Monday, January 18, 2010

CATATAN HUJUNG MINGGU DI BALI

JUMAAT 15 JANUARI 2010
Selepas selesai kerja Paknil di Riuh Pagi Era, Paknil bergegas ke KLIA kerana mengejar kapalterbang MAS ke Bali, Indonesia yang dijadualkan bertolak pukul 12:25 tengahari. Nasib baik sempat.
Paknil belum pernah ke Bali sebelum ini kerana ada yang beritahu Bali adalah sempurna bagi mereka yang menggemari pantai dan sukan luncur air. Jadi, selama ini Paknil tidak terbuka hati pun untuk ke sana.
Namun pihak ERA FM, menganjurkan sesi ‘perah otak’ di Bali dan mahu tak mahu Paknil akur mengikutinya. Perasaan Paknil berbelah bagi juga untuk kesana kerana gerun kepada detik peristiwa pengeboman pusat hiburan pada 12/10/2002 yang mengorbankan 202 rakyat Indonesia dan asing, yang pernah Paknil dengar.
Penerbangan ke Bali mengambil masa 3 jam dan waktu di Bali sama seperti di Malaysia. Ini bermakna, Paknil tiba di sana pada pukul 3:25 petang. Keadaan lapangan terbang Denpasar ini tidaklah canggih sangat seperti KLIA tetapi cukup untuk menampung pelancong yang cukup ramai berkunjung ke sana.
Kelulusan imigresen pun tidak lama kerana rakyat Malaysia tidak melalui proses visa dan ini mempercepatkan kemasukan. Setiba di luar dewan ketibaan, panik juga Paknil bila wakil hotel yang sepatutnya memegang nama kami tidak kelihatan.

Sementara menunggu, Paknil ambillah beberapa keping gambar kenangan pintu di pintu airport.

Tidak lama kemudian TinTin wakil dari Villa Ixora tempat kami menginap muncul. Lega hati. Perjalanan dari lapangan terbang Denpasar ke Villa Ixora di daerah Seminyak tidak lama cuma dalam 20 minit. Setiba di Villa Ixora, Paknil dihantar ke bilik Hibiscus 1 di tingkat bawah villa itu. Ok jugaklah villa 4 bintang itu. Ada ‘privacy’ dan jauh dari hiruk pikuk bunyi kenderaan. Sesuai untuk memerah otak.

Tepat pukul 5 petang, sesi perah otak pun bermula.Lama juga sesi ini berlangsung kerana tanpa sedar, dua pelancong tua mat salleh yang tadi berendam di swimming pool di hadapan gazebo tempat kami berbincang sudah tukar pakaian dan bersedia untuk makan malam pula di bawah gazebo itu. Kami masih tidak bergerak. Rupanya sudah pukul 8:30 malam!

Sesi diteruskan lagi sebab perut kami masih belum lapar. Tanpa kami sedar kerana asyik memerah otak, pasangan mat salleh tua itu sudah selesai makan dan mengucapkan ‘Selamat Malam’ kepada kami. Sebelum beredar, sempat juga mereka bergurau, “Hope to see you during breakfast here!”. Kelakar jugak pakcik dan makcik putih ni.

Bila jam sudah hampir pukul 11:30 malam baru kami rasa lapar. Ketika itu banyak juga yang telah kami bincangkan. Yelah hampir 7 jam kami berbincang tanpa bergerak! Kami meminta pihak Villa untuk memanggil ‘taksi’ (teksi) bagi membawa kami ke tempat makanan orang Islam yang berdekatan. Hati-hati di sini mereka ini semua nampak seperti kita orang melayu tetapi mereka tidak semestinya Islam. Supir taksi (pemandu teksi) membawa kami ke gerai makan orang minang berdekatan di situ. Sedap juga makanannya dan murah!

Paknil mengambil keputusan untuk menggunakan khidmat pemandu yang sama untuk membawa kami pusing-pusing bandar Kuta untuk menyaksikan aktiviti mereka di waktu malam. Aduh! Setiba di tempat utama hiburan di Jalan Legian Kuta, Paknil lihat seperti berada di Australia pula kerana rata-rata rakyat Australia sahaja yang memenuhi kawasan itu. Seolah-olah setengah rakyat negara mereka berada di situ.

Lama jugak lah Paknil berada di kawasan itu memerhati gelagatmereka dan terhibur dengan gaya serta ragam rakyat tempatan mencari wang. Hampir pukul 3 pagi Paknil beredar untuk berihat di villa dan cukup Paknil teruja kerana tidur malam Paknil kali ini di temani dengan bunyi cengkerik dari kawasan kampong sekeliling.

