Sunday, October 18, 2009

BEYONCE IS COMING TO TOWN

**(Susah jugak Paknil nak cari gambar Beyonce yang sesuai untuk diletakkan di sini kerana rata2 gambar beyonce seksi2 belaka)
Seperti yang semua thu Beyonce akan melakukan Konsert I Am World Tour di Kuala Lumpur 25hb Oktober ini. Pasti ramai yang teruja untuk menyaksikan bintang antrabangsa ini beraksi di depan mata kita.
Kali ini Paknil ingin pembaca blog ini memberikan komen pada tulisan Paknil di Metro Ahad hari ini - JANGAN SEKADAR DI BIBIR (klik di sini). Tulisan ini bukan Paknil tujukan kepada Beyonce tetapi kepada KITA. Sila baca dan komen di sini. Terima kasih semua!

18 comments:

Ain said...

In my opinion, before Malaysia impose rules on international artists, they should make sure that their own artists dress accordingly as well. Alot of malaysian artist sekarang pon pakai baju yang terbuka2, takde lainyer dengan artist international. So, why the restrictions on Beyonce? We should not limit the creativity of seseorang punya persembahan. Kalau orang yang menonton bijak dan tahu akan kehendak agama, mereka tidak akan senang terpengaruh. Lebih senang, siapa tak suke, jangan hadir konsert nye...bukan saje Beyonce tapi sape2 lah...

edzlin007 said...

salam paknil.

saya pun tertanya juga, negara kita tidak adakah hitam putih peraturan ini. adakah sekadar cakap mulut sahaja. sebab setiap kali konsert artis barat, ada sahaja yang seksi. artis kita pula tiap kali anugerah tak cukup kain.

ok juga kalau buat seperti Brunei ini. tengok dahulu persembahannya baru dibenarkan. supaya, tidak lah jadi seperti ABPBH yang lepas, penyanyi pakai dress pendek, dijulang-julang pula. kalau dah ditonton oleh pihak berkenaan terlebih dahulu, sudah tentu perkara seperti itu dapat dielakkan.

இBieaz_Bie Azreenaஇ said...

Salam BgNil,

Firstly, thanks alot cos BgNil menulis pasal Brunei. Bie setuJu sangat apa yang BgNil tulis.

Kat sini (Brunei) peraturan memang macam tue walaupun agak kelakar lucu bagi yang baru pernah, tapi itu dah memang ditetapkan sebab tu kat sini persembahan yang tak mengikut peraturan direject.

Penulisan BgNil memang awesome.

Su3y said...

A'skum abg aznil...

Suzy tau juga yang beyonce akan mengadakan konsertnya di Malaysia...

But for suzy,suzy kurang meminati artis-artis antarabangsa lah abg aznil...

Suzy still prefer my only idol,dato' siti :P

Hehehe...

To me,she's still the best :)

But tidak dinafikan beyonce memang hebat,nak-nak lagu-lagunya majoriti yang best-best...

Konsert beyonce yang bakal berlangsung ni fifi datang ye?

Hehehe...

Oklah abg aznil,take care tau...

Oh ya,about ur blog.It's nicelah abg aznil :)

Terperanjat juga suzy bila mula-mula masuk blog abg aznil tadi...

Hehehe...

SALAM SAYANG DARI,
SUZYLINA ;)

MrPayid said...

setuju ngan posting ain (1st Posting.. bila artis luar nak mai Malaysia, smua pihak kecoh.. nak tu la ni la.. pdhal artis tempatan sndiri teruk nak mampus.. especially dr sudut sosial dan berpakaian depa.. pihak3 tertentu seakan2 tutup mata ttg perkara ini.. tak takut ke hukum Alla??

