Thursday, May 31, 2012

BETUL KE ADA KEAJAIBAN BULAN REJAB DAN SYAABAN?

Assalamualaikum Sekarang ini kita berada di bulan Rejab dan ini bermakna dua bulan lagi kita akan mula melangkah ke bulan Ramadhan yang mulia. Bulan puasa yang dinantikan oleh umat Islam yang mana pahala puasa melimpah terutama disokong oleh pahala sunat lain seperti solat Terawikh dan Lailatul Qadar. Namun begitu ketika bulan Rejab dan Syaaban ini, ramai pula di laman sosial media Twitter yang mempunyai pelbagai pendapat mengenai fadhilat berpuasa sunat di dua bulan ini. Sejak dari kecil lagi Paknil sering terdengar akan kelebihan berpuasa sunat di bulan Rejab dan Syaaban ini terutama dari ustaz di sekolah dan juga orang-orang tua. Ada di antara dalilnya pula bersandarkan riwayat Al-Thabrani dari Said Bin Rasyid yang mengatakan " Barangsiapa berpuasa sehari di bulan Rejab maka ia laksana berpuasa setahun. Bila berpuasa 7 hari maka ditutuplah untuknya pintu-pintu neraka Jahanam. Bila berpuasa 8 hari dibukakan untuknya 8 pintu syurga. Bila berpuasa 10 hari, Allah akan mengkabulkan semua permintaannya". Wallahualam. Dalil yang tiada siapa dapat mengesah kesahihannya ini terus berleluasa di laman Twitter namun ia terus menjadi teka-teki. Bila ia menjadi teka-teki, ia juga turut terus menjadi perbalahan pendapat di kalangan warga laman sosial media itu. Paknil lihat ini sebagai sesuatu yang sangat merbahaya dan tidak menguntungkan umat Islam. Dalam pada itu, Paknil juga turut terbaca mesej Twitter dari Imam Muda Asyraf yang turut ditanyakan mengenai kelebihan berpuasa di bulan Rejab atau Syaaban. Menurutnya, memang terdapat banyak hadis dhaif dan mawddhu' berkenaan kelebihan Rejab. Namun ianya tetap sunnah dibanyakkan berpuasa kerana ia tergolong dalam bulan-bulan haram. Dengan sebaris ayat ini, rasanya ia tidak banyak membantu kerana masih tidak begitu jelas. Dari mesej Dr Mohd Asri Zainul Abidin di laman Twitter pula, beliau amat jelas menyangkal kelebihan dua bulan menjelang Ramadhan ini. Katanya, kebanyakan hadis tentang fadhilat bulan Rejab ini adalah palsu dan teramat daif. Menurutnya lagi, menyebarkan hadis dalam kategori ini tanpa penerangan adalah haram. Rupanya, pertelagahan pendapat ini turut terdapat di kalangan pengamal-pengamal media terutama di blog-blog kepunyaan peribadi. Dari laman web Unit Pendidikan Islam dan ICT, PPD Jasin secara terang-terang menceritakan tentang fadhilat berpuasa dan beramal di bulan Rejab ini seperti mempunyai keistimewaan yang luarbiasa. Antara yang didakwa di dalam artikelnya adalah puasa satu di bulan Rejab adalah seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat redhaan Allah serta syurga tertinggi. Begitu juga jika berpuasa dua hari ia mendapat krmuliaan Allah dan dilipat gandakan pahalanya. Berpuasa 3 hari pula, dijanjikan akan dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan parit panjang yang menghalangnya ke neraka. Kelebigan ini berterusan untuk hari-hari selebihnya di bulan ini. Kalau dibaca artikel seumpama ini, Paknil yakin ramai yang terpengaruh untuk memperbanyakkan amal ibadah terutama berpuasa di bulan Rejab. Kalau sejak kecil Paknil percaya pada kelebihan ini, kini pada usia mencecah 50 tahun, kepercayaan ini mula berdolak-dalih. Adakah apa yang Paknil percayakan selama ini rupanya hanya satu dakyah yang memesongkan? Kalau Paknil terkeliru, ini bermakna ramai juga umat Islam lain yang turut terkeliru sekian lama. Kenapa tiada pihak bertanggubgjawab mengenai soal akidah tampil untuk memberikan pendapat atau mengeluarkan fatwa agar kepercayaan ini dapat dihentikan dan diperbetulkan? Paknil lantas menghubungi kenalan bijak pandai agama termasuk Dr Juanda