Wednesday, May 28, 2008

EKSKLUSIF!!!

CATATAN UJIBAKAT TOM-TOM BAK
KAT SABAH (19 & 20 APRIL)
Seronok betul sebab dah lama pergi KK. Setiba di KK, kitorang dibawa ke Beverly Hotel untuk buat ujibakat. Pukul 8 pagi saya dah ada kat hotel tu dan disambut oleh beberapa orang kanak-kanak dan keluarga mereka yang begitu setia melayan kerenah anak-anak mereka. Alahai...comelnya anak-anak Sabah ni. Ada yang panggil saya Aznil, ada yang panggil saya Uncle, ada yang panggil saya Abang dan ada yang panggil saya Prof Klon!!!
Cukup teruja saya tengok keletah mereka. Ada yang terperanjat dan terbeliak mata tengok saya berdiri depan mereka. Sampai tanya kat mak dia, "Macam mana Uncle Aznil boleh keluar dari TV?" Kelakar kan budak-budak ni.
Biasalah ada yang datang nak menari, menyanyi, berlakon dan ada yang nak datang berborak. Masa sesi ujibakat segmen JOM BORAK sedih gak biler ada yang masuk tapi tak mau cakap aper. Rugi jer dah tunggu dari kul 7 pagi, tapi biler masuk zip mulut. Saya dah buat macam-macam approach agar diorang bukak mulut tapi nak nangis. Sebelum dia nanges, b
iarlah saya hentikan percubaan saya. Lagi pun ramai yang menanti di luar.
Ada yang datang cakap loghat tempatan. Eee gelihati pulak tengok kanak-kanak cakap bahasa daerah di Sabah. Saya cuba jugak nak belajar bila bukak mulut, wajah anak-anak tu jadi berkerut sebab cuba memahami menda yang saya nak bualkan. hehehe...atleast i try!!
Yang best biler ada yang datang dengan baju dan pakaian etnik Sabah! Wah! Saya pulak yang terbeliak biji mata bila diorang menari sumazau dan menyanyi lagu daerah mereka.Saya tak lepas peluang untuk menari bersama. Fun!
Tersentuh hati saya ada yang berlari masuk bilik dan terus mendakap saya. Rasa macam saya ni bukan orang asing bagi mereka. Semasa saya melakukan ujibakat kumpulan muzik, ada yang menghadiahkan saya Seruling yang dibuat sendiri oleh anak kecil itu.Adoi...so sweet! Akan saya abadikan seruling itu bersa
ma koleksi hadiah peminat yang saya simpan.
Ada yang datang dua hari berturut-turut sebab nak yakinkan diri agar terpilih. Mula-mula datang menari dengan kumpulan lagu Latino. Bila datang balik hari kedua dah menari solo pulak dah. Kali ni penampilan lebih dahsyat. Silver dust satu badan u all!!!!
Di luar bilik ujibakat, ada macam karnival pulak! Siap bina pentas dengan pengacara Zoey dan artis AF berkampung. Apa lagi, tak nak balik lah anak-anak uncle tu! Sepanjang dua hari ujibakat di KK seramai 700 kanak-kanak hadir. Dan kalau terpilih, mereka akan diterbangkan ke KL! Tak sabar rasa nak jumpa anak-anak Sabah semua!
(p/s : oops terlupa plak n gelihati gak bila saya paksa drebar kami dengar radio Era. Dia nak dengar radio tempatan. Akhirnya kitorang menang sebab dia dah jadi suka dengar Era. Dia kata, dia taknak dengar radio lain lagi lepas ni....YES!!! Nak tau nama boss Drebar tu aper? SEBELAS! Betul...nama dia SEBELAS! Tak baik tau ketawa)


KAT SARAWAK (26 & 27 APRIL)
Alamak dah minggu kedua keluar KL terlepas lagi buat rancangan Kring2 sebab rancangan LIVE! Takpelah, ALAM ganti lagi eh,,,,tengkiu ALAM!
Kalau kat Kuching, pulak, kitorang bernasib baik sebab dapat 'pemandu pelancong'. Pemandu pelancong tu sebenarnya adalah driver kami. Sekali lagi kami dihiburkan dengan telatah drebar. Nama dia pulakm MALINDO...gabungan nama 2 negara, Malaysia dan Indonesia. Yo yo oo je saya panggil dia abang, rupanya saya lagi tuer dari dier!!! hehe.. Tak merasalah nak jadi muda!
MALINDO ni suker berceriter. Semua ceriter asal usul daerah dan tempat dia tau. Dier jugak perkenalkan kitorang pada tempat makan yang menghidangkan makanan tradisi Sarawak seperti Umai, ayam Pangsoh dan Salunjor! Ha...ternganga mulut korang den
gar. Sedap! Rindu pulak.
Ujibakat diadakan di hotel Grand Continental selama dua hari. Sekali lagi kami diserang oleh kanak di sekitar Kuching tapi ramai jugak yang datang dari Kuching seperti Miri, Sarikei, Samarahan dan Bintulu. Ada yang travel seawal pagi pukul 5 pagi dan travel 5 jam dalam kenderaan. Saya tabik betul dengan ibu bapa mereka yang betul2 melayan keinginan anak2.
Memang banyak bakat yang terserlah di sini. Ada yang menari ala-ala Michael Jackson, bercerita dalam bahasa tempatan, tapi yang bestnyer..kebanyakan kanak2 Sarawak ni tak tahu sebit huruf 'R'. Mereka sebut 'GH'. Kalau perkataan RUMAH, sebutan mereka GHUMAH. Comel kan! Lebih 400 kanak-kanak muncul untuk diujibakat. Ada yang siap dress up dengan pakaian tradisi jugak.Lipstick toksah cakap lah...tak tinggal bagi yang perempuan.
Oklah...nantikan kemunculan mereka di musim baru ANMUM ESSENTIAL TOM TOM BAK di Astro Ceria. SEKARANG NI MUSIM CUTI SEKOLAH RAKAMANNYA DIJALANKAN:

