Thursday, August 7, 2008
INI SAHAJA YANG PAKNIL DAPAT BANTU...
ALHAMDULLILLAH & TERIMA KASIH!!!
Wednesday, August 6, 2008
AZNIL SIBUK BERCERAMAH DI SEKOLAH
Oleh METRA SYAHRIL MOHAMEDmetra.mohamed@utusan.com.mySIBUK mengendalikan rancangan Tom Tom Bak, Jangan Lupa Lirik, Macam-Macam Aznil, Kring Kring dan sebagai penyampai radio di stesen Era, jadual kerja Aznil Nawawi sememangnya cukup padat.
Enggan mengeluh atau berasa penat dengan beban kerja yang dipikulnya, Aznil menganggap segalanya bagaikan satu keseronokan.
Seronok untuk bekerja dan seronok mengembara ke dunia baru setiap hari, ia menjadi motivasi baginya untuk meneruskan hidup sebagai antara insan yang cukup penting di Astro ketika ini.
Begitulah kehidupan Aznil, seorang yang sanggup meninggalkan dunia ekonomi iaitu kursus yang diambilnya ketika belajar di Universiti Malaya demi menumpukan bidang diminatinya iaitu pengacaraan.
Hasilnya, Aznil merupakan individu yang amat berjaya ketika ini dan kejayaan dicapainya menjadi inspirasi kepada pelbagai pihak termasuk remaja serta kanak-kanak sekolah.
Justeru, melangkaui bidang pengacaraan yang sekian lama sebati dalam hidupnya, Aznil kini mula berkecimpung memberikan ceramah motivasi khusus kepada golongan pelajar.
Minggu lalu, Hits berkesempatan menghadiri ceramahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Titiwangsa, Jalan Temerloh, Kuala Lumpur.
Bertemakan Membina Budaya Kerja Cemerlang Ke Arah Kemakmuran Negara, Aznil diundang memberikan ceramah bagi menjelaskan kepada pelajar mengenai kepentingan budaya kerja cemerlang dalam kehidupan sebenar di luar sekolah nanti.
Sempat menyelitkan betapa pentingnya menguasai bahasa Inggeris di samping menjaga budi bahasa dan penampilan diri, Aznil menggunakan segala pengalamannya bagi meningkatkan semangat pelajar untuk terus mengejar impian.
“Sudah banyak kali juga saya memberikan ceramah motivasi di sekolah-sekolah tanpa sebarang bayaran. Ini adalah medan bagi saya untuk mencurahkan ilmu kepada pelajar.
“Sekadar popular dan memperoleh kejayaan jika tidak dikongsi bersama orang lain, bagi saya itu sesuatu yang merugikan,” katanya.
“Bengkel ini bertujuan untuk melatih kanak-kanak berkemampuan dalam mengutarakan pendapat mereka di samping petah berbicara. Kita mahu mereka pandai memberikan apa jua komen, pendapat dan berdebat.
“Bengkel selama dua hari ini adalah percuma dan sekolah yang berminat boleh bertanyakan kepada Jabatan Pelajaran negeri,” jelasnya.
Menurutnya, bengkel itu akan diadakan pada setiap Sabtu dan Ahad dan pihak sekolah dikehendaki menyediakan pelbagai kemudahan yang ditetapkan.
Ujar Aznil, dia sendiri akan menyediakan sukatan ceramah melalui pemerhatian Kementerian Pelajaran.
“Jika sesiapa yang menonton Tom Tom Bak, pasti mereka ingat akan kepetahan Haziq. Untuk itu, saya mahu lahirkan seramai mungkin kanak-kanak seperti Haziq,” katanya.
Tuesday, August 5, 2008
PAKNIL DOLU-DOLU
(2) Ini pulak gambar dalam ofis kitorang yang macam tongkang pecah. Walaupun opis kecik tapi kitorang hepi je keje. Semua rancangan kitorang masa tu meletop giler macam POPKUIZ, TELESKOP, MUZIK2, TIGA, MELODI, PENTAS, SINARAN PASPORT KEGEMILANGAN, IN PERSON. Teringat geng-geng lama macam Kak Azizah, KZR, Najib, Mas Ayu, Kamar, Michael, Tan Guat Eyu, Rock, Adnan, Violet, Ismadi, Kelly, Hanif n ramai lagi. Tengok tu...Paknil memang jadi bahan sakat diorang sebab Paknil paling manja ngan staff kat situ! Miss u guys!
(3) Yang ni pulak masa lepas shoot Melodi. Paknil masa ni jadi Penolong Penerbit bersama Nik Ramzi sebagai Penerbit. Kelly n Hanif jadi Production Assistant. Tengok Ogy yang memang Vazz tu! Kitorang hepi giler shoot MELODI ni sebab Ogy versatile n stylo abis! Rating toksah cakaplah...memang No:1!!! Rindunyer.......
(4) Mungkinramai tak caya tengok gambar ni! Yelah masa ni....Ziana Zain n Amy Mastura (yang kiri sekali) masih anak dara. Berbeza muka diorang! Kitorang suka lepak-lepak gini sebelum shooting. Rasanya ini masa recording rancangan Muzik2 kot. Tengok lah rambut Azwan tu...hehe Skima giler! Muka Ziana dengan Amy pun berbeza kan? Jangan gelak eh...mekap macam Amy n Ziana tu kira dah 'IN' la masa tu. Yang penting...PAKNIL tetap maintain! Yang Adoh! hehehe...
(CREDIT TO NIK RAMZI NIK HASSAN FOR THESE LOVELY PHOTOS. LOOKING 4WARD TO MEET YOU GUYS LA....ANY REUNION?)
Monday, August 4, 2008
IPOH MALI!!!!!!
Sunday, August 3, 2008
TERIMA KASIH HABIB JEWELS
Terima kasih sekali lagi buat semua yang melayan Paknil kat Habib petang tu. Dan terima kasih daun keladi lah Habib sebab sponsor hadiah semahal itu buat pemenang ABP. Semoga perniagaan Habib lebih berjaya sebab pemurah!
p/s : PAKNIL TERSEREMPAK DENGAN PEMBACA BERITA TERKENAL TENGAH USHA-USHA BARANG BERLIAN. EHEM EHEM...DAH DEKATLAH AGAKNYA HARI PERNIKAHAN DIA DENGAN DATUK TU SEPERTI YANG DIGOSSIPKAN TU EH???? NANTI MESTI BERSERI-SERI WAJAH DIA BERSANDING SEBAB PAKAI BARANG HABIB!