Monday, February 2, 2009

ALHAMDULLILLAH & TERIMA KASIH!!!



ALHAMDULILLAH. Hari ini 2 Februari 2009 Paknil telah dianugerahkan Bintang Kebesaran Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan ke 35 di Istana Negara. Penganugerahan Bintang JOHAN MAHKOTA WILAYAH telah di anugerahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Menjunjung Kasih Tuanku!
Paknil nak ambil kesempatan ini mengucapakan jutaan terima kasih buat YAB Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan juga YB Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Raffique atas pencalonan nama Paknil bagi Anugerah Bintang itu.
Kini setapak lagi Paknil melangkah untuk terus berbakti kepada Negara tercinta dan bidang yang Paknil sayangi ini. Selaku anak jati Kuala Lumpur, Paknil akan terus bekerjasama dengan pihak Kementerian Wilayah Persekutuan untuk menjadikan tempat tumpah darah Paknil lebih maju dan setanding dengan kota metropolitan dunia.
Paknil juga berharap, Anugerah Bintang ini akan menjadi penyuntik semangat pada Paknil dan rakan yang lain untuk terus melakukan tugas yang diamanahkan dengan ikhlas. Tidak pernah sekelumit di hati ini terfikir untuk diiktiraf sedemikian rupa oleh kerajaan dan Yang Di Pertuan Agong.
Berada dalam Balai Rong Seri, Istana Negara itu sahaja sudah bagai mimpi jadi kenyataan bagi Paknil apa lagi bersalaman dan dikalongkan Bintang oleh DYMM Tuanku.
Pada penyokong-penyokong Paknil, terima kasih Paknil ucapkan semoga kowrang terus beri semangat pada Paknil untuk terus berkarya. Paknil mahu terus disayangi dan menyayangi kowrang semua! InsyaALLAH!

249 comments:

«Oldest   ‹Older   201 – 249 of 249
Mazlazim said...

AKUM...
TAHNIAH, TAHNIAH, TAHNIAH!!!! PAK NIL DAN MEMBUKTIKAN YANG GOLONGAN ARTIS BOLEH MENDAPAT PENGIKTIRAFAN TERBAIK SEANDAINYA MEREKA BUAT YANG TERBAIK DAN "BERILMIAH"...YANG PALING PENTING PAK NIL CUTE LA...

amn said...

Tahniah Abang Aznil... Selim melim dalam baju melayu hitam.

mummysya said...

Tahniah Pak Nil

darim Mummysya & Aries'sya...

We luv you lah pak nil....

Kamisahketak said...

wahh tahniah paknil!!!!..kt pn nk bg award laa..paknil jemput la jengah blog kt..amek award k..hehe

sniffa93_aznil4eva said...

congratz uncle.
tahniah,ats seme kejayaan yg uncle dah capai stakat niyh.
hope uncle happy n smile alwayz keyh:D

Dance Lil Sista said...

salam abang aznil...!
syukur alhamdulillah..semoga segala urusniaga serta kehidupan abg aznil diberkati Allah SWT.. amin.

kakrose said...

tahniah...aznil.

dHah611 said...

huhu....

tahniah buat abg aznil kuh yg tbucukk(heks33..gurau jer)...

comel lote abg aznil ngn pakain gtuh...

cute molek..!!!

alahmdulillah....pingat tuh..x nak pamerkn ker..yer tulis per???

haks333...

CathJ said...

Tahniah!! Teruskan usaha! We love to see u on TV!! Best!!

dHah611 said...

dhah p0wn dpt g0p pingat dr DYMM tuanku...

pingat kejatian anak tengganu!!

haks33..
tuanku kn 0wg tengganu...!!!

id0p tengganung..!!!

bler abg aznil nak mri tengganu pl0k??

Unknown said...

tahniah uncle nil!
love u..

Abiey69 said...

Tahnia pak nil...
Berbaloi dengan hasil kerja pak nil...

udRe said...

congrats ek

Anonymous said...

tahniah uncle aznil..
kami sentiase sokong uncle dlm ape jua keadaan..