28 & 29 MAY : Rakaman Pukul 2ptg, 4ptg & 8mlm. 30 May Rakaman Pukul 4ptg & 8mlm. 31 May Rakaman Pukul 2ptg, 4ptg & 8mlm. 1 Jun Rakaman Pukul 4ptg & 8 mlm. Tarikh dan Rakaman seterusnya akan saya berikan kemudian. Datanglah ke ASTRO BUKIT JALIL....!!!!

Monday, May 26, 2008

Sila Komen tentang JANGAN LUPA LIRIK!

Halloooo...akhirnya rancangan JANGAN LUPA LIRIK ! telah menemui anda semua pada 25 May 2008 jam 9 malam. Ermm..macam-macam perasaan yang berlegar di fikiran saya tentang penerimaan anda semua kat rancangan ni. Pada yang telah menonton tu diharapkan dapatlah anda memberi komen jujur tentang program ini... : )

Friday, May 23, 2008

Aznil pun sibuk dengan blog
(KOSMO! 22 may 2008 khamis)
SEBELUM terusik dengan celoteh Marilyn yang selembut bayu ni, Marilyn nak ucapkan takziah buat bekas pelajar AF6, Stanly yang baru kehilangan ibunya, Selasa lalu.
Nasib baik jugaklah Stanly tu terkeluar minggu lepas, setidak-tidaknya boleh dia jumpa mak dia yang memang tengah rindukan dia sebelum menghembuskan nafas terakhir. Takziah buat keluarga Stanly.
Marilyn tengah nak tabik spring kat pengacara popular, Aznil Nawawi ni, dalam sibuk-sibuk kat konti Era, rakaman Tom-Tom Bak dan Jangan Lupa Lirik, sempat lagi dia berblog sakan.
Macam-macam cerita yang Aznil tulis dalam blog dia, agaknya Aznil pun tak tahan asyik baca blog orang je. Asyik orang lain sahaja yang boleh mengkritik apa sahaja, Aznil pun nak menulis juga.
Yelah, dia kan dah berpuluh tahun jadi pengacara, mesti banyak cerita ‘belakang tabir’ yang Aznil nak kongsi di alam maya pula. Sempat juga Marilyn layan blog tulisan Aznil tu, memang lain daripada yang lain. Bahasa Aznil pun memang bahasa orang terpelajar. Bukan macam sesetengah selebiriti yang menulis dalam blog tapi guna bahasa kurang sopan. Aznil tak merendahkan martabat diri sendiri dengan bahasa-bahasa macam tu, sebabnya dia insan seni yang bersih jiwa dan raganya.
Eh!Eh! Pasal politik pun dia sentuh juga. Ada cita-cita nak jadi ahli politik ke Pak Nil? Jawapannya, memang layak. Reputasi baik, disayangi dan dihormati oleh jutaan orang menjadikan Aznil berkemampuan mengembangkan kebolehannya di pentas politik pula selepas ni. Kalau nak jengah ke blog berkenaan boleh ke alamat aznilnawawi.blogspot.com
Cakap pasal abang Aznil, dengar cerita, Ahad nanti, Aznil akan kembali ambil alih gagang Kring Kring yang dipinjamkan sementara kat Zainal Alam Kadir. Eloklah tu!
Marilyn: Tahulah Marilyn dah berusia, pakai kain batik, apa salahnya kring kring Marilyn pulak lepas ni, jangan marah, gurau je!

(KOMEN PAKNIL : Terima kasih Marilyn sebab promote blog saya. Cuma tak tahu siapa sebenarnya Marilyn ni. Saya cuba sebaik mungkin untuk memenuhi harapan semua pihak terhadap saya. Saya juga seperti orang lain yang boleh buat kesilapan kalau tak berhati-hati.
Politik? Eh...boleh ker? Entah ler, dulu masa kat UM selalu gak terdedah kepada pidato-pidato politik. Belajar gak Politik Antarabangsa & Tempatan jadi tau gak pasal mende-mende nih cuma...minat tu tak lah. Biarlah saya buat kerja yang saya minat je dalam bidang seni.
Ya...saya akan kembali ke KRING2 ahad ni ni 25hb May ni setelah sibuk dengan urusan ujubakat Tom2 Bak di KK, Kuching, Penang dan KL di samping rakaman Jangan Lupa Lirik! Takut hilang taring pulak buat rancangan nih.....)

