Sunday, December 26, 2010

KENANGAN BERSAMA TUN M!

Seorang negarawan yg ulung! Satu ayat yang paling tepat untuk menggambarkan keperibadian YABhg Tun Dr Mahathir Mohammed, Mantan Perdana Menteri Malaysia.
Di sini Paknil rakamkan detik terindah pertemuan kami dgn Tun M:
Paknil, bersama geng Riuh Pagi Era yang lain iaitu Ray dan Haniff dah macam tak sabar nak berjumpa dengan Tun M. Dari awal pagi Isnin 20 Disember itu, dada kami asyik berdebar aje. Macam2 persoalan yang muncul di kepala kami. Macam mana kalau temujanji ini dibatalkan pd saat akhir? Adakah Tun M ini garang orang nyer? Nak mulakan dengan perkataan apa? Nak jawab mcm mana kalau Tun M tanya? Protokol dgn Tun M mcm mana pulak?
Hadoi! Rasa mcm nak kensel pun ada sebab berdebar melaluinya! Tapi Paknil tunjuk cool aje. Tengok Haniff dan Ray yg bersemangat jugak, menjadikan Paknil yakin.
Pukul 9 pagi kami dah meninggalkan konti radio Era.Fm dan membuat liputan perjalanan kami ke pejabat Tun M secara live kerana tugas kami cuma selesai pada pukul 10 pagi.
Pendengar Era yg bertuah, Nabila pun dah bersiap sedia menaiki kenderaan Skuad Era menuju ke bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.
Temujanji kami dengan Tun M adalah pukul 11pagi dan kami ni kira awal sejam lah! Itu yang Tun M suka! Dia pantang orang lewat. Macam Paknil jugak.
Setiba di situ, kami tengok keadaan sekeliling bangunan tu sungguh tenang. Ada lanskap yang menarik di samping 'water feature' yang mmberikan bunyi air pada persekitaran.
Masuk ke dalam bangunan itu, kami disambut oleh kakitangan Yayasan yang sgt ramah. Dia jemput kami duduk di sofa sementara menunggu giliran kami masuk. Katanyer, Tun M ada tetamu lain ketika itu.
Satu perkara yang Paknil perasan, di siling hadapan pintu pejabat Tun M ada dua lampu yang berwarna merah dan hijau. Ketika itu lampu merah yang menyala tanda beliau ada tetamu di dalam bilik. Macam klinik doktor jugak, fikir Paknil!
Sambil menunggu, Paknil sempat berlegar2 di ruang bawah bangunan dua tingkat itu. Banyak foto2 Tun M dan Tun Siti Hasmah yang diabadikan. Begitu juga dengan barangan cenderahati yang Tun M terima jugak turut diperagakan.
Tidak lama kemudian Paknil ada beberapa delegate dari luar negara keluar daripada pejabat Tun M. Melihat mereka, Paknil yakin yang mereka ini adalah negarawan daripada negara lain. Kecil rasa diri kami ini yang hanya rakyat kebanyakan!
Rupanya Tun M cuba memenuhi segala jenis permintaan untuk menemuinya. Dari yang berperihal hal dunia sehinggalah sekadar memenuhi impian seorang pendengar radio.
Tepat pukul 11pagi, Paknil dibawa oleh pegawai Tun untuk bertemu Tun di pintu pejabatnya sedangkan yang lain diminta menunggu di bilik mesyuarat. Dada Paknil makin berdebar sebab tak tahu macam mana nak mulakan perbualan nanti.
Tidak lama menanti, tiba muncul tersenyum YABhg Tun Dr Mahathir Mohammed dengan wajah yang tersenyum.
Sebelum bergerak, Paknil berikan taklimat tujuan kunjungan kami ini dan Tun M jawab "Boleh, silalah" sambil menjemput ke bilik mesyuarat bersebelahan. Ketika melangkah masuk Paknil lihat wajah-wajah yang menanti bagaikan tidak percaya bahawa Tun M berada di hadapan mereka. Tun M pun terkejut yang kehadiran kami lebih ramai dari yang dirancang pada awalnya.
Penambahan adalah kerana ada wakil Utusan Malaysia dan Astro Awani turut sama untuk membuat liputan. Setelah duduk di kepala meja, Paknil terus ucapkan terima kasih pada Tun M kerana meluangkan masanya yang sibuk untuk bertemu kami. Paknil terus beri peluang kepada Nabilah untuk menanyakan soalan pertama kepada Tun. Bagus Nabilah ni sebab soalannya bagai sudah disediakan awal lagi.
Pelbagai soalan yang kami tanyakan dan Tun M tidak pula keberatan menjawab dengan panjang lebar.
Namun begitu, soalan-soalan santai yang diberikan oleh pendengar Era adalah saat dan ketikanya kami dapat lihat kerendahan hati budi Tun M. Mula2 Paknil agak keberatan untuk menanyakan soalan-soalan tu takut menganggu perasaan Tun tetapi apabila melihat kemesraan Tun, jadi berani. Antara soalan yang ditanyakan adalah :
- Apakah antara benda yang Tun beli jika ke pasaraya?
- Apakah warna kegemaran Tun?
- Berapa buah handphone yang Tun miliki?
- Apakah makanan kegemaran Tun?
- Apakah gajet yang terkini Tun miliki?
- Boleh tak Tun berikan kami satu lawak yang pernah Tun dengar?
Selesai soalan yang terakir itu, kami ketawa bersama dan terasa betapa dekatnya pemimpin itu dengan kami yang kecil sahaja sumbangan pada negara. Namun tiba2 waetawan Utusan menanyakan pada Tun apa pandangan Tun mengenai Paknil! Paknil terdiam dan hanya mampu menelan air liur!
Antara jawapan Tun, dia bangga sebab sekarang orang kita sudah bijak bercakap dan tidak malu untuk bersuara. Jadi dia bangga kita sudah ada orang kita yang berani menyuarakan pendapat dan menanyakan soalan.
Saru jawapan yang selamat dari Tun M! Paknil lega! Hahaa
Selasai lebih kurang 20 minit bertanya soalan, Tun perkenankan juga permintaan kami untuk bergambar. Peluang ini tidak Paknil lepaskan dan terakamlah aksi kami berdiri bersebelahan dengan mantan Perdana Menteri Malaysia itu!
Selesai fotografi, Tun M meninggalkan kami dan kembali ke bilik pejabatnya. Kami di bilik mesyuarat masih ternganga seperti tidak sangka kami baru sahaja berbual dengan Tun Dr Mahathir Mohammed! Kami keluar dari bangunan itu dengan berbunga di hati dan senyuman di bibir. Sepanjang perjalanan pulang Paknil terus tersenyum seperti orang bercinta!
Terima Kasih tidak terhingga dari kami di radio Era dan tentunya dari Paknil sendiri. Sememangnya keperibadian Tun tiada tandingannya!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

