengacara Rafidah selaku saintis. Nantikan tayangannya di ASTRO TVIQ.
Di Astro Prima pula, semperna bulan Ramahan ini, adalah sebuah program yang diadaptasi dari segmen Merisik Khabar di Riuh Pagi Era. Kepada yang biasa mendengar cerita dan masalah pendengar Era di segmen itu pasti tahu bagaimana pada segmen itu Paknil bertindak sebagai pendengar kepada keluh kesah mereka yang bermasalah.

Namun kali ini, segmen itu dibesarkan dan diangkat ke tv pula. Semua berkat kehadiran penaja utama Revive Isotonic yang turut membantu meringankan masalah kes yang kami paparkan di tv dan di radio Era sepanjang bulan Ramdhan ini Isnin hingga Jumaat. Jadi sepanjang bulan puasa ini, anda semua dijemput untuk menonton program yang membawa seribu keinsafan kepada kita ini di samping mensyukuri kelebihan yang ada pada kita dan keluarga.
Juga, jangan lupa untuk hilangkan dahaga anda dengan membeli minuman Revive Isotonic dan Pepsi berukuran 1.5 litre kerana pada setiap pembelian anda, 10 sen akan disalurkan ke tabung Merisik Khabar.
Di samping itu juga, Paknil sangat sibuk menyelesaikan rakaman rancangan Hari Raya yang bakal ditayangkan di Astro Ria sempena musim perayaan hari raya tahun ini. Paknil terlibat sebagai pengacara untuk program Glamour Raya! Seronok rakaman ini kerana ia cuma berlaku untuk hari raya sahaja dan kali ini, semestinya pesertanya adalah orang ramai yang beriya berpakaian cantik ssempena hari raya dan mendendangkan lagu raya yang evergreen.

Selesai rakaman Glamour Raya, Paknil juga terlibat sebagai salah seorang selebriti Astro yang menjayakan Mega Raya 2010. Antara selebriti Astro lain yang turut terlibat adalah Anita Sarawak, Erra Fazira, Sarimah, Jimmy Shanley, AC Mizal, Farid Khamil dan Zoey. Paknil turut mendendangkan beberapa lagu raya termasuklah lagu duet bersama Kak Nita. Memang best sangat!

Paknil juga terpaksa membahagikan masa sibuk Paknil ini untuk turut sama membentuk kebolehan peserta Imam Muda dalam aspek berkomunikasi dan pengucapan. Semua ini adalah atas permintaan Astro Oasis sendiri yang mahu Paknil mengasah kebolehan bakal Imam Muda itu agar boleh bertutur dengan baik dan lancar. Bagi Paknil, mengajar mereka ini juga adalah seperti Jihad kerana Paknil lakukan sememangnya untuk jalan Allah dan menyibarkan lagi syiar Islam cara Paknil. Ini sahaja kelebihan dan bakat yang Allah anugerahkan buat Paknil dan Paknil rela menurunkan ilmu yang tidak seberapa ini kerana Nya.

Esok pula (7 Ogos) Paknil akan terlibat dengan kerja kempen membenteras denggi lagi iaitu Kempen Jom Ganyang Aedes! Kalau dulu Paknil berada di Kajang dan Cheras, besok Paknil berada di Gombak dan di flat Seri Selangor, KL.
Biar sesibuk mana sekalipun Paknil, Paknil sering mendapat pesanan dan doa daripada peminat Paknil agar Paknil terus menjaga kesihatan. Terima kasih pada semua. Doakan kesihatan Paknil eh...

121 comments:

lyd said...

tahniah pada anak paknil fifi berjaya menyambungkan pelajarannye...
n kiteorg akn always doakan paknil...

Intan Inn said...

semoga pak nil sentiasa diberkati dan diberikan kesihatan yang baik...

mummynana said...

Insya Allah.. semoga kt diberkati Nya... amin...

aish♥ said...

may god bless u pak nil.. (>_^)

mz michiko said...

semoga paknil sehat sentiasa...penuh jadual pak nil..caiyok2! kem salam kt fifi ye pak nil... :) nanti mesti dia homesick..huhuh..dah biasa duk umah..cian dia.. :(

sniffa93_aznil4eva said...

salam uncle:)

byk aktiviti uncle kan...emm semua aktiviti/kerja yang uncle buat hope berjalan lancar keyh.

ifa doakan program ganyang aedes akan tingkatkan lagi kesedaran buat semua org...

moga sis fifi berjaya n dapat banggakan uncle sebagai papa dia..

n semua program termasuklah merisik khabar mmg ifa akan dgr n tgk:)

apa2pun..uncle happy with ur family, smile n jaga kesihatan keyh.

sayang uncle:)

Farazila said...

wah..ke main bz la paknil....
moga paknil sentiasa sihat selalu okies....

p/s:baju kuning mcm baju aunt anne plak..