Thursday, May 22, 2008

JANGAN COPY GAMBAR NI EH....


Ini lah keadaan dalam kereta tempat duduk belakang kereta Paknil!! Berserabut! Sejak shooting JANGAN LUPA LIRIK kereta ni dah jadi umah!!! Tidur celah-celah baju yang bertimbun. Sempat lagi nak tidur dalam perjalanan lepas Era kul 1pm ke lokasi di Damansara. Adoi...time2 ni pun aku nak bergambar! First time bergambar tak set wambut! Buwuuuuk!!!

Tuesday, May 20, 2008

TERKEZZZZZZUUUUTT!!!!!

Tun Mahathir keluar UMNO
19/05/2008 2:02pm
ALOR STAR 19 Mei _ Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar daripada UMNO.
Menurutnya, surat rasmi mengenainya akan dihantar kepada Setiausaha Agung UMNO secepat mungkin.
Katanya, beliau akan berada di luar UMNO selagi Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memimpin parti itu.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan bertajuk `Kedudukan Orang Melayu Pasca Pilihan Raya Umum Ke-12’ di sini hari ini. - Utusan
(KOMEN PAKNIL : Terkezzzut dengan berita yang sampai ke telinga saya ketika sedang sibuk bertugas di konti Era. Ramai yang telefon dan bagi pendapat pasal ini di udara tapi, saya kata biarlah radio Era ambil tindakan bertenang dari meributkan lagi keadaan.
Saya sendiri rasa perkara ni adalah sesuatu yang sedih. Saya sentiasa sokong terhadap siapa sahaja yang memimpin negara kerana bagi saya apa yang dilakukan oleh pemimpin adalah untuk kebaikan negara. Mana ada pemimpin yang ingin menjatuhkan bangsa cuma mungkin Ideologinya saja yang berbeza.
Semua pemimpin pakar dalam bidang masing-masing dan arif mengenai padang permainan mereka itu yang sudah menjadi biasa bagi mereka. Saya percaya krisis ini mesti ada penyelesaiannya. Saya yakin tiada siapa yang nak gadaikan bangsa untuk menegakkan hak pribadi. Di situ ironinya! Bila kita tahu tujuan mereka bertelagah adalah untuk benda yang sama....menegakkan bangsa.
DAP ke...PKR ke...UMNO ke...MIC ke...MCA ke....PAS ke....sanggup ke tengok negara jahanam? Tak kan! Dengan kepercayaan itu, saya rasa kita masih boleh percaya krisis politik boleh diselesaikan. Kita telah masuk ke era politik yang matang dan kita terdedah kepada pelbagai ideologi politik dan fahaman. Yang berkiblatkan AS ada, yang berkiblatkan China ada, berkiblatkan Jepun ada, Russia pun ada. Tak kisah lah tapi rakyat pasti maukan politik yang bertunjangkan cara dan gaya hidup orang kita. BERMESYUWARAH adalah cara kita! Berbudi bahasa adalah cara kita! Sebab kita hidup dengan pepatah. Semaju-maju kita sehingga hampir maju dengan kemajuan Barat namun kemajuan kita BERHEMAH! Kita ada pepatah orang tua yang kita pegang zaman berzaman! Nak kita buangkan aje ke pepatah lama tu? Dah tak relevan ke pesanan moyang kita??
Kata Moyang, 'Kalau menarik rambut di dalam tepung biar berpada supaya rambut tidak putus dan tepung tidak bersepah'. Di Barat tidak ada pepatah itu, MALU kalau kita tidak balik ke jati diri kita untuk menyelesaikan masalah kerana pepatah itu dibuat mengikut acuan kita, oleh orang kita untuk kita. Acuan orang tidak sama dengan diri kita dan tak tentu boleh pakai! Buangkan ego masing-masing dan duduk berbincang. Dato Onn akan menangis melihat ini berlaku. Mat Kilau yang bergadai nyawa akan luluh hati kalau melihat ini berlaku pada bangsanya. Nabi Muhammad SAW akan berdukacita melihat umat seagama tidak meneruskan sunahnya, BERMESYUAWARAH!
Saya YAKIN sangat pemimpin melayu kita akan meletakkan acara menjulang BANGSA DAN AGAMA sebagai agenda pertama mereka. Takut nanti ada ANGKATAN luar yang datang menangguk!
Ingat, sejarah untuk dipelajari. Dah lupa? Bagaimana jatuhnya MELAKA ketangan PORTUGIS yang pada mulanya datang hanya untuk mencari rempah!)

