Friday, February 19, 2010

Assalamualaikum.

Pertama sekali, Paknil ingin memohon maaf sebab dah lama tak update blog ini. Jadual Paknil agak ketat sikit akhir-akhir ini. Harap2 geng semua dapat maafkan Paknil dan terima kasih sebab terus-terusan menjengok ke laman blog ini.

Ini adalah certita yang Paknil terhutang dengan korang semua. Kisah Shamsulkifli Bin Mohd Bashah. Baru berusia 19 tahun tetapi telah melalui cabaran hebat dalam kehidupan. Sejak berusia 15 tahun, Shamsul cuma melihat dengan menggunakan mata sebelah kanannya sahaja apabila mata kirinya menjadi buta.

Ketika itu, Shamsul tetap melalui kehidupan seperti remaja lain, bersekolah dan berkawan-kawan. Kebahagiaan yang sedikit ada padanya sedikit demi sedikit diragut apabila bonda tercintanya tiba-tiba rebah dan meninggal dunia November lalu. Ketika itu, Shamsul rasa seperti hilang arah dan punca lebih-lebih lagi apabila ibunyalah yang merupakan pencari rezeki tunggal keluarganya. Ayah Shamsul adalah seorang OKU melihat (buta).

Setelah kehilangan ibunya, Shamsullah yang menjaga ayahnya sepenuh masa dan abangnya mula pertama kali mendapat pekerjaan sebagai pengawal keselamatan dengan gaji yang tak seberapa. Ayahnya cuma mendapat bantuan JKM sebanyak RM250 sebulan.

Lebih memedihkan apabila mata sebelah kanan Shamsul pula kini hari demi hari kian gelap. Menurut Doktor, urat yang melekat dibelakang mata Shamsul kian tertanggal. Dan apabila itu berlaku, Shamsul akan jadi OKU melihat (buta) selamanya.

Walaupun nanti ada insan yang ingin menderma organ mata kepadanya, menurut Doktor, ia tidak dapat mengembalikan penglihatannya kembali.

Shamsul kini bagai hilang keyakinan diri untuk meneruskan kehidupan. Dia tidak boleh membaca lagi dan ini bermakna dia tidak dapat meneruskan pelajaran ke jurusan Multimedia seperti yang diidamkannya. Kini Shamsul banyak menyendiri di rumah sedangkan kawan-kawan seusianya sudah melanjutkan pelajaran ke IPTA.

Oleh kerana sering berada di rumah, Shamsul menjadikan Riuh Pagi Era sebagai teman. Keriuhan dan jenaka Paknil dan Din Beramboi rupanya menjadi penghibur Shamsul. Shamsul tertarik dengan Merisik Khabar dan terpanggil untuk mengadu keadaan dirinya pada Paknil.

Mungkin rezeki Shamsul, Paknil menghubunginya sehingga Paknil terpanggil untuk membantunya. Apabila Paknil diumumkan sebagai pemenang tempat kedua pertandingan Revive Isotonic dan menerima hadiah RM2,000, Paknil terus terfikir untuk menyerahkan kepadanya.

Rupanya cerita Paknil ingin membantu Shamsul turut mendapat perhatian pengeluar Revive Isotonic, Permanis Sandilands Sdn Bhd dan menambah RM5,000 lagi buat Shamsul.

Maka Paknil aturkan pertemuan Shamsul dengan wakil Permanis di studio Era dan di situ juga pertama kali Paknil bertemu Shamsul yang datang bersama ayahnya. Pilu hati Paknil melihat nasib dua beranak ini.

Tak mampu Paknil bayangkan derita yang mereka tanggung lebih-lebih lagi dengan Shamsul yang lebih muda usianya dari anak sulong Paknil. Aduhai…menitis airmata Paknil.

Harap2 dengan bantuan RM7,000 dapat sedikit sebanyak mengurangkan beban Shamsul dan sebagai pembuka bantuan untuk Shamsul.

Semoga Shamsul tabah lalui dugaan Tuhan ini. Amin






62 comments:

Intan Syafiqah said...

Pak nil.. saya pon tersentuh bace entry ni =(

I'm teenagers & a student of ipta. I'm a kind yg suka merungut when facing difficulties..