MUNIRA AZME said...

busy sungguh.... Semoga Allah memberikan kesihatan yang terbaik untuk uncle aznil dan Fifi juga. Semoga uncle Nil, di murahkan rezeki. Dan semoga Fifi menjadi anak yang terbaik dan berjaya dalam hidup ^_^

biehaziq said...

hye paknil !
cmoge sihat sentiase..
n kem slam kat anak2 paknil tau tau !
;)

farahfatihah said...

alhamdulillah semakin bertambah rezeki Allah pd pak nil =)

cekkeya said...

paknil, moga sihat-sihat aja ye??? amin...

jaga diri ok ;)

cKyN WaN said...

paknil!
semoga sentiasa sihat =)

keep it up!

zie said...

salam paknil dah terlanjur jln2 singgah ke blog paknil...nak ucapkan selamat menyambut ramadhan semuga sihat selalu.

~Nani3@InTaN~ said...

congrate utk fifi... :)

moga paknil terus success yek

joegrimjow said...

bulan 11 ni nak p brisbane
nak kirim cencalok kat fifi boleh la nanti
;)

edzlin007 said...

Salam Paknil.

Terima kasih Paknil update juga blog ini. All in one lagi. Nanti bila nak tayang rancangan Clever maklumkan ya. Teringin nak tonton versi Malaysia pula.

Tahniah juga kepada anak Paknil.


Kami semua sentiasa mendoakan agar Paknil sihat sejahtera kerana Paknil selalu ceriakan hidup kami semua.

Wan Gerrard said...

Gerrard akan selalu doakan kesejahteraan Pak Nil dan keluarga^^

Gerrard kagumi Pak Nil^^

nur choki choki said...

tahniah pak nill..
mmg sesuai jadi ikon lah..
pak nil nmpak muda.

Syeeda Sobbihi said...

paknil..busynya..ape rahsia paknil nmpak muda yer eventhough busy dgn keje..share la.. :)

meya ismail said...

Alhamdulillah.. rezeki paknil bertambah baik dan semoga Yang Maha Esa sentiasa memberkati hidup Paknil sekeluarga. Btw, saya peminat Imam muda tau. Baru je lapas tengok Imam muda-jejak~

Hezesuze said...

amboiii bizinye pak nil....wlpun sibuk kesihatan harus dijaga ye paknil...

tahniah pada fifi gak coz dpt further study kt obesi lagik...huhu

WanAni - OneAndOnly said...

tahniah untuk fifi semoga terus berjaya mencapai cita2nya...Untuk adik Aznil jangan abaikan kesihatan diri sendiri, take care!

EDDYLEBS said...

semoga paknil sihat walafiat dan fifi menjadi pelajar yg cemerlang..x sia2 usaha paknil membesarkan mereka selama ini..tahniah. Mari perangi denggi sama2........

Apple Mint said...

to fifi: tahniah smoga berjaya..n dapat keputusan cemerlang..

to paknil: amboi.. lama sungguh nak tunggu update terbaru blog paknil ni...

diana sidek said...

paknil, sy sentiasa doakan Allah bg kesihatan yg baik pada paknil sbb sy sgt bangga & suka dgn ur hasil kerja.I am ur biggest fan!!

anne said...

Semoga dilindungi Allah selalu.

Congrats utk Fify & rumah baru. :)

Nazra Kecik said...

thniah kpade ank paknil ehk...semoge dier berjaye menyambungkan pelajarannye...dan we all akan trus berdoa semoge paknil akan sehat slalu....stay smile! :)

Mz Nik Zakiah said...

Pak Dil We all LOVE U u r the best !!jaga diri dn kesihatan pak nil ^_^, tahniah u fifi jgk tahniah u paknil jgk berjaya didik anak hingga ke universiti

Asikin said...

Didoakan paknil sihatsejahtera selalu..amin

Idalara said...