SABTU 16 JANUARI 2010

Kami mulakan hari kami untuk ke pantai Kuta kerana kami ingin menyambung lagi sesi perah otak kami sambil makan tengahari di Hotel Hard Rock Café pula. Sementara menunggu teksi yang kami tempah tiba, Paknil sempat juga bergambar di sawah padi yang terbentang berdekatan villa kami. Kagum betul Paknil melihat keunikan aturan kawasan sawah padi ini yang berjirankan villa pelancongan mewah.

Ketika gambar diambil, terdapat beberapa pesawah sedang menuai padi yang sudah masak. Seronok Paknil dapat saksikan sendiri bagaimana rakyat tempatan meneruskan kehidupan petaninya walaupun daerahnya sudah dikomersilkan dengan villa-villa pelancongan.

Sepanjang perjalanan ke Hotel HRC, Paknil perhatikan kebanyakan rakyat tempatan di sini gemar berniaga sebagai sumber rezeki mereka. Dari perniagaan besar seperti menjual perabot, barangan antik, restoran besar dan butik hinggalah ke perniagaan s menjual cenderamata bali dan mederhanaakanan tempatan. Dalam pada itu ada juga peniaga kecil-kecilan seperti menjual jagung, rojak, air, gelang yang dibuat sendiri dan sebagainya.

Setiba di Hotel HRC, sekali lagi Paknil terpegun dengan rekabentuk hotel ini yang mempunyai atur hiasan dalaman yang cantik. Kami tidak sempat untuk melawat hotel ini kerana Paknil mahukan sesi perah otak dijalankan segera sambil menjamu makan tengahari. Satu, sebab Paknil dah lapar dan keduanya sebab Paknil nak ambil kesempatan lebihan waktu yang tinggal untuk bersiar menjengok kawasan Kuta yang terkenal dengan jualan barangan cenderamata dan pantainya yang cantik.

Selesai menikmati makan tengahari dan kami buat rumusan atas perbincangan perah otak itu, kami bersetuju untuk menutup buku kerja dan membuka buku riadah pula. Di Hotel HRC sempat juga kami menderma kepada Yayasan John Lennon untuk membantu mangsa gempa bumi di Haiti. Terus terfikir kemewahan kita bercuti di Bali dibandingkan dengan kesengsaraan mangsa gempa di Haiti.

Lupakan seketika soal itu, Paknil terus melintas jalan di hadapan Hotel HRC untuk menaiki pedati kuda padi yang telah sedia menunggu. Paknil teringin mengelilingi kawasan Kuta itu dan melihat serta merasakan kesibukan jalanraya yang disulami dengan bunyi tapak kaki kuda. Banyak juga kereta kuda ini membawa pelancong.

Paknil tahan perasaan Paknil untuk shopping kerana Paknil tersentuh dengan kehadiran beberapa orang kanak-kanak yang ponteng sekolah menjual gelang tangan untuk membantu pendapatan keluarga. Selagi ada kanak-kanak yang datang, Paknil suruh ikatkan gelang itu ditangan tanda setuju membelinya walaupun Paknil beli pada harga yang tinggi dari yang mereka katakan! Akhirnya tangan kiri Paknil penuh dengan gelang yang diikat kanak-kanak jalanan Bali!

Perasaan tak mau shopping Paknil tak tahan lama hehe sebab Paknil terpikat dengan baju warna biru yang digantung diluar tingkap kedai. Paknil beli juga akhirnya dan terus pakai. (Tu sebab baju Paknil dah bertukar...alamak kantoi!)

Tak sah lawatan ke Bali jika tidak singgah ke tapak kawasan bom yang membunuh 202 orang awam dan pelancong yang berada di Kelab Sari pada 12hb Oktober 2002.

Berderau darah Paknil bila membayangkan apa sebenarnya berlaku di tempat Paknil berdiri hampir 8 tahun dahulu. Sebuah tugu dibina untuk mengingatkan kejadian yang dikutuk dunia ini dengan nama-nama mangsa tersenarai panjang di atas tembok khas tugu itu.Banyak pengajaran yang boleh kita selam di situ walau hanya melintas seminit di hadapan tapak Kelab Sari!

