Monday, January 25, 2010

SAIFUL OH SAIFUL

MUHD SAIFUL RIZWAN/USIA : 21 TAHUN /ASAL : KELANG, SELANGOR

Sebelum kemalangan Saiful menjalani kehidupan yang normal. Merupakan seorang yang pendiam dan sangat kuat bekerja. Merupakan anak sulong dalam keluarga 5 adik beradik. Mempunyai seorang kekasih yang hanya mahu dikenalkan sebagai Yati sahaja.

Dalam bulan 6 tahun lalu, satu kemalangan ngeri menimpa Saiful yang sekali gus merubah hampir separuh dari wajahnya. Bahagian mulu dan dagu Saiful hancur, dua tulang rusuk kiri dan dua tulang rusuk kanan juga patah. Hatinya juga rosak teruk dan terpaksa dibuang. Lebih 20 hari Saiful berada di dalam koma.

Ketika itu juga, Paknil dihubungi oleh adik Saiful bernama Aishah melalui segmen Merisik Khabar di Riuh Pagi Era. Aishah mengadu yang dia terpaksa berhenti kerja kerana menjaga abangnya yang kemalangan di hospital. Ramai pendengar Era yang prihatin dan hanya mampu menitipkan rasa simpati dan pesanan untuk kuatkan semangat.

Mendengar cerita Aishah, Paknil juga tidak dapat membayangkan betapa getirnya dugaan yang dilalui oleh remaja belasan tahun ini. Namun cerita Aishah yang kita dengar ketika itu terhenti di situ sahaja.

Namun pada hari Isnin 18 Januari, Paknil terbaca pula satu lagi SMS dari pengadu bernama Saiful yang mengadu kekasihnya berubah hati setelah dirinya kemalangan. Tanpa menyangka ia ada hubungan dengan cerita SMS pertama tadi, Paknil mengubunginya. Jauh di suara sebelah sana, Paknil terdengar suara yang agak pelik kedengarannya. Setelah diperkenalkan, barulah Paknil tahu rupanya Saiful itulah abang kepada Aishah.

Saiful bercerita pada Paknil yang dirinya sudah lemah dalam kehidupan setelah wajahnya berubah dan kini kekasih hatinya meninggal dirinya. Lebih perit apabila kekasihnya beralih hati pada teman baik Saiful. Saiful sudah putus harapan untuk meneruskan kehidupan.

Katanya, dia beralih kepada Paknil untuk mencari kekuatan dan sinar baru. Dia ingin ketemu dengan Paknil. Entah kenapa, tergerak hati Paknil ini untuk bersama kru Era menemui Saiful pada hari selasa keesokan harinya. Berdebar juga hati Paknil dalam perjalanan ke rumah Saiful hari itu bukan kerana takut akan melihat wajah Saiful tetapi kerana takut kata-kata Paknil tidak mampu menaikkan semangat Saiful untuk kembali bangun. Paknil tak henti berdoa agar Tuhan melancarkan lidah ini untuk menaikkan semangat anak remaja ini.

Setiba di rumah Saiful, Paknil dinanti Saiful dan keluarganya. Wajah Saiful diselindungkan di sebalik topeng hidung dan mulut. Tanpa ada rasa gentar, Paknil minta Saiful tanggalkan topeng itu. Saiful akur. Ketika itu, jiwa Paknil hancur kerana tidak dapat membayangkan kekuatan yang Saiful punyai untuk memikul dugaan pada wajahnya seperti yang Paknil lihat di depan mata Paknil sekarang.

Namun, sedikit pun tidak timbul rasa takut malah simpati Paknil berlipat seribu kali. Hampir sejam Paknil merapati Saiful dan akhirnya Saiful mempercayai Paknil. Ketika itulah Paknil diberitahu, Saiful sempat mengarang beberapa sajak ketika berada di katil hospital.

Bagus juga sajaknya. Saiful sendiri akui yang dirinya tidak pernah menulis apa-apa karangan sebelum itu. Hebatkan kuasa Tuhan. Dibukakan anugerah yang selama ini tersembunyi di dalam diri Saiful.