Tahniah buat ank paknil dan rumah baru paknil..muga sentiasa diberi kesihatan yg baik dan dpt mnjalankan semua tugas dgn sempurna..

nampak tambah muda dan hensem

Su3y said...

A'skum abg aznil...

Hehehe,tulah dah lama abg aznil tak update blog kan...

But i do understand ur situation,busy sangat-sangat...

It's ok,as long as abg aznil tak lupa update blog bila ada masa terluang it'll be alright.Bukannya apa,kita bloggers semua pun ingin tahu perkembangan abg aznil dari masa ke masa...

& plus if u were to update ur blog,at least we all know that u're safe & sound :)

Apa-apa pun,i'll still be praying the very best for u & ur family.Insyallah!

Mungkin cuma doa saja yang mampu suzy panjatkan dari jauh...

Alhamdulilah! segalanya dah pun berjalan dengan lancar.Fifi dah pun selamat sambung pembelajarannya ke Australia & abg aznil pun dah selamat berpindah rumah!

All the best for fifi! I'm sure she'll be someone when she's back,terutamanya making her parents proud of her!

Semua ini berkat dari kerja keras,usaha serta budi baik abg aznil selama ini...

Sesungguhnya ALLAH menjanjikan balasan yang berlipat kali ganda bagi insan-insannya yang berbuat amal mahupun sebaliknya...

Dikesempatan ini suzy ingin mengucapkan kepada abg aznil sekeluarga "SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN" yang bakal tiba & semoga kehidupan abg aznil sekeluarga diberkati.Amin!

Take good care of urself!

SALAM SAYANG DARI,
SUZYLINA ;)

Tishya said...

pak nil, take care!!

miszlieny said...

semoga sihat selalu...amin

Irnie said...

aminn

semoga kita sama² terus dianugerahkan kesihatan yang baik, agar dapat memberi contoh yang terbaik kpd yang lainnya.. amiinnn..

Liza said...

Alhamdulillah dikurniakan rezeki dan anak yg bijak. Baru td juga Izzul terima anugerah cemerlang kt sek dia kan? Tahniah!! Semua Fifi dan Izzul sentiasa berjaya di dunia akhirat.

ana said...

Dear Aznil,

Fuhh... Finally you updated your blog since your last entry about a month ago. What a hectic schedule you have been having. My sincerest congratulation to your girl, Fifi for her achievement, hope she will follow your foot steps and make you proud. All the best to her and her future undertaking. I'm sure she will make you proud for she has the best daddy anyone child could wish for. New house? Hmmm... that's great, just don't forget to have a open house during Raya month and most importantly, don't forget to invite us...
I will surely watch Clever for it is kind of walking down the memory lane during school days and Science is my favorite subject besides Math.
Wishing you Selamat Berpuasa and may Allah bless you with abundance of happiness, health and wealth. You are always in my prayer...
Do take care of yourself... Cheers!!!

Najed said...

uish sibuknya...

semoga pak nil sihat sejahtera esp untuk ramadan yg bakal tiba nih. selamat berpuasa :)

Azrie Idzmeer said...

sayalah yang tinggal dekat flat seri selangor, kl tu. hahaha. :D

maimunah said...

Alhamdulillah syukur kepada Allah swt. Allah memilih sesiapa saja utk dilebihkan di dunia ini tanpa hisab. Mudah2an dimanfaatkan sebaiknya.

armouris said...

info tentang demam denggi di SIHAT SELALU - Demam Denggi Berdarah Membawa Maut

hans said...

insyaallah
atas kehendak Allah kami semua mendoakan Pak Nil sihat selalu

P/S : Apa Yang Best Di Ambang Malam Sebelum Berpuasa

adlin linda said...

Semoga Pak Nil sihat dan ceria selalu. Kami sekeluarga menyukai semua program yang pak nil kendalikan..all the best!

ohoeya858.blogspot.com said...

Salam. Tahniah utk Fifi.. Tahniah juge utk PN.. Semoga diberi kesihatan yg baik dan dipermudahkan segala urusan oleh-NYA utk PN sekeluarga, Amin.

Rafidah Shamsuddin said...

Salam...

Tahniah untuk Fifi. DIharap fifi menjaga nama baik keluarga & berjaya dalam hidup & pelajarannya

Padat betul aktiviti paknil. Semoga peroleh kesihatan yang baik dan bergembira dengan apa jua yang dilakukan.

dansa said...

saya pun dah nak berjauhan dr family xlame lg..=(

azah_rohaizah said...