Paknil tinggalkan lagi episod hitam itu seketika dan teruskan perjalanan mengintai kedai-kedai yang sederhana besarnya di sepanjang kiri kanan jalan. Terpegun Paknil lihat barangan cenderamata yang dijual kerana kesemuanya sememangnya unik dan kreatif.

Paknil sempat juga singgah di kedai urut refleksologi untuk merasa urutan bali yang sering Paknil dengar dari mereka yang pernah ke sini. Paknil yang tidak tahan dengan urutan tapak kaki kerana geli, cuma dapatkan urutan kepala dan bahu sahaja. Sejam jugak Paknil di sana sambil Paknil membuat ‘temubual’ dengan tukang urut bernama Dhani berusia 20 tahun.

Katanya, bayaran yang diterimanya tidak banyak cuma 2% daripada bayaran yang dibayar pada kedai. Tiada gaji pokok. Dicongak-congak, Paknil dapati yang Dhani cuma peroleh lebih kurang RM2.50 untuk setiap pelanggan. Paling ramai yang diurut sehari adalah dua orang! Pernah katanya, dia terpaksa berpuasa seharian untuk terus cari pendapatan untuk diri sendiri.

Ini menjadikan Paknil lebih insaf pada kehidupan. Paknil tidak mahu meletakkan apa-apa prasangka pada cerita Dhani itu kerana dari nada suaranya Paknil rasa dia jujur. Paknil hulurkan tip USD20 untuk duit poketnya. Tersenyum lebar Dhani sambil mengucapkan ‘Makasih Mas’!

Paknil terus berjalan kaki keliling kawasan Kuta dan Paknil dapat lihat bagaimana adanya bangunan-bangunan lama dengan struktur ukiran yang tersendiri di celah-celah kedai menjual barangan cenderahati. Bagus juga mereka ini mempertahankan khazanah seni bina lama ini agar tidak hilang.

Berjalan bagaikan tidak penat kerana ada sahaja aktiviti jualan yang dilakukan pedagang di sepanjang jalan berkenaan. Yang paling Paknil terperanjat bila ada yang menghampiri Paknil dan ingin menjual ‘mushroom’. Tertanya-tanya juga Paknil apa kebenda yang dijual sambil berbisik-bisik itu sehinggalah Paknil mengetahui yang ia merupakan pil khayal untuk bersuka-suka. Geleng kepala Paknil sambil berlalu.

Setiba di pantai Kuta, Paknil lihat sudah ramai warga tempatan yang mungkin juga dari luar daerah Pulau Bali memenuhi pantai yang panjang itu. Ada yang bekeluarga dan ada yang datang dengan rombongan. Tak ramai pula warga kulit putih ketika ini. Oh, mungkin mereka sudah ramai meninggalkan pantai kerana lebih suka bersidai ketika matahari sedang tegak dan ketika ini, warga tempatan pula bersantai menikmati angin laut yang kuat.

Sambil memerhati matahari yang hampir terbenam, Paknil duduk lepak mengadap laut dan memesan Bakso dari warung kakak bertudung di situ. Dah lama Paknil tak minum Fanta Oren! Sambil menghirup Fanta, Paknil menikmati hidangan sup bebola daging yang lazat dan murah. Tak puas dengan bakso semula jadi, Paknil pesan pula sambal cili untuk dimasukkan kedalam sup. Waduh! Enak deh!

Ketika itu juga Paknil dah mula terasa perut Paknil memulas. Hambik kau! Nak sangat repair masakan orang.Tanpa tunggu lama dan waktu pun sudah hampir gelap, Paknil terus menahan ‘Taksi’ untuk pulang ke Villa. Setiba di Villa, Paknil ‘terjah’ terus tandas bilik untuk mengurangkan sakit perut yang memintal usus Paknil. Selepas lega sedikit, Paknil rasa Paknil ingin berehat sahaja di bilik untuk menonton tv kerana waktu sudah hampir pukul 8 malam.

Sambil melegakan keadaan perut, Paknil menonton pelbagai rancangan terbitan tempatan dan antaranya adalah ‘Take Me Out Indonesia’. Dalam pada itu, benak kepala Paknil ini masih lagi berbagi-bagi untuk keluar. Yelah, bukan selalu dapat peluang sebegini dan takkan lah Paknil ingin berkurung di bilik sahaja.