Right after reading thiz, its really open my eyes and make me think.. Rupanya ade org laen yg lg susah dari saya.. its really touched me like i wanna cry front of my lappy.. uwaaawaaaa

setitis..2titis..3titis air mata saya dah jatuh. hehe

dillasham87 said...

sedihnya ila paknil.moga dia tabah untuk menempuhi kehidupan yang mendatang.terjumpa paknil kat sprm last week.kita g sana htr barang kat akak.segan nak tegur.handsome paknil ek.paknil jumpa makcik yg kat mcm mcm aznil tu ye.

mknace unlimited said...

suka dengan apa yang pak nil buat sejak kebelakangan ini..
teruskan usahamu

BuDakHutaN said...

woah.. style rambut kewl lah pak nil.. ~_^

Mama Danish said...

kesiannye sy tgk family shamsul..life die..macam2 dugaan die kna hadapi..hope shamsul n family tabah hadapi dugaan

sniffa93_aznil4eva said...

salam uncle.
akhirnya uncle update jugak blog:)

emm baguslah kalau bro Shamsul dpt bantuan..
n hope semuanya akan jadik lebey baik..

untuk uncle pulak..uncle mmg sentiasa buat orang tersenyum...

THANX UNCLE!^_^

A.I said...

mudah-mudahan dimurahkan lagi rezeki utk mereka anak branak & ajinil sendiri...huhuhu..terharu..

joijoi80 said...

Semoga Allah memurahkan rezeki paknil lg..

DOLCEshasha said...

sayu mendengar kisah shamsul nih . nasib ye dia tabah harungi kehidupan seperti biasa -____-

Edzlin said...

Salam Paknil.

Saya berharap pada masa akan datang, mata Shamsul boleh dipulihkan kembali. Saya juga berharap Shamsul tidak berputus asa dan terus tabah. Terima kasih Paknil dan Pemanis yang membantu.

umi_e said...

Salam... sebak rasa hati umie membaca n3 ini. Semoga Shamsul akan terus diberi ketabahan dan kekuatan oleh Allah SWT...

*Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul :(

azusa254 said...

khidupan dia menyayat hati...sedih bila mendengar....kadang saya kurang bersyukur dgn apa yg diperolehi tapi rupanya ada lagi yg kurang bernasib baik daripada saya....Semoga Allah murahkan rezeki shamsul dan jugak paknil kerana membantu org susah =)

ErDa EiDa said...

salam paknil..

sedih btul bca post paknil ni...dah la sya memang tgh sedih ati nih...hu..hu..

paknil..sorila xdpt nk memenangkan paknil dlm undian revive aritu..sya dh cuba utk undi paknil sbnyak munkin...tp 'mebi' bkn rezeki paknil dpt no 1..no 2 pn ok gak kan...insyaallah munkin pula rezeki paknil nati kat ABPBH...nati kitaorg undi paknil kt ABP nati yek...jgn mrajuk tau...

Anonymous said...

kalau Paknil ada terbaca kisah seorg nenek yg hanya tinggal dgn seekor anjing, mungkin akan beliau juga akan dpt bantuan sedikit. Tambahan anak2 pulak entah ke mana hilangnya.

iyllienaz said...

semoga dia tabah hadapi dugaan..kagum ngan paknil..tampil memberi bantuan..tahniah..

My Life My World said...

Setiap kali baca post Pak Nil yang sebegini, hati saya rasa sebak sangat. Bila kita susah, sebenarnya ada lagi orang yang lebih susah dari kita. Syabas Pak Nil, teruskan usaha usaha murni Pak Nil.

Dan semoga Allah memberikan kesihatan dan rezeki yang baik untuk Pak Nil supaya dapat terus berbakti kepada masyarakat yang memerlukan. AMIN.

Live LiFe..LoVe LiFe.. said...

hrrrmmm...
sedih lak bila baca kisah shamsul nie..hope dia kuat n tabah..
hope ada pihak pakar mata dpt membantu shamsul utk dia teruskan impiannya..

ReD said...

Salam Pak Nil.
Semoga Allah m'balas budi baik Pak Nil & semua krew Era yg trlibat dlm m'bela nasib mereka yg kurang berupaya.

sy sgt trharu dgn usaha anda semua.
Apa yg saya mampu lakukan hanyalah mengirimkn secebis doa buat mereka agar dapat mnjalani hidup dgn hati yg tenang dan diredhai Allah.

teruskan niat murni anda.
Hidup Pak Nil!! :)

azahrohaizah said...

Salam Paknil...

