Hari Jumaat 28 Jan 2011 merupakan satu detik bersejarah buat Paknil bersama 17 adik-adik Hero Malaya yang lain kerana pada hari itu buat pertama kalinya kami bergabung tenaga melakukan kerja amal kami yang pertama. Dalam kurang dari dua bulan gabungan Hero Malaya ini ditubuhkan, kami berjaya menganjurkan satu kerja amal dengan kerjasama Carrefour bertempat di Carrefour Wangsa Maju bermula dari pukul 3 petang sehingga 8 malam.
Pada hari itu, kami bekerja di tiga bahagian untuk melayan pelanggan Carrefour. Bermula di bahagian kek dan roti, kaunter kami telah sedia diserbu peminat kepada semua hero-hero ini untuk bergambar, mengambil otograf dan membeli.
Paknil, Imran, Iqram, Syafie dan Zoe melayan pelanggan yang ingin membeli kek yang ditawarkan beli dua dapat satu percuma! Sedangkan Zzizan, Zaid, Altimet, Alif, Erry, NasT, Riz, Maulana, Fazley, Zahiril, Kamal, Afi dan Farish menjaga kaunter roti. Memang laku jualan kami ketika itu dan keadaan memang begitu sesak. Ada ketikanya ia seperti sukar dikawal tetapi peminat kami semua bijak dan berhemah. Mereka pandai mengawal diri dan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.
Setelah sejam kami berada di bahagian itu, kami menerima tugasan lain pula iaitu menjual limau mandarin. Sekali lagi kekecohan berlaku apabila bahagian itu pula turut menjadi tumpuan. Ada yang tidak bertujuan untuk membeli limau tetapi lebih ghairah bergambar dengan hero kesayangan mereka. Ada ketikanya Paknil tersenyum sendiri melihat gelagat adik-adik Paknil ini melayan peminat.
Ada juga yang telah mendapatkan t-shirt Hero Malaya untuk ditandatangani dan mengejar setiap daripada kami untuk menandatangani gambar kami yang di atas tshirt tersebut. Musim Tahun Baru Cina yang akan menjelang ini tentunya menyaksikan pasaraya ini sesak dikunjungi pelbagai kaum dan yang seronoknya ada golongan kaum cina juga yang mengambil kesempatan untuk bergambar dengan kami.
Setelah cukup sejam di bahagian itu, kami dipindahkan pula ke kaunter juruwang untuk bekerja memasukan barangan belian pelanggan kedalam beg plastik. Seronok di bahagian ini kerana setiap kami di letakkan di kaunter yang bersebelahan. Tentunya berlaku kejadian menarik-narik pelanggan ke kaunter masing-masing di kalangan kami. Namun sebelum itu, kami sudah diajar akan perkara yang boleh dilakukan ketika mengemas barangan belian pelanggan dimana tidak semua barangan boleh dimasukkan kedalam plastik yang sama. Ini bagi mengelakkan barang makanan tercemar dek bahan kimia.
Kami melakukan tugas di kaunter juruwang itu juga selam sejam. Pelbagai perangai peminat dapat kami lihat kerana mereka terpaksa memilih kaunter hero pilihan mereka. Ada yang hanya membeli gula-gula mentos sahaja untuk dibayar dikaunter agar mereka juga dapat dilayan oleh hero mereka dan bergambar. Bagi Paknil yang berpasangan dengan Zoey agak tercabar juga bila ada di antara pelanggan kami yang membeli belah sehingga 3 biji trolley! Wah, penat juga memasukkan barangan mereka. Namun begitu, kepenatan kami berbayar apabila kami mula bergerak ke pentas utama tepat pukul 6 petang untuk acara penyerahan cek.
Setiba di pentas, sudah ramai pihak media dan tetamu lain memenuhi tempat duduk dan begitu juga dengan peminat yang sanggup berdiri berhimpitan untuk mengetahui apa pula yang akan kami lakukan. Ketika itu, Bob Kuman sudah perlahan-lahan berjalan dengan menggunakan tongkat untuk mengambil tempat disambut oleh adik-adik Hero Malaya yang lain tanpa mengetahui tujuan beliau dijemput ke acara hari itu.