Faisal Admar said...

tahniah aznil di atas pingat tersebut :)

semoga aznil dapat menaikkan lagi industri tanahair (Walaupun confirm ada competitor glamour tu jealous nanti hehe) dan semoga panjang umur :)

gunakan experience sebagai batu loncatan :)

MORIBAYU said...

Tahniah
Bang Aznil
:)

AnnysS said...

tahniah abg aznil. saya nie just singgah sebentar aje pak. Moga Allah SWT memberkati hidup abg nil

sis_fazi said...

Salam. Saya membaca komen Siti Jarum dlm. Mingguan dan terpanggil melawati blog anda. Bagus. Cuma, selaraskan persembahan blog ini degan komen Siti Jarum itu, maksudnya...ada beberapa kesalahan ejaan termasuk ejaan untuk nama khas dan nama am. Juga tanda baca seperti , (koma) dsb agar digunakan dengan lebih tepat. Syabas dan tahniah Paknil.

farahlily said...

congrats pak nil!!!!

coming from keramat myself, i am so proud to see a fellow keramat resident get this recognition, hehehe :)

congrats again! you totally deserve it :D

Azrul Hisham said...

tahniah untuk Pak Nil...we support you!!

abangwan said...

tahniah paknil

lupekanje said...

tahniah buat Aznil. Moga hidup akan terus diberkati dan dimurahkan rezeki.

PUTERI SANTUBONG said...

salmz paknil...congrats...

hopefully pas ni paknil akan dapat anugerah 'datuk' plaks...

paknil, u deserve it... go! go! paknil..

Unknown said...

tahniah atas anugerah yg diperolehi

Unknown said...

Salam. Handsomenya u berbaju melayu. Tahniah Aznil atas anugerah Bintang Johan Mahkota Wilayah. You deserve it. You are the best lah Aznil.

Anonymous said...

congrats pak nil!

Ummu afif said...

Percayalah..Rezeki semakin bertambah apabila kita pulang dari menunaikan haji InsyaAllah.

atiqah said...
This comment has been removed by the author.
atiqah said...

FESTIVAL TARI KANAK-KANAK 2009

Nama saya Atiqah, ni tahun pertama saya ambil ijazah sarjana muda di Universiti Malaya (UM) tapi bukan tahun pertama berada kat university ini sebab tahun lepas dah belajar kat Pusat Asasi Sains UM. Awal tahun ni, saya menyertai satu projek Kolej Kediaman Kinabalu UM, Kinabalu Walk For Charity dgn peluang yang diberikan oleh pengarah, Sharifah Nurul Farhana, projek tersebut telah berjaya dan menaikkan nama saya lalu saya di lamar oleh pengarah projek Festival Tari Kanak-Kanak (FESTAKA), Clive Einstein Naga. Masa saya menyertai majlis tertinggi (MT) projek ini, projek ini telah bergerak selama 4 bulan. Awalnya saya akui yang saya mengambil remeh tentang projek ini,tapi lepas pergi ke mesyuarat, saya tak boleh berhenti fikir tentang projek ni, berhari-hari saya google dan telefon untuk mencari tajaan kerana saya MT tajaan tapi tak de mana-mana syarikat pun yang berminat. Selepas beberapa hari saya membuka dan menutup marketing proposal, saya terfikir untuk membuat suatu kelainan dalam projek ni yang dapat memudahkan pencarian tajaan untuk projek ini pada masa akan datang. Di situlah permulaannya.

Bila cakap tentang kanak-kanak, kita memang terlalu sinonim dengan nama Aznil Hj. Nawawi. Lalu saya terfikir untuk menjemput dia ke projek FESTAKA ni. Tapi masa tu, saya tak de idea pun nak jemput dia melalui apa sebab memang tak de contact mana-mana artis pun sebelum ni. Bila teringat masa projek pertama saya dulu, saya selalu nampak pengarah saya buka blog Aznil. Masa tu la saya dapat idea dan saja nak cuba, tapi tak de la harap sangat.