Salam paknil

Walau dimana jua berada dan apa jua yang di lakukan, jaga lah diri dan mesihatan baik2 ye paknil..

mikeacollection said...

Tahniah buat fifi, semoga diaterus cemerlang....
Dan kite doakan Paknil terus sihat walafiat dan di rahmati Allah...

sniffa93_aznil4eva said...
This comment has been removed by the author.
Yaya said...

yaya doakan moga paknil sehat-sehat selalu hendaknya dan dalam lindunganNya..Amin..

A'wee said...

Moga Paknil sehat n Ceria2 selalu macam biasa..Kalau tak busan sehh..tak dpt dengar celoteh paknil

eiLda epaL said...

salam paknil..

yerlah, lama betul paknil tak update blog kesayangan ramai nie...but, sekali paknil update, HAH! tu dia, lengkap semua story nyer...

alhamdulillah, lega dengar paknil sihat dan sejahtera dalam menjalankan tugas-tugas seharian paknil...mudah-mudahan paknil akan terus dikurniakan kesihatan yang baik...yang penting, niat kita sebenarnya...selagi niat kita ikhlas, sudah pasti mendapat keberkatan dari Allah SWT...

tahniah utk Fifi, sebab dah berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara...harapnya dapatlah dia menyesuaikan diri dan seperti kata paknil, dapat keputusan yang cemerlang...

paknil, rancangan Imam Muda tu sangat menarik untuk ditonton...dapat juga tengok episod yang ada paknil tu...tapi, biasanya kapsul imam muda tu tunjuk sikit jer...pasti banyak yang paknil dah curahkan ilmu pada mereka...

glamor raya tu memang dah sinonim dengan paknil..kalau org lain yang mengacarakan, mesti tak best...sama jugak mcm jangan lupa lirik...

apa pun paknil, kami peminat-peminat paknil akan sentiasa doakan kesejahteraan hidup paknil...dan moga diberi kesihatan yang baik dalam menjalankan aktiviti harian dan juga dalam beribadah ke jalan Allah SWT...amin...

jaga diri baik-baik yer...

z'aini said...

Selamat mengerjakan ibadah puasa Aznil...semuga Ramadhan ini membawa seribu rahmat untuk Aznil sekeluarga...tahniah untuk Fifi..semuga selamat diperantauan...Tahniah untuk Aznil dengan segala macam sumbangan untuk agama..bangsa..dan negara....

Admin said...

wow, boleh buat duit ni pak nil kalau follower ramai sgt ni.

p/s; saya tgh tunggu cek ni

http://nuffnang.forumotion.com/

sniffa93_aznil4eva said...

salam uncle. uncle xsihat eh? tu yg xda kat era harini..ifa doakan uncle sihat keyh.

n esok insyaAllah ifa turun giant..tp kalau ramai sgt maybe ifa dok belakng2 la jwbnya..kalau dpt jumpa uncle tu kira bernasib baik:)

wamora wasa said...

Moga diindungi dan dirahmati oleh Allah SWT.

http://terengganuhebat.blogspot.com/
http://terengganuindah.blogspot.com/

Su3y said...

A'skum abg aznil...

Dengar khabarnya abg aznil on MC ye semalam?

Last minute on MC...

Why? What happend? Please do take good care of ur health,abg aznil...

Health is the most precious thing...

Suzy doakan semoga abg aznil sihat selalu & kehidupan abg aznil sekeluarga diberkati,amin!

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA :)

SALAM SAYANG DARI,
SUZYLINA ;)

atty's said...

tahniah to fifi..
dan selamat berpindah ke rumah baru utk paknil .semoga paknil senantiasa sihat dan happy selalu .amin

me-zila-bubbles said...

o..macam program "are you smarter than 5th grader" eh...??menarik ni...

Sarena said...