Semakin lama semakin ramai org2 yg tdk bernasib baik kita temui...ini semakin menginsaf kan kerana kita fikir, kita lah insan yg paling malang..rupa nya ada lg insan yg lbh tidak bernasib baik..

Syabas paknil dn riuh pagi Era...mudah2an ada sinar baru buat mereka..

p/s oh ye...selamat ber 'blind date'..semoga terbuka pintu hati dn terbuka pintu jodoh..amiiiin...

" cinta untuk di rasai,tdk semesti nya dpt di miliki"

Shafiq Izwan said...

salam paknil..
sy simpati btol dgn kisah shamsul..
sy lebey kurang seusia shamsul.. mmg menjadi impian ank mude skarang, nk melanjutkn pelajaran. biler sy bc kisah shamsul, bnyk bende yg sy sedar. antarenye, bersyukurlah dgn ape yg kiter ader, x semestinyer org lain ade ape yg kite ade. slain itu, sy kagum dgn shamsul. sudahla bute sblah mate dan berkemungkinan bute keduenye, pulak tu ibunye meninggal tahun lps. ya allah. sy syg sgt2 ibu sy. sy janji sy akn jd anak yg baik n lebih mengahargai ibu sy. time kasih paknil sbb cite bende2 camnie. mmg btol2 menginsafkn, bg sy la. bg org laen x tau la.

Roseriana CA said...

salam paknil...

teruskan usaha murni paknil di dlm membantu org2 yg memerlukan dan doa sy semoga sy turut diberi rezeki yg baik supaya dapat membantu masyarakat kita juga...

kpd adik shamsul, semoga lebih tabah menghadapi hari2 yang mendatang, pasti ada hikmah disebalik ujian yang diberi Tuhan ini...doa kami rakyat Malaysia sentiasa mengiringimu..

Kepada Paknil, teruskan berkongsi cerita dan kisah hidup paknil mahupun org2 disekeliling paknil..kita berkongsi apa yang baik dan bantu apa yang termampu...

shafiq clarkson said...

Assalamualaikum sir ,

Today is my first visit to your blog and i must say this is a good one.

I explored about 4-5 posts when i bumped into this one-saiful oh saiful.For me personally,i am very proud n what have you done,i mean when you decided to pay a visit to the house of this less-fortunate boy,comma for days,suffered from the accident that almost took away his life,and his face.

The visit of yours to his house really is a good step,restoring his motivation to continue his life.I am very grateful there are someone out there who really need someone,and he has calling and talking o the right person.And when the composer,ajai and CT gives a call,i's sure that would further delighted him.I can tell you he is more happier than ever and thanks to you.

Please do not stop giving motivation to those who needed because there are lot of people out there like saiful-not to mention even worse who need someone like you.

Thank you sir for lending a helping hand to our Malaysians.

Bonda FM said...

PakNil, may Allah bless you always. Semoga rezeki PakNil dimurahkan oleh-Nya, dan PakNil diberi kesihatan yang baik, dan umur yang panjang. Amin..

aieOreo said...

aiseh..
rase terharu sangat2..
oreo dengan ini menominate paknil jadi tokoh maal hijrah tahun ini..
paknil rocks! :)

nur said...

assalamualaikum pak nil..

teruskan usaha pak nil bantu org2 susah.. saya terharu sangat baca kisah shamsul ni.. sementara remaja sebayanya sedang bergembira menikmati usia remaja, shamsul membanting tulang untuk teruskan hidup dan menjaga ayahnya..

saya ingin menuliskan satu puisi yg tak seberapa.. khas untuk saudara seIslam saya itu..

ketika remaja seusiamu
sibuk menadah segunung ilmu
kau terpaksa membanting tulang
bekerja keras
demi hidup yang kian pudar warnanya...

ketika remaja seusiamu
enak bergembira merata-rata
kau pula bertungkus lumus
siang dan malam
menjaga ayahmu yang tercinta

ketika remaja seusiamu
menikmati kasih sayang
dan kemewahan yang diberikan ibu bapa
kau pula menangis, merintih keseorangan
mengenangkan nasib ayahanda
mengenangkan bonda
yang telah pergi buat selamanya..

duhai saudaraku
janganlah kau bersedih lagi
ketahuilah bahawa Allah sentiasa di sisimu..
kembalilah kepadaNya..
sentiasalah mengingatiNya..

duhai saudaraku
bangkitlah dan teruskanlah perjuanganmu
sehingga ke titisan darah terakhir...

duhai saudaraku,
kami mendoakanmu
agar sentiasa mendapat rahmatNya..

duhai saudaraku..
perjuanganmu belum selesai...