Pada 2 Januari 2009,saya balik rumah kazen saya kat ampang, sampai-sampai je Qawiem yang kecik comey tu tengah tido, saya pun buka la internet, kat rumah laju sikit, saya teros buka blog Aznil, pukul 5.27pm saya hantar kat blog Aznil satu comment di bawah tajuk "BERITA BAIK MENJELANG 2009!!!". Ni la yang saya tulis :
pak nil..
happy new year..

saye nak invite pak nil untuk projek tarian kanak2 kat UM february ne..tapi tak tau cam ner nak contact pak nil..
kalo ade sesape tau or pak nil sendiri, please contact saye as soon as posible...
please..please..please..

atiqah.exes@yahoo.com

6 hari lepas tu terkejut nya saya bila dapat satu emel :


subject :Hi
from : azlan zanudin
date : Tuesday, January 6, 2009 7:57:54AM To:atiqah.exes@yahoo.com

Hi Atiqa h,
I am Aznil Nawawi's Personal Manager,Kindly please contact me, Would like to know about your kids programme.
Thanx

Azlan Zanudin

Masa mula-mula dapat emel ni, saya sangat gembira tapi terfikir jugak, mungkin ke ade orang memain kan saya, nak bg tau mase meeting, kalo orang tipu, saya jugak susah kan? Ha, berbelah bagi jugak, tapi saya teros jugak contact dgn En.Azlan, caller ringtone dia agak meyakinkan saya sebab lagu Aznil. Hehe..Bila meeting seterusnya, ade penasihat saya, Cik Eileen Saw Bee Yen, saya memang tak nak bagi tau sape-sape sampai confirm, tapi terpaksa jugak tanya Eileen, yela, saya ni mane ade pengalaman, takot silap prosedur semua kan. Jadi bagi tau la Eileen dan suruh dia rahsia kan. Mula-mula,saya tengok dia macam tak yakin je dengan saya tentang Aznil tu. Masa tu saya pon risau jugak, saya berhubung dengan En. Azlan melalui telefon je, kalo tertipu, memang habis la saya. Tapi tak pe, saya ambil jugak risiko sebab kalau la jadi, memang EXTREMELY HAPPY.


Lepas meeting tu saya call lagi, harap kan En.Azlan boleh confirm kan tapi awal-awal dia dah bagitau, yang Aznil dah kene bookd untuk 7 Februari tu, jadi tak dapat confirm kan. Yang part ni saye tak bagi tau sape-sape, takot nanti memang betol-betol Aznil tak dapat datang. Saya fikir positif je mase tu, Eileen pun tak tau, lepas beberapa kali call, bagi tau pasal FESTAKA semua, akhirnya, En.Azlan dapat confirm kan. FUUHHH...mase tu, memang bersyukur sangat-sangat. Pastu saya risau jugak, memang tak de black n white ke, kalo tibe-tibe Aznil tak datang macam mana,kawan saya kate memang tak de, jadi saya pon gamble je la. Positif..positif...Tapi dalam mase tu, projek ni memang bermasalah kewangan, kitorng dapat sponsor memang last minute gile. Dengan peruntukan yang di bagi oleh kolej tu la kitorng bahagi-bahagi kan duit. Memang kalo tak de sponsor dari FXMALAY, kitorng memang buat kecil-kecilan je, saya risau lagi, dah la ade Aznil, buat kecil-kecilan pulak. Tapi kitorang dapat la memaksimum kan penggunaan duit tu,memang yang penting-penting semua dah ade. Pada minggu-minggu terakhir sebelum event,saya sibuk dengan pilihan raya kampus pulak,saya calon untuk fakulti sains computer dan teknologi maklumat, mase tu memang pening nak bahagi kan mase, mane nak kempen, mane nak FESTAKA, tapi Alhamdulillah pengarah faham, di tambah pula dengan seorang kawan saya, Noreen Nattassa yang saya baru kenal tapi sokongan dan bantuan di berikan memang tak dapat saya bayar dengan apa jua sekali pun, saya memang jarang datang meeting, tapi saya sentiasa bagi update la. Alhamdulillah, di akhir pilihan raya tersebut saya telah menang dan menjadi Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM). Pada minggu terakhir Festaka tu, Noreen la yang bantu saya, turun naik kolej dan KPS, kolej kitorang atas bukit tu yang turun naik tu, untuk selesai kan surat dan barang-barang semua. Malam pula saya ade meeting MPMUM untuk tubuh kabinet, mase tu jugak ade meeting FESTAKA, tapi dengan tugas yang dah di tinggal kan kat MT lain dan AJK, saya pergi meeting MPMUM dengan rasa senang hati sikit, tapi mase tu dalam otak masih “FESTAKA...FESTAKA...FESTAKA...”. Bila balik je meeting MPMUM, saya teros ke bilik gerakan FESTAKA, pastikan semua kerja yang saya tinggal kan siap. Masa tu tiap-tiap malam saya bermalam di bilik gerakan, yang teman kan saya untuk pastikan saya tak tertido tu Noreen la, dia bukan AJK FESTAKA pon, tapi dia memang banyak sangat membantu, kitorang buat backdrop same-same, siap kan hamper, buku aturcara, semua kerja saya dia tolong. TERIMA KASIH NOREEN!!~~