Salam pak Nil,
This is my first time singgah ke blog Pak Nil.. terjumpa 'link' terus klik. Seronok tgk keceriaan di wajah Pak Nil melayani org sekeliling, dan sebak melihat srta mendengar suara Pak Nil tatkala deal with kes2 duka especially melalui segmen Merisik Khabar. Apapun..i'm so proud of you even kita x kenal antara satu sama lain.. but sukalah tgk perwatakan PakNil nie n the way u handle ur busy life. All the best Pak Nil n congrates ats setiap kejayaan yg diraih. Salam

Regards,
maMi newborn baby Amsyar

PurplePolaris said...

salam ramadhan untuk uncle aznil=)sarah doakan uncle terus sihat dan terus jaga kesihatan.takmau sedih dah macam sedih dengar pemergian uncle din...=(

sYafIkJacK said...

sibuk yang terlampau nampak . semoga berkekalan hendaknya kesihatan paknil

MahaMahu said...

Doa semoga paknil sentiasa sihat memang untuk paknil..

nadirah_nor said...

uncle kerja kuat
bila ada masa kena rehat
semoga kesihatan yg baek sentiasa ada kat uncle :))

Live. Love. Laugh. said...

pak nil, tahniah atas kemasukan fifi ke University. Alhamdulillah, pak nil berjaya juga menunjukkan bahawa artis care psl pendidikan anak2. bukan setakat dunia glamor saja yg diambil kira. Apa pun, tahniah juga atas kemasukan rumah baru :)

maisyah said...

semoga paknil diberkati,di rahmati atas segala yang di usahakan..
teruskan rancangan macam-macam aznil ya..anak2 saya suka sangat muzik n tariannya..kami suami isteri pun..hehehe..
Terima kasih kerana menceriakan hari2 kami.

Dzulfikri zulkiflE said...

salam...
bagus ade kempen camni..tapi..ade ke org nk ikut lam jangke mase panjang ek..
dah lame nanti sume lupe...haiz..

http://taknakgemuk.blogspot.com

Sitti Fatimah Mohamad said...

yea sayakan selalu doakan kesihatan paknil

selamat berpuasa dan ramadhan semua yang beragama muslim

jemputlah dengar radio era diblog saya

ghimau said...

Salam ziarah ramadhan dari ghimau :)

Cik Su said...

beruntung baby dalam picture nie..dapat bergambar dengan pak nil lagi tue

Zullism said...

Semoga panjang umo paknil...kurangkan makan jeruk yer...hari tu saya nampak banyak beli jeruk dekat Carre4...huhu

zikachiCOOL said...

Salam... pak nil, maaf sebab komen ni mungkin x berkaitan dengan tajuk post, sebenarnya saya nak request pak nil untuk mainkan lagu dari penyanyi maher zain di radio. seorang penyanyi dari sweden kalau tak silap saya. lagu dia best dan meaningful. lagu yang saya rekemen pada semua untuk dengar 'the chosen one' dari album 'Thank You Allah'. lagu-lagu dalam album ni memang best lah. tolong ye pak nil. n lastly, selamat menyambut ramadhan fasa kedua. semoga ramadhan kali ni lebih bermakna berbanding yang lepas. take care pak nil. \(=^.^=)/

hangeng said...

These bracelets have been designed to provide thomas sabo onlineshop
you with the largest possible quantity of ohrringe creolen benefits in a variety of different areas. They have been designed in a variety of different styles, thomas sabo online shop deutschland using different metals so that your personal thomas sabo uhr
tastes and budgets can be accommodated. angebote thomas sabo armketten The bracelets are available in different schmuck thomas sabo
sizes and are adjustable so that no matter thomas sabo shop what size your wrist is there will be a bracelet that will sabo charms
fit you and provide your body with all the benefits that are offered to you. thomas sabo schmuck
The core of the bracelets is constructed from thomas sabo glaube liebe hoffnung
flexible steel that is reported to have under gone a secret process that leads to its ionization.

LiNaS said...

we love u paknil!! jaga kesihatan ya..doa kami sentiasa mengiringi langkah pak nil..:)

ana said...

Dear Aznil,

I was listening to Ruih Pagi Era today and the segment Merisik Khabar was so touching and heartbreaking.... I was trying my level best to hold back tears. I'm very grateful to Allah for blessing me with such fortunate life filled with love, health and wealth... I should do more thanksgiving prostration to Allah...
You have such a big heart in helping all those who are in need. May Allah bless you with abundance of happiness, health and wealth.
Take good care of yourself.
May all our observance in this glorious month is accepted by Allah... Amin....

Melati Qistyna's Mummy said...

Alhamdulillah... segalanyer berjalan lancar.... sibuk2 pown kesihatan kena jaga tau PakNil... :)

Iynas Omar said...