Maka Paknil bingkas bangun dan menelefon ‘Taksi’ untuk menjemput Paknil walaupun jam menunjukkan hampir pukul 11 malam. Setiba teksi yang dipesan, Paknil terus meminta pemandu itu membawa Paknil menyusuri jalan-jalan kecil dan jalan-jalan belakang yang dipanggil sebagai ‘jalan potong’. Paknil teringin melihat apakah pula aktiviti warga setempat di waktu malam.

Sememangnya satu pengalaman yang pelik dan berharga kerana Paknil dapat melihat kehidupan di celah-celah bangunan dan rumah kedai apabila teksi yang Paknil naiki melalui jalan-jalan sempit yang hanya muat untuk saiz satu kereta.

Dalam pada itu, Paknil terlihat juga betapa mesranya pelancong Australia bersama warga tempatan seolah mereka senegara. Begitulah hebatnya warga Australia di Bali sehingga mereka tidak lagi janggal berada di pulau milik Indonesia. Ada juga yang sudah begitu arif selok-belok jalan di sana dengan menunggang sendiri motor!

Ternganga Paknil melihat hampir di setiap lorong kecil terdapat pub-pub dan tempat karaoke yang sentiasa penuh dengan pelanggan. Ramai mat saleh-mat saleh yang memenuhi premis satu bintang itu. Memanglah hiburan merupakan nadi waktu malam di daerah ini.

Tak puas dengan menaiki ‘Taksi’, Paknil sewa motor pulak untuk mengelak kesesakan lalulintas di waktu malam apabila kesemua warga pelancong berhibur. Di sana, kita boleh membayar kenderaan motor untuk membawa kita ke destinasi pilihan kita dan cara ini lebih praktikal dan cepat.

Pecah rekod Paknil kali ini. Dah lama Paknil tak jadi pembonceng motor apalagi menunggangnya. Kali ini, Paknil kembalikan kenangan lama Paknil dan mulalah pemandu pelancong bermotor itu bawa Paknil merayau ka kawasan-kawasan yang lain. Paknil sempat melihat aktiviti Bungee Jumping di waktu malam! Lebih dahsyat, bila ada juga yang lebih berani melakukan Bungee Jumping Bermotor! Yang itu, Paknil jadi penonton ajelah…penakut sikit bab-bab camtu :)

Sebelum Paknil menamatkan rondaan waktu malam itu untuk dijadikan catatan blog ini, sempat juga Paknil menjadi saksi kepada insiden pergelutan dua kumpulan remaja lelaki Australia di luar pusat hiburan. Hadoi! Gitulah bila dah mabuk dan khayal, rencana untuk berhibur bertukar menjadi trajedi. Paknil bingkas tinggalkan tempat itu untuk dihantar motor ke villa semula. Masuk ke bilik, Paknil sempat tersenyum sendirian mengenangkan perkara yang Paknil sendiri tidak sangka akan lakukan.

AHAD 17 JANUARI 2010

Oleh kerana kapalterbang berangkat pukul 12 tengahari, jadi lupakanlah hasrat untuk bersiar-siar lagi kerana pukul 10 pagi kami sudah perlu bertolak ke lapangan terbang Denpasar untuk pulang. Rekod peribadi buat Paknil : Paknil cuma sempat shopping sehelai t-shirt biru sahaja dalam lawatan kali ini!

Makanya, Paknil tinggalkan harapan untuk kembali lagi ke Bali kerana tujuan Paknil untuk mencari perabot yang dikatakan murah masih belum terlaksana. Kata abang ‘Taksi’ perabot yang murah dan cantik terdapat di Ubud. Alahai…bila pulak nak ke sana ni!

60 comments:

hazlynda kushairi said...

Wahhhhh bestnye Bali. Sy pon suke sangat angin Bali.
Paknil, we have sumtin in common,
fifi - ur son dulu 1 sekolah ngan sy @Sri Utama and ur teacher Cik Nurizah - 1 sekolah ngan my mom @St John. Hehe (=

anne said...

Seronok baca 'travel journal' macam ni. Terima kasih ye Abg Aznil share cerita kat sini.

suhaida shukor said...

Pak nil sangat hensem!

Aerin said...

Salam paknil.

