Monday, April 21, 2008

KEPUASAN AZNIL

Oleh SHAZRYN MOHD -Utusan Malaysia

HATI mana yang tidak gundah gelana seandainya apa yang kita rancangkan demi melakukan pembaharuan dan kelainan dalam memberi kepuasan kepada peminat dan penonton tidak mendapat sambutan mahupun tersasar daripada apa yang telah dirancangkan sebelum ini.

Tetapi, bagi anak jati Kuala Lumpur ini dia sentiasa berfikiran positif dan tidak mahu dibebankan dengan kegagagalan masa lalu dan terlalu memikirkan tentang apa yang akan berlaku.

GAYA mesra Aznil bersama salah seorang hadirin di Astro’s Bouquet of Stars, baru-baru ini.

Apa yang pentingnya adalah memastikan setiap perkara yang dilakukannya diterima dengan baik dan mampu menceriakan hari-hari peminat setianya yang sering mendambakan sesuatu yang istimewa daripadanya.

Meskipun pada awalnya, persembahan minggu setiausaha Astro‘s Bouquet of Stars (ABOS) dijadualkan berlangsung selama dua hari berturut-turut bermula 9 April lalu, tetapi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, ia hanya berlangsung selama satu hari sahaja.

Namun, itu langsung tidak mematahkan semangat pengacara nombor satu negara, Aznil Nawawi selaku insan yang menyumbang idea kreatif dalam memastikan kejayaan ABOS yang berlangsung dengan cukup meriah di Hotel New World, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Beliau tidak melihanya sebagai satu kegagalan apabila ABOS hanya berlangsung selama satu hari sahaja. Malah, tidak terbit langsung rasa kecewa dalam hatinya apabila diberitahu tentang hal itu. Malah menganggap persembahan ABOS itu cukup menarik dan menghiburkan.

“Mungkin juga kerana tahun ini kita lihat terlalu banyak persembahan untuk Minggu Setiausaha dan pastinya, orang ramai mempunyai kebebasan untuk membuat pilihan dalam memilih persembahan yang mereka mahu tonton.

“Kehadiran penonton dan peminat pada hari ini sudah cukup menggembirakan saya dan ternyata percaturan Astro dalam mengendalikan persembahan sebegini kali pertama berjaya. Apa yang saya dapat lihat dan nampak, semua yang hadir gembira dan berpuas hati dengan persembahan pada hari ini,” jelas Aznil sewaktu ditemui sebaik sahaja majlis tersebut berlangsung.

Selain Aznil selaku pengacara pada ABOS tersebut, hadirin juga dihiburkan dengan empat juara Akademi Fantasia (AF) iaitu Zahid, Mawi, Faizal dan Mila serta penampilan eksklusif diva tersohor, Anita Sarawak yang ternyata memberikan persembahan yang begitu energetik sekali.

Apa yang penting bagi Pengacara TV Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular ini adalah kehadirannya sebagai membantu menghangatkan serta memberikan kuasa kepada persembahan pada ABOS tersebut.

“Boleh dikatakan juga, kehadiran saya pada petang ini dalah untuk membantu artis-artis muda yang membuat persembahan pada ABOS ini lebih yakin dengan persembahan mereka terutama sekali pada bahagian-bahagian tertentu yang perlu saya bantu bagi mencantikkan lagi persembahan mereka.

“Saya sendiri melihat dan merancang bila perlu saya mencelah dan membantu mereka,” kata bapa kepada dua orang cahaya mata ini lagi.

Apa yang membuatkan Aznil begitu gembira dan puas hati dengan perjalanan ABOS adalah apabila segala yang dirancangnya menjadi terutama apabila dia menjanjikan kejutan buat mereka yang hadir di ABOS.

“Seperti mana yang saya katakan dulu, persembahan ini akan saya tampilkan kejutan dan ternyata apabila kejutan yang saya berikan kepada hadirin iaitu dengan kedatangan angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, suasana bertukar menjadi meriah dan semua dilihat begitu teruja kerana mereka tidak akan menyangka akan diberikan keistimewaan sebegini.

“Inilah juga yang dikatakan kelainan yang saya rasa mungkin tidak ada pada persembahan minggu setiausaha yang lain. Insya Allah, jika ada rezeki, untuk tahun-tahun seterusnya, sudah pasti saya akan tampilkan kejutan,” jelas Aznil penuh optimis.