Salam Pak Nil..nak cadangkan kat Pak Nil buat rancangan realiti macam dalam video nie..ala2 segmen "Kantoi" dalam Macam2 Aznil but modified, fresh and Islamic version :-)

http://www.youtube.com/watch?v=tYXV_lqd1Yw&feature=player_embedded

denaihati said...

Perjuangan mesti diteruskan selagi ada usia. Jadi manusia yg memberi manafaat kepada seberapa ramai manusia di bumi ini.

Miss Zarith Hatika Hassan said...

(kad raya)ZARITH HATIKA BINTI HASSAN
NO 25,JALAN JASA 15,
TAMAN MUTIARA RINI,
81300,SKUDAI,
JOHOR BAHRU,JOHOR

saya akan terus mendoakan kesihatan uncle dan kebahagiaan hidup uncle selagi saya masih terus bernyawa...

Miss Z said...

ZARITH HATIKA BINTI HASSAN
NO 25,JALAN JASA 15,
TAMAN MUTIARA RINI,
81300,SKUDAI,
JOHOR BAHRU,JOHOR

Miss Z said...

ZARITH HATIKA BINTI HASSAN
NO 25,JALAN JASA 15,
TAMAN MUTIARA RINI,
81300,SKUDAI,
JOHOR BAHRU,JOHOR

Miss Z said...

ZARITH HATIKA BINTI HASSAN
NO 25,JALAN JASA 15,
TAMAN MUTIARA RINI,
81300,SKUDAI,
JOHOR BAHRU,JOHOR

Miss Z said...

ZARITH HATIKA BINTI HASSAN
NO 25,JALAN JASA 15,
TAMAN MUTIARA RINI,
81300,SKUDAI,
JOHOR BAHRU,JOHOR

Miss Z said...

ZARITH HATIKA BINTI HASSAN
NO 25,JALAN JASA 15,
TAMAN MUTIARA RINI,
81300,SKUDAI,
JOHOR BAHRU,JOHOR

Miss Z said...

ZARITH HATIKA BINTI HASSAN
NO 25,JALAN JASA 15,
TAMAN MUTIARA RINI,
81300,SKUDAI,
JOHOR BAHRU,JOHOR

Miss Z said...

ZARITH HATIKA BINTI HASSAN
NO 25,JALAN JASA 15,
TAMAN MUTIARA RINI,
81300,SKUDAI,
JOHOR BAHRU,JOHOR

Miss Z said...

ZARITH HATIKA BINTI HASSAN
NO 25,JALAN JASA 15,
TAMAN MUTIARA RINI,
81300,SKUDAI,
JOHOR BAHRU,JOHOR

Miss Z said...

ZARITH HATIKA BINTI HASSAN
NO 25,JALAN JASA 15,
TAMAN MUTIARA RINI,
81300,SKUDAI,
JOHOR BAHRU,JOHOR

Miss Z said...

ZARITH HATIKA BINTI HASSAN
NO 25,JALAN JASA 15,
TAMAN MUTIARA RINI,
81300,SKUDAI,
JOHOR BAHRU,JOHOR

Miss Z said...

ZARITH HATIKA BINTI HASSAN
NO 25,JALAN JASA 15,
TAMAN MUTIARA RINI,
81300,SKUDAI,
JOHOR BAHRU,JOHOR

Miss Z said...

ZARITH HATIKA BINTI HASSAN
NO 25,JALAN JASA 15,
TAMAN MUTIARA RINI,
81300,SKUDAI,
JOHOR BAHRU,JOHOR

Miss Z said...

ZARITH HATIKA BINTI HASSAN
NO 25,JALAN JASA 15,
TAMAN MUTIARA RINI,
81300,SKUDAI,
JOHOR BAHRU,JOHOR

Miss Z said...

ZARITH HATIKA BINTI HASSAN
NO 25,JALAN JASA 15,
TAMAN MUTIARA RINI,
81300,SKUDAI,
JOHOR BAHRU,JOHOR

Miss Z said...

ZARITH HATIKA BINTI HASSAN
NO 25,JALAN JASA 15,
TAMAN MUTIARA RINI,
81300,SKUDAI,
JOHOR BAHRU,JOHOR

Miss Z said...

