Wednesday, December 17, 2008

PERJALANAN YANG MENDEBARKAN

Sebaik Paknil terima Pasport Haji dan melangkah masuk ke balai berlepas KLIA untukmenunaikan Rukun Islam yang ke5, Paknil mula rasa berdebar. Dah bersedia ke aku ni? Mampu ke aku menerima ujian, dugaan dan cabaran dari Pencipta aku? Sudah penuh ke ilmu pengetahuan buat bekalan ibadah di sana nanti? Alamak, aku pergi sorang pulak tu. Macam mana aku nak hadapi jutaan umat Islam yang berkunjung di sana?
Walaupun aku pernah buat Umrah tapi tak sama sebab ada lagi Rukun Haji dan Wajib Haji yang belum pernah aku buat macam wukuf, mabit dan melontar. Cukup ke bekalan yang aku tinggalkan untuk keluarga di sini? Macam mana kalau aku pergi dan tak kembali lagi ke sisi mereka?
Macam2 yang bermain dikotak fikiran Paknil sebelum berangkat. Akhirnya, Paknil Tawakkal aje dan serahkan aje urusan jemputan Haji ini kepada Allah. Dalam kapalterbang Paknil lebih banyak mentelaah dan berdiam diri serta membaca doa.


8 jam kemudian kapalterbang MAS mendarat di lapangan terbang Haji Jeddah. Dah sedia menanti kumpulan pengurusan Tabung Haji Travel yang cukup cekap. Bayangkan urusan imigresen dapat diuruskan kurang dari 2 jam dan kami terus dibawa ke hotel di Mekah sambil bertalbiah!








Betul macam disangka. Lautan manusia menanti Paknil sebab Paknil adalah antara jemaah terakhir yang tiba. Ketika tiba di Hotel Paknil dapat lihat lautan manusia di hadapan Masjidil Haram. Tua muda, pelbagai saiz dan warna. lelaki dan perempuan. Getar jugak kaki ini. Boleh ke aku melalui jumlah manusia seramai itu? Tapi yang bestnyer...semuanya adalah tetamu Tuhan yang Esa! Dengan tujuan yang satu... menTAWHIDkan NYA! Sesampai Paknil terus kerjakan tawaf dan sa'i Umrah ditemani Mutawif peribadi Paknil. Alhamdulillah. Walaupun ramai orang tapi Tuhan masih bukakan ruang untuk semua orang. Ajaib!





Menjelang hari Wukuf, Paknil banyak menghabiskan masa mengunjungi Masjidil Haram, buat Tawaf sunat dan baca Al-Quran. Tenang betul rasa jiwa membuat ibadah dengan Kaabah di depan mata! Tak terasa waktu berjalan. Ada jugak warga Malaysia yang perasan kehadhiran Paknil tapi begitu sporting memberi ruang buat Paknil beribadah! Terima kasih semua!


Tiba hari Wukuf di Arafah, lagi satu saat getir buat semua Jemaah. Inilah Haji! Kami berihram di hotel sebelum subuh dan naik bas menuju Arafah. Setiba di khemah kami tunaikan solat Subuh dan tidur. Kami keluar awal untuk mengelakkan kesesakan yang dijangka berlaku. Tiba waktu Zohor kami dah mula memberi fokus dengan doa masing-masing. Selesai Khutbah di Arafah, solat Zohor dan solat Asar, masing mula berwirid, berzikir dan berdoa pada Tuhan dibawah langit yang terbuka menjelang waktu Maghrib. Terlalu peribadi untuk Paknil ceritakan detik ini. Memang pengalaman yang magis dan tidak pernah Paknil rasakan dan fikirkan. (Maaf Paknil tidak dapat paparkan gambar di Arafah sebab terlalu peribadi)

Selesai wukuf di Arafah, sepatutnya kami berada di bumi Mudzalifah untuk mengutip batu, tetapi disebabkan keadaan yang sangat sesak, pihak pengurusan pakej haji ini membawa kami balik ke Mekah untuk menunaikan Tawaf Haji, Sa'i Haji dan bertahalul.