Nurul Chomot said...

pity him ,
pak nil mmg baik hati :)

Su3y said...

A'skum abg aznil...

Hehe,it's ok abg aznil...

Well,at least abg aznil tak lupa update jua kan akhirnya :)

Yup,suzy ada juga turut mendengar pagi di era & mengetahui tentang berita mengenai shamsul...

Pilu hati pabila mendengar rintihan sham hari tu...

Kepada abg aznil,hanya allah s.w.t saja yang mampu untuk membalas jasa budi baik abg aznil tersebut...

Berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikulnya kan...

Murah rezeki sham,alhamdulilah akhirnya abg aznil mendermakan wang tersebut kepada yang lebih memerlukan...

Anyway thankz so much abg aznil for updating,i'm still ur faithful blogger :)

SALAM SAYANG DARI,
SUZYLINA ;)

nur said...

maaf sebab puisi tu taklah sesedap mana.. cuma ikhlas lahir dari hati.. saya taip apa yang terlintas di hati je

:: MURNI MASREENA :: said...

InsyaALLAH... Sekurang2nya bantuan yang Pak Nil berikan padanya menjadi teladan pada insan2 lain yang berkemampuan.... Syukur...

gummybear said...

setiap manusia diberi pelbagai ujian..Allah hanya akan memberi ujian mengikut tahap kemampuan hamba2Nya..

semoga Shamsul tabah menghadapi ujian ini... :)

Mimie.Candy Cane said...

may Allah bless u pak nil.

Rin Ahmad said...

kesiannya saya tengok dua baranak tu... semoga Allah memberi pahala yang berlipat ganda untuk Pak Nil kerana bermurah hati mendermakan duit..

anne said...

:( Besar betul ujian untuk Shamsul sekeluarga. Masa Shamsul on-air haritu kan ada Kaunselor yg call cakap nak tolong Shamsul. Harap sangat dia dapat beri semangat & nasihat untuk Shamsul supaya dia dapat jalani kehidupan dgn lebih baik.

the dr said...

paknil memang mempunyai hati yang baik.semoga paknil diberkati oleh ALLAH.i wish all malaysian are kind hearted like paknil especially the stupid politicians.xdela kucar kacir negara kita.gudluck paknil.

NAbila said...

..hi paknil..Paknil ni mmg bek teramat sgt..Xde org yg leh ganty paknil kat dlm dunie ni.Semoge paknil dpt ganjaran yg selayaknye dr Allah..,sMILE always yah!! ;)

Tieah Madian said...

Alhamdulillah.. Rezeki die..

Tunjuk Bintang said...

dalam suka duka, pasti menjenguk duka. dalam kehidupan ni terlalu banyak perkara yang harus kita tempuh. jawapan hanya 'YA' atau 'TIDAK' sahaja....

'Cikgu Padi' said...

emmm....semoga dimurahkan rezeki mu...

simplesuri said...

Paknil, terharu betul.. cerita paknil ni patut dijadikan contoh supaya lebih ramai rakyat malaysia yang perihatin.

Khaty said...

Pak Nil...lame da tak comment kat blog Pak Nil nie...saya suke gan segala usaha PAk Nil skang nie...saya harap Pak Nil teruskan la usaha Pak Nil tuk mbantu rakyat2 yang dalam kesusahan tue...good luck Pak Nil...wish u luck n happy always... ;p

LiaNa YuSoF said...

smoga Allah murahkan lagi rezeki buat insan yang bernama AZNIL BIN HAJI NAWAWI ni...

sayang paknil..

EL_putrihumaira said...

saya sedih bila baca entry abg aznil... kesian sangat.. bagus tindakan abg untuk bantu Shamsul.. kalau saya ada kat tempat abg saya pun akan buat sedemikian.. pahala kita yang dapat.. teruskan nilai-nilai murni untuk diterapkan dalam setiap generasi kita akan datang..

linda_cute@misslyn said...

sya tersentuh juga baca en3 ni..tapi apa2 pun ini adalah bahagian mrk..kita yg sempurna ni haruslah bersyukur...hanya Allah Yang Maha Mengetahui...

ZuLaiShah said...