ABOS menghiburkan

ABOS yang menggabungkan empat juara AF serta Anita Sarawak ternyata cukup menghiburkan dan persembahan yang diberikan setiap seorang mereka menarik perhatian mereka yang hadir menonton ABOS. Kiranya, berbaloi dengan jumlah tiket yang dikenakan iaitu RM488.

Tepat pukul 1.30 petang, Aznil memulakan acara dengan menyampaikan lagu klasik, Close To You yang juga tema pada petang itu. Apa lagi yang perlu dikatakan tentang Aznil yang sememangnya sentiasa lincah dan menghiburkan dalam setiap persembahannya.

Seterusnya, juara AF keempat, Faizal pula menyampaikan lagu rakyat dari Terengganu, Watimang Landak sebelum menyaksikan gandingan pertama kali anak jati Terengganu itu dengan juara AF kelima, Mila menerusi lagu Sembunyi.

Apa yang dapat dilihat adalah gandingan Faizal dan Mila tidak begitu menjadi dan tiada keserasian antara mereka dan lagu Sembunyi itu akan menjadi lebih menarik seandainya, Mila berduet dengan Zahid.

Perkara itu dapat ditebus apabila Mila berduet dengan Zahid menerusi lagu cinta, Endless Love sebaik sahaja Mila menyampaikan lagu solonya, Mila Bila Cinta.

“Inilah kali pertama saya mengadakan persembahan untuk minggu setiausaha dan ternyata saya begitu gembira di beri peluang sebegini. Terima kasih kepada semua yang sudi hadir pada hari ini,” demikian pengakuan jujur Zahid tentang penglibatannya dalam ABOS.

Zahid juga berjaya memberikan persembahan yang cukup menarik menerusi rangkaian lagu-lagu medley nyanyian asal kumpulan Earth, Wind & Fire serta Hanya Dirimu iaitu lagu terbaru yang dimuatkan dalam album keduanya, Baru.

Banyak perubahan yang dapat dilihat dari persembahan Zahid dan dia juga dilihat begitu berkeyakinan sekali di atas pentas.

Apa yang menariknya adalah apabila lagu-lagu popular masing-masing dinyanyikan oleh sang juara yang berbeza.

Faizal menyampaikan lagu Angan dan Sedar, Zahid pula dengan lagu Persis Mutiara dan Mila menyampaikan lagu asal Faizal iaitu Datanglah sebelum ketiga-tiga mereka menyampaikan lagu Milikku.

Kehadiran juara AF ketiga, Mawi ternyata mengundang histeria dan seperti biasa, peminat-peminat fanatiknya tetap mengerumuninya serta mengambil peluang itu untuk bergambar kenangan bersama anak kelahiran Felda Taib Andak, Kulai, Johor itu.

Tidak ada apa yang menarik tentang persembahan Mawi yang boleh dikatakan sekadar biasa-biasa sahaja saat di mendendangkan lagu-lagu seperti Fantasia Bulan Madu, Sejati, Aduh Saliha, Cinta Zulaikha, Lagu Jiwa Lagu Cinta serta Tercipta Untukku.

Aznil terus menghangatkan suasana dewan besar pada petang itu dengan menyampaikan pula lagu Only You dengan menjemput salah seorang hadirin dan bergurau dengannya sebelum kehadiran Sheikh Muszaphar Shukor yang menimbulkan suasana hiruk-pikuk dengan jeritan penonton.

Sudah semestinya, kehadiran penghibur sejati, Anita Sarawak adalah yang paling dinantikan. Memulakan persembahan dengan lagu Celebration, anak jati Singapura ini cukup bijak mewarnakan persembahannya dengan aksi lincahnya yang cukup menghiburkan itu.

Anita cukup bijak menghangatkan persembahan ABOS dengan memilih lagu-lagu rancak untuk menimbulkan mood gembira dan teruja di kalangan penonton yang hadir pada petang itu.

Lagu-lagu seperti The Cup of Life, Dengar Ini Cerita, Asmara, Mambo No.5, Let‘s Get Loud serta single terbarunya, Ular sudah cukup membuktikan bahawa karisma Anita sebagai penghibur tidak dapat disangkal lagi.

Malah, dengan kehadiran pelajar-pelajar AF6 menyaksikan ABOS diharap dapat membuka mata mereka untuk mempelajari skil serta memperbaiki kelemahan dalam menjadi seorang penghibur yang disegani.

ABOS ternyata mencapai matlamat Astro dalam pengendalian acara dan mungkin segala kekurangan pada tahun ini dapat diperbaiki untuk memantapkan lagi persembahan seandainya ABOS diteruskan untuk tahun kedua tahun hadapan.