Sekembali dari kunjungan ke rumah Saiful, fikiran Paknil terus teringat-ingat akan sajak yang Saiful lakarkan itu. Paknil rasakan sajaknya ada nilai komersil dan cadangkan kepada Era agar kita carikan peluang baru untuk Saiful. Akhirnya terfikir untuk memperkenalkan Saiful kepada komposer hebat Ajai.

Pagi Khamis, Paknil di Riuh Pagi Era menjemput Saiful sebagai tetamu. Saiful hadir ditemani adiknya, Aishah. Dalam temubual, Paknil dapat lihat Saiful sudah ada semangat untuk meneruskan kehidupan, bertalu panggilan telefon dari pendengar Era yang masuk untuk bercakap dengan Saiful dan sekali gus ingin memberi kata semangat padanya. Terima kasih pada semua!

Tup tup! Pukul 9 pagi kami masukkan satu panggilan telefon kezzzutan kepada Saiful. Datuk Siti Nurhaliza. Datuk Siti puas berpesan kepada Saiful untuk bangun semula dan dari getaran suara Datuk Siti, Paknil rasa Datuk Siti juga gugur airmatanya. Terima kasih Datuk kerana sudi ‘singgah’ seminit dua untuk membaik pulih perasaan lemah Saiful. Terlihat ada campuran riak malu, bangga dan suka di wajah Saiful.

Lebih tidak disangkakan Saiful apabila Ajai pula kami sambungkan dihujung talian. Kedua beradik hampir tergamam dan terdiam apabila mengetahui Ajai berminat untuk mengenengah bakat Saiful sebagai penulis lirik. Tidak pernah disangka oleh Saiful yang sinar hidupnya mula menyinar kini.

Teruja Saiful bercerita tentang keinginannya untuk menulis lirik lagu pula. InsyaAllah jika kita semua panjang umur, kita akan sama-sama saksikan kehebatan anak muda ini menongkah arus kehidupan sebagai penulis lirik yang hebat pula. Rezeki manusia bukan urusan kita. Tuhan penentu segalanya. Paknil nantikan kemunculan lagu pertama nukilan Muhd Saiful Rizwan!

p/s : Paknil lampir di sini sajak tulisan tangan Saiful yang diciptanya untuk Paknil. Terima Kasih Saiful!

78 comments:

My Life My World said...

Salam Pak Nil, sebak nyer baca post kali ni, tanpa sedar mengalir air mata. Tahniah Pak Nil, saya dapat rasakan Saiful amat amat bersyukur dapat jumpa dengan Pak Nil, umpama ternampak cahaya di hujung kolong yang amat gelap. Semoga Saiful berjaya dalam cita cita nya. Amin

nadcydot said...

suka baca sajak yang ditulis oleh Saiful .
mempunyai banyak makna yang tersirat.
tersentuh seketika ketika membaca entri ni.

papepown , gudluck untuk Saiful . semoga berjaya mnjadi penulis lirik lagu yang berjaya. :)

JijahJambu@Jj said...

sedihnye Jijah baca entry ni Pak Nil ..

Edzlin said...

Salam Paknil.

Tersentuh hati saya apabila mendengar kisah Saiful ini. Syukurlah dia diberi peluang pula menjadi penulis lirik. Rezeki ada di mana-mana. bila ada dugaan, pasti ada rahmat di sebaliknya. Harap selepas ini Saiful lebih kuat dan bersemangat dalam hidupnya.

teruskan segmen merisik khabar ini, moga lebih ramai lagi yang paknil, era fm, dan pendengar era dapat membantu.

GadisKasutConverse said...

ade genangan airmta di hjg alis..muga2 saiful trs kuat hati utk hari2 dpn..ameen..

daydeck86 said...

Touching plak baca sajak Saiful nih..

Anonymous said...

mulianya hati pak nil.
semoga Allah sentiasa merahmati pak nil selalu. dan murahkan rezeki paknil.