Alhamdulillah...setiba kami di Mekah, Jemah yang lain masih berada di Mudzalifah, dan kesempatan ini kami ambil untuk menyelesaikan Tawaf Haji, Sa'i Haji dan Bertahlul dengan segera. Dengan jumlah jemaah yang kurang ketika itu, Paknil dapat menyelesaikannya dalam masa kurang dari 2 jam! Lepas tu baru lah kami bergegas ke Mudzalifah semula untuk bermabit dan mencari batu. Ketika ini kesesakan dah berkurangan dan kami kembali semula ke Mekah untuk solat subuh dan sembahyang Hari Raya Aidil Adha selepas itu.



Selepas Zohor pada 11 Zulhijjah, kami bersiap sediapula untuk berangkat ke Mina pula untuk melontar Jamrah Qubra. Dalam perjalanan timbul keinsafan yang teramat apabila tengok bagaimana jemaah negara lain ada yang berjalan kaki, duduk dalam lori kambing, duduk atas bumbung bas dan ada yang ber'camping' di tepi jalan! Paknil rasa pergorbanan Paknil terlalu kecil berbanding mereka yang turut jadi tetamu Allah!


Setiba di Mina menjelang Zohor, Paknil cukup teruja melihat ramai jemaah lalu lalang di depan khemah tempat jemaah pakej Paknil ditempatkan. Macam ada pesta pulak kat tengah jalanraya. Paknil ambil sedikit masa melihat telatah mereka.....


...Dan mereka melihat telatah Paknil!!!!


Kini masa yang dinantikan telah tiba. Tepat pukul 9mlm semua angggota jemaah telah bersedia untuk pergi melontar jamrah Qubra. 7 biji sudah pun ada dalam genggaman. Kami berarak penuh semangat sambil berwirid memuji Illahi. Bangga pun ada jugak sebab tempat melontar kini begitu sistematik dan teratur. Bertingkat pulak tu! Nak tau kenapa? Sebab syarikat pembinaan dari Malaysia yang membuatnya!!!

Bermula dengan hanya melontar 1 jamrah pada hari yang pertama kemudian barulah melontar 3 Jamrah(Jamrah Sughra, Jamrah Wusta dan Jamrah Qubra) pada 2 hari berturut2!

"Dengan nama Allah Tuhan yang Maha Besar, aku melontar kepada Syaitan dan pengikut-pengikutnya"

Paknil paparkan kini aksi2 Paknil ketika melontar pada 3 hari yang berbeza!



Selesai melontar maka berakhirlah kerja2 wajib dan rukun Haji. Alhamdulillah semuanya dapat dijalankan dengan lancar. Terima kasih kepada Tabung Haji Travel yang merangka kesemua perjalanan dengan sistematik. Eh....siapa datang melawat tu? Pak Menteri dan krew TV3 turut singgah ke kemah Paknil. Susah2 aje....sebenarnya Pak Menteri kita ni turut melawat kesemua jemaah haji dari Malaysia! Bagus kan? Dia turut turun padang menyaksikan sendiri susah senang Jemaah haji Malaysia. Sekurang2nya, boleh jugak bagi semangat dan suntik kekuatan pada Jemaah yang uzur.


Rupanya cabaran dan dugaan Tuhan tiada siapa yang tahu. Jeng! Jeng! Jeng! Walaupun kami sudah selesai melontar dan dah selesai buat kerja ibadah Haji namun disyaratkan agar Jemaah yang dah selesai melontar segera meninggalkan bumi Mina sebelum Maghrib pada hari yang terakhir. Kami memang dah bersedia sejak selepas subuh lagi untuk keluar dari bumi Mina. Namun, Tuhan lebih berkuasa. Bas yang sepatutnya mengangkut kami terkandas dalam kesesakan lalulintas yang cukup hebat. Kami menunggu bas sehingga selepas Asar! Bas tak muncul2 jugak. Bukan kami saja tapi ramai lagi yang terkandas! Akhirnya kami mengambil keputusan untuk BERJALAN KAKI dari Mina ke Mekah sebelum Maghrib menjelma. Kalau tidak...kami terpaksa bermalam lagi di Mina dan melontar semula! Wah! Inilah cabaran yang paling getir. Kami berjalan kaki 7 kilometer jauhnya!


