Wednesday, August 6, 2008

AZNIL SIBUK BERCERAMAH DI SEKOLAH

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMEDmetra.mohamed@utusan.com.my
SIBUK mengendalikan rancangan Tom Tom Bak, Jangan Lupa Lirik, Macam-Macam Aznil, Kring Kring dan sebagai penyampai radio di stesen Era, jadual kerja Aznil Nawawi sememangnya cukup padat.
Enggan mengeluh atau berasa penat dengan beban kerja yang dipikulnya, Aznil menganggap segalanya bagaikan satu keseronokan.
Seronok untuk bekerja dan seronok mengembara ke dunia baru setiap hari, ia menjadi motivasi baginya untuk meneruskan hidup sebagai antara insan yang cukup penting di Astro ketika ini.
Begitulah kehidupan Aznil, seorang yang sanggup meninggalkan dunia ekonomi iaitu kursus yang diambilnya ketika belajar di Universiti Malaya demi menumpukan bidang diminatinya iaitu pengacaraan.
Hasilnya, Aznil merupakan individu yang amat berjaya ketika ini dan kejayaan dicapainya menjadi inspirasi kepada pelbagai pihak termasuk remaja serta kanak-kanak sekolah.
Justeru, melangkaui bidang pengacaraan yang sekian lama sebati dalam hidupnya, Aznil kini mula berkecimpung memberikan ceramah motivasi khusus kepada golongan pelajar.
Minggu lalu, Hits berkesempatan menghadiri ceramahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Titiwangsa, Jalan Temerloh, Kuala Lumpur.
Bertemakan Membina Budaya Kerja Cemerlang Ke Arah Kemakmuran Negara, Aznil diundang memberikan ceramah bagi menjelaskan kepada pelajar mengenai kepentingan budaya kerja cemerlang dalam kehidupan sebenar di luar sekolah nanti.
Sempat menyelitkan betapa pentingnya menguasai bahasa Inggeris di samping menjaga budi bahasa dan penampilan diri, Aznil menggunakan segala pengalamannya bagi meningkatkan semangat pelajar untuk terus mengejar impian.
“Sudah banyak kali juga saya memberikan ceramah motivasi di sekolah-sekolah tanpa sebarang bayaran. Ini adalah medan bagi saya untuk mencurahkan ilmu kepada pelajar.
“Sekadar popular dan memperoleh kejayaan jika tidak dikongsi bersama orang lain, bagi saya itu sesuatu yang merugikan,” katanya.
Ujar Aznil, disebabkan kejayaan dan keseriusannya menjadi penceramah motivasi, baru-baru ini dia telah mendapat kebenaran daripada Kementerian Pelajaran untuk menganjurkan bengkel khusus untuk kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun.
“Bengkel ini bertujuan untuk melatih kanak-kanak berkemampuan dalam mengutarakan pendapat mereka di samping petah berbicara. Kita mahu mereka pandai memberikan apa jua komen, pendapat dan berdebat.
“Bengkel selama dua hari ini adalah percuma dan sekolah yang berminat boleh bertanyakan kepada Jabatan Pelajaran negeri,” jelasnya.
Menurutnya, bengkel itu akan diadakan pada setiap Sabtu dan Ahad dan pihak sekolah dikehendaki menyediakan pelbagai kemudahan yang ditetapkan.
Ujar Aznil, dia sendiri akan menyediakan sukatan ceramah melalui pemerhatian Kementerian Pelajaran.
“Jika sesiapa yang menonton Tom Tom Bak, pasti mereka ingat akan kepetahan Haziq. Untuk itu, saya mahu lahirkan seramai mungkin kanak-kanak seperti Haziq,” katanya.

11 comments:

Atikah HM said...

all the best, abg aznil!

sniffa93_aznil4eva said...

waaa!!
hope one day uncle dpt dtg skewl ifa lak!=)

edzlin007 said...

bagus-bagus paknil. teruskan usaha murni paknil. moga lepas ni ramai kanak-kanak yang mempunyai keterampilan yang menarik dari segala segi.

Suzy said...

A'skum Abg Aznil...

Ok,that's great.Untuk kebaikkan mereka jugak...
Suzy rase memang mereka memerlukan ceramah2 sebegitu...
Suzy bangga sangat dengan abg aznil...
Walaupun suzy tau abg aznil penat dalam melakukan tugasan harian,sentiase sibuk.
Tapi abg aznil tetap tidak lupe akan insan2 lain yang memerlukan ceramah2 sebegitu...
Abg aznil sudi meluangkan mase untuk mereka...
Abg aznil boleh dijadikan sebagai contoh,bukan saje untuk kanak2 malah juge untuk orang2 dewasa...
U are the best abg aznil :)

SALAM SAYANG DARI,
SUZYLINA...

Adik Lim said...

Selamat berjaya Uncle Aznil...

dr love said...

Ur da best la Paknil.. Dalam kesibukan harian pun dapat meluangkan masa untuk berkongsi ilmu n pengalaman yang ada dalam diri Paknil untuk golongan remaja..

Saya teringin sangat kalu Paknil buat ceramah kat 'private² college' seperti sunway college, segi college n etc!! so that mereka pon dapat menimba ilmu n kongsi pengalaman dgn 'Pengacara No. 1 Malaysia'(Bukan senang tue dapat peluang sebegini rupa) ((:
Ahaks~

Tue pon kalu Paknil tak keberatan la ngan idea saya ni ehh?? Tapi saya bangga dengan pencapaian yang telah Paknil lakukan!! All da bestt!!~ Ur rockk yeah!! Berkat usaha Paknil telah berjaya..Insya-Allah..

XoXo

p/s: Thanks Paknil really appreciate that if u do so.. *thumps up*
((=

amien said...

Salam Pak Nil...

Saya tertarik utk jemput Pak Nil beri motivasi pelajar di SMK Jelai (Felda), Gemas, N9. Mereka ni perlukan suntikan semangat Pak Nil utk melihat masa depan, drpd melepak, ponteng, rempit, dan bercinta. Harap saya dpt berbincang dgn Pak Nil dgn lebih lanjut dlm tempoh terdekat.

Mrs Maznan said...

wah..bestnyer...nape lar zaman i skolah dulu paknil x buat ceramah2 cam gini..rugi nyer! (terase diriku kertu) huhuhu

NieRadiNa said...

camnila aznil nawawi...serba serbi boleh....bila nak ceramah kt sekolah lama saya paknil..sem.men.keb.darul ehsan....

paknil lpas ni paknil ceburi plak bidang perniagaan...cam dr.fazley tu...

★A L A Nღ♥ Më†AL MuSiC³★ said...

PAK NIL PI SEKOLAH SAYA TUH =)
GEMPAK LA PAK NIL KASI CERAMAH =)

hajarina said...

pak nil pg sek lame sy..kenape lah pak nil lmbt dtg..sy dah sbis sek dah...sedih tak dpt jumpe pak nil live lg..insyaAllah nnt kt jumpe live ye pak nil..huhuuhu