Masa event pulak, pagi-pagi lagi semua ajk dah pergi ke Auditorium Komplek Perdana Siswa (KPS). Saya pergi lambat sikit sebab mase diorg datang ambil buku aturcara kat saya, saya tak tido pun lagi, mandi pun belum. Bila sampai je kat sana, ade la beberapa masalah tak di sangka timbul, untuk satu event, ni normal la kot, tapi, ha, mase ni memang terima kasih banyak-banyak kat SURYA dan O-NE sebab settle kan problem tu. Pagi tu memang kelam kabut sikit, pastu tak berapa ramai pon yang datang. Saya risau lagi, nanti Aznil ade, jangan la macam ni, saya harap dewan tu penuh. Berbagai masalah timbul mase 7 Februari tu tapi dengan bantuan rakan-rakan, masalah dapat di selesaikan sebelum waktu ingin di gunakan. Mase Aznil sampai pukul 3.00pm, dia masok dewan, segalanya nampak berjalan lancar,orang memang sangat ramai, Alhamdulillah,cume AJK yang kat tempat makan VIP tu memang kelam kabut sikit sebab banyak kekurangan barang, tapi dengan menggunakan creativity, mereka dapat selesaikan semua masalah tu. Keseluruhannya, program kitorang ni sangat memuaskan hati mereka yang datang terutamanya VIP-VIP, ni diorang cakap tau, bukan perasan sendiri.

Kepada semua MT,Nabila,Hani, Nonie, Waaz, Natrah,Iqbal, Hairol,Are n Qela terima kasih banyak-banyak sebab bantu saya serta semua AJK yang member komitmen dalam projek ni dan Noreen yang tak putus-putus bagi sokong moral dan bantuan. Tentu nya untuk pengarah, Clive, terima kasih sebab sentiasa faham situasi saya dan paling penting Eileen, penasihat projek ni yang banyak mengajar saya, membuat keputusan, prosedur dan segalanya,terima kasih. Saya memang sangat banyak belajar mase sertai projek ni. Dan kawan-kawan saya minta maaf kalau ade tersilap, terkasar bahasa semasa kita bekerja sama dalam projek ini.

UNTUK EN. AZLAN YANG SANGAT BAIK DALAM RUNDINGAN YANG DILAKUKAN,MELAYAN KESALAHAN DEMI KESALAHAN YANG SAYA LAKUKAN DENGAN SABAR. TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK. DAN PASTI NYA, AZNIL, TERIMA KASIH KERANA DATANG KE MAJLIS KECIL-KECILAN KAMI, WALAUPUN SEBENARNYA AZNIL ADE EVENT DENGAN AGONG TAPI AZNIL TETAP DATANG JUGA. TERIMA KASIH.

