Thursday, April 24, 2008

Aznil Curah Rahsia Kejayaan

Oleh: Rudy Imran Shamsudin/ RAP- HARIAN METRO

KEJAYAAN diperoleh pemenang anugerah Pengacara Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian lima tahun berturut-turut, Aznil Nawawi, 45, tidak datang dengan mudah. Keazaman dan keinginan untuk terus belajar memperbaiki diri menjadi kunci utama kejayaan diraih hari ini.
Baru-baru ini, pengacara yang mula melonjak namanya menerusi rancangan Pop Kuiz terbitan TV3, berkesempatan menjelajah ke beberapa pusat pengajian tinggi awam dan swasta untuk mengadakan ceramah motivasi bagi berkongsi rahsia kejayaan.

Pengalaman baru itu ternyata memberikan kepuasan berganda buat Aznil terutama apabila ia mendapat maklum balas positif daripada mereka yang menyertai bengkel diadakan.“Kegiatan ini sudah lama saya lakukan bergantung kepada masa terluang. Pada saya ini antara sumbangan dan tanggungjawab sosial yang dapat saya berikan kepada mereka yang bakal bergelar pemimpin.
“Baru-baru ini saya berpeluang memberikan ceramah kepada sebahagian pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Segamat, Johor.“Saya terharu dan benar-benar berbesar hati apabila sambutan diberikan terhadap bengkel ceramah motivasi cukup menggalakkan.“Melihat sambutan diberikan dan begitu ramai pelajar memenuhi dewan ceramah membuatkan saya pula rasa takut. Maklumlah mengacara sesuatu majlis amat berbeza dengan tanggungjawab untuk berkongsi ilmu dengan pelajar ini.

“Bagaimanapun, saya sangat bangga dengan pelajar ini apabila rata-rata mereka memberikan tumpuan penuh sepanjang ceramah motivasi diadakan. “Bukan itu saja, apabila saya mengajak mereka menyertai aktiviti yang diatur, mereka berebut mahu melakukannya. Secara tidak langsung suasana ceramah motivasi menjadi seronok dan tidak membosankan,” katanya.

Bercerita lanjut, jelas Aznil antara perkara ditekankan kepada peserta ceramah ialah kegagalan hidup mampu dijadikan pembakar semangat untuk meraih kejayaan pada masa akan datang.

“Saya tidak mengambil contoh lain selain diri sendiri. Menyentuh mengenai perkara ini, saya teringatkan anak perempuan saya, Fifi, yang baru-baru ini mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). “Dia menangis sehari suntuk hanya kerana memperoleh 9A, sedangkan dia berharap sangat mendapat keputusan 10A.“Berbanding dengan ayahnya, saya ketika mengambil peperiksaan sama hampir mendapat pangkat tiga. Ia berpunca daripada kelemahan saya sendiri yang alpa selepas mendapat keputusan baik di peringkat Sijil Rendah Pelajaran (SRP).

“Dalam hidup kita harus ingat Allah selalu memberikan peluang kepada hamba-Nya untuk menjadi manusia yang lebih baik. Untuk saya pula dia berikan peluang dengan diterima untuk meneruskan pengajian di tingkatan enam.“Kegagalan pertama itu saya gunakan untuk memperbaiki diri. Saya belajar bersungguh-sungguh dan memastikan mendapat keputusan baik agar saya boleh melanjutkan pelajaran di universiti,” katanya.


Kata Aznil, perkara itu turut diamalkan dalam membina kerjaya dalam bidang penyiaran. Menurutnya, sebelum ini dia turut berhadapan beberapa kegagalan sehingga menyebabkan syarikat produksi yang dibuka terpaksa ditutup.“Saya tidak terus patah semangat dan berputus asa sebaliknya cuba berusaha dan bangun kembali sehinggalah berada di tahap sekarang.

Apapun rahsia saya, kita seharusnya berdoa agar usaha dilakukan itu diberkati Allah kerana Dia yang memberikan rezeki,” katanya.Aznil berkata dalam ceramah itu dia tidak mengatakan dirinya insan paling baik, tetapi cukup jika apa yang diperkatakan itu dapat memberikan perangsang kepada pelajar terbabit untuk memperbaiki hidup sekali gus mampu memberikan sumbangan kepada masyarakat.

4 comments:

d_tieah^aznil said...

A'kum.........
> Bangga tgk abg Aznil b'kongsi ilmu dengan pelajar uitm.....
> owh.......rupanya abg Aznil dulu ambil tingkatan 6 juga ek?????? ok la tue =)......so, om tak stpm abg Aznil?
> B'kongsi ilmu kat saya bila lagi abg Aznil........nak jugakkkkk.....
> Mana la tahu, dapat 4A stpm nanti. Insya - Allah.....

d_tieah^aznil said...

Ok ker stpm abg Aznil???????

Megat Eusofe said...

:)
baguslah
berkongsi pengalaman,ilmu & idea
so setiap kata2 itu jadi ajaran utk yg lain

congrats bro aznil

sajidah said...

tahniah paknil... best dpt kongsi ilmu ngan org ramai.. da la dpt pahala.. Alhamdulillah.. selagi ilmu tu digunakan,selagi itu lah paknil akan mendapat pahala... syukur.... paknil... nk kongsi ilmu... dtg la kt SMK BANDAR BARU BANGI JALAN 2,SELANGOR DARU EHSAN... kami semua sentiasa menunggu kdtgn paknil...