Friday, August 8, 2008

Jangan lupa Meet Uncle Aznil

Oleh Farihad Shalla Mahmud/farihad@bharian.com.my

KERJA KERAS: Aznil temui peminat untuk promosi album sulungnya.

INFO: Siri jelajah promosi album Meet Uncle Aznil

  • 9 Ogos jam 4.30 petang di City Square Shopping Mall, Johor Bharu.
  • 30 Ogos di Times Square, First World Plaza Genting Highlands untuk majlis pelancaran album Aznil berserta persembahan countdown sempena perayaan kemerdekaan yang ke 51 tahun.

MEET UNCLE AZNIL

Jelajah seluruh negara promosi album sulung, jumpa peminat
KALAU disebut MUH, pasti akronim itu akan mengingatkan kita kepada kumpulan muzik indie yang semakin meningkat popular iaitu Meet Uncle Hussein. Namun jika akronim MUA yang dilafazkan, pasti ramai yang tertanya-tanya apakah bendanya itu.
Jangan keliru, tiga huruf itu sebenarnya menggambarkan perkataan Meet Uncle Aznil, sebuah lagi projek istimewa yang akan dilaksanakan pengacara nombor satu negara itu.
Menerusi promosi jelajah negara Meet Uncle Aznil, penyampai radio Era ini akan bertemu dengan peminatnya bagi mempromosikan album mini sulungnya yang diberi judul Aznil. Sebagai permulaan, pengacara program Kring!Kring! dan Jangan lupa Lirik ini akan singgah ke lokasi Johor Bahru iaitu di City Square Shopping Mall esok, jam 4.30 petang.
Menurut Aznil, promosi jelajah Meet Uncle Aznil akan lebih mendekatkan dirinya dengan peminat yang selama ini begitu setia menyokong kerjaya seninya.
“Mini album saya yang mengandungi empat buah lagu sudah pun berada di pasaran. Selain tujuan mempromosikan album ini, saya juga ingin bertemu dengan peminat khususnya peminat cilik saya yang berada di selatan tanah air. Untuk sesi ini, saya ingin menjadikan kanak-kanak ini sebagai tetamu kehormat saya. Mereka akan berada di barisan paling hadapan.
“Jadi, kepada semua peminat saya yang berada di selatan, datanglah beramai-ramai ke City Square Shopping Mall jam 4.30 petang kerana saya akan berada di sana untuk menghiburkan anda di sana. Saya akan berada di sana selama lebih kurang satu hingga dua jam. Banyak aktiviti yang akan dijalankan di sana selain berpeluang mendapatkan autograf dan bergambar kenangan dengan saya,” ujar Aznil ketika dihubungi Hip kelmarin.
Kata Aznil lagi, sebagai acara kemuncak, siri promosi Meet Uncle Aznil itu akan berterusan di beberapa buah lokasi lain seperti Kuantan (10 Ogos), Klang, Kuala Lumpur dan kemuncaknya adalah pada 30 Ogos depan di Times Square, First World Plaza Genting Highlands.
“Pada hari itu nanti, saya juga akan melancarkan album ini secara rasmi di hadapan peminat. Dan pada sebelah malamnya pula, saya akan membuat persembahan sekali gus mengadakan countdown sempena sambutan bulan kemerdekaan yang ke-51 tahun pada keesokan harinya,” ujar Aznil dalam nada teruja.
Biarpun jadual hariannya ketat dan terpaksa berkejar ke sana ke mari, namun bagi Aznil perkara itu adalah sesuatu yang menyeronokkan kerana selain melakukan perkara yang amat diminatinya, itu juga menjadi kayu pengukur sejauh mana peminat menyokong kerjaya nyanyiannya.
“Sebelum ini pihak penerbit album saya iaitu KRU ada menyarankan saya untuk tampil dengan sebuah album penuh. Bagaimanapun, saya kurang yakin. Jadi, sebagai langkah permulaan dan untuk menguji pasaran, maka lahirlah album mini ini. Mungkin dari situ saya boleh lihat sejauh mana peminat saya menyukai album saya. Jika sambutan yang diterima menggalakkan, barulah saya berani menghasilkan album penuh,” luah Aznil. Album itu mengandungi empat buah lagu yang terdiri daripada single popularnya seperti Jangan Lekas Marah, Profesor Klon, Teramat Sangat dan sebuah lagu yang pernah dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad, Toyol. Tambah Aznil lagi, dia lebih selesa merakamkan lagu ringan seperti ini kerana irama sebegitu sudah sebati dengan jiwanya serta mudah diterima pendengar.
Selain sibuk dengan undangan pengacaraan serta tugasan harian di konti radio Era, Aznil juga tak menang tangan menerima tawaran untuk mengadakan ceramah motivasi buat pelajar sekolah.
“Penat memanglah penat tapi saya seronok sebab sekurang-kurangnya masa saya terisi dengan kerja yang berfaedah,” katanya mengakhiri perbualan.