Monday, May 19, 2008

KOMEN PAKNIL PASAL GOSSIP : CAK

CAK: Suntik anu?
(AHAD, 18 MAY 2008)
MACAM-MACAM cerita kelakar yang CAK dengar seminggu dua ini tetapi bagi CAK, ini yang paling lawak dalam kejutan sejarah hiburan Malaysia. Bukan kisah Raja Lawak atau Senario, bukan juga lawak Hamid Gurkha atau AR Badul.
Ini lawak pasal suntik menyuntik. Selama inipun, kisah artis masukkan botoks, kolagen, vitamin C atau plasenta ke muka dan bahagian yang dirasakan tidak cantik, sudah biasa kita dengar.Biarpun mereka tidak mengaku melakukan suntikan, tetapi perubahan wajah mereka cukup untuk bercerita.Bagaimanapun, yang ingin CAK bawakan di sini hari ini juga berkaitan suntik menyuntik. Kalau sebelum ini ramai suntik untuk tegakkan batang hidung dan runcingkan dagu, lain pula yang CAK dengar daripada seseorang kenalan rapat ini.Malah, bukan artis wanita yang terbabit dalam cucuk mencucuk ini, sebaliknya selebriti lelaki popular. Memang popular sebab dia berlakon, mengacara dan kadangkala menyanyi juga. Serba lengkaplah dunia seninya dan bertambah lengkap pakej apabila dia dipercayai menyuntik.Bukan suntik dadah tetapi menurut sumber itu, artis lelaki ini menyuntik ‘anunya’. Bagaimanapun, apa sebab dia suntik anugerah Allah itu tidak CAK pasti sebab sumber hanya beritahu pasal suntik. Puas CAK pujuk supaya dia beritahu.Mana tahu untuk kuatkan ke, kecilkan atau besarkan. Biasalah kita manusia, ramai tak kenal erti puas. CAK pula kurang arif dalam soal menyuntik ‘benda alah’ itu tetapi kata teman sepejabat, ia banyak alasan. Satu daripadanya untuk membesarkan ‘anu’ dan tidak kurang juga yang mengalami ED (mati pucuk).

(KOMEN PAKNIL : Alamak! Dah sampai cerita dalam seluar artis pun dijadikan bahan gossip ni! Hebat wartawan ni sebab cerita macam ni mesti cepat menarik minat pembaca. Saya ada jugak dengar cerita ni pasal boleh suntik Anu. Tak sangka pulak ada artis yang buat. Kan namanya pun artis, macam mana nak sorok muka yang popular tu, orang kenal jugak kan? Sekarang ni nak jalan ke luar negara pun tak boleh rasa tak ada orang kenal sebab orang Malaysia ni kaya-kaya dan ada di merata dunia. Cuma saya rasa biarlah artis itu dengan haknya! Cuma respect sket ar kat artis ni sebab berani buat menda-menda ni. Yelah, kalau tersalah bikin, benda tak rosak di'renovate' nanti takut tak berfungsi pulak. Paraaaaah!)

Saturday, May 17, 2008

INI LAH YANG PAKNIL SIBUKKAN SEKARANG NI!!!!!

EKSKLUSIF!!! EKSKLUSIF!!! EKSKLUSIF!!!

JANGAN LUPA LIRIK!!!!
Itu lah nama rancangan baru saya yang akan menemui anda semua di ASTRO RIA tidak lama lagi. Rancangan ini sebenarnya adalah sebuah rancangan adaptasi rancangan dari barat DONT FORGET THE LYRICS!
Daripada nama rancangan ni aje mungkin ramai dah boleh agak dah kehendak rancangan ni kan? Peserta kena ingat lirik. Macam kalau kita pergi karaoke....kita khusyuk menyanyi sambil membaca lirik yang tertera. Macam tu jugaklah program ni. Siapa saja boleh join n nyanyi bagai nak rak sebab ada lirik disediakan. Cabaran akan bermula apabila tiba masa tengah syok menyanyi, lirik hilang di skrin dan peserta kena sambung dengan lirik yang betul!!!
Adoi! Macam-macam kerenah dan gaya muncul atas pentas, dah nama pun penyanyi amatur!
Saya cuba berikan sisi saya yang berbeza dalam program ini. Jangan harapkan program ini adalah program yang menonjolkan sisi lucu saya. Saya rasa ramai dah tonton kelucuan saya (jika lucu!) di dalam Macam-macam Aznil dan Tom Tom Bak. Tentunya korang semua nak saya hidangkan sesuatu yang berlainan kan?
Saya banyak bermain dengan perasaan gundah peserta untuk mendapatkan lirik yang sebenar. Yelah, hadiah yang ditawarkan bukan kecik anak...RM1 JUTA tu!!!
Masa ini, kita akan lihat dan tahu saper peserta yang datang dengan strateji atau main boh jer! Kita boleh tahu kerekter seseorang peserta. Boleh baca fikiran mereka. Ada yang nampak kental secara fizikal rupanya mempunya hati yang rapuh dan sebaliknya.
Tak sabar kan? Saya sendiri syok melalui proses rakaman. Kalau nak tonton rakaman ini boleh hubungi unit khidmat penonton (TAG UNIT ) di astro talian 03-95436688 bercakap dengan Askrul dan tanyakan bagaimana nak pergi menonton rakaman JANGAN LUPA LIRIK!!! Best!! Rancangan ini akan ditayangkan sehari setelah selesainya Konsert Akhir AF, maknanya pada 25hb Mei....Insyaalah!

