Saturday, January 22, 2011

HERO MALAYA

Semuanya bermula bila Paknil mula mengumpulkan seberapa ramai rakan artis lelaki yang Paknil ikuti di laman sembang Twitter. Paknil menjemput artis yang dari bidang yang berbeza seperti nyanyian, lakonan, pengacaraan, penyampai radio dan pelawak.
Ada diantara artis yang Paknil jemput yang tidak berminat untuk menyertai kamar sembang yang ingin Paknil tubuhkan ini. Namun begitu artis2 ini menyahutnya dgn serta merta! Mereka adalah @FazleyYaakob @AlifSatar @KamalAdli @ Shahiezy_Sam, @Altimet @ImranAjmain @SyafieNaswip @Maulana @Zahiriladzim @RizAinuddin @CatFarish @ZoeyRahman @FahrishAziz @AdiFashla @DJNasT @zahidbaharuddin @IqramDinzly @ErryPutra @zizanRL dan @FizoOmar.
Tujuan asal kamar sembang Hero Malaya adalah untuk kesemua ahli bebas berborak dan bertukar cerita, serta berkongsi peluang pekerjaan. Teknologi bersembang secara maya ini betul2 dpt memecahkan tembok yg mmisahkan kami. Sbelum ni mungkin ada diantara kami yang belum bertegur sapa tetapi kini mereka sudah bergurau walaupun berjauhan lokasi.
Kini Tuhan sudah buka kan satu lagi cara utk bsatu! Terfikir akan itu, Paknil teruscadangkan pd geng Hero Malaya agar kita buat kerja amal agar gabungan ni lebih bermakna. Kesemua hero tidak tunggu lama utk bersetuju!
Benda baik akan cepat dapat laluan dari Tuhan. Dengan satu panggilan telefon pihak Carrefour bersedia membuka laluan dan di sini bermula segalanya!
Kami akan bekerja dgn Carrefour Wangsa Maju pada 28 Jan ini mulai pukul 3pm. Tak kisahlah apa saja kerja yg Carrefour suruh kerana duit gaji kami pd hari itu akan kami salurkan untuk tujuan kebajikan!
Harap akan dapat sokongan peminat utk bersama2 membeli belah di Carrefour pada hari itu!
Terima kasih pada Carrefour yg begitu cepat buat keputusan dan menjadikan projek Hero Malaya lancar. Doakan agar projek ini membuka lebih banyak bantuan dari pihak lain utk kami beramal. InsyaAllah!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

29 comments:

edzlin007 said...

Salam Paknil.

Insyaallah akan lebih banyak peluang untuk Hero Malaya selepas ini. Syabas Paknil dan lain-lain, memanfaatkan teknologi terkini untuk tujuan yang lebih baik.

Semoga lebih banyak lagi kerja amal yang dapat dilakukan oleh Hero Malaya. All the best!

akuanakpahang said...

Salam dan Syabas juga buat anda semua teruskan niat murni ini berkerja sambil beramal banyak ganjaranya.
New Entry "Aduhai Isteri..."

ejat_laranista said...

salam paknil..hopefully ruangan HERO MALAYA nie buat sume hero kat malaysia together...hehehe

idazafri kamil said...

Selamat bekerja hero2 Malaya.:)

S.3.V.3.N said...

nak join juga bole ke?btw all the best HERO MALAYA. hehe.

yangbaik said...

wah!... tahniah kepada Pak Nil dan Hero Malaya (Hero Idaman Malaya!... gitu) semoga usaha murni seperti ini akan diteruskan lagi untuk lain2 program akan datang... hidup Hero Malaya...

Su3y said...

A'skum abg aznil...

I guess that's another very good idea from u...

Insyallah rezeki "Hero Malaya" akan bertambah selepas ini.Dengan hadirnya niat yang baik,pasti mendapat berkat darinya yang maha esa!

Apa-apa pun i wish all the best on ur "very 1st project" on Hero Malaya ni :)

P/S : Abg aznil jangan lupa buat event di area selatan or even Singapura ye? :P
Hehehe...

TAKE CARE ABG AZNIL!

SALAM SAYANG DARI,
SUZYLINA ;)

Legasi Piston Pecah said...

datanglah aeon jusco....
banyak kerja boleh buat dekat sini...

tiniey said...