Sgt touched entry ni.....:(

Sangat2 menginsafkan utk kite yang dikurniakan Allah dengan sifat yang sempurna.....

Semoga Allah memberkatinya...
http://tallandround.blogspot.com/
http://tallandroundshop.blogspot.com/

ShookranJazilan said...

Sentiasa Bersyukur degan anugerah ini...jangan selalu mengeluh

SuGaR AuNtY said...

Entri cmni byk mengajar org mcm sy, yg bila susah sikit jer megeluh byk.. Tak tahu b'syukur pd Allah.. Entri ni akn mengingatkn sy ttg syukur & redha krn byk lg org yg lebih susah dari sy.. Tp apa yg pasti dugaan Allah yg begini hebat pd usia yg masih muda hanya diberi pd org yg benar2 mampu menghadapinya shj..

Nad Eusoff said...

alhamdulillah...

ZaZa said...

bile kita susah, ada lagi orang yang lebih susah.
syukur dengan apa yang kita ada.

Paknil, moga diberkati Allah selalu =)

Ben ameer ismail said...

salam paknil..pe kabo?

arekeyz_studio said...

Fahamilah kehidupan ini adalah cabaran dan ombak badai menempuhi iman dan taqwa bagi seorang yang benar-benar mahu bersyukur diatas nikmatNya....

for more details about me plase visit at : http://fenomenasyid.blogspot.com/

Rafzan Voo said...

pak nil..
saye dulu mase kecik penah main kejar2 bersama... belajar bersama...
baru skrg saya tau die begini...
sebak sangat bile tau shamsul macam ni..
sekarang saya di Ipoh meneruskan pelajaran saya..juga dalam Multimedia..
saye tak tau ape yang berlaku...
baru hari ini saya saya bace blog pak nil..
dapat tau die mcm ni..

kpd shamsul, saya mintak maaf la kalo tak datang mase pengebumian bonda shamsul sebab saya berada di Ipoh mase tu...
Saya dapat tau bile cuti semester ari tu...

HURTINA said...

umm..alhamdullilah..mmg rezeki pak nil utk menolong org2 seperti samsul ini..semoga pak nil sentiasa di berkati oleh allah...amin

ana said...

sedihnya baca ur entry this time... at time we think Allah is giving such a tough time and test, but there are a lot of people out there are having much tougher time compared to us, some times it's just a speck of dust if we compare our problem to theirs.... Insafi diri dan muhasabah....

ABCPlus said...

Salam ...teruskan usaha murni Pak Nil tu , sekurang-kurangnya ringan sedikit bebanan yang ditanggung , budibaik akan dikenang hingga
ke akhir hayat.

Dr. Zuhaira said...

Salam Pak Nil n pembaca blog Pak Nil sekalian,

Jangan lepaskan peluang utk memenangi 4GB Kingston Data Traveler atau 250GB Maxtor External Hard Disk.

Sila layari:
http://emilayusof.com/2010/01/blog-survey/

Lily Rahmat said...

paknil cumel..!! =)

Helmet Putih said...

Paknil nie mmg bagusla....semoga terus berjaya dalam bidang Paknil....

Weeda said...

http://weedaleim.blogspot.com/2010/03/professional-talk-by-aznil-haji-nawawi.html

dEeWaN said...

beratnya dugaan yang terpaksa Shamsul tanggung. apa pun kita harap dia jgn bputus asa kan. abg aznil pulak teruskan niat murnia tu buat selamanya. moga Allah yang dapat membalasnya......

qaisara said...

salam paknil tak bole ke adik tu guna kaedah braille utk OKU macam dia tu

hazlynda kushairi said...

tersentuh hati bile bace entry paknil. kekadang buat kite sedar betapa bertuahnya kite (yang sempurna fizikal) hidup di bumi Allah. sedangkan ade yang lagi menderita tapi maseh tabah menjalani liku-liku kehidupan.
pade adik syamsul, semoga Allah melindungi die sekeluarge. Semoga diberkati dan dilindungi Allah. amin.

Rembulan Sepi said...

tersentuh hati....terasa pilu...terhadap insan tersebut dan rasa terharu dengan paknil yang sanggup membantu beliau...sesungguhnya apa yg pak nil lakukan itu sangat mulia....sayang paknil...kami sentiasa mendoakan agar paknil juga mendapat yang tebaik dalam hidup dan disayangi yang MAHA ESA...