42 comments:

Cik Kira said...

salam..bestnya paknil ada pengalaman :)

Shazwan Azizan - wanblur said...

tahniah.. nanti nak jumpa jugak laer.. mudah mudahan

Anonymous said...

wahhhh bestnya pak nil. nak bergambar ngan paknil.. huhu haha ;D

Ibu Mifzal said...

salam..pak nil

Lady Ya-alif-nuN said...

tahniah pak nil dpt jumpa bertentang mata dgn Tun m...

Unknown said...

the best experience ever=)

Awangku Johan said...

bestnya abg aznil bersama dgn Tun M..
mmg pgalaman yg penuh berharga..
pemimpin yang disegani seluruh dunia.. hurmm x tau bila turn awang pula dapat bersemuka dgn Tun M.. amat sukar kan??

aqmardaydreamer said...

seronok nyerr saya dh lma simpan impian nak jumpa tun M......

Aku Anak Pahang said...

Salam Aznil bestnya dapat bergambar dan bersama Tun :)
Jom Singgah! "Jom jalan-jalan ke Pahang"

monalea said...

bestlah paknil jumpa TUN.Saya tak berkesempatan lagi jumpa dia PAKNIL

||aLeaSaRa|| said...
This comment has been removed by the author.
||aLeaSaRa|| said...

bestnya..sapa tak nak jumpa Dr M meman rugi.kite syg Dr M.Sempoi gak soalan paknil kat Dr.M he3...

#iwrite said...
This comment has been removed by the author.
#iwrite said...

best nya..bila pula nak merasa jumpa Tun M kan..

@Fr!^n@ said...

pak nil...
share la jawapan che det tu pada kami.. we will love to read..
untungnya dapat jumpa tun.. :)

-yana mz- said...

hye paknil..
saye dan kawan2 pena pegi Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya sempena lawatan akademik, tapi x berpeluang tuk jumpe Tun M.

ada satu galeri di P.Langkawi yg menampilakn kesemua PM kite..

blog-tips-kurus said...

bertuah pak nil & comrades ni. kok nervous lagi yek?

Che Deen™ said...

tahniah paknil dapat jumpe org yg sy sanjung..hehe.. a very2 great moment for you!! :)

zEri sAfEerA said...

waaahhh,,, sgt bertuah. nak jumpe jugak. haisy,,, bile la :)

wan said...