Wahh, ke Bali plak dh. Pakcik saya selalu jugak ke Bali. Dia pergi untuk surfing. Hehe. Hmm, cantik permandangan Bali. Macam nak pergi skrang jugak XD

Terpegun juga tgk villa tu. Cantik giler, hehehe. Saya suka gambar paknil tgh duduk kat 'taksi' (itu taksi kan?), sebb boleh nampak pizza hut XD

Unknown said...

salam pak nil... wah seronok eik ke Bali??
sy pun baru aje balik dr Bali.. sy pegi 13hb hingga 15hb arie 2.. :)
mmg bez kat Bali nie.. hampir smua tmpat dah sy lwat kecuali ubud.. :(
makanan halal pun senang gak nak cari kat daerah denpasar nie.. guide kami bwa kami makan kat area kem askar.. sbbnya kat situ kawsan muslim.. Alhamdulillah, walupun guide kami brlainan agamanya, tapi dia masih menghormati & memahami cara pemakanan kami.. :)
dan Alhamdulillah gak, sepanjang kami berada di Bali serta menginap di kwasan tragedi pengeboman tiada apa yg brlaku.. Insya Allah, satu arie nanti sy pasti akan kmbali ke Bali semula tuk meneruskan penjelajahan sy yg masih berbaki lagi... :)

PINATBATE said...

best!
dpt shopping cuma sehelai baju pun berbaloi Pak Nil..baju biru tu memang cantik!

hans said...

seronoknya lihat negara orang

Idzwan Phoenix said...

smart la t-shirt tu Pak Nil...memang good taste =)!!!

mimiey said...

assalamualaikum pak nil..
syok nyer tgk pak nil bercuti sakan..
mimie teringin sangat ke bali 1 day..
Pak nil..actually saya mewakili FAKULTI PENGURUSAN PEJABAT DARI UITM SERI ISKANDAR PERAK teringin sangat nk menjemput paknil menghadiri majlis makan malam amal yang kami akan adakan nnt..hope sangat2 pak nil dapat la dtg..kami anjurkan majlis tersebut bertujuan untuk same2 meringankan beban dan dapat menghiburkan kanak2 yang kurang berupaya..mane la tau, mungkin dengan kehadiran pak nil dapat menggembirakan kanak2 yang kurang bernasib baik nie...harap sangat pak nil sudi datang yer!!!!
Kalo pak nil sudi dtg..email la kat sy di MIMIEYDOLLS@YAHOO.COM
harap2 pak nil mempunyai kelapangan untuk menyertai kami..

Sofea _Sulaiman said...

Assalammualaikum Uncle Aznil,

Wahhhh! Bestnya uncle dapat pergi ke Bali. Kalaulah saya yang dapat pergi alangkah seronokknya uncle. Sekurang-kurangnya dapat juga saya hilangkan segala macam stress dalam otak saya ni. Ni tak, paling jauh saya boleh pergi, cuma Johor Bahru saja. Yelah uncle, nak pergi jauh-jauh, barget tak ada.

Tapi bila saya baca dan lihat gambar-gambar uncle di Bali, saya rasa seronok sebab sekurang-kurangnya, uncle happy dan ceria di sana. Tak lah macam saya ni uncle, boleh di katakan 24 jam asyik nak marah saja. Marah, marah dan terus marah.

Uncle, baju biru yang uncle pakai tu, cantik sungguh dan buat uncle nampak muda. Ini pujiaan ikhlas tau bukan pujiaan pura-pura. Akhir kata dari saya, semoga uncle happy, ceria selalu dan jangan lupa jaga kesihatan. Saya sayangggg uncle!

-Sofiah_Sulaiman (Singapura)

Pencinta Lelaki said...

Salam,

cantiklah t-shirt biru tu ...

soalan dari PL, siapa yang begitu setia tolong tangkap gambar untuk Paknil yer?

hehehe.

Salam sayang dari Pencinta Lelaki

|.a.r.i.e.z.a.| said...

wah bestnye! abg aznil nmpk makin muda... :)

ismimaizura said...

bestnye pak nil dpt g BALI..nk pg jgk..x ajak pon..hehe

AnneRaini said...

pengalaman sy di Bali xseindah Paknil tp xpela dah namanye pengalaman kan..layankan aje...

NorshahilaSabarudin said...

Syoknyer jln2 ke Bali...

afayufu said...

bestnye pak nil gi melancong..huhuhu.. nk gak...

Anonymous said...

wahhhhhhh bestnye pengalaman pak nil g bali... baju yg pak nil beli tu pun lawan n malatop deh...

azah_rohaizah said...

Penceritaan perjalanan yg menarik..lengkap dn padat terasa seperti ksmi pun ikut travel sekali...

p/s.. gelang yg beli manyak2 tu bg kat sapa? xnak bg kat kiraorg ker???...