Ketika ini segala kejutan dan rahsia yang kami simpan selama ini kami dedahkan. Setelah menerima cek bernilai RM60,000, kami kini akan menyerahkannya pula kepada Bob Kuman untuk menampung kos hospital bagi mengubati penyakit obesitinya itu. Di masa itulah Paknil lihat bagaimana Bob Kuman sebak bercampur terperanjat dan terharu akan kerja amal yang dilakukan oleh anggota Hero Malaya untuk dirinya.
Sebenarnya, Bob adalah juga ahli Hero Malaya tetapi terpaksa Paknil tendang dia keluar dari persatuan maya itu untuk memudahkan lagi kami berbincang mengenai kejutan yang ingin kami berikan kepada beliau. Hanya pada ketika itu Bob tahu akan sebabnya mengapa dirinya disingkirkan kerana sebelum ini dia sendiri asyik tertanya-tanya akan sebab penyingkirannya.
Bertambah pilu lagi keadaan apabila Imam Muda Nuri membacakan doa yang memohon agar Tuhan dapat menganugerahkan tahap kesihatan yang terbaik untuk diri Bob Kuman supaya dia dapat bergerak dengan cergas melakukan kerja seninya yang akhir -akhir ini lembab kerana keadaan dirinya yang semakin membesar.
Kami rasa puas dengan kerja kami ini dan lebih puas lagi apabila melihat rakan kami teruja untuk melalui kehidupan yang lebih sihat lagi. Acara ini juga menyaksikan kami adik-beradik di dalam Hero Malaya ini dengan Paknil sebagai Bang Long dan Fazley selaku Bang Ngah sehinggalah adik kami yang bongsu Syafie Naswip bertambah akrab sedangkan sebelum ini ada di antara kami yang belum mengenali antara satu sama lain apalagi untuk bertegur dan berborak. Kini keluarga Hero Malaya mula didatangi penggiat seni lelaki yang lain dan penaja yang berpotensi. Terima kasih Tuhan kerana merestui kerja kami ini sesuai dengan pegangan kami 'Yang susah kami tolong, Yang senang jangan sombong'. Amin.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
53 comments:
AMIN! Moga Bob Kuman akan muncul dengan wajah yg baru tak lama lagi ;)
Hebat lah Hero Malaya neh. Shag tak pergi Jumaat lepas sebab busy. Sobs. Tak dapat jumpa Hero Malaya ;'(
saya bangga dengan semua! sebak bila baca kerja amal #HeroMalaya
Semoga segalanya berjalan lancar Pak Nil!! Juga bob Kuman !
=)
Alhamdulillah... teruskan perjuangan mambantu insan yg lemah...
Alhamdulillah~ Semoga usaha-usaha murni ini akan terus diberkati, dipermudahkan dan diperpanjangkan...
Assalamualaikum Paknil.
Amin..Amin...saya juga doakan Abg Bob Kuman akan pulih dan dapat kembali menceriakan semua orang seperti sedia-kala. Saya bangga dengan Paknil dan semua Hero Malaya yang terlibat.
Alhamdulillah... moga penat lelah pak nil n hero malaya hanya tuhan je yamg mampu membayarnye dan kerana semangat korang ni lah bob kuman dapat meneruskan kariernya dengan mudah... insyaAllah...
wah.. bangga saya ngan Hero Malaya nie.. semoga Bob Kuman akan sihat lepas nie..
tahniah atas bakti mu..sebesar zarah kebaikan, pasti akan dibalas dengan kebaikan juga..
Paknil pun jangan abaikan kesihatan ye..salam
semoga bob kuman semakin sihat.. insyaALLAH.. amin
congrats hero malaya!