Thursday, May 15, 2008

KOMEN PAKNIL PASAL GOSSIP

RUANGAN PAPA GOSSIP, UTUSAN
RABU, 14 MAY 2008
Bintang realiti tunjuk kemaluan
SEDANG Papa asyik menyiapkan kerja Papa yang tiada berkesudahan semalam, tiba-tiba telefon merah buruk Papa berdering.
Dari paparan di skrin, ditulisnya private number. Papa kalau dapat panggilan private number seram sikit. Bukan apa. Takut dapat panggilan yang bukan-bukan dari mereka yang suka mengganggu kehidupan Papa.
Sebaik sahaja Papa ucap hello! kedengaran suara seorang jejaka yang memang Papa kenal.
Rupanya kawan Papa yang cukuplah sekadar Papa gelarkan sebagai Bidin. Papa memang dah kenal lama dengan Bidin sejak dari zaman universiti lagi.
Terkejut juga Bidin telefon Papa. Bukan apa, sejak mendirikan rumah tangga tahun lalu, dia agak menyepikan diri. Dari suaranya, dia begitu marah sekali lalu Papa memintanya bertenang dan ceritakan apa masalahnya.
“Malam Isnin lalu, aku telah menghantar isteri dan anak aku ke lapangan terbang kerana mahu melawat ibunya di Amerika Syarikat. Sebelum pulang, aku sempatlah ke tandas.
“Sebaik sahaja masuk, aku lihat memang tiada sesiapa di sana melainkan hanyalah seorang jejaka yang tidak berambut yang memang pernah aku lihat sebelum ini.
“Fikir punya fikir, barulah aku tahu dia pernah menyertai sebuah program realiti TV.
“Lepas keluar dari tandas, aku ke sinki untuk mencuci tangan dan melihat dia masih di situ tetapi mula memandang semacam pada aku sampai aku berasa tidak selesa. Aku pun buat tak tahu sahajalah.
“Yang buat aku terkejut adalah tiba-tiba dia mengeluarkan ‘anu’nya dan ditunjukkan kepada aku.
“Aku terkejut lalu terus bergegas keluar lari dari tandas itu. Ingatkan orang macho dan handsome sepertinya, nalurinya pada wanita, tetapi rupanya sebaliknya,” begitulah luahan Bidin pada Papa.
Alamak, malunya Papa dengar cerita macam itu. Kalau sudah namanya selebriti, baik-baiklah jaga personaliti.
Jangan hanya kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga.
(KOMEN PAKNIL : Setelah disiasat-siasat, jangan ada pula yang ingat artis itu adalah Mawi eh! Botak tak semestinya Mawi dan setelah disiasat saya juga dapat tahu yang ianya bukan dari rancangan AKADEMI FANTASI. Puuuh! Lega saya bila dapat tau cerita ini tak ada kena mengenau dengan adik-adik saya di AF.
Sebagai mana yang anda semua tahu saya agak bizi sikit minggu ni. Ini pun dah hampir pukul 2 pagi. Baru balik dari recording rancangan baru yang akan diumumkan esok dalam satu sidang akhbar khas. Pagi besok nak kejar ke ERA dulu untuk 10-1 di Era!
Saya singgah sekejap untuk betulkan spekulasi orang ramai. Sekarang tanggung jawab saya dah selesai, saya nak tidur.Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz........................)

Sunday, May 11, 2008

TAK TERBALAS JASANYA - SELAMAT HARI IBU!

Oleh Tengku Khalidah Tengku Bidin/ KOSMO/ 10 Mei 2008


DALAM puisi agungnya, Ke Makam Bonda, Sasterawan Negara Dr. Usman Awang menterjemahkan kasih ibu sebagai kemuncak paling murni dalam darjah kemuliaan insan.
Wanita yang di tangannya ada kasih, di jiwanya ada sayang merupakan anugerah Tuhan paling agung dalam kehidupan seorang insan.

Tiba-tiba kita akan menjadi sebak dan terharu apabila diajak berbicara tentang wanita yang mengandungkan kita selama sembilan bulan sepuluh hari dan menggadaikan nyawa bertarung dengan maut kala melahirkan.

Ditambah dengan jerih dan perih membesarkan anak-anak dengan tangan sendiri, maka wajarlah ada 'syurga' yang mengiringi perjalanan kehidupan seorang wanita.

Dan tentunya bicara tentang ibu serta pengorbanan untuk membesarkan anak-anak, memberi kasih dan sayang adalah hal yang paling indah untuk diperkatakan.

Lalu tidak hairan kenapa ada ceria yang luar biasa terbit dari jiwa personaliti yang seorang ini apabila bercakap soal kasih sayang terhadap wanita bernama Norbaiti Surur.

Benarlah kata pepatah lama, kasih ibu membawa ke syurga dan Norbaiti adalah 'syurga' dunia kepada Aznil.

Berdiri dan megahnya seorang bernama Aznil Nawawi dalam kalendar seni tanah air, hasil sentuhan tangan ibunya.

Aznil percaya doa ibu yang tidak pernah putus buat kesejahteraan dirinya menjadikan dia dan adik-beradik yang lain meraih keberkatan dalam kehidupan.

Aznil yang dikenali adalah makhluk Tuhan yang mempunyai pesona luar biasa sebagai seorang selebriti. Dia bukan sekadar menjadi personaliti yang berjaya di kaca TV tetapi juga dihormati dengan karektor yang unggul dan hebat.

"Tidak ada kata yang boleh saya kaitkan dalam menyatakan rasa terima kasih saya kepada emak. Tak ada perkataan, dan setiap kali bercakap tentang emak saya pasti rasa mahu menangis," luah Aznil.