Edzlin said...

salam paknil.

wah bestlah baca apa yang paknil cerita ini. cuti tahun ini paknil kembali ke bali sahaja lah.

t-shirt paknil beli tu memang cantik. errm, apa tu bungee jumping bermotor? saya biasa bungee jumping sahaja.

ieda Harun said...

saam pak nil...best nyer la dpt jalan2 nikan...shantekkk bajuu hehehe

Anonymous said...

Hi Pak Nil..apa petua awet muda?

sniffa93_aznil4eva said...

wahaaa. best gila uncle..
semangat uncle cite kat kteorg..hehe suka2:D

Anonymous said...

hensemnye paknil. paknil nampak muda sgt!!

and baju biru tu chantek!

Khaty said...

wahhhh syok yer bile bace cite Pak Nil g Bali ni laaa...seronok sgt...hihihi sy pon teringin nak g Bali tue bile dah bace cite Pak Nil nie tau...anyway lawa sgt bj yg Pak Nil sempat beli tue...so sweet...jus like u hihihihi

Anonymous said...

assalamualaikum...
bali?
wawawa... best2...

mimiey said...

pak nil,
len kali bwk la i g bercuti sekali

nur said...

salam paknil...

hampir setiap hari saya buka blog ni, tunggu catatan terbaru.

dah ada akhirnya!!

apepun, saye doakan paknil bahgia dunia akhirat, dan jgn tinggal solat ye!!

Puan Sue said...

Salam Pak Nil..

Saya antara silent reader blog Pak Nil. Best nye dpt ke Bali.

Suka tgk cara Pak Nil dari dulu sampai sekarang.Tak meninggi diri dan yg paling saya respect.."Awet Muda"..

Boleh ke Pak Nil share apa petuanye...

Wassalam..Semuga Pak Nil tenang selalu..

iDa @ aWin said...

wahhhh..bestnya pak Nil bleh jln2 tgk bali..mesti fresh balik otak kan. x lama lg i pun nk kesana jg..dan bila paknil dah tunjuk pic2 pak nil kt sna bleh la i jdkn panduan.

Syafiq_Aznan said...

hahaha..
cam best je pegi bali neh paknil..
sian saye x pnah gi bali lagik..
nnti bwk saye skalik ehh..
muahahaha..

Su3y said...

A'skum abg aznil...

Wah! panjang tu...

Tapi dapat juga suzy habiskan membacanya,hehehe...

Lawanya pemandangan disana ye?
Tambah lagi bagi suzy yang sememangnya penggemar pantai...

Tentu seronok sekali kala dapat cuti berehat kan?so relaxing...

Anyway thankz so much for sharing ur personal lifetime with us abg aznil :)

P/S: The blue shirt that u wore in the picture is nice! Good choice abg aznil...

Take care abg aznil...

SALAM SAYANG DARI,
SUZYLINA ;)

Unknown said...

salam paknil..nk tny skit bleh...sy ade tgk pknil pny video ttg saiful...boleh x sy nk g melawat die...pknil ade simpan contact no. adik die or die sendiri x??hrp pknil x keberatan...email sy farah_017@yahoo.com...

dillasham87 said...

bestnya pak nil g bali. ila bilalah dapat g bali. nanti nanti nak g gaklah

riku-chan said...

i like your t. shirt its my favourite colour. my brother ever bought one for me there, with cost only 35,000.00 rupee.

AjiEm said...

Paknil .

Next time we go together nk ?

minat tol ngan paknil .

Shamzie74 said...

salam pak nil...
wow...kenapa pak nil bertambah hensem ni sekrg...huhuhuhuh....mkn hati mek ngk,,,
emmmm memang meletopzzz tempat yg pak nil pegi tu....bila lah mek dpt jejak kat sana ekkk..huhuh...
BTW..pak nil mek nangis 2 bila dgr pak nil kat era masa berbual dgn Bapa yg di tinggal kan oleh anak nyew...rasa insaf diri ni...tahniah pak nil sebab rasa nya dapat menyedar kan masyarakat2 kita kat malaysia ni....syabas pak nil...rsa nyew pak nil ni bakal jadi juara pengacara terbaik lagi niii,,huhuhuhu..mek doa kan yeww..aminnnnn...sekian salam dari mek...byessss

Kaseh NazLieza said...

pak nil...bestnyer g bali..

Bieaz said...

Salam...
Lama Xsinggah Cnie.