Jaya yang juga merupakan Mufti Perlis untuk menanyakan hal ini. Menurutnya, sebenar berpuasa di bulan Rejab ini tiada kelebihannya. Yang sahihnya, Nabi Muhammad SAW banyak berpuasa pada bulan Syaaban. Tiada hadis atau nas yang memberitahu apa-apa kelebihannya. Jika ada dakwaan yang mengatakan ada kelebihan, maka semuanya adalah hadis palsu belaka. Tiada yang lebih daripada berpuasa di bulan Ramadhan. Ada juga di antara blog yang secara yakin tetapi tidak menyatakan sumber hadis dan Al-Quran, memberi kenyataan kelebihan tiga bulan ini iaitu Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Katanya, bulan Rejab adalah bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. SAW, Ramadhan bulan umat Rasulullah SAW. Juga, Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai. Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh. Diteruskan, Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan. Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak. Wallahualam. Sebenarnya kepercayaan akan kelebihan bulan Rejab dan Syaaban bukanlah sesuatu yang baru. Paknil yakin ia merupakan sesuatu yang telah dianggap sebagai nilai Islam yang dipegang sejak lama dahulu. Kini di kalangan anak-anak muda juga ada yang percaya kepada amalan ini tanpa merujuk kepada mana-mana pihak ulama. Paknil ingin memetik beberapa bahagian daripada artikel yang ditulis oleh Professor Madya Dr Mohd Asri Zainul Bidin di laman web peribadinya, Minda Tajdid. Menurutnya, agama wajib dipelihara ketulenannya supaya tidak berlaku campur aduk antara rekaan manusia dan perintah Allah dan Rasul-Nya. Jika agama boleh direka cipta, maka wahyu sudah tentu tidak diperlukan, juga Rasul tidak perlu diutuskan. Oleh itu Islam mengharamkan pembohongan di atas nama agama. Dalam persoalan hadis, ramai kalangan kita yang begitu tidak berdisiplin dalam memetik hadis-hadis Nabi s.a.w., begitu juga dalam menghuraikannya. Sebahagiannya langsung tidak mengambil berat persoalan kethabitan iaitu kepastian di atas ketulenan sesebuah hadis. Menurut Dr Asri, perbuatan ini adalah jenayah memalsu ciptakan agama, kerana Nabi adalah sumber pengambilan agama. Seperti seseorang yang memalsukan pasport di atas nama sesebuah kerajaan. Ia sebenarnya melakukan pembohongan dan jenayah terhadap kerajaan tersebut. Berbalik pada soal puasa Rejab, Dr Asri menghuraikan "Di tanah air kita, didapati apabila munculnya bulan Rejab dan Syaaban maka hadis-hadis palsu mengenai bulan-bulan tersebut akan dibaca dan diajar secara meluas. Antaranya hadis: “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku." Ini adalah hadis palsu yang direka oleh Ibn Jahdam. Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga dituduh membuat hadis palsu mengenai solat Raghaib iaitu solat pada Jumaat pertama bulan Rejab. Mereka ini membuat hadis palsu dengan dakwaan untuk mendapatkan pahala. Maka orang ramai pun menerima pendustaan mereka atas thiqah (kepercayaan) dan kecenderungan kepada mereka. Setelah membaca pelbagai rujukan, kita yang bukan pakar agama tidak perlulah mengeluarkan kenyataan mengenai ibadah dan agama hanya bersandarkan konsep 'cut and paste'. Hasil kerja yang tidak bertauliah ini akhirnya boleh menyesatkan diri kita dan orang lain. Biarlah golongan ulama yang bertauliah mengeluarkan fatwa dan mendapat pengiktirafan. Dalam soal ini, Paknil hairan kenapa pihak JAKIM tidak bertindak cepat untuk memberikan kenyataan sahih mengenai puasa sunat bulan Rejab dan Syaaban ini kerana ia kini seolah telah menjadi trend pula untuk umat Islam negara ini berebut cara senang untuk mencari pahala secara pukal. Takut jika tidak dibendung, ia bakal menjadi amalan turun-temurun pula. Wassalam