:)

Shikin Zain said...

berat mata memandang, berat lg bahu y memikul..sekejap je kan tuhan tarik balik nikmat yg Die kasi..mudah2an kite amik iktibar dr kisah hidup saiful ni :)

snifesty said...

saiful oh saiful!
sedey nya baca bout dia...
ifa xtau pape...xdengar radio. ni uncle cite kat sini pon kira bgs atleast ifa tahu crita drpd radio era:)

emm sian nya dah la memula xcident then lepas drpd tuh semuanya jadik xkena..

tp bagi ifa setiap yg bro saiful tepaksa tanggung keperitan tuh sebenanya ada hikmah dsebaliknya kan.

tgk skarang dia makin dimurahkan rezeki n bakat yg dulunya dia sendiri pon xtahu ada pada diri dia dan skarang dapat tawaran utk jadi penulis lirik! itu satu kejayaan..


setiap apa yg berlaku mesti ada cahaya n sinar baru.. setiap keperitan juga akan berakhir pada kebahagian...apa yg penting bro Saiful kena kuat n apa yg berlaku biarkan je dan jgn sesekali pandang belakang...trskan kehidupan baru n sentiasa fikir positif...

utk uncle pulak. thanx sbb slalu menggembirakan hati semua org..uncle dah byk bwat semua org jadik kuat n tabah..sayang uncle!:D


[psst;ifa cuma pandai bekata-kata tp kata-kata ifa ni mungkin xsekuat apa yg dilalui bro saiful]

Anonymous said...

saya sempat dgr temubual paknil n saiful aritu,tp separuh jerk sbb dlm kete, on the gi kje..wpun tak dgr sepenuhnya,air mata saya menitis..

dan arini,sekali lg menitis bila baca coretan paknil ni..

semoga rezki menyebelahi saiful..

amin..

anne said...

Saya masih ingat panggilan merisik khabar Aishah beberapa bulan lepas. Dan baru ni cerita Saiful pula. Memang menitis air mata dengar Riuhpagi masa Saiful jadi tetamu dan juga Youtube Abg Aznil kat rumah Saiful tu.

MasyaAllah...besar betul dugaan yang Allah beri untuk adik ni. Pada usia yang begitu muda, tak hairanlah kalau dia melalui fasa di mana dia putus harapa.

Saya bangga dengan usaha Abg Aznil & Era untuk Saiful. Doa saya supaya Saiful tabah, insyaAllah musibah ini ada hikmahnya.

siti dahlia mohd rosle said...

lain orang...lain kisah hidup..
semoga kita semua tabah dengan apa jua yang mendatang...

Tahniah Pak Nil..kagum dengan usaha Pak Nil..(",)

+ cik nieza + said...

to abg saiful:sajak 2 mmg menyentuh..kuatkan semangat abg n terus pndang ke hdpan..xsemua org akn kuat dan tabah mcm abg..if iza sendiri pon blum tntu dpat troskan kehidupan..but abg kne kuat n percaya pda takdir tuhan ok..hrap abg bersabar..

Anonymous said...

baru beberapa hari lepas saya menonton video ini di FB Uncle Aznil dan hari ini saya mambaca coretan Uncle. Sedih juga saya membaca kisahnya.... Saya berdoa supaya Saiful akan lebih tabah dan bersemangat selepas ini

RizaL said...

harap saiful tabah la dengan dugaan mcm nie..

senyumm said...

sangat2 tersentuh...sanggup kekasihnye buat mcmtu..teruskan usahamu saiful..masih ade sinar bahagia yang menanti.penghargaan jgk buat sahabat saiful,pak nil.semoga rahmat Allah tetap bersama kalian

fasham said...

pak nil bergugur juga air mata ini bila membaca n3 pak nil...saya ni sudah jrg mendengar radio disebabkan kesibukan masa ...tapi saya masih ingin mengetahui ttg kehidupan pak nil jadi di blog pak nil lar saya mengetahui segalanya...teruskan apa yang pak nil lakukan kerana apa yang paknil lakukan bukan saja emberi semangat dan kekuatan malah memberi satu sinar harapan....

miss ahjumma said...

kasihan pd saiful..harap saiful terus tabah hadapi ujian Allah...sume manusia dah ade bahagian msg² kat bumi ni..

Anak Wak Yat n Kak Som said...

sedih saya baca kiash ni pak nil.. hampir gugur airmate.. tapi dapat ku tahan.. semoga saiful dapat masa depan yang cerah darpd jalan yang pak nil dah bantu... syabas pak nil..

[[syidin]] said...

sdeh la cter neh.

PiNkYbLuEbAbY said...

pak nil....
pak nil memang berjiwa rakyat..!
semoga allah sentiasa merahmati hiduppaknil dan sentiasa memberi kebahagiaan dlm hidup pak il..!