Nice posting..Thumbsup :D
Dah lama xpigi Bali..lebeh2 lagi pasal peristiwa pengeboman dah tak tergerak hati nak pigi Indonesia.

Teringat plak pasal BgNil repair2 tuh,
Bie pn pnh wat mcmtuh repair2 makanan orang la kononnya..last2 diri yang kena!!sakit bukan main hahaha...

Nureyzal Shoppe said...

cuti2 malaysia ke indonesia.. :-)

Harap abang aznil sihat2 selalu..

Jagalah kesihatan..

Tidor secukupnya..

Makan secukupnya..

Senaman secukupnya..

--------

Girl'z said...

paknil chumil...hehehehe..
bestnyer g bali..taknak ajak peminat g jln2 ke... :)

Unknown said...

Uncle aznill, me also going to bali this febuaryyy, :)
Went I look to some of ur picture, it really make me more and more excited to go !! :D

ErDa EiDa said...

salam paknil..

bestnyer paknil gi mkn angin mgu lpas...tmpat yg paknil mnginap tuh cntiknya...

paknil nk tau x..rupa paknil ada iras2 plakon hong kong tau..tp xtau nma dia sapa...kiut cm paknil...

N...yela sapala yg bgitu setia asyik tngkap pic paknil nih...mnager paknil kew...

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

wahhhh...best nyer pg Bali. x ajak punnn!! hehehehehe...

Dunia Mommy Comel said...

bestnyer bila senang je da ruang untuk bercuti..hati pun tenang jer

neeza said...

salam paknil..bestnyerrr!! paknil smbil bekerja dpt mkn angin sekali 2 in 1..ke Bali lak tu..mmg cantik la paknil pemandangan kat situ..semuanya murah lak kan..insyaAllah klau ada rezeki teringin jugak kesana..

Anonymous said...

wah!! bestnyer dapat pergi bali!!! saya ni follower dan blogger baru, harap dapat beri tunjuk ajar yer,hehehe.... betul ke barangan kat sana semua murah-murah?

ZuLaiShah said...

Cuti-cuti Bali ye Pak Nil...Seronoknyer....ni sblh mana yer?? Nusa Dua ke atau sblh town dia??http://tallandround.blogspot.com/

AL said...

pak nil..pling mnyentap crita psal paknil sggup dipakaikan seberapa bnyk glang oleh budk2 tu dgn niat untuk mmbntu..

mr.eim said...

kami pun akan kesana bulan 4 nanti.... hohohohoh... =D

tak sabar tunggu bulan 4 :)

Rina277 said...

alahai..kejap sgt paknil kat bali tue..sy duk sana seminggu pn xpuas round2..siap bgun 5pagi nk tgk dolphin kat pantai lovina utara bali..klu nk shopping sakan kt pasar sukawati,ubud..siap naik sawan dgn brg2 murah..paknil mmg wajib pegi lagi tau..nnt paknil buat la program bercuti dgn peminat plak k..

suezety said...

huhuhuhu saya pun rindu bali... macam x sabar2 nak ke sana lagi.. mmg la x best mcm kat malaysia (esspecially dr segi makanan) tp ada sesuatu yg menggamit saya utk kesana lagi..

jgn lupa tau aznil utk ke pasar sukawati utk shopping, lovina untuk kejar2 dgn dolphin, ke tanah lot tgk matahari terbenam, uluwatu tgk kecak dance n etc.!

hurmm try la stay kat Hard rock.. mmg best!

ummi said...

Salam...

Masa abg aznil check in kat KLIA, myself and the whole office ada kat sana..nak gi Langkawi for office trip ngan family2 skali..nak gi tegur tapi segan la pulak..org tak ramai kat airport..tengok dari jauh jek la..bising anak-anak cuma dpt tengok fav uncle dari jauh jek..apa nak buat..dah maknye pemalu..hehehe..so now i know where you went dat day..gi Bali rupenye..

erien said...

waaaa..~
bali..
g ta ajak pown..~

radzi said...

wahhh wahhh best giler baca cite traveling Pak Nil Bila nak ajak sy gi sane. teringin betul nak travel dgn Pak Nil

radzi said...

wowwww best giler dengar story Pak Nil tentang trip ke Bali... bila lah dapat peluang ikut Pak Nil gi oversea trip...

Unknown said...

salam...
x per kan sye pggl uncle cuz sye bwu umo 15..
btw x sesuai lo0 ppgl paknil cuz mke mude sgt2..
aper rhsie ekk..
slalu buwat facial kan..
tol x uncle aznil...