-kimie- said...

mungkin artis malaysia kebanyakannya "tak cukup makan" so, tak pelah kot seksi2, nak bagi laku, kesian.. artis luar dah cukup makan, so, kalau datang malaysia, jangan lah seksi2 sangat, nanti abis lah market artis tempatan.. ehehehe... selamat bergurau...

zatil hidayah said...

salam uncle aznil.. and to all bloggers.

its good if gov kenakan garis panduan utk interntnal artis.. tp myb ini lebih rujuk kpd kite jugok. ramai je artis msia yg seksi meksi. kan kbykn teenage jdkan artis role model. tp jgn laa over expose. lgpon kitekan ngra Islam. gov mungkin patot letak garis panduan kpd artis2 kite yyg berkenaan.
nnt kan dikatekan hak masing utk pakai ape, tp sbgai muslim ade tggungjwb utk tegor, nasihat menasihati. kite masih ade mufti2 dan laim ulama yg bertanggungjawab.
tp sedih jugok laaa.. ade artis2 kite yg overdressing.. sedih sgt... :((

Watierman said...

Alhamdulillah..Syukur...sekurang-kurangnya Aznil dah menunaikan tanggung jawab sebagai hamba Allah untuk menghasilkan karya di hari Ahad...di mana pihak berwajib juga pasti akan membaca...penulisan yang perlu diketengahkan..."Persoalan" itu harus dilaksanakan dengan campurtangan pihak pemerintah...perlu tegas seperti Negara Brunai...

Entahlah Aznil...kalau sekadar cakap mulut jer...tak kemanalah!!

Apa-apa pun Syabas Aznil...sekurang-kurangnya...apa yang sepatutnya ditegur...kepada artis tanahair juga telah Aznil muatkan dalam article tersebut...moga yang membaca mendapat petunjuk darinya...agar lebih bermaruah dan bertatasusila...di khalayak ramai...kalau sekiranya mereka tidak menyenangi apa yang dibaca...itu terpulanglah...namun sebagai Umat Islam...Aznil dah bersuara....Moga Allah merahmati usaha Aznil....

Keep up with all your good work!!!

anne said...

I pun tak pernah nampak mana hitam putihnya...JIKA ada, biarlah implementasinya menyeluruh, tiada diskriminasi. Artis tempatan, artis luar - semua kena patuh pada peraturan/'guidelines' yg sama.

Tak salah nak kawal pakaian atau perilaku Beyonce ke, Black Eye Peas ke, tapi elok tengok 'rumah sendiri' dulu. Macam Abg Aznil tulis, kalau Beyonce Google ke tengok kat You Tube konsert2 atau persembahan malam anugerah kat sini, mesti dia jadi keliru.

Kawalan dan peraturan tu bagus, tapi kalau pelaksanaan tak konsisten, jadi bahan gurauan pulak.

Berbalik pada soalan pertama, mana peraturannya???

nieradina said...

salam paknil..

saya puji kberanian paknil mengetengahkan isu ini dalam penulisan paknil..

Pd pndapat sya..Tidak hairan kalau artis luar yg bkn bragama islam, brpakaian seksi krn budaya mereka dididik sbegitu sjak kcil..
tp yg mnghairankan jika artis tmpatan yg bragama islam dan sjak kcil dididik dgn adab tatasusila tetapi brpakaian..seolah2 bkn bragama islam..

Senang kata..jika kita ingin artis luar mnghormati etika dan peraturan di negara kita swaktu mmbuat prsembahan, artis kita juga hndaklah berbuat pkara yg sama..kdang2 sya rsa mluat dan jelik dgn fesyen pakaian wanita dlm mna2 majlis yg dihadiri mreka..dgn dada terbuka,pakaian yg sndat..agk memalukan..apakah mreka tdak tfikir mereka mnjadi tntonan umum tmasuk knak2..sya lbih mnyenangi fesyen artis lelaki pula drpd artis wnita krn nmpak lbih bsopan..