Dan sesekali menumpang bas..hehehe

Kami tiba di Masjidil Haram tepat2 waktu solat Maghrib! Aduh...dapat jugak kami selesaikan kerja ibadah ini. Tuhan Maha adil...dalam kesenangan beribadah itu diuji juga kami dengan sedikit kesempitan. Alhamdulillah, dapat kami lalui dengan tenang.

Keesokan harinya adalah hari yang amat menyedihkan apabila kami sudah terpaksa meninggalkan kota Mekah untuk ke Madinah pula. Setiap yang berkunjung ke kota Mekah disyaratkan untuk membuat Tawaf Selamat Tinggal kepada Baitullah. Kami sempurnakan Tawaf Wida' itu sebelum Subuh. Allahu Akbar, ramainya umat yang bersama kami ketika itu. Menitis airmata Paknil meninggalkan Masjidil Haram dan Tanah Suci Mekah. Inilah antara gambar kenangan Selamat Tinggal Rumah Allah yang Paknil rakam dari atas bumbung Masjidil Haram. Terima kasih kepada Mutawif peribadi Paknil, Ustaz Fauzi sebab menjaga dan membimbing Paknil.


Dan entah bila berkunjung lagi.....

50 comments:

anne said...

Abang Aznil, terima kasih sangat2 for sharing this personal experience in your blog.

Seronok baca. Rasa nak baca berkali-kali.

fahmi said...

assalamualaikum...
bagus isi post abang ni.. tahniah & semoga mendapat haji mabrur...
post ini membuatkan saya bersemangat untuk menunaikan haji pd masa akan dtg..
terima kasih

eiman@nurizan said...

kisah perjalanan yang menarik untuk dikongsi bersama2 blogger lain..

cikgu zainab said...

Haji, paparan yang sentiasa menarik minat saya - cerita orang ke Mekah & Madinah!!

edzlin007 said...

salam paknil.

terima kasih sebab sudi kongsi pengalaman bersama kami sekali dengan gambarnya pula tu. buat saya rasa mahu pergi, tapi lambat lagi kena kumpul duit dahulu.

[-suziey-] said...

assalamualaikum pak nil..
alhamdulillah..nampak semuanya berjalan lancar..thanks for sharing the experience..
semoga diberkati olehNya..;)

Yaniez said...

Pak Nil, seronoknya baca sepanjang perjalanan Pak Nil menunaikan Haji. Buat saya lebih teruja untuk ke sana pada masa akan datang..
Alhamdulillah akhirnya Pak Nil dpt menunaikan Haji sehingga selesai. Semoga Pak Nil mendapat Haji Mabrur. Amin...

maz said...

wah leka betul membaca artikel pak nil ni boleh say bayang kan keadaan dia mcm mana terasa seronok bila baca artikel pak nil ini terima kasih kerana sudi berkongsi pegalaman pak nil di mekah ya......... Thank You so muchhh

GC said...

Salam Singgah,
bila dengar cerita mereka yg telah sempat berkunjung ke rumah ALLAH, terusik jugak hati..bila la aku dapat berkunjung kesana...
insyALLAH.
Terima kasin Paknil kerana berkongsi pengalaman walaupun serba ringkas tapi padat.
Tahniah Paknil, semoga ALLAH sentiasa melindungi Paknil dan keluarga tersayang..amin
;D-GC

my pink diary says... said...

paknil..
semoga pak nil mendapat haji mabrur..
bila lagi laa panggilan saya ke sana..rasa macam seronok dapat melihat dari mata paknil..isk...

Anis Salwati Binti Hj Hamidun said...