Di mata Aznil, ibu adalah penawar kepada segala kesakitan dan dia beruntung kerana dengan kasih sayang yang tidak pernah pudar seorang ibu, dia mampu beroleh apa yang menjadi miliknya hari ini.

"Tanpa kasih sayang dan doa emak, saya tak akan berada di tahap seperti sekarang. Sama juga dengan adik beradik yang lain. Segala apa yang ada dalam diri kami hari ini adalah kerana emak," katanya.

Untuk pembaca Kosmo! Aznil catatkan luahan hati untuk ibu tersayang.

Sengaja saya biarkan coretan idea Aznil yang sekejap ber'saya' sekejap ber'aku' ini tidak banyak disunting supaya keasliannya terpelihara.

Apa yang tertulis di helaian ini adalah manifestasi rasa kasih dan sayang Aznil sendiri kepada ibunya, wanita paling istimewa dalam kehidupan. Bacalah...

Jasa yang tidak terbalas

"Emak saya bernama Hajah Norbaiti binti Haji Surur dan berusia 85 tahun. Di usia ini, dia sudah kelihatan terlalu tua. Tetapi kepada saya dia tetap cantik jelita, seperti waktu mudanya. Sebenarnya, terlalu banyak jasa emak dalam membesarkan kami tujuh beradik. Sementelah kami bukan berasal dari keluarga yang senang.

ah kami semasa kami kanak-kanak, bekerja sebagai Penyelia di syarikat pengangkutan awam Sri Jaya yang beroperasi di sekitar Kuala Lumpur. Emak pula adalah suri rumah sepenuh masa. Tak terbalas rasanya jasa emak.


"Emak adalah orang sentiasa cuba menggembirakan hati anak-anak dengan memasak masakan kegemaran anak-anaknya. Kalau ada tujuh adik beradik, seboleh mungkin menu harian yang dimasak sendiri akan bertepatan dengan selera tujuh anaknya yang berbeza-beza.

"Pernah aku merajuk dengan emak kerana tidak memasak makanan kegemaran saya dan tidak mahu bercakap dengan emak. Aku masih kanak-kanak masa itu, dan terlalu manja dengan emak. Emak terasa hati dengan perbuatan aku menyebabkan aku rasa bersalah dan sujud di kakinya meminta ampun.

"Sememangnya itu adalah pengalaman yang tak akan saya lupakan sampai bila-bila kerana kenangan itulah yang menyebabkan aku akan terus menjaga hati ibu sampai kini.
Kenangan di pasar borong.

"Bercakap soal kenangan dengan emak, rasanya kenangan manis adalah semasa saya masih kanak-kanak.

"Mak sering ke pasar membeli barangan harian. Saya mesti akan ikut mak ke pasar untuk tolong bawakan bakul pasar. Mak memang popular di pasar terutama di kalangan peniaga-peniaga. Secara tak langsung saya pun turut jadi popular juga lah.

"Seronoknya ikut mak pergi pasar adalah upah RM1 sehari yang mak berikan. Masa tu dah besar dah upah tu. Tu yang bertambah rajin pergi pasar dengan mak.

"Dek kerana selalu mengekori belakang emak, secara tak langsung sekarang saya juga belajar untuk memilih ikan yang segar, sayur yang elok, bahagian daging yang sesuai dan sebagainya.

"Kini bila dah hidup sendiri, saya tak kekok ke pasar dan tahu cara-cara memilih ikan, sayur, buah, daging dan sebagainya."

Kongsi minat menghias rumah

"Emak saya merupakan seorang yang gemar menghias rumah. Emak akan menanam pokok bunga untuk di jadikan hiasan tangga rumah kami. Emak akan sering mengubah suai kedudukan perabot agar keadaan rumah kami tidak nampak sama setiap masa. Yang pasti, emak menjahit sendiri langsir, sarung kusyen, alas meja dan sebagainya.

"Saya juga gemar menghias rumah dan akan cepat jemu dengan aturan rumah yang sama. Selalunya saya akan menukar kedudukan perabot juga untuk mengelakkan rasa jemu itu.

"Walaupun saya tidak menanam pokok bunga sendiri tapi saya juga gemar menghias rumah dengan pokok-pokok pasu. Saya akan membeli pokok-pokok itu dan memastikan pokok itu di letakkan ditempat yang sesuai kerana menurut ibu saya, pokok-pokok pasu dapat menyejukkan keadaan rumah dan menyegarkan pandangan mata.

Rindu 13 tahun Kini emak dah tua tetapi saya bersyukur dia sihat walafiat. Dan kami tujuh beradik akan bergilir-gilir menjaga emak kerana kami semua sudah berkeluarga.

Sejak pemergian ayah 13 tahun yang lalu, saya tahu emak kesunyian dan merindui ayah, jadi kamilah penghiburnya.

"Bila emak bersama saya kini, saya rasa beruntung sebab emak akan selalu berpesan yang elok-elok sebelum saya keluar bekerja.

"Saya akan mencium tangan dan pipinya sebelum meninggalkannya di rumah bersama pembantu rumah. Saya mahu emak aman dan tenang dalam menghabiskan sisa-sisa kehidupannya.