Sya hairan juga knapa stiap kali artis luar mmbuat psembahan di ngara kita..malah blum lg mmbuat psmbahan ..sdah digmbar-gmburkan pkara2 ngatif yg kita sdah 'set' dkepala..jika awal2 lg phak bwajib tahu artis tsebut akn mmbawa ikutan tladan yg bruk, elokla jgn dbnarkan mmbuat psembahan ini..

Pihak bwajib hndaklah mngenakan Praturan dan garis panduan yang tegas kpd artis yg mmbuat psembahan dngara ini, tidak kira artis tmpatan mahupun artis luar..Praturan ini juga hndaklah kekal smpai bila2..jika tidak..praturan ini akan dperlekehkan oleh mreka..

Contohilah negara Brunei Darussalam..artis mereka dpt mnghiburkan pminat tnpa prlu bpakaian agk seksi krn apa yg hndk dtnjolkan bknnya tbuh bdn..

Saya yakin jika mahu artis luar mmandang baik kpd kita dan tidak mmpersendakan etika bpakaian dngara kita, kita hndaklah bpakaian sopan tlebih dhulu..bak kta paknil..skg sgala2nya dhujung jari..mreka bleh mlihat kita wlau brada dhujung dunia skali...

nor64 said...

slm pak nil,
okeh komen pasal etika pakaian beyonce ni..telinga akak ni dah naik jelak & mata ni dah naik berbulu weh pasal issu etika pakaian..asal ade je artis luar bukan islam nak dtg buat show..sibuk ckp pasal etika baju...rasenya yg dash lepas tu pun melalui rule ni juge tapi pakaian depa pun mcm x bertika juge...x fahamlah etika mane yg patut depa ikut..kalau etika tu sekadar x boleh tunjuk buah dada...senang je bagi depa ...tutup dada tapi tonjolkan yg lain baju yg sempit yg tunjukan body...pak nil ingat beyonce tu nak pakai ke baju kurung ke kebaya ke..tengoklah nanti apa yg dia pakai...akak rase mestilah beyonce tu suruh staff dia survey camne pakaian yang beretika artis Malaysia ni pakai...eee kalau tgk artis Malaysia pakai baju kalah beyonce pak nil oii..dah tentu dia ingat bolehlah sikit2 bukak tak pe ...asalkan artis Malaysia sendiri posing maut ini kan pulak dia memang tak de pikir halal haramnya...pak nil fikir2 lah puncanya dari sapa....akak rasa Malaysia ni kena hantar org2 kita ke Brunei macamna nak uruskan hal2 macam ni...buka mata..pasang telinga...tepuk dada tanya selera....mekasih p.nil...baca ni jangan x baca...

chipsmore said...

abang aznilll..nak ngorat boleh?? haha..larikkkkk...
:D

eiLda epaL said...

Salam paknil...

sebenarnya kan, isu nie dah lama diperkatakan dalam dunia seni hiburan kan...even dalam melodi pon selalu dipersoalkan tentang isu-isu ini...sampaikan kecoh kejap dulu bila konsert inul dibatalkan walaupun Inul berjanji mengikut segala peraturan yang telah ditetapkan...

Betul seperti yang paknil katakan mengenai hitam putih nya undang-undang tersebut...memang tak dinafikan, artis-artis kita sekarang bila time anugerah jer, mulalah berpakaian yang mendedahkan lurah dendam, bentuk badan dan sebagainya...mak saya selalu kata, "lelaki pakai punyalah cantik, sopan, berkot, tetapi perempuan mcm tak cukup kain..kalau lawa takperlah jugak..."

Saya sependapat dengan Suzy...antara artis Malaysia yang boleh dikatakan sopan adalah Dato' Siti...tak pernah lagi tengok dia berpakaian yang menjolok mata...

Harap-harapnya kerajaan Malaysia khususnya jabatan atau kementerian yang terlibat dapatlah kiranya menghitam putihkan peraturan tersebut dan perlu digunapakai untuk artis tempatan dan juga luar...