MR.WHITE said...

as salam bro nil,thx 4 d info ,aku google ttg bali dpt lak blog ko nie..leh gak jadi reference sket sket walaupun dated 2010...thx bro.. ciaowww!!!

Unknown said...

salam perkenalan..
silahkan bila hendak pigi Bali buat kawan2 semua
http://cutibali.com
terimakasih

Riko Adryansyah said...

Assalamualaikum Tuan/Puan.

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Padang - Bukittinggi dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, KITA HOLIDAYS INDONESIA menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

Contact person :
RIKO ADRYANSYAH

Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
E_mail : riko_kitaholidays@yahoo.com

Wassalam

Unknown said...

Assalammualaikum wr wb,

Bapak & Ibu
Kaum Muslimin dan Muslimah yang di Rahmati ALLAH SWT

INFORMASI DAFTAR HAJI dan UMROH INDONESIA TERDAFTAR di KEMENTRIAN AGAMA REPUBLIK INDONESIA Nomor Izin Kemenag D/351.Thn 2013.

UMROH Hemat & Berkah 1437H/2016
ADA PROGRAM NABUNG & BISA BERANGKAT UMROH GRATIS ….. !!!

APAKAH ANDA BELUM MELAKSANAKAN HAJI ATAU UMRAH?
SUDAH ADA NIAT TAPI BELUM TERLAKSANA
LANTARAN BELUM ADA BIAYA?
JANGAN KHAWATIR …
SELALU ADA JALAN BUAT ORANG-ORANG
YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH …

HIMBAUAN KEPADA
CALON JAMAAH HAJI dan UMROH INDONESIA

Banyaknya Calon Jamaah Haji dan Umroh GAGAL BERANGKAT disebabkan KBIH dan TRAVEL Bodong (ILEGAL) beserta Terlantarnya Jamaah HAJI NON KUOTA (tidak terdaftar SISKOHAT) di Tanah SUCI
karena bujuk rayuan percepatan keberangkatan Haji oleh OKNUM KBIH dan TRAVEL


“Agar tidak mengalami NASIB yang serupa”

PASTIKAN KBIH & TRAVEL HAJI yang anda pilih TERDAFTAR di KEMENTRIAN AGAMA REPUBLIK INDONESIA

MAU UMRAH / HAJI ?

KAMI SIAP MEMBANTU, HINGGA IMPIAN ANDA BENAR BENAR NYATA

PENDAFTARAN UMRAH DAN HAJI PLUS BISA ANDA LAKUKAN DI SINI

INSYA ALLAH …. IBADAH UMRAH ANDA TAHUN INI BERBEDA DAN LEBIH BERMAKNA DARI TAHUN SEBELUMNYA …..

Inilah yang kami rekomendasikan khusus untuk Anda:

PT MEDIA WISATA UTAMA ( PT. SOLUSI BALAD LUMAMPAH - SBL).
Nomor Izin Kemenag D/351.Thn 2013.
yaitu sebuah Program Haji Plus / Umroh , untuk Anda dengan sebuah konsep yang unik dan menarik yaitu :


“Bagaimana Membuat Orang Yang Tidak Mampu Menjadi Mampu Untuk Umrah / Haji dan Sekaligus Merubah kondisi Financial menjadi lebih baik & Sejahtera.“

KITA MEMPUNYAI PAKET UMROH DENGAN PROGRAM MENABUNG DI BANK MANDIRI & BANK BNI
Untuk Informasi Lebih Lanjut
Silahkan Hubungi :
Ustadz Rhoedy
Call / sms : +62 852 3891 5028
Whatsapp : +62818 0564 0488
BBM : 59CF1C89

Kantor Perwakilan BALI - PT.MEDIA WISATA UTAMA (PT.SBL)
di JL TUKAD CITARUM No. 28 Panjer Renon Denpasar Bali.

Email : umrah.sahabatsbldenpasar@yahoo.com
WEBSITE :
www.daftarhajiumrohterdaftardikemenag.blogspot.co.id

Nama Perusahaan : PT. Media Wisata Utama
Merk Dagang : Solusi Balad Lumampah
Notaris : Muchlis Patahna,SH. MKn.
UUG No : SK.229/JS/VIII/2012
TDP : 101115113715
NPWP : 02.789.009.4-429.000
SK Menteri Hukum & HAM : AHU-40481 AH.01.01 Th.2012
Nomor Izin Kemenag D/351.Thn 2013.