18 comments:

Suzy said...

A'skum abg aznil...

Hehehehe,1st of all suzy nak berterima kasih kat abg sebab sudi jawap pertanyaan suzy @ cbox tempoh hari...
Insyallah,kalau ader kesempatan suzy pasti turun ke sane untuk jumpe abg aznil...
Lagipun City Square memang tak jauh dari S'pura ni...
Pulak tu serentak dengan hari kebangsaan sni(S'pura),9 Ogos...
Tak kisahlah,yang pasti suzy teringin sangat2 berjumpe dengan abg aznil live...
Miss & hope to see u there...

SALAM SAYANG DARI,
SUZYLINA :)

nyonyacyber said...

nak jumpa pak nil.. yahooooo.... nanti nak bw my kids jumpa paknil lagik...

Mrs Maznan said...

hi abg nil,
dulu, i penah nampak abg nil kat klcc..tapi segan nak tegur ;P

d_tieah^aznil said...

Fuiyoooooooooo bkn saja Meet Uncle Hussein...... Meet Uncle Aznil ada gak la........ caya la bro.... 18 sampai 21 Ogos xder promosi album ker???????????

atty's said...

paknil mai ler bangi/kajang..
tingin gak nak jumpa

edzlin007 said...

salam paknil. sayangnya pd 30 ogos tu saya ada program sempena kemerdekaan, jd tak dpt pergi ke sana. tp promosi di klang, itu mungkin dapat pergi. cayalah paknil, sekarang promosi album pula ya.

eiLda epaL said...

alahai pakNil...

tak dapaT nak juMpa paKnil kaT city squaRe...walaUpon saya org JB, taPi saya keje di KL..

haraP-haraP dptLah juMpe paKnIl di KL...

bazla said...

smekom uncle aznil..
uncle aznil tak nak promosi album kat sabah ke?:-)

ixora said...

Uncle...knape sabah xde dlm list...
jgn lupe peminat2 Sabah...=)

dilaOHdila said...

Wah schedule pak Nil......
biarpun nampak macam penat tapi Ianya pasti menyeronokkan jugak kan

ratna said...

hi aznil
1st time ni baca blog ni.

anyway, congratulation & good luck kay..

hm.. my daughter tak panggil you pak nill tp uncle aznil.. see yaaa...

Tie said...

Nak tanya..abang aznil ni ada makan apa2 jamu ke.. nampak muda lah..tak padan dgn umur..

leeya^faaznil said...

A'skum..hai pak nil sihat??da mkn blom??first sekali saya nk ucapkan tahniah kepada pak nil..melahirkan album sulung pak nil saya nk pegi beli sekarg nk dengar semua lagu dalam tu..n saya tak sabar nak jumpe pak nil kt times square secara live untuk kali kedue ni..eemm mesti best punye...i se u there..miss u..and we all love u..

Akak said...

Salam ziarah & salam kenal...

My youngest daughter minat sungguk ngan Uncle Aznil nie..

Boleh ke akak nak add link nie keblog akak (minta izin dulu nih)

aNgRiAni said...

waaaa bestnya...datanglaah pomot album kat tawau, sabah...mesti lagi best...
semoga sukses selalu abg aznil :)

faRah said...

lame farah tak jenguk blog paknil..bz ngn class..wah ade jugak meet uncle aznil..
best jugak name nie kan paknil...
ape2 pun hopefully paknil njoy wit ur promotion n take k...
kimslm farah pada key n azlan..

norrasidah said...

aznil

you ni kerja kuat sangat!!

jangan lupa jaga kesihatan juga yea!!!

NieRadiNa said...

ha..ha....meet uncle aznil...

pak nil nati dtg selayang mall lak , k.......