Tahniah buat Hero Malaya... keep up the good job untuk membantu yg memerlukan.
caya lah Hero Malaya..semoga Bob Kuman dapat mengatasi obsesitinya..
tahniah buat hero malaya...;)
semangat macam nilah yang kita perlukan! memang hero malaya..
semoga dapat membantu bob. :)
tgk blog saya
http://on9shop2u.blogspot.com
Alhamdulillah..menolong orang dengan cara halal...smoga diberkati Allah semuanya..
smoga abang bob cepat sembuh...
rasa bangga dengan hero malaya. terharu dengan kerja amal tu. keep it up oke!
semoga abg bob akan kembali sihat dan cergas.
Paknil, alhamdulillah. Moga semua berjalan lancar. ;)
Teruskan usaha pak nil dan hero malaya semuaaaa ;) Sangat bangga dengan korang. Rasa mcam bahu terangkat-angkat sbb bangga ;)
terharu dengan usaha paknil dan hero malaya itu...
paknil memang hebat dan perihatin...moba bob cepat sembuh...
Alhamdulillah...
HERO MALAYA rawk!!!
Tahniah dan syabas buat Hero Malaya. Dengar Radia Era pagi td otw ke pejabat, sebak juga rasa bila dengar suara Bob. Apapun, semoga Bob berjaya turunkan berat badan dan menjalani kehidupan yang lebih sihat...
Cayyyangggg Pak Nil...hheheheh
tq paknil krn membantu abg sy!!sgt2 tharu bile die sampaikan berita nih...syukur!!wpun dlm masa yg same agak sukar utk die menerima bantuan yg besar ini..smoge ALLAH permudahkan segala urusan paknil + hero Malaya len...
Assalammualaikum paknil dan lain2 :)
Alhamdulillah berjaya juga perancangan ini kan. Kerja2 yg baik akan dipermudahkanNya.
Sy cdgkan paknil n geng hero malaya wat pulak satu hari utk sama2 beraerobik atau berjogging etc bg memberi kesedaran utk sama2 menjaga kesihatan bermula dr awal remaja. Prevention is better than cure kan.
Mmg golongan artis punyai pengaruh yg besar zaman sekarang ni, malah mungkin lbh besar drpd ahli politik. Jd hrpn sy agar para artis dpt melakukan sesuatu yg betul dan bermanfaat agar dpt sama2 membantu ank muda spy lebih sedar ttg nilai hidup :)
chaiyok2 uncle aznil !
weHeartYou !
AMIN...semoga BOB cpt2 sembuh...dah TAHNIAH atas usaha HeroMalaya!
Alhamdulillah semoga Bob cepat sembuh. Semoga Allah permudahkan segala usaha Pak Nil utk kerja2 amal camni. AMIN
terBAIK lah kamu orang semua..moga abg bob kuman sihat2 selalu :)
teruskan sokongan2 seperti ini :) m0ga b0b kuman kuat tuk lalui pr0ses ini ye~~
A'skum abg aznil...
Alhamdulilah,dengan berkat doa & amal yang u all berikan semua berjalan dengan lancar!
Walaupun suzy tak dapat hadir sama,namun tetap suzy doakan yang terbaik...
Anyway,pada haritu abg aznil jaga bahagian kek ye? Hehehe,mesti ramai pelanggan kan.Kalau suzy dapat turut sama,dah pasti i'll surely be 1 of ur customer...
Chinese New Year akan tiba tak lama lagi,jangan kata sane sesak.Di tuas checkpoint tempat suzy bertugas pun suspected will be busy tau.Huhuhu...
To abg aznil & all the Hero Malayas,u guys have done a great job! Teruskan niat sucimu,hanya yang maha esa dapat membalas segala jasa baikmu :)
Kepada bob kuman,suzy turut sama berasa simpati atas cobaan yang dihadapi.Semoga cepat sembuh & kembali ke dunia seni,insyallah!
Take care,
SALAM SAYANG DARI,
SUZYLINA ;)
Salam paknil
Alhamdulillah nampak usaha Hero Malaya berhasil untuk memberi bantuan kepada bob kuman dan semoga segalanya berjln dgn lancar juga.Semoga bob kuman akan kembali sihat..