Qarl said...

Paknil,

teruskan usaha2 murni spt ini Paknil

InsyaAllah beroleh redha & berkat dariNYA

buat Saiful; tabah. ini dugaan!

eZmALiZa said...

ini lah dia dugaan tuhan di dunia yg sementara nih..perempuan zaman skrg lebih mementinkan rupe.ezma xberani ckp lebih.tkot tersilap bual bicara.tp hakikatnye keistimewaan saiful benar2 anugerah Tuhan.semoge masyarakat prihatin dgn golongan istimewa seperti saudara saiful.saye berbangge dgn PakNil sebab sudi menjenguk pendengar setianya.
(^_^)v

Anonymous said...

walaupun sy tak dgr crta ni di Era,sy tetap rasa sedih di ht tatkala bc blog yg dipaparkan Paknil..rsa kagum krn dia msh sggp meneruskan hdp even dia da mula patah smgt..sy pun lum tntu blh jd setabah dia..hrp,dia takkan putus asa n sentiasa berjuang utk mencari peluang dlm memenuhi ruang hidupnya...

Matahari said...

sajaknya sgt menyentuh jiwa..
semoga Saiful tabah..
tahniah juga buat Pak Nil..
Semoga Allah berkati Saiful dan juga Pak Nil.. :)

YIN-WONG KHOO LAI said...

Seberat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Kuat semangat untuk menghadapi hari2 mendatang Saiful. Apa yang berlaku adalah ketentuan Allah swt.

mamawana said...

Doa mama utk saiful semoga tabah menghadapi dan semoga Allah swt melimpahruahkan rezeki yg berlipatkali ganda pd adik saiful juga pada budi baik Paknil. Salam ukhuwah

PokaPola said...

Pak Nil, saya yang di perantauan ni pun ikut jugak crita Saiful ni kat era, sedih yang teramat sangat dengar cerita dia. Dan sekaligus timbul rasa syukur kepada ilahi dengan nikmat yang diberikan dan segala nikmat mampu Tuhan ambek dengan sekelip mata.

To Saiful(kalau dia baca la), goodluck and jgn la putus harapan sebab ditnggalkan awek, bunga bukan sekuntum, Tuhan nak tunjuk betapa awek Saiful tak sanggup nak lalui dugaan ni bersama Saiful. Semoga menjadi penulis lirik berjaya suatu hari nanti, jangan sia-siakan peluang yang diberi.

familyria92 said...

tahniah pak nil kerana menceriakan hidup insan yang dilanda kekecewaan.

saiful mohamed said...

dgr masa otw nak balik ukm...

Anonymous said...

salam perkenalan pak nil sy follower pak nil yg paling latest...syabas pada pak nil kerana dpt membantu menaikkan smgt saiful

hans said...

simpati dengan nasib si saiful

Syafiq_Aznan said...

semoge saiful terus tabah mengharungi hidup..ingat ader hikmah sebalik ape yang terjadi..mungkin Allah mahu kurniakan anda dengan sesuatu yang lebih baik dari ape yang anda hilang..sentiasalah bermohon padaNya..Dia sentiasa mendengar ape yang dipohon oleh hambanya..

Sofea _Sulaiman said...

Assalammualaikum Uncle,

Post uncle kali ini, bukan sahaja mengalirkan airmata pada sesiapa yang membacanya. Tetapi ia juga sedikit sebanyak telah menyedarkan saya bahawa kehidupan kita hari ini, mungkin tidak akan sama esok harinya. Mungkin hari ini kita sihat, boleh pergi kerja, ke sekolah tetapi esok mungkin kita sakit. Kita sendiri tidak tahu.

Dalam hidup ini, setiap apa yang terjadi semua ada hikmahnya. Dan saya percaya, setiap dugaan yang Allah berikan pada kita, sememangnya kita boleh hadapinya.

Pada Saiful: Jangan terus menerus bersedih ataupun menyalahkan takdir. Banyakkan berzikir dan bersolat untuk tenangkan hati.

-Sofiah_Sulaiman(Singapura)-

Emie said...

Salam Paknil,tersentuh hati ni membaca nukilan paknil..sememangnya Paknil dikurniakan Allah sebagai org yg mudah simpati pada yang kekurangan..kepada Saiful,kuatkan diri utk berjaya dlm hidup ini..

