Wednesday, January 28, 2009

FILEM TERBARU….MAGIKA!!

Sekarang barulah Paknil berkesempatan nak update blog. Maklum jelah, masa bekerja Paknil betul2 lain daripada dulu. Harap semua dapat bersabar dan memahami situasi Paknil ye.
Oklah, Paknil dah mendahului KRU nampak gayanya buat kenyataan akan filem terbaru terbitan KRU STUDIOS iaitu Magika. Filem ni memang lain dari yang lain dan Paknil turut tersenarai sebagai salah seorang pelakon filem ini.
Bersama nama-nama besar industri hiburan tanah air Paknil akan berlakon jadi Pak Pandir. Satu nama lucu dalam cerita metos melayu. Sebenarnya bukan berlakon je, Paknil siap nyanyi dalam filem ni. Dah namanya pun filem muzikal. Nak tau saper jadi Mak Andehnya??? Raja Azura aka Kak Engku lah! Mesti gamat jadinya.
Mari Paknil senaraikan antara nama-nama besar yang bakal berlakon dalam file muzikal ini. Ada M. Nasir, Mawi, Dania Danielle, Maya Karin, Ziana Zain, Ning Baizura, Senario, Ogy Ahmad Daud, Datuk Jalaludin Hassan, Syarifah Amani, Syarifah Aleeya dan ramai lagi.
Ceritanya mengenai seorang kanak-kanak yang tersesat di dalam dunia Magika untuk mencari adiknya yang hilang. Dalam pencariannya, dia telah bertemu dengan watak-watak melayu lama yang sekaligus mengingatkan kita kepada cerita dongeng dulu-dulu. Antaranya seperti watak Puteri Gunung Ledang, Nenek Kebayan, Puteri Bunian, Mahsuri, Naga Tasik Cini, Bawang Putih, Bawang Merah, Badang, Hang Tuah dan banyak lagi.
Kira-kiranya filem ini secara tak langsung memperkenalkan cerita dongeng kepada anak-anak kita yang mungkin langsung tak tahu tentang watak-watak ni. Siap sedialah, mak dan ayah kena siapkan jawapan bila anak-anak tanya siapa tu Pak Pandir? Siapa Bawang Putih dan Bawang Merah sebenar? Siapa Badang?
Gambar ni antara pelakon yang hadir masa majlis memperkenalkan pelakon2 Magika baru-baru ni.



23 comments:

SYAbAR said...

sekali pandang Paknil macam Mawi la plak lepas balik haji ni. Yang paling ketara bezanya, hidung pacak Paknil.

SYAbAR said...

Tahniah! Pastinya anak2 saya tak mahu lepas peluang nonton filem terbaru Paknil. First day sure maknya kena berbaris kat kaunter tiket panggung. Nilah penangan besar Paknil di jiwa anak2 saya terutamanya si bungsu.

Aerin said...

Assalmualaikum Uncle Aznil!

hello Uncle Aznil!

hehe at last Uncle Aznil update.. hehe..

nanti saya baca dulu dan saya akan post comment lagi..

;D

Anonymous said...

Paknil,
Wawa..bertambah rezeki Paknil..berkat orang pegi haji ni.. Tahniah Paknil. Dah siap filem tu, jangan lupa postkan entrinya ye Paknil..

Aerin said...

Assalamualaikum Uncle Aznil!

Dah baca dah.

Terima Kasih kerana update.

hehe. :D

GERENTI BEST!

Nak kene tunggu filem ini keluar cinema baru bleh tonton.

!!

BEST NYER!

Nama filemnya saja dah menarik perhatian saya.!

Bila jew nak keluar filem ini.

Kene patient.Kene patient.Kene patient.Kene patient.

HEHE!! Tak sabarlah!

Nak sangat lah tengok Uncle nyanyi dalam filem ini!

Tak boleh tahan lah!

*relax relax ;D*

aside from that.

hehehe..

Uncle sihat?

Tak dapat plak hari ini saya mendengar PAGI ERA.

Dapat pun dapat.

Tapi every morning dapat dengar 'Berita Cara Kami' sahaja.

Exceot for Mondays.

Bleh pergi sekolah lambat sikit.

Jadi bleh dengar lama juga!

Saya terfikir juga.

Jadi artist sukar kew?

Nampak sangat busy hari-hari.

Especially kalau ada bangayk sangat benda kene buat.

Haaa..

uhh.

Bubye Uncle.

Kalau saya ada apa-apa nak di katakan, saya post comment lagi.

Assalamualaikum Uncle Aznil.

SALAM SAYANG & HORMAT;
»αєяιηιѕнα«
»ƒαкяυℓ αℓ-αмιη уαнуα« di shoutbox

Elynn said...

Syukur-2 dan best-2, A

gak dah bila Profesor klon semakin bijak akal dan langkahnya, maka dunia animasi menjadi ceritera dan wadah terbaik buat tontonan kanak-kanak sudah pastinya Pak Pandir memainkan wataknya yang lebih cerdik dari cerita dalam buku.