Alhamdulillah Haji Pak Nil, seronok rasanya bila dapat baca serba sedikit pengalaman Haji Pak Nil disana.
Doakan pula untuk saya sekeluarga supaya sempat menjadi tetamuNYA, Insyallah!!

faRah said...

salam..
paknil terima kasih sudi berkongsi pngalaman paknil tuk tatapan kami disini....

Fizah said...

salam pak nil..
bila baca sisipan kali ni rasa lain. sayu, syahdu.. rasa pergi ke sana jua..

pak nil, cepat la keudara.. rindu banget dgn pak nil..

fazemy said...

Syahdunya tgk gmbr pak nil kat sana. Kelakar tang tumpang nk naik bas tu. kat mekah sana tak kira kaya miskin kan..sama je smua. Subhanallah. Nape paknil pakai t-shirt kuning tu?curious la pulak.

Zanna_MamaBatrice said...

alhamdulillah
pak nie dah selamat pergi dan balik
selamat menunaikan rukun islam yg ke5
balik dgn sihat...
amin..allah permudahkan segala urusan pak nil di sana
doa2kan giliran kami pula lepas nie yerk pak nil

Cik Faridah Huda said...

Pak Nil...suke sangat tengok gambar-gambar Pak Nil kat sane....

NieRadiNa said...

wah panjangnya coretan paknil ditanah suci..cam jmputan umrah lak..
hmm..tringat lak kat kkak angkat yg mnunaikan haji jgak..cmna plak pjalanan dia kt sna..

sir NIK said...

pemandangan yang sungguh indah sekali..apabila mendapat peluang secara dekat menatap kaabah.. moga abg aznil dirahmati allah swt.. kisah perjalanan yg dipaparkan sangat menarik sekali..saya kalau panjang umur, murah rezeki, ingin juga ke sana...insyallah..

:: p R i n c E s S _ N :: said...

paknil same cm abah N..byk gambar drakam....

anty said...

Salam Paknil...Syukran sebab berkongsi pengalaman ketika berada di tanah suci ...

cHoMeL'z said...

Syukran Pak NiL...
Tetiba rasa mcm sayu jer baca cerita pak nil nih..hhuhuuhu...

Neeza Shahril said...

tak tahan air mata untuk mengalir.. pengalaman mengerjakan haji sememangnya berbeza..
walaupun saya pernah ke Mekah untuk Umrah, mengerjakan haji lebih besar dugaannya...
terima kasih kerana berkongsi dan mengingatkan kami semua kan fitrah kita...

Suzy said...

A'skum Abg Aznil...

Yup,thankz so much sebab sudi share pengalaman Abg Aznil di tanah suci Mekkah...

Really appreciate it...

Insyallah,ada rezeki nanti pasti Abg Aznil dapat pergi ke sana lagi...Suzy doakan...

Suzy percaya di tanah suci Mekkah memang menenangkan...

Setiap insan yang dah pernah ke tanah suci Mekkah,pasti ingin ke sana lagi & lagi...

Oh ya!hampir2 lupa pulak...

Akhirnya Abg Aznil decided to be bolded jugak ehh...

Hehehe,takpe u're still cute with that look...

Cutelah Abg Aznil :)

SALAM SAYANG DARI,
SUZYLINA ;)

dHah611 said...

alhamdulillah...

x bhenti2 dhah bsyukur krn abg aznil dah slamat myumpernakn ibadah hj dsne..

cntik nyer makkah almukarramah n madinah almunawwarah tu yer abg aznil..scenery nyer p0wn sgt222 cntik...

mmg bt0l sgkaan sme fans abg yg abg aznil mmg cute bler botek...hahahh...

x clap dhah abg aznil akn msuk krja pd 22 dis.(klu x clap)..bguslar..bley lar rehat2 bsame kluarge tcinte abg..

len kali klu abg aznil pegi lagi ke sne(insyaALLAH)..abg aznil pegi lar ngn kluarge plak..

p/s;
shukr0n2..c0z abg aznil x lper utk update bl0g nie n share ph0t0 ngn kiterorg..

dhah bley tg0k cmner ke'adan di sner sket2..

klu der lgik gmb0 tuh ltak larh yer....

ur fans here miss u s0 much...