Intan and The Boys said...

menitik airmata saya ni paknil.
:(

jajasyakirin said...

huhu...nak nangis...

Hana Fikri said...

smoga saiful terus tabah hadapi hidup..

Farazila said...

erm..
sedih juga membaca...

itu semua ketentuan tuhan...
moga dia dapat terima hakikat ini dgn hati terbuka...

kalau sy pon akan 'down' dan perlu seseorang memeberi kekuatan utk teruskan kehidupan

Unknown said...

well done aznil. moga Allah swt berkati ur effort.

Mohamad Hj Yawmon said...

urm... memang menyayat hati! tahniah paknil kerana telah menjadi insan yang prihatin! =)

Hezesuze said...

ya ampunn!! klg tu area rumah ze tu paknil....wah tnpa sedari air mata berlinang tatkala baca n3 ni...

ada hikmah d stiap kejadian yg berlaku...

GC said...

Salam,
Ya Allah yg Maha Pengasih lagi Penyayang, aku bersyukur dengan rahmat yang Kau berikan. Maha Suci Kasih Mu telah membuka hati insan berjiwa besar PakNil untuk memberi sinar hidup baru bagi seorang insan kerdil yang bernama Saiful. Tiada lebih yang mampu aku berikan selain dari memanjatkan syukur atas lumpah rahmat mu.
Semoga sinar Mu itu akan menyerikan hidup Saiful dan aku pohon kau limpahkan jua nikmat dan rahmat Mu buat insan yang bernama Aznil Haji Nawawi...amin.
Salam.

kpah k-poh Sharifahnor said...

Setiap kejadian buruk yg berlaku..masih ada hikmahnya.Aznil..teruskan perjuangan anda..saya percaya, kehadiran Aznil di mana2 pun mampu mengurangkan beban derita insan lain.

iedaeidy said...

salam pak nil,

memang dah jd kebiasaan, otw gi keje mesti bukak era coz nak dengar celoteh pak nil n din beramboi di pagi hr, so, dpt lah msk office ngan muka yg happy. tp, pg tu lain je ceritenye..., tp x dpt dengar ngan abis. ntah cam ne, hr ni t'gerak ht buka blog pak nil n ada post ttg saiful. dlm ht berkata, "ni la cite kt era pg tu.." tanpa diduga air mata turut bergenang. SYABAS pak nil!! buat saiful, kuatkan semangat k!

Anonymous said...

sajak yang puitis...
semoga saiful kuatkan semangat!

Cik Azz said...

Salam Pak Nil....

Moga Saiful terus tabah...dan berjaya memulihkan semangatnya yang hampir hilang...

Sedih sangat2.....menangis membaca entri ni...lebih2 lagi bila melihat wajah Saiful.... Sabar ya dikk...

Unknown said...

semoga beliau tabah m'hadapi dugaan..

Tia said...

Paknil dah jadi macam Oprah! Syabas! Semoga tuhan membalas usaha murni Paknil!

Khaty said...

Buat Saiful...tabahkan laa hati menghadapi dugaan daripada Nya..mungkin Saiful akan berjumpa penganti yang lebih baik dimasa akan datang...lebih baik pikirkan keluarga yang terdekat dari dipikirkan orang yang sudah berjauhan...semoga lebih succes dalam hidup dan segala bidang diceburi....

Buat Pak Nil....bile nak update cite uji bakat tom tom bak tue????

Ndeyla :) said...

hrm. suda baca sdikit hal ni dlm Metro Ahad tuh.
tp..lagi hiba ble bace kat entry pak nil nih.
sungguh bsar dugaan Saiful ni.
tp,ad firman, Allah xkan mbebankan hambaNya kalau hamba itu sndiri x mmpu memikulnya.
Allah lebih tau apa yang terbaik utk hambaNya kan...
sye doakan Saiful terus tabah dan terus kuat mjalani khidupan yang mdatang...InsyaAllah, derita yang Saiful alami sekarang, akan bawa bahagia satu hari nnt, siapa tahu?

ape2pun, usaha pak nil utk mnaikkan semangat Saiful harus dicontohi bkn shj kalangan artis, malah kita sdiri sbagai manusia....:), berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..

ZuLaiShah said...

I'm touch with the story....