Classssssss...caiyok PaKNiL. Tidak sia-sia watak Aladin semasa dibawa di theater ketika dulu memberi impak kepada penonton yang dahagakan konsep yang sama yang dibawa oleh PAKNiL.

Agak dah..kali ini MAGIKA lebih mantap dari biasa.

p/s: PakNil, saya minat sgt Maya Karin- thru asia beuty.. :) kirim salam dgn lafaz Assalammualaikum...

Su3y said...

A'skum Abg Aznil...

Takper,it's ok...

Cume kite akan menanggung rasa rindu ler bile Abg Aznil lambat update ur blog...

Hehehe...

I understand...

Oh ya!

Abg Aznil ader berlakon dalam filem terbaru ni yer?

Magika...

Ok,tapi filem ni ader buat promosi filem tak di Singapura?

Kalau ader Abg Aznil turun ler skali yer?

Miss u lots ler,hope to meet u up again in the future...

Also looking forward to tis film...

Good luck in ur life & i'll surely not forget praying for the very best in ur life!

SALAM SAYANG DARI,
SUZYLINA ;)

Aerin said...

Assalamualaikum, lagi ;D

hello!

PakNil mesti dah kat rumah..

Nanti 2 jam lagi PakNil akan tidur.

Saya pun nak tidur lagi 2 jam.

esok bangun awal.

setengah jam sebelum Pagi Era start.

mandi.

siap dengan baju sekolah.

dalam 20 minit.

lagi 5 minit set up rambut.

lagi 5 minit set up handphone radio.

dah siap kan handphone. duduk dengar Uncle Nil dengan Uncle Din.

baru bleh dengar lebih 30 minit lanjut.

WOOO!!

Tak tahu plak pkan ini akan work kew tak.

Start well ends wells?

kekeke..

Gerenti Beres!

During that period of time bloeh la buat kerja sekolah yang lupa atau tidak di buat.

Hope the plan goes well.

Haaa..

Post comment lagi saya.

Assalamualaikum, Uncle.

SALAM SYG & SALAM HORMAT;
»ƒαкяυℓ αℓ-αмιη уαнуα«
@erinisha ;D

Edzlin said...

salam paknil. syabas sebab berlakon lagi. sekali lagi paknil bergandingan dengan kak engku ya. tak sabar nak tengok filem ini nanti.

thanks sebab update

CikNur said...

Pak Pandir moden...generasi baru , mengungkai cerita lama yg pastinya generasi muda kurang mengenali, harap Pak Nil dapat melakunkan watak tersebut sebaik mungkin yg boleh...tahniah KRU...

Ainee Cumi said...

wah sure beshh kan

Mohd. Alias bin Demyati said...

Wow

ErDa EiDa said...

salam paknil..

ooo..nila yer flm tbaru paknil tuh..magika..flm ni brbentuk muzikal yer paknil..hmm..sya ingatkan ni teater..ok..bila flm ni kuar paknil..nati lpas sya tgk sifu n tongga sya tgk flm paknil ni yek..

p/s paknil tq..lpas bgtau arituh friendster paknil xleh bg komen..dh bleh komen pun..paknil cpat btindak cm technician..ha..ha..

Azah Rahaman said...

Salam uncle,,,

akhirnya uncle update jgk blog nie,huhuhu. bkn apa kami peminat uncle nie cuma rindukan uncle dan ingin mendptkan berita baru ajer tu jer!!!1 tak sbr nak tgk filem baru nie!!! hehe

apa2pun all the best ek

::: c i k j e n a h ::: said...

mesti best giler kan pak nil tak sabar-sabar nak tengok nih ....

wan salmah said...

aznil,
cerita tu ala2 shrek kot; memasukkan watak2 klasik dlm filem..

harap filem2 aznil dpt memberi perkembgan positif kpd minda kanak2 ya, sbb dewasa ini ibu bapa sanggup menemankan anak2 utk menonton..

k..

Laila Neeja said...

Syabas Uncle Aznil... Semoga terus maju... saaayyaannnggggg!!!

cikika said...

suke uncle aznil.
uncle aznil the best;)

eima_iema said...

pak nil..dlm cter nie berlakon jd pe ek..xsabor nk tngu cter nie..byk artis y femes2..nk tgk mawie belakon best x

Kak Rose said...

Assalamualaikum Pak Nil,

Tahniah. Akak doa segala usaha murni Pak Nil di berkati Allah. Amin

Akak suka dengan cara Pak Nil yg tidak sombong, meninggi diri atau pun biadap.

Kata-kata yg terkeluar dari mulut Pak Nil sentiasa tidak menyakiti hati sesama insan artis.

Syabas. Teruskan.

dHah611 said...

wahhh....
c0ngrats dpt pilem bru...
bru2 nih..
cicakman 2..
pastuh magika..
msti sy0k kn...
per2 p0wn...
slamat bsh00tin' larh....
dhah der g0k k'inginan utk bsh00tin d dpan kamera n dpert0nt0n dkhalayak ramai..
nak tau cmner prassan nyer...
gmruh ker ghairah..
haks33..!!!

Fatimah ARR said...

sy menanti!!

mizzfarihah said...

pak nil.. masa script reading aritu x dtg ek.. lau x, leh jumpa..