Insyaallah, tahun depan ade lagi, saya harap Aznil berminat untuk datang ke majlis kami lagi,
dan En.Azlan tidak serik untuk berkerjasama dengan kami. Semoga kita berjumpa lagi.

Ms Elise Paloma De' Amor said...

CONGRATS PAK NIL!!!!

Unknown said...

TANIAH.... SETIAP USAHA PASTI ADA HASILNYA.. DAN USAHA YANG BAIK PASTI ADA PENGHARGAANNYA.. PAKNIL MEMANG LAYAK MENDAPATNYA...

myza said...

tahniah!!paknil gmbr bckground menara berkembar tu kalah gmbr yang kat blakang duit kertas RM kita lor..kiki..

Cik Tulip said...

Tahniah paknil!! :D

faralazyarts ♥ said...

i org yang ke 235 wish paknil. huk2.
tahniah! tahniah! tahniah! :)

rusydi said...

Assalamualikum,

Tahniah Uncle Aznil.
Saya dan keluarga di JB mendoakan semoga Paknil Sentiasa dilindungi & dirahmati ALLAH. Bila nak datang JB lagi?

SWATANTRA said...

TAHNIAH....

ANDA MEMANG LAYAK.....SELAMAT MAJU JAYA!

Atikah HM said...

tahniah paknil!! :)

Ms Anne said...

tahniah pak nilQ!!! memang pak nil patut dapat punn penghargaan sebegini besar :)

Ms Anne said...

Tahniah pak nil!..memang pak nil patut dapat pun penghargaan setinggi ni. :)

keep it up! semoga sentiasa ceria, panjang umur, sihat dan berjaya :)syg pak nil :)

Ms Anne said...

Tahniah pak nil!..memang pak nil patut dapat pun penghargaan setinggi ni. :) keep it up. semoga sentiasa ceria, panjang umur, sihat dan berjaya :)syg pak nil :)

gEe Eunjo said...

congrats for paknil!!atas segala usaha paknil selama ini..akhirnye membawa hasil ..syukur kpd Allah..saya bangga dgn paknil!

oh ya btw nk bgtau paknil, kolo2 la paknil igt sewktu cuti cny aritu paknil jln2 bw baby g klcc kite ada tegur paknil 'hi paknil' so kite la orgnye..(ntah2 tk terkira org yg tegur paknil ekk!)

the nex day jmpa lg dgn paknil kt pavilion foodcourt mls lak nk sapa paknil pdhal kite sebelah je paknil waktu nk byr food..tingin benor nk tgk bb tu..tgk diam baikk jee..

ok paknil..gud luck for u ya!!

ZM said...

salam pak nil...tahniah diatas penganugerahan Johan Mahkota Wilayah.

Syukri @ Kicuk @ Bulan Penuh said...

HUHUHU... TANNIAH BUAT MU WAHAI PAKNIL KU...

OWH YE.. LUPE PULAK...

PAKNIL NAMPAK COMEL + HENSEM BILE PKAI TENGKOLOK TU...

~From: SYUKRI @ KICUK @ BULAN PENUH..

Zawir Al-Hamidi said...

Tahniah Pak Nil. Semoga berjaya selalu.

Mr Apam said...

tahniah...

Shimamon said...

congrats pak nil!! =)

Unknown said...

Hi MR AZNIL HJ NAWAWI... and all his fans... Boleh tumpang tanya... Penganugerahan Bintang Johan Mahkota Wilayah tu apa? Anugerah untuk golongan celebrity ajer ker? Ini kira dapat pangkat datuk eih? Maaflah saya kurang faham culture di sana? watever it is TANIAH saya ucapkan walaupun saya agak terlambat sikit. Semoga lebih terus maju jaya.... go aznil go! go! go! u can do it... make the malay industries proud...!!!!

|.:: [safwan][saniy]'s[BLoG] ::. | said...

Congratz PakNiL...!!!...
keeP iT uP!!!

SiQaH HuSSiN said...

comelnya pak nil berbaju melayu.
tahniah!!!

«Oldest ‹Older   201 – 249 of 249   Newer› Newest»