ROHAIFI AZRI a.k.a EZRY DA' LEGEND said...

paknil...
bagi saya, saya xkisahkan sangat artis yang perform kat atas pentas tu. Saya lebih risaukan peminat2 yang dok 'khayal' tergoyang2 bercampur-gaul lelaki dan pompuan. Dok berpeluk2kan dan bersentuh2an antara satu sama lain. Itu sebenarnya lebih parah dan perlu diketengahkan. Contohilah negeri yang melaksanakan pengasingan penonton :
- penonton lelaki
- penonton wanita
- penonton berkeluarga

itu lebih baik...

Bintang said...

salam Paknil and others...
Wow! Hangat... jujur saya katakan saya kurang follow isu2 hiburan kecuali yg betul2 sy minat cthnya paknil... for me, u did a very good job. tetiba teringat satu hadis, apabila kita melihat kemungkaran, cegahlah dengn tangan/kuasa, jk x mampu, cegahlah dengan lidah, jk x mampu, cegahlah dengan hati, itulah selemah2 iman... juga teringat kisah burung2 yang mengumpulkan air menggunakan paruh2 mereka utk cuba memadamkan api yang membakar nabi ibrahim a.s, apabila ditanya kenapa mereka melakukan kerja yg sia2 ini, kata mereka, sekurang2nya apabila Allah tanya aku nnt, aku dapat menjawab bahawa aku telah berusaha sedaya kudratku... u did avery good job paknil... i salute u... keep it up... saya juga bersetuju dengn ROHAIFI AZRI a.k.a EZRY DA' LEGEND... sekarang ni spt ada 2 isu yg mungkin pt dibincangkan dan harapnya tidak hanya berakhir di blog ini shj ttp iharapkan andaiaa yang mempunyai tangan yang mapu mencegah kemungkaran ini dpt melakukan sesuatu... sblm Allah timpakan bala bencana kerana murkanya apabila kemungkaran tidak dicegah... bukan hanya yang melakukan dosa shj yg akan menerimanya... ttp mungkin kita juga kerana membiarkannya... actually, i really hope that somebody with autority at least read the article that u wrote even though they didn't read this blog and try 2 do something... klu yg bkn islam, x terikat dgn halal dan haram kita cegah utk berkelakuan dan berpakaian demikian, apa halnya dgn yg mmg telah jels dan nyata dlm kitab al-quran ttg hukum dan aturannya... klu x nak pening2 kepala pikir pun, copy n paste shj dari situ... sblm masa terlewat... something should be done...
teruskan jadikan blog ini tempat perbicangan ilmiah spt ini... thanks paknil... may Allah bless u always...

ABCPlus said...

Salam Paknil...Cara berpakaian sebenarnya kalau ikut budaya Melayu Islam amat cantik dan bersopan,tak perlu peraturan secara rasmi andai individu itu sendiri menitikberatkan nilai adat ketimuran, fesyen moden dan tidak menjolok mata sudah memadai, apa yang kita lakukan asalkan tidak membelakangkan agama dan tatasusila rasanya akan diterima......

farah said...

Assalammualaikum pak nil :),

saya b'setuju dengan pak nil.jangan lah kita hidup bagai ketam mengajar anak berjalan.. kelak nanti diketawa pula.. bagi saya artis kita makin lama makin seksi, tak ada pula yang kena penalti dan sebagainya? dalam kehidupan realiti, memang lah secara realitinya, ada orang biasa yang lagi seksi dari artis, tapi kalau dah dinamakan artis tu, biarlah menjadi contoh pada orang lain.. janganlah berpakaian hingga menjolok mata.. perkara yang menyedihkan apabila ada artis yang seakan-akan bangga pula bila dilabelkan seksi.. saya tak faham dan tertanya, apa kepuasan yang mereka dapat bila dilabel macam tu..

amin&aliff said...

love "Beyonce",,,,,,
asik tngok "Beyonce" M'sia jeee...
nk tngok dekat "Beyonce" yg real,,,,

"she is beauty n sexy with brain"