"Kami adik beradik mahu terus membahagiakan dia kerana bagi kami wang ringgit bukan tuntutan utama emak. Emak hanya mahu bersama kami.

"Mak, Anil sayang Mak. Kami adik beradik akan terus menjaga Mak. Kami sayang Emak!".

Saturday, May 10, 2008

ASSALAMUALAIKUM
MINTAK MAAF SANGAT-SANGAT. MASA BEGITU TERHAD SANGAT UNTUK SAYA BUAT CATATAN UNTUK HARI INI. SEKARANG PUN DAH NAK PUKUL 1 PAGI. BARU BALIK DARI RAPTAI RANCANGAN TERBARU SAYA DI ASTRO RIA YANG AKAN MULA MELALUI PROSES RAKAMAN MULAI ISNIN INI.
BESOK, SABTU DAN AHAD AWAL PAGI LAGI PUKUL 8 SAYA DAH KENA BERADA DI MATIC UNTUK ODISYEN RAKAMAN TOM-TOM BAK. KRING2 TAK DAPAT BUAT LAGI SEBAB KOMITMENT PADA TOM2 BAK SETIAP HUJUNG MINGGU.
NAMUN SAYA TIDAK AKAN BIARKAN BLOG INI TERBENGKALAI DAN TIDAK SAYA SINGGAH LANGSUNG. HARAP SEMUA YANG SINGGAH FAHAM DAN TERIMA KASIH. DOAKAN KESIHATAN SAYA YA....SAYA TAK MAU SAKIT. SAYA NAK KERJA KERJA DAN KERJA.

Thursday, May 8, 2008

KOMEN PAKNIL PASAL GOSSIP SOSEH-SOSEH

Soseh Soseh: Makin seksi selepas rumah tangga goyah (HARIAN METRO : 8 MAY 2008)
APABILA sudah berkeluarga dan bergelar suami atau isteri, penampilan mestilah berubah sesuai dengan status diri yang bukan teruna dan dara lagi. Setidaknya ia dapat mengelak ditempelak lupa diri.
Lalu tidaklah janggal mata kita melihat ada yang mula selesa dengan imej Islamik. Jika tidak bertudung pun, pakaian seksi bukan lagi sudah tidak berkenan di hati. Malah, ada pula yang memilih untuk bersederhana dalam apa jua perkara, bukan saja cara berpakaian, tetapi juga pergaulan.SS tertarik dengan situasi yang berlaku kepada beberapa selebriti tanah air termasuk seorang penyanyi ini. Tidak perlulah SS sebut namanya yang mungkin boleh mengguris perasaan mana-mana pihak. SS juga tidak mahu memberi bayangan orang itu kerana tentu ramai dapat meneka siapa yang empunya diri. Ceritanya begini. Penyanyi wanita ini sudahpun mendirikan rumah tangga. Setahu SSlah, ketika dia masih solo dan selepas berkahwin, dia jarang sekali berpakaian menjolok mata. Lagu-lagu dalam albumnya pula tidak kurang hebatnya. Tetapi sejak timbul cerita yang rumah tangganya bagaikan telur di hujung tanduk, cara dia berpakaian pun semakin berubah. Entahlah susah SS hendak gambarkan. Apa yang dapat SS katakan, pakaiannya semakin tidak senonoh. SS tak tahulah apa yang ingin ditunjuk dan dibuktikan kepada siapa.Sama ada dia datang menghadiri sesi fotografi, membuat persembahan atau ketika ke majlis anugerah, pakaiannya memang tidak manis di pandang mata. Pada SS, penampilan berseluar pendek dipadankan dengan seluar sendat hanya sesuai untuk remaja. Tetapi apabila seorang wanita bergelar isteri memilih pakaian begitu, tidak kena langsung.
Malah, teman SS yang sempat menemubual penyanyi berkenaan turut menyedari perubahan penyanyi itu. Tidak cukup dengan itu, pada satu majlis anugerah baru-baru ini, penyanyi itu memakai gaun terdedah dada sehingga menampakkan lurah payu daranya.
Jika tujuannya untuk memikat semula hati suami, bagi SS cara itu memang tidak sesuai. Di tengah kemelut rumah tangga, dia sepatutnya semakin bijak menjaga diri. Jangan panaskan suasana yang sudah sedia berbahang. Lautan mana tidak bergelora dan bumi mana tidak ditimpa hujan. Inikan pula suami isteri. Harapan SS, artis itu bermuhasahabah diri dan berusaha untuk memperbetulkan semula keadaan semoga rumah tangga kembali aman. Setiap manusia pasti melakukan kesilapan dan masih ada waktu untuk kembali ke pangkal jalan.
(KOMEN PAKNIL : Sorry lambat sket komen Soseh Soseh hari ni sebab sebok melayan anak-anak. Anyway, Saya rasa macam saya tau je kepada siapa cerita ini ditujukan. Sememangnya artis ni saya lihat macam makin berani berpakaian ketat dan seksi. Saya tak pernah ambik pot pada pakaian seseorang artis sebab mungkin dia mempunyai strateji pemasaran untuk dirinya melalui imejnya yang baru. Yelah, lihatkan bakatnya yang besar tapi album tak berapa nak jalan. Jadi, dia mungkin frust gak dan ini mungkin strateginya untuk menarik perhatian orang ramai kepada kerja nyanyiannya.
Suara artis ni memang power tapi sayang populariti pun tak berapa nak jadi. Yelah, sebagai artis yang dah berumahtangga mungkin dia mempunyai had untuk mempromosikan dirinya berbanding dengan artis yang masih bujang. Saya heran kenapa orang kita tak nampak bakat besarnya mungkin kerana dia dah berkahwin. Kita selalu cakap peminat kita dah bijak menyokong artis bukan sebab status diri artis tu dan artis kita kena percaya pada itu.
Kesian artis tu, mana lagi nak menyelamatkan kerjaya nyanyiannya dan pada waktu yang sama nak menyelamatkan perkahwinannya. Kita orang luar tak tau cerita rumahtangga orang, tak payah lah buat andaian. Biarkanlah dia settlekan masalah rumahtangga dia. Tapi kalau berhubung hal dia berpakaian pulak, seharusnya kita bersikap adil pada dia. Janganlah menuding jari pada dia seorang. Tak kisahlah artis tu dah berkahwin ke, bujang ke atau janda dan tak kiralah lelaki ke perempuan, yang silap berpakaian tetap kita tegur.
Di sini saya kurang setuju dengan penulis ini kerana baginya "penampilan berseluar pendek dipadankan dengan seluar sendat hanya sesuai untuk remaja". Bagi saya, kita harus bersikap adil sebab dalam bab berpakaian hukum berpakaian tak membezakan yang remaja dengan yang tua dengan yang janda dengan yang dah berumahtangga. Tak manis tetap tak manis kan. Peminat kita pun dah muak asyik membahaskan cerita artis wanita berpakaian je. Penat dah diorang membebel pasal baju artis kita yang tak cukup kain. Kalau kat Brunei, saya ingat lagi masa saya berada di sana untuk pertunjukan konsert AF, ada badan yang menyelia pakaian artis yang akan membuat persembahan. Artis lelaki pun tidak terkecuali. Jadi semasa kami melakukan raptai, kami terpaksa menayangkan pakaian kami kepada badan terbabit dan jika ada yang tak kena, pakaian itu akan dilarang! Artis kita masih boleh terima undang-undang itu dan akur pada keputusan tersebut. Saya bukan mencadangkan kita wujudkan badan macam tu, tapi artis kita harus ambil iktibar sebelum badan sebegitu ditubuhkan di sini! Artis akan rasa lebih tertekan membuat persembahan dan rasa kebebasan berpakaian mereka makin terhad.
Wah....dah macam membebel kat anak-anak pulak saya ni! Dah tua, macam ni lah jadinya.
Walaubagaimanapun saya setuju dengan penulis, kalau tujuan artis ini untuk memenangi semula hati suaminya dengan berpakaian seksi di khalayak, adalah tidak betul. Bagi saya pula, kalau artis ini bertujuan untuk menunjukkan 'kehandalannya' berpakaian pada suaminya, itu juga salah. Yelah, hati tengah panas dan geram, kadang-kadang kita buat sesuatu untuk menekan perasaan pihak yang lagi satu.
OK lah, korang jangan berenti bagi sokongan pada ruangan ni plak. Baru lah saya bersemangat nak membebel kalau ruangan saya dibaca dan dikomen k? Chow!)