KutiqA said...

hai paknil. camne leh amik gambo kat depan kaabah ek?

Mr_Mrs Fyzal said...

wah.. beshnyer.. biler ler agakyer mase untuk sy.. tahniah n thanx for sharing this xperience

arifRADZI said...

Assalamualaikum..
Abang Aznil, trima kasih krana brkongsi pglmn dgn kami pminat2 anda..
Lps ne bleh la pggil Haji Aznil ya..hehe..

aimienadia said...

Assalamualaikum Pak Nil.
Terima kasih byk2 sbb sudi kongsi cerita Pak Nil di Mekah.
Sebak bila bace kisah2 Pak Nil kat saner.~~
Semoga Pak Nil akan dimurahkan rezeki lagi selepas ini dan semoga mendpt haji mabrur.InsyaAllah~

SYUKRI @ KICUK @ "BULAN PENUH" said...

ADUH... TRINGINNYE NAK PEGI HAJI KT MEKKAH DN MNJADI TETAMU ALLAH S.W.T

bahariah said...

tahniah pak nil.semoga mendapat haji mabrur.INSYAALLAH....

Fazalena said...

salam pak nil..
thank's 4 sharing ur photto witt us..
bila tengok gmbr pak nil,rasa teringin sgt nak menunaikan farhu haji lagi. 1st time liha Kaabah, sayu je rasa n mcm x percaya pula dpt lihat dpn mata sendiri. pak nil nak tanya ckit, gmbr semasa pak nil melontar tu, Ustaz Dr. Juanda kt sebelah pak nil tu ke? kalau tengok sekali imbas, mmg mcm dia...

JaJa said...

Salam,

meremang-remang bulu roma bc pengalaman menunaikan Haji,mcm tergambar setiap ape yg diceritakan.pengalaman menunaikan Umrah bersama keluarga,menggamit rasa utk ke sana lagi.Alhamdulillah,dpt jugak di kongsi bersama yer.

Jazakallah

nEIya_aTIra said...

Salam 'alaik..
tahniah ats ibadah haji yg dikerjakan.kami doakan semoga haji yg Pak Nil laksanakan ini diterima di sisi Allah s.w.t.
Pasal kata2 org mengenai apa yg Pak Nil lakukan ini,biarkan ia berlalu dibawa angin.yg penting,nawaitu kita.hanya siapa yg pernah menjejak kaki di tanah haram shj yg tahu perasaan ketika di sana.& kita akn sentiasa merindu ka'abah,masjidil haram,madinah.doakan rezki saya untuk ke sana lg pd thn ni k..Wassalam..

mas said...

askum pak nil(maaf panggil pak nil)walaupun saya ni cuma muda beberapa tahun je pd pak nil...baca pengalaman pak nil sepanjang berada di tanah suci benar2 membuat sya merasa sebak dan sayu yg teramat sangat...manakan tidak..saya selama ini tidak pernah terlintas lansung utk memasang angan2 mengerjakan rukun islam ke5 ini..dgn kehidupan saya yg setakat ala kadar shj atau erti kata lain kais pagi makn pagi,kais ptg mkn ptg ini membuatkan saya x terlintas lansung utk ke sana..saya takut jika memasang angan2 tersebut akan mmbuatkan saya mati beragan...tp bila saya membaca pengelaman dan melihat gambar2 pak nil sepanjang disana tiba2 saja hati saya di runtun pilu yg teramat sgt..tampa disedari saya tiba2 meraung dan menagis teresak2 yg membuatkan anak2 saya terkejut..tak dapat saya jwb soalan mereka kenapa tiba2 saja saya berkeadaan demikian..sbnrnya pak nil tiba2 sebaik saja lihat foto pak nil,meronta hati saya utk kesana,melakukan sgala amalan sperti yg pak nil lakukan..Ya Allah..berpeluangkah saya pak nil?????doakanlah saya pak nil,agar saya juga bisa menjejak kan kaki ketanah suci walaupun cuma dalam mimpi..amin.....

dalina chempaka said...