ZARITH HATIKA BINTI HASSAN
NO 25,JALAN JASA 15,
TAMAN MUTIARA RINI,
81300,SKUDAI,
JOHOR BAHRU,JOHOR

Miss Z said...

raya yg lebig bermakna....

Miss Z said...

congrat's 2 riki n fifi....

asam pedas power abg piee said...

salam buat aznil,dah lama juga aznil tak datang makan di warong asam pedas power jln puteri hang li poa bkt cina melaka,untuk info kini asam pedas power dah pun buka cawangan di kl.RESTORAN ASAM PEDAS POWER ABGPIEE,JLN SETIAWANGSA 11,TAMAN SETIAWANGSA,HADAPAN PETRONAS,GIANT,MCDONALD,PEJABAT POS DAN BERSEBELAHAN DGN BALAI POLIS SETIAWANGSA.....DATANG LE YE

cHocOjeLLy said...

salam paknil..
semoga paknil n family chat nsmoga dirahmati allah..

paknil!!!u are awesome!!:D

SMK LAJAU, W.P Labuan said...

Tahniah kat Fifi, pak Nil nanti bolehlah ke Australia ya...Kami doakan Pak Nil sentiasa sihat...Seronok tengok Jangan Lupa Lirik dan rancangan Pak Nil yang lain...Teruskan cemerlang

Ask Me Blog said...

salam,

Tumpang skaki utk promote blog akak http://d-ina-pengantin.blogspot.com

Sinopsis D' Ina Pengantin :

D' Ina Pengantin merupakan kedai perkhidmatan perkahwinan untuk sekitar kelantan, dengan beberapa pakej yang menarik. Polisi D' Ina Pengantin adalah "KEPUASAN PELANGGAN, KEUTAMAAN KAMI" yakni dengan servis yang amat memuaskan hati pelanggan serta kualiti gambar yang AMAT di titik beratkan.

D' Ina Pengantin terletak di lot 713, kg bunut sarang burong, 16250 wakaf bharu, kelantan. D' Ina Pengantin juga mempunyai pelbagai jenis pakaian persalinan dari trend yang '0ld Skool',Baju Moden dan beberapa lagi dari pakaian tradisional kaum/ bangsa.

D' Ina Pengantin telah beroperasi hampir 6 Tahun dan telah mempunyai customer lebih kurang 330 orang.

Untuk maklumat lanjut mengenai D' Ina Pengantin, sila layari blogsite kami http://d-ina-pengantin.blogspot.com ATAU hubungi kami di talian 017-9043669 (Kak Naa). Anda juga boleh e-mailkan ke mie_3943@yahoo.com ATAU mie3943@gmail.com. Kami juga mempunyai facebook : D' Ina Pengantin.

Sekian, terima kasih.


Regards,

D' Ina Pengantin

araaz - www.araaz-man.blogspot.com said...

Usha sana, usha sini, salam , jemput ke blog araaz yg baru je berusia 19hr, baby lagi tu....he

http://araaz-man.blogspot.com

syaq90 said...

wahh..tahniah paknil..pandainya fifi..hehe..


http://www.infotechse.info/jobs/idevaffiliate.php?id=4985

Rockert2010 said...

sokong tindakan gomen, bagi saman org tak jage kawasan smpai ade denggi

ana said...

Dear Aznil,

I just got back from a long holiday for the Eid Mubarak. Celebrated it with my family at my parent's house at Kampung Gajah Perak. Had blast time coz most of our family were there, cousins, uncles and aunties. My cousins who resides in Australia and Abu Dhabi were present too. On the night of 3rd day of Eid Mubarak we had a barbecue and photo shooting session for remembrance. My nieces and nephews were so witty and naughty. we, the elders, had a great laugh observing them... Hah, how I wish I'm a kid, having fun with non of the adult stressing stuff in mind...

Wishing you Eid Mubarak and take care. Btw, don't forget to invite us should you gonna have a open house.

p/s: when are you going to update your blog? Kind of miss you... Cheers.

Sandra - If it comes in pink said...

That looks like a Swedish shirt, with the yellow and blue;)

ana said...

Dear Aznil,

Yesterday me and my sister's family (her hubby and her daughter) went and watch your latest movie, Magika. It's a great movie... Applaud to KRU especially Eddry for coming up with such brilliant idea putting together all the Malay mythical characters in a movie with quite a good story line and also with the line up of great local stars. By making it a musical movie, makes it more interesting. Over all, we enjoyed the movie...
Take care. Cheers!!!!