Chaiyuok Chaiyok Saiful!

Kite yg normal ni pon masih x bersyukur dgn Pemberian Allah....

Hidup mesti diteruskan....jgn berputus asa!
http://tallandround.blogspot.com/
http://tallandroundshop.blogspot.com/

tujuhhariseminggu said...

Salam Pak Nil... Mengalir airmata baca post nih... Utk Saiful, kuatkan diri yer... Utk Pak Nil, thanks cos kongsi cerita ini... Moga2 dgn doa dan harapan org ramai, Saiful akan semakin baik... Amin..

lunacutee said...

assalamualikum abg Aznil.. tanpa saya sedar mengalir air mata hilang make up saya.... sedih sgt semoga saiful diberi ketabahan dlm mengharungi kehidupan.

ieda said...

Allah memberikan yang terbaik untuk semua makhluknya.cuma kita yg tidak mengerti rahsia di sebalik perjalanan hidup kita yg singkat ini..moga saiful lebih bersemangat menghadapi hidup baru..pastinya Allah memberikan jalan ini untuk kebaikan diri saiful juga..
dunia perubatan pasti mampu mengembalikan wajah saiful biarpun mungkin tidak 100% seperti asal.kumpulkan wang dengan jalan yg diberiNya ini..gunakan sebaik mungkin & jgn lupa padaNya.

lukisan kehidupan said...

mmg pedih untuk saiful lalui.. tp kalu sy yg lalui nya pasti sy akan putus ase. n tiada keyakinan diri.. agak2 nya.. tak kan kuar umah bertahun2 kot.. muke cm tuh tak leh wat plastik surgery kew??

ABCPlus said...

Salam Paknil...berbaloi usaha Paknil menjejaki Saiful..sekurang-kurangnya ramai yg telah berkongsi keperitan dan mendoakan kesejahteraan hidupnya,agar semangat Saiful kembali pulih utk meneruskan hidup yg sementara ini, mungkin juga ada pihak-pihak yg berbesar hati utk menaja kos pemulihan kecederaan yg dialami, moga Saiful berjaya dimasa hadapan tak kira walaubagaimana keadaan kita sekalipun ...insyaallah.

Belle with Aien said...

tabah hati die.ish3.

Su3y said...

A'skum abg aznil...

Harap masih belum terlambat lagi untuk suzy tinggalkan kata-kata semangat buat saiful ye...

Actually sejak sekolah mula (4hb Januari) hari tu suzy tekun mendengar pagi di Era sebenarnya.Pulang dari menghantar adik ke sekolah suzy terus saja bergegas mendengar pagi di Era...

Sebelum ni ada juga,cuma tidak sekerap kini.Maklumlah,kadang kala terlajak tidur juga :P hehehe...

Oleh itu,suzy juga turut tidak ketinggalan mendengar segmen 'merisik khabar' saiful hari tu...

Seperti apa yang dikatakan ramai,"Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya".Suzy berharap sangat agar saiful terus tabah menghadapi dugaan-dugaan yang mendatang.Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya,hanya Allah s.w.t saja yang mengetahuinya.Suzy pasti,bukan suzy seorang saja yang doakan kebaikkan buat saiful...ramai lagi diluar sana.Dengan itu,diharapkan saiful teruskanlah kehidupan tanpa menoleh ke belakang.Kuatkan semangat ye saiful!

Kepada abg aznil,take good care of urself...

SALAM SAYANG DARI,
SUZYLINA ;)

irfano said...

Sedey nyer baca kisah saiful ni ... berkaca2 mata saya ... nasib baik kat office, kalau kat umah dah menitik airmata saya ... pada Saiful, tabah kan hati, kuatkan semangat ... dugaan di dunia ini berbagai ... ingat Tuhan selalu ... semoga berjaya dlam apa jua bidang yg anda ceburi ... pada Pak Nil ... anda telah lakukan sesuatu perkara yg murni ... melawat tak kira sesiapa tanpa memilih ... teruskan usaha murni anda itu ...

dEeWaN said...

sedih bila baca post kali ni. kesian saiful. terlalu kuat dugaan yang terpaksa dihadapi. Moga tabah menghadapi dugaan ini. buat abg aznil saya bangga dengan sikap abang. teruskan niat yang mulia itu ya.....

din said...

salam tumpang lalu?
Bagus coretan paknil sebak juga bila membacanya. Itu dugaan untuk adik saiful kita pula macam mana ya??

