Sunday, July 26, 2009

AL-FATIHAH BUAT YASMIN AHMAD

Semoga Yasmin Ahmad ditempatkan bersama dengan orang-orang yang soleh di sisi Nya. Seungguhnya dari Dia kita datang dan kepada Dia juga kita kembali.
Paknil mengetahui berita pemergiannya pada pukul hampir 12mlm tadi dan terus bergegas ke Pust Perubatan Pakar Damansara. Di tingkat 3, telah ramai yang terlebih awal tiba, berwajah sedih. Paknil lihat Jaclyn Victor dan Sharifah Amani sugul saja. mungkin masih tekejut dengan berita pemergian. Rakan wartawan pun sudah sedia menunggu berita yang boleh dilaporkan daripada ahli keluarga.
Kak Fati turut memberikan maklumat kematian itu kepada kawan wartawan yang hadir mewakili keluarga Allahyarham Yasmin. Yang indahnya suasana di situ apabila Paknil lihat ramai yang hadir terdiri daripada pelbagai bangsa. Melayu, Cina, India dan yang lain benar-benar melambangkan perjuangan Yasmin. Itulah perjuangan Yasmin selama ini pun. Warna perpaduan begitu tebal dalam setiap hasil kerja beliau.
Itulah yang akan kita rindukan mengenai Yasmin. Naskah kreatif Yasmin sangat disenangi berbilang bangsa dan mendapat pengiktirafan dunia! Semoga semangat beliau tidak terhenti selepas ini.
Semoga beliau tenang di sisi Penciptanya. Amin.

video

Saturday, July 11, 2009

POPKUIZ...13 TAHUN YANG LALU!

Terima Kasih pada edzlin sebab link kan Paknil pada YouTube ni! Macam Jejak Kasih pulak Paknil rasa! Rasanya rakaman ni dilakukan kat Bukit Raja Parade di Kelang.
Pasangan Paknil masa tu ialah Dang Suria setelah Rina Khan dan Maya.
Masa ni Paknil berusia......34 tahun! Nak tergelak pulak bila tengok stail pakaian, rambut dan cara Paknil mengacarakan rancangan ni.
Kiranya masa tu, kira happeningla! So...enjoy da video!

video

Friday, July 10, 2009

BALIK TABIR - IKLAN BARU ERA.FM



Seronok betul dapat berkumpul ramai-ramai cam gini sesekali. Yelah kitorang kan kerja lain-lain shif jadi makanya memang jarang dapat berkumpul.
Paknil pun tak tau bila iklan ni nak dimainkan kat tv tapi rasanya iklan ni memang sempoi giler.
Iklan ni memang tak ade editing langsung, dirakamkan sekali jalan dan adalah dalam 10 take kitorang buat.
Azmi, sang director pun cekap bagi arahan jadi semua orang faham dan kerja jadi lancar.
Mesej untuk iklan ni memang simple : Era adalah hiburan untuk semua. Bila Era di udara, semua lapisan pendengar jadi cergas.
Yang kelakarnya bila muzik bergema, penyampai2 Era yang lain muncul dari merata tempat. Ada juga extra yang siap bergayut lagi!
Bila muzik tamat, semuanya hilang entah kemana! Adi siap pakai baju security guard lagi! Burn jadi pekerka kontrak dan Nana jadi nurse.
Ada saja yang tak kena masa tengah shoot. Burn aje buat sampai 3 kali kesilapan. Lambat kluar lah, lambat masuk la. Diri tengah2 dunia dan block camera la…
Paknil pun tersasar jugak bila asyik lupa skrip! Lembab betul Paknil. Yang bestnyer, setiap kali take, skripnyer Paknil tukar! Adooooooiii!!!!