Tun M mmg seorg yg berkaliber . Bru-bru ni sye prg holidy dkat Langkawi.Then,ada seorang pelancong dri luar ngara tnye mne gbr Tun M . Masa tu , ad gbr Agung je :)

Edzlin said...

Salam Paknil.

Memang bertuah semua yang dapat berjumpa dengan Tun Dr Mahathir dan dapat pula menemubual dengan soalan yang santai.

MusiC_PranksterZ said...

wah.. Satu pengalaman berharga buat Pak Nil utk. dikongsi bersama. Sememangnya Dr. M ialah idola kpd. semua rakyat Malaysia...

Mama_anggun said...

best nye paknil!! tp mmg Tun adalah seorang yg sgt berkaliber...masa sy gi Tokyo...rakyat sana siap kata lg..."Tun Mahathir should be our prime minister..." emm...betapa dewang respek kat Tun...

Su Hana said...

pak nil :) masa pak nil dtg ke YKP saya ada bergambar dgn pak nil :) alah yg ramai2 kuar dr library tu...hehehe pak nil mmg peramah ..ceria je walaupun tgh berdebar nak jumpa Tun M ... cayalah...

hatina said...

salam...hmmm seronoknye pak nil sbb dpt jmpe dgn tun...sy mmng sngt2 mngkagumi,mnghormati dan syng pd negarawan itu...hope dpt peluang yg serupa satu hari nnti...amin..

fiz mr.beloved said...

wah best Paknil dpt jmpa mantan PM..huhu

Latifah said...

Salam paknil... oooo org bercinta camtu eh paknil terus tersenyum...ni mesti paknil tgh bercinta ni... sbb dlm gambar paknil asyik senyum je....hehehe

MIDONZ said...

cayalah pak nil..

shahjiehan said...

bestnye cite en aznil~ jgn lupa ajak SJ sekali taw

diEyLa said...

salam paknil...seronoknye dapat jumpe dengan Tun M..bestnye kalau dapat join same..dapat jumpe dgn paknil je pun dah best..:)

sW33tdARLiNG said...

paknil,
entah kenapa airmata saya bercucur baca entry paknil ni... saya tumpang bangga dengan pertemuan paknil dan Tun Dr. M...

illaieylla said...

alahaiiiiiiiiiiii jelesnya...
nak jumpa tun m gak

Mohd Razani Mohd Razali said...

lepas kenangan bersama Tun,sepatutnya Pak Nil kenangan bersama saya pula...

CT said...

Best tu...ni yg jelez..hi3

Unknown said...

erk....tersesat ke blog pak nil pulak dah... adesss....


pendekar salut-tabik-kagum-respek kepada ayahanda Tun M !

sampai bila2 pun beliau tetap akan jadi inspirasi pendekar... nyiahahah...

Pendekar Berkuda

Su3y said...

A'skum abg aznil...

How r u?

Hehehe...

Bestlah dapat jumpa dengan bekas pedana menteri kita sendiri kan?

I can imagine how excited it's gonna be if i were in ur place!

So how was it like?

Pasti gementar jugak kan? :P

U're lucky enough dapat peluang bertemu dengannya,not everyone is as lucky as u...

Tentu ianya antara kenangan yang tak dapat dilupakan...

TAKE CARE OF URSELF!

P/S : IF U'RE FREE,DO VISIT MY BLOG K? AT http://su3ylina.blogspot.com

THANKZ SO MUCH FOR UR TIME :)

SALAM SAYANG DARI,
SUZYLINA ;)

musyuk said...

msti best kan.....
jumpa dengan orang yang ada nama....
hehehe.......
paknil pon same jugak....
ramai orang yang suka paknil...
hehehehe

||aLeaSaRa|| said...

hepi new year!!!smga perjalanan khdpn pak nil dipermudahkan Allah s.w.t.amin.Pak Nil kite dulu handle bday party untuk mcdonald's taipan,usj subang.selalu nmpk pak nil ngan anak2 mkn.kite juga handle bday party Fifi masa dia djh 1 kat sekolah subang dulu....krm slm kat Fifi ye

fara feroza said...

bestnyeee,,,,, tp ape jawapan2 utk soklan2 hnphone ade brape, beli ape kat pasar, lawak ape penah beliau dengar...nak tau gak..:)

Unknown said...

Terima Kasih paknil telah mewarnai dunia hiburan tanah air kita... bertambah berwarna-warni lah kan... Umpama pelangi...heee

shahzik said...

perghh!!!! TUN M tuh... best nyerr!!

Anonymous said...

best laa pak nil