Walaupaun sy nampak paknil mcm letih mungkin terlalu kuat bekerja,tp paknil still layan kami peminat paknil dengan baik apabila kami minta bergambar, terimaksih sy ucapkan. Ceeaahh paknil tetap maintain hensem hehehe...sy yg rs malu nmpk dlm gmbr lebih tua dr paknil...
Seperti pesanan daripada yg lain paknil jgn lupa jaga kesihatan paknil k..
Senyum dan ceria selalu...
Salam paknil
Alhamdulillah nampak usaha Hero Malaya berhasil untuk memberi bantuan kepada bob kuman dan semoga segalanya berjln dgn lancar juga.Semoga bob kuman akan kembali sihat..
Walaupaun sy nampak paknil mcm letih mungkin terlalu kuat bekerja,tp paknil still layan kami peminat paknil dengan baik apabila kami minta bergambar, terimaksih sy ucapkan. Ceeaahh paknil tetap maintain hensem hehehe...sy yg rs malu nmpk dlm gmbr lebih tua dr paknil...
Seperti pesanan daripada yg lain paknil jgn lupa jaga kesihatan paknil k..
Senyum dan ceria selalu...
hidup abg bob...semoga meneruskan karier di bidang seni macam biase...
-http://kipasmati.blogspot.com-
singgah sini paknil.. :)
salam Pak Nil..
tersentuh asiah bace entry Pak Nil ni.. ;'(
taniah buat Hero Malaya atas usaha murni anda..hanya Tuhan yg akn balas jasa anda semua...teruskan usaha anda membantu insan yg lemah dan kurang berkemampuan..
tuk abg Bob Kuman...asiah doakan agak kesihatan abg semakin pulih n bertambah sehat dari hari ke hari...
salam..
semoga bob kuman sihat sejahtera hendaknya.. lame da x nmpak die Henry Zackery
abg Aznil, sungguh terharu, tahniah dan syabas
semoga bob kuman bertambah pulih dan dapat mengiatkan diri kembali dalm duni seninay. AMIN!
salam pak nil
good work...keep it up
tahniah paknil atas kerja amal Hero Malaya tu...
tengok Melodi hari ini di tv3 dan saya sebagai salah seorang peminat setia paknil sangat berbangga dengan usaha dan kerja amal tersebut yang sedikit sebanyak dapat membantu kehidupan Bob agar lebih sihat dan terus berjuang dalam industri seni ini...
sekali lagi, tahniah PAKNIL dan HERO MALAYA! :)
..usaha yang murni
tahniah pak nil dan hero malaya..semoga keje murni anda dirahmati ALLAH..amin
Salam .. hebat Pak Nil. Memang awesome dapat bantu kawan-kawan kan. Tgh menunggu je kemunculan baru Bob Kuman.
http://hasrulhassan.blogspot.com
bagus paknil..krja-krja mcm ni la yg spatutnya dibuat..smOga ia jdi cth pd artis-artis lain..
paknil..adik saya suh smpaikn pesan..
"kirim salam kt abg aznil.." hehe
tahniah pak nil & amin.....
Tahniah hero malaya..ni baru betul2 hero..hehehe
tahniah2..gud job! bleh singgah teratak hamba utk lagi cerita panas di www.scaniaz.blogspot.com tq pak nill..hehe
saya memang minat sngt2 kt Bob kuman, saya doakan dia cpt2 sembuh
wahh..terharunya..ape pon paknil mmg the best la...
Syabas, kerana Bahasa Melayu persuratan anda menggunakan BM yang betul,indah,baku dan gramtis.
Alhamdulillah! Bagus sungguh pertolongan tu. Tahniah & Syabas!
http://www.vimaxherbs.com/
:') murninye hati kalian. semoga Allah membalas,
dah lama paknil tak update blog rindu la sy pengikut blog paknil yang setia
Post a Comment