AzieRazwan said...

Salam untuk Pak Nil...Tahniah buat PakNil kerana atas prihatin Paknil insan seperti Saiful terisi hatinya. Sama2 lah kita berdoa mudah-mudahan Allah sentiasa melimpahkan rahmatNya pada Saiful.

Anonymous said...

sedihnyaaaaaaaaaaaaa.......

Anonymous said...

GOOD LUCK SAIFUL..
KUATKAN SEMANGAT YER..

yayaismile said...

salam Pak Nil,
ppost pakNil kali ni. betul2 membuatkan air mata saya gugur..
Tahniah n cayok pak Nil, semoga kehidupan saiful akan terus menyinar d=tanpa diganggu oleh keadaan fizikalnya..Amien...

Jennifer said...

sabar je la... mungkin awek tu bukan untuk saiful... sebab dia tak terima hakikat...

Ai said...

sayu pulak rasa hati..

KLIK KAT SINIwschom

NaNa said...

sedih betullah tgk post nie...rasa mcm nk nangis jer..baguslah saiful jumpa pak nil..boleh jugak hiburkan hati dia......

Siti Munirah Mohd Sharif said...

Sedey tol kisahnyer..aper pun hopefully saiful tabah mengharungi hari2 yang akan datang..life is about the challenge..pak nil..u have such a big heart!!!love you!!

princess said...

saiful.. sesungguhnyer stiap dugaan dri Allah pasti ada hikmahnyer.. bsabar la ye.. mgkin de lbih bek sdang menanti saiful.. bersabar la.. kepada paknil. i luv u so much..

soffya cik bulan said...

sangat terharu dengan sajak itu..
moga Allah sentiasa merahmati beliau, dan dipermudahkan jalannya

kita masih sempurna hari ni..moga kesempurnan ini berkekalan
untuk itu, bersyukurlah...

love,
cikgu soffya

...1st drop by here.sangat menarik.paknil, i'm following u..

Cik Nina said...

salam Pak Nil...entry ni sgt menyentuh hati..
pilu rasenyer bile bace sajak tulisan saiful tuh...
semoga saiful tabah dan success selalu..=)

Dyiendin said...

Tiada komen cuma komen roh ja!..
Mengapa Datuk siti malukan saya dalam sebenar nyata.Pinta dengannya tolong saya duit...Tu je!..C.T,tolong abang Din,OK!...

Din..Keningau,sabah.

Unknown said...

assalammualaikom...
segala yang berlaku pasti ada hikmahnya... sabar yer dikk... ramai lagi yang lebih sengsara... cuba lawat laman web saya nie.. http://www.anakkhas.com semua murid saya tidak dapat menikmati hidup seperti orang lain kerana pelbagai kecacatan.. mungkin hanya di sekolah mereka dapat bergaul dengan rakan2 .. bayangkan zaman sekarang masih ada jiran yang meminggirkan keluarga yang ada anak istimewa kerana takut ditimpa sial... kita masih bertuah... murid pendidikan khas hanya hidup dalam dunia mereka yang sempit dan tidak tahu tentang masa depan... tidak tahu bukan taknak atau malas fikir... tahniah pak nil anda mampu memberikan peluang kedua dalam hidup saiful dah ketahuilah bukan kita sahaja yang malang dalam dunia ini...

Azman Jaafar said...

PAK NIL... maaflah labat pulak reply post PAK NIL.. tapi memang saya alu-alukan semua pertolongan paknil pada orang yang tidak bernasib baik.. semoga PAK NIL dilindungi ALLAH selalu...A MIN

Unknown said...

pak nil mang prihatin laa...saye doakan pak nil panjang umur & murah rezeki . semoga hidup pak nil di berkati selalu.:)

amin..

Unknown said...

Hai paknik ni aishah adik saiful...dah 4 tahun berlalu...banyak perkara yg telah berlaku....banyak benda yg aishah nak ceritakan kepada pak nil...pasal Abg saiful....kalau pak nil ada terbaca msj ni call atau replay la msj ni...saya berharap akan dapat jumpa pak ni n ceritakan apa yg telah berlaku selama 4 tahun ini..