BTW, when are going to update your blog? Kind of miss you....

ozzy said...

tahniah..murah rezeki..moga diberkati selalu

Peni Anani said...

semoga paknil sehat selalu dan bertambah murah rezeki...
paknil:cmne nk masuk ruangan merisik khabar... saya dah tak tawu nk crita masalah kt sape ni...
pd pmbca blog paknil yang budiman,ade sesape bleh bantu saye ke web merisik khabar tak... saye betul2 perlu bantuan dan pendapat

Afendi Othman said...

saya doakan paknil sihat selalu....orang ceria insyallah akan sihat selalu...

sha83@kaizer said...

syafakallah ...
allahumma amin3X

paknil ...
ingt lagi tak nama yg penah wt jari jemari paknil ketaq ketaq nak taip kat cenel@15 atu tika dlu ..
msti tak ingat kan?

ada masa masuk blog sha ... yg gadismelanau tu ... siap ada bahasa melanau lagi.. paknil sndri boleh jd cekgunya ... teringat rncngn baru paknil ... =)

hasrul hassan said...

jemput semua tgk alternatif - nterdapat video dan gambar update kemalangan ngeri yang korbankan 12 nyawa ..

http://hasrulhassan.blogspot.com

ratul said...

u are d best...semoge sihat selalu n cekal menghadapi ary2 y akan dtg..senyum e2 pengubat segale kedukaan...take care

Raja Teka-Teki| Pak Cik Im said...

wa pakck nil..semoga paknil sihat sentiasa k..

banayk-banyak rehat..minum air :)

Zuewairy said...

wowowowowowo!! cayolah paknil.. i support u...

p/s: paknil.. saya nak tanya paknil.. ktorg dr UKM sekarang tengah membantu remaja di kawasan pantai dalam lingkungan umur 13-25 tahun.. ktorg nak panggil pak nil untuk bagi talk (kerjaya) kat dorang..unutk menaikkan semangat dorang ni dalam apa jua yang dorang lakukan.. sebab dorang ni ada yang berhenti sekolah, dan sebagainya.. jadi kalau tak kebaratan dengan siapa boleh saya hubungi?

Jet said...

Oh,your blog is very nice .I really like it ^^!



..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥.
♥..♥  ╔══╦══╗╔╦══╗  ♥..♥
♥..♥  ╚═╗║╔╗║║║╔╗║  ♥..♥
♥..♥  ╔═╝║║║║║║║║║  ♥..♥
♥..♥  ║╔═╣║║║║║║║║  ♥..♥
♥..♥  ║╚═╣╚╝║║║╚╝║  ♥..♥
♥..♥  ╚══╩══╝╚╩══╝  ♥..♥
♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥


----------------------------------
Welcome to my websites : In there where have a lot of wallpapers, themes for desktop , for mobile and themes for media . Especialy all free ^^!
http://9wallpapers.blogspot.com
http://theme4desktop.blogspot.com
http://theme4cellphone.blogspot.com
http://theme4media.blogspot.com
http://wallpaper4cellphone.blogspot.com

krole said...

salam paknil...krole tumpang menyemak kat sni...hehehe salam perkenalan~

Lady HiroHee said...

slm paknil.

i'm sorry i didn't use Mly language here, it's best 4 me 2 express myself in english language.

i've been your fan since i heard 'merisik khabar' at era. at that time i wish i can send my message to my father, but it was impossible because he had passed away in 2006. i was going to sit 4 PMR exam at that year, n having such a great father who left me at that time.. it was indescribable. i really wish to have my father this year, when i got accepted to UiTM, but what to do.. congratulations to Fifi for her success. I really2 hope that she will succeed in her life with your support n doa.

take care of your health too. don't eat too much salty, sweet, or hot foods. drink lots of water. hv enough sleep, or you'll get those eyebags under your eyes.

good luck in everything you do. God bless you.

Ain Ainiey said...

SELAMAT HARI LAHIR PAK NIL ..MURAH REZEKI SIHAT WALAFIAT SERTA DITETAPKAN IMAN -AMIIN

MrShah53 said...

all the best paknil..

jumeezaila said...

semoga sentiasa beroleh keberkatan dari Allah

Wanita Bertudung Hijau said...

kenapa lama tak update blog?