Salam Pak Nil. Tini suka baca kolum Pak Nil di Metro Ahad. Esok juga tidak ketinggalan. :)

Btw selamat beramal Jumaat depan, jika tiada aral melintang Tini akan turun ke sana menyokong kalian (dengan beli barang sekali. Hehehe).
Bukan selalu dapat tengok artis kerja tempat-tempat public macam ni. Kalau ada pun, artis yang dah tak popular. (Bicara melalui pengalaman)

Tapi kenapa posternya kecil amat Pak Nil? Payah nak bacalah. Kat mana boleh nampak poster yang lagi besar? Nampak macam ada gambar buku kat situ. Cite la... Cite la...

Wassalam

muka said...

good luck dan semoga semuanya berjalan dengan lancar! Amin. :))))

Ina said...

paknil...kalau saya jadi boss carefor WM...saya minta u all potong ayammmmmm....cepat...cepat...sikit buat keja tu...aku nak masak nih...

anum shukri said...

Assalam..Pak Nil..

Good luck untuk Pak Nil dan Hero Malaya..

ReDPRiNCeSs said...

Good luck pak nil dan hero2 malaya yang lain...;)

Latifah said...

Salam paknil
Hehe saya tahu paknil mmg punya banya idea. Syabas paknil. Semoga apa saja usaha paknil yang baik diberkati Allah...Amin
Suka cara paknil

aLya said...

salam pak nil.
memang bernas idea 2.
semoga semua berjalan lancar n deiberkati.
pak nil kem salam kat semua hero malaya yek :)

Edy Ramanov said...

Salam paknil. Ini pertama kali saya melawat blog peribadi paknil. Sangat menarik ada beberaspa entri yang saya baca. Harap paknil akan terus berjaya dengan karier paknil dan semoga paknil dimurahkan lagi rezeki. Yang penting saya sangat suka dengan slot baru di Radio ERA iaitu Cayang Dia. Caiyok2 paknil.

Hezesuze said...

weols nak join ngan pak nil bleh tak?? huhu lagi meriah kan

bun_nee said...

alahai xleh nak join paknil kat wangsa maju.. ada kat kelantan

shuhaidah said...

can i amik info ni and put on paper?

AZRUL AZMI said...

wow!!! sound interesting... but i can't to go to see together because i'm in kelantan... never mind... do your best... wish you all luck...
go Paknil go....

fifahnazri said...

Wow! brilliant ideas... tahniah yea pak nil!

My Life My World said...

Tahniah Pak Nil, kerana membangkitkan idea yang bagus sebegini :)

ANJUNGSENA said...

Tahniah Pak Nil...sekurang-kurangnya dapat memberitahu orang ramai bahawa golongan artis juga dapat membuat kerja amal dengan cara mereka. tahniah sekali lagi...dan sudah tentu berjaya kan?

jannahtulfarhana said...

assalam pak nill....? aper kabar..? hope shat jer slalu.. tahniah d ucap kan pd pak nil dgn kejayaan yg pak nil kecapi skrg ni..

sy ni ingin menjemput pak nil dtg ke festivel kolej uitm machang kelantan yg akan berlansung pd 21 /2 2011 nnt.. insyaALLAH.. d harap kunjungan pak nil akan menambah lg kemeriahan majlis sy.....

my blog... www.liyanaimran.blogspot.com

putrifarish87 said...

Salam. Pak Nil.
Pak Nil HERO MALAYA

nurul fiyda said...

Assalamulaikum, pak nil. saya sangat tertarik dengan hero malaya nie... saya teringin nak jemput geng hero malaya nie datang ke karnival rakan muda UKM pada 4,5,6 mac 2011, mase karnival nanti ade futsal yang ade hadiah wang tunai, mgkin hero malaya boleh hntar satu team.. then kalo menang duit tu boleh di sumbangkan ke badan kebajikkan... ade pelbagai lagi aktiviti... kalau pak nil berminat bolehlah hubungi sya di emel saya n_fiyda@ymail.com
harap pak nil sudilah yer.... :)

SyaQee said...

great!!!!!!!!!

abdul said...

assalamualaikum paknil...tahniah paknil.. saya amat kagum dengan segala usaha yang dilakuakn oleh paknil..paknil,saya ingin minta pertolongan daripada paknil

umiey91 said...

salam, Pak Nil,sy ingin menjemput Pak Nil dan juga group Hero Malaya bg memeriahkan festival kolej sy di melaka pd 29,30 dan 1 oktober 2011....harap2 Pak Nil sudi dtg....world_princess_91@yahoo.com...