5 comments:

d_tieah^aznil said...

A'kum.....
> Tahniah sebab Abg Aznil berjaya mengimplementasikan ABOS dengan jayanya.
> w/pun tidak mendapat sambutan yang 'hangat' sehingga terpaksa dilakukan untuk satu hari sahaja, namun.....it's better than nothing.
> Sy amat percaya bahawa Abg Aznil telah memberikan sepenuh komitmen dalam menjayakan ABOS ini.
> Abg Aznil adalah idola sy kerana secara holistiknya, saya melihat Abg Aznil sememangnya seorang yang melakukan tugas/kerja dengan bersunguh -sungguh & tidak mudah putus asa.
> Idola bukan hanya dilihat dari satu aspek semata - mata, namun saya melihat Abg Aznil sebagai idola saya dr pelbagai aspek.
> 1.....aspek kerja. Abg Aznil telah membuktikan sesuatu kerja yang dipikul dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Bermula di TV3 & Rtm, lalu ke Astro......semuanya telah meninggalkan impak yang positif dalam diri saya untuk melaksanakan tugas seperti Abg Aznil.
> 2.....aspek pelajaran. Abg Aznil graduated from Universiti Malaya with a Bachelor of Economics degree. Saya hanya pelajar tingkatan 6 atas. Spm cuma dapat 1A jer..
>3......aspek keluarga. Abg Aznil berjaya membuktikan bahawa bapa tunggal juga berjaya membesarkan anak2 dengan memberikan pendidikan yang sempurna w/pun memegang title 'selebriti' yang sememangnya tidak mencukupi masa untuk bersama keluarga.
> Tahniah kepada anak sulung Abg Aznil, Fildza Haifa yang memperoleh 9A dalam SPM....begitu juga untuk PMR 8A & UPSR 5A....=)
> Ok la tue.......selamat malam.

d_tieah^aznil said...

Sorry la kepada yang empunya badan dalam gambar aznil tu ek.....
aku bukan apa.....menyampah la tengok perempuan tu peluk Abg Aznil....
ishhhhhhhh......kalau aku takper la juga.
aku muda.......baru 19 tahun.
alamak, terlebih sudahhhhhhh

sajidah said...

btol tu d_tieah^aznil.. sy pon pndg paknil dr segi bakat n aspek yg lain sbb paknil mmg bbakat trutama dlm myumbangkn idea kreatif beliau.. paknil pon mmg org yg bplajarn n bmula jd pngacara mlalui mnjd seorg wartwn dlu pas2 pngacara di tv-tv yg lain.. paknil pon pnah kata yg paknil dpt blajar myusun ayat2 dgn btul mlalui rncgn d RTM.. lgpon paknil mmg de ijazah.. x mcm artis skarang, pling kurg pon SPM je.. 2 pon skang ni da byk "pngacara siap'.. Dr jd pnyanyi o plakon, pas2 pngacara.. da la x bbakat.. paknil mmg bbakat.. alhamdulillah.. d_tieah^aznil, tgk x AF6?? x best kn kalu x dek paknil ? sy sbenarnya baru de astro taun lps.. mse tgk rncngn kndalian paknil, sy n kk sy trus minat ngan bakat yg de pd paknil... slama ni sy x pnah minat mne2 artis kcuali raihan n hijjaz.. heheh.. AZNIL NO.1

hangeng said...

This season is all about lace. thomas sabo schmuck günstig I am talking about crocheted cotton lace, sabo charms the kind your great grandmother thomas sabo engelsflügel wore. Think of the old doilies she used to angebote thomas sabo make. Lace is on everything these days from clothing, handbags and the rest of the accessories. You will see handbags made out of it or adorned with it. It is made into lightweight thomas sabo
flowy scarves. Bangles are big and anhänger thomas sabo covered in lace with matching necklaces and earrings. The thomas sabo kette
necklaces have lace beaded into it, thomas sabo 2010 beaded with lacey disk beads thomas sabo online shop
or lacey beads themselves. It will not be hard to find a great shirt with lace on the top and accessorize it with matching earrings, thomas sabo halsschmuck
necklaces, scarves or handbags. thomas sabo ohrringe Use them tastefully together but don't go overboard. A little of each goes a long way. Handmade is big in this category so don't go looking only at stores; keep those art shows in mind for that unique great find.

Akasia Maya said...

Panduan Blog Bahasa Melayu
http://www.jeritanblog.blogspot.com