Alhamdulillah... dah selamat... Ayah saya pun pegi haji gak dan dah selamat kembali ke tanahair pada 22/12/08. Senoga ALLAH SWT merahmati fardu yang telah dilakukan. Amin

zue_ryn1906 said...

salam...wah,bestnya dapat tngk pic paknil.ntah la ble dpt jejakkan kaki kat sana.

zue_ryn1906 said...

salam.thanks coz sudi sharing pic's kat tanah suci mekah ni.

tiniehaliz said...

assalamualaikom pak nil...

alhamdulilllah pak nil selamat pergi dan selamat kembali..moga moga pak nil mendapat haji mabrur.

Cerita pak nil ni macam saya jugak yang turut pergi..insyallah ada masa dan ketika pasti saya juga akan menjadi tetamu Allah..

Mr.KETAM said...

ALLAHU AKBAR... semoga pakNil di berkati Allah sepanjang hayat..

amin

Cik SeRoJa said...

pak nil,
Alhamdulillah Allah buka pintu hati Pak Nil untuk ke sana..

Alhamdulillah Dia permudahkan segala urusan Pak Nil di sana..

Semoga lepas ni, Pak Nil dpt mengajak generasi muda utk lebih m'dkt kan diri kepada Allah..

& kisah di Tanah Suci membuatkn saya rindu untuk ke sana lagi..

ridzwanhussain said...

Alhamdulillah. Semoga Allah redha dan sentiasa memelihara kita dari kesesatan dan api neraka.

azah said...

aslkm
pakciek, dulu den ado salam ngan pakciek kek alor star dekek hotel villa den suko pakciek naik oji den pun nak pai bilo bosar nanti.semoga alah merahmati kehidupan paknil di masa depan paknil kelak.

Ms_Mui2 said...

bang aznil kiutttt
hehehee

M.U.I.Z said...

suka sgt abg Hj. aznil. .
get my link blog k k k.Huuhu. .
sy nak jugk tgk abg punya view on current issue. . huhu..
post laa kat blog abg aznil pasal current issue . k. .
erm. .
tq la sbb share pasal haji ni degn semua pminat abg haji.
Ni sk8 lagi dah nak jadi legenda pengacara Melayu nih! huhu. .

Aida said...

banyak keindahan yang berlaku ditanah suci mekah.

maha besar Allah dengan ciptaannya.
rindu sangat dengan tanah suci.

Arlina Rosli said...

Hi Abg Aznil. Syahdu sgt baca entry ni.Byk kali sy baca. Esok sy akan menunaikan umrah bersama keluarga dan teman. Sy pernah ke sana 3 thn sudah. Rasa nk pegi lagi. Lepas baca entry ni lagi rasa membuak2 rindu ni. Tq for sharing abg aznil. Saya rasa mcm kenal je abg ni even xpernah kenal. This is my personal blog: arlinarosli.blogspot.com

jie said...

السلام عليكم ورحمت الله ربركاتة
pak nil. tahniah...saya sangat teruja baca pengalaman pak nil di tanah suci..Semoga ada rezeki saya untuk sampai di sana....amin
والسلام

jie said...

السلام عليكم ورحمت الله وبركاته
tahniah pak nil...anda memang the best

sktamanria said...
This comment has been removed by the author.
rayyan said...

Assalammulaikum Pak Nil,

Setelah saya lihat gambar-gambar Pak Nil semasa mengerjakan haji ni... hati saya begitu sayu dan sedih... secara tiba-tiba saya teringat abah saya Hj Rusfan yang meninggal di Madinah semasa mengerjakan Haji yang lalu. Arwah abah saya meninggal 4 Januari 2008. Terasa abah sentiasa disisi.. maaf.. saya tidak dapat meneruskannya.. wasalam...sedih sgt...