17 comments:

Yasminhamid said...

Terima kasih atas perkongsian. Saya sendiri membesar dgn hujah rahmat 3 bulan ini...

azahrohaizah said...

welcome back Pak Nil

yang penting kita beribadah untuk mendapat keredhaan Allah..

CT said...

macih Paknil berkongsi perkara yang baik2...pak buatlah perenggan..bpinar mata warga emes nak membaca nih..

nourjaafar said...

Hadith tu mmg xsahih..tp ada hadith pasal memperbanyakkan amal ibadah dlm.bln rejab..puasa pulak,mmg dlm Islam kita digalakkan puasa xkira bln apa pn..so,bl gabingkan dua2 nh,xsalah puasa dlm bln rejab..sekadar bkongs.

Unknown said...

Ustaz azhar Idrus dalam bukunya "Anda bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab" mengatakan bahawa : Dalam hadis-hadis yang sahih menyatakan, Nabi Muhammad memperbanyakkan puasa sunat pada bulan rejab dan syaaban tetapi tidak sampai sebulan penuh. Amalan yang lebih baik ilah berpuasa sebanyak 15 hari sahaja pada tiap-tiap bulan itu..

CriStaL Ms BeRrY said...

mekasih di ats info ni pak nil....

ezan said...

thanks PakNil... sharing is caring...

Edzlin said...

Assalamualaikum Paknil.

Terima kasih atas article ini. Saya pun kadang-kadang keliru, sekarang sudah tahu :)

maszull said...

assalamualaikum Paknil....mekacih atas perkongsian ini...nice n3...:)

prof huzz said...

setuju dgn apa yg paknil kongsi..kebelakangan ini saya lebih hati-hati dalam menyebarkansesuatu walapun ia baik..

EJ said...

tak pernah dengar keajaiban tu tapi kelebihan puasa 1. awal bulan 2. tengah bulan 3. akhir bulan 4. hari2 bidh (putih) iaitu hari 13, 14 dan 15 memang ada.....

Aziela said...

Assalam Pak Nil. Apa khabar? Rindu dengan entry Pak Nil. Maaf, saya tak ada akaun fb ataupun twitter mahupun yg lain2 untuk follow Pak Nil. So, saya bergantung kepada informasi dan perkembangan dari blog Pak Nil semata2.

Saya pun baru saja buat entry tentang puasa di bulan Rejab nie dalam blog saya. Ianya memang sangat merbahaya. Ditakuti boleh memesongkan aqidah. Memang saya x pernah tahu tantang dalil2 ini semua sepanjang saya menuntut ilmu di institusi pendidikan agama selama 11 tahun. Yang saya baca dan dengar bila melangkah ke alam pekerjaan kerana maklumat disebarkan melalui e-mail dan internet. Namun, tiada yang berani menjamin hadis tersebut ialah sahih atau dhaif... Seeloknya, kita kembali kepada Al-Qur'an untuk kepastian...

dalam hati ada cinta said...

yg penting mari kt berpuasa sunat.. plg pntg ikut sunnah nabi.. dengan berpuasa kt dpt menyucikan banyak perkara..dan tentang hadis tu.. setuju dgn pndtp pak nil.. jgn cut n paste je..fahami dulu.. tu belum lg fadhilat bgn solat malam dibulan ramadhan..wallahu a'lam..

Unknown said...

Terima kasih di atas perkongsian ini Paknil. Selama ini kita hanya percaya tanpa mengetahui kesahihannya tentang kelebihan berpuasa di bulan Rejab, Syaaban & Ramadhan.

Full name: NHT said...

memang banyak artikel mengenai fadhilat bulan rejab adan syaaban ni. Walaubagaimanapun fungsi utama ibadah adalah untuk mendapat keredhaan-Nya. Semoga amal kita sentiasa ikhlas dan diterima Allah. Berpuasa dan beribadat lebih sedikit pada 2 bulan ini dapat mempersiapkan diri kita untuk merebut peluang bila sampai-Nya Ramadhan.

Unknown said...

Alhamdulillah terjawab persoalan sy dr ptg td paknil.. Ape pun bykkn ibadat tak kira bulan ape2 pn..kerana ibadat itu perlu setiap masa..Yg pasti bulan Ramadhan nti kaut pahala byk2 sbb buln Ramadhan je ade solat terawih n mlm lailatulqadar. Ape pn kena ikhlas kerana Allah.. Jazakallahukhairan paknil...

Unknown said...

Tq 4the info...