Wednesday, May 7, 2008

KOMEN PAKNIL PASAL GOSSIP SOSEH-SOSEH

Soseh Soseh: Suka kebas barang hotel
(HARIAN METRO : 7 May 2008)
MELIHAT keperibadian artis veteran ini, pasti ramai yang tidak menyangka dia mempunyai minat yang cukup aneh. SS sendiri nak tergelak apabila dimaklumkan artis ini suka mengambil barang perhiasan di hotel untuk dibawa pulang.
Pertama kali perkara ini diberitahu kenalan rapat artis ini, ia seperti susah hendak dipercayai. Bukan apa, kedudukannya sebagai artis berpengalaman yang sudah meraih pelbagai kejayaan dan dihormati ramai, orang pastinya tidak percaya dia akan melakukan perkara sedemikian. Malah jika tidak salah SS, kedudukan kewangan artis veteran ini agak baik memandangkan dia tinggal di rumah besar dan memandu kereta mewah.Kalau setakat barang perhiasan hotel, sudah tentu artis veteran ini mampu membelinya sendiri. Kalau ia tidak dijual di kedai, dengan wang yang 'membukit' di bank, dia mampu mengupah tukang untuk menempah khas barang dihajati.Jelas kenalan rapat itu lagi, dia sendiri hairan apabila artis itu sering melakukan perkara buruk berkenaan terutama apabila dia mendapati barangan hiasan di hotel itu cantik pada pandangan matanya.Kalau setakat barang diambil itu berupa bahan mandian dan kebersihan badan, kenalan rapat artis veteran ini faham kerana ia boleh dijadikan cenderahati.Tapi kalau yang dimasukkan ke dalam begnya adalah sudu dan garpu, tuala atau lebih parah lagi langsir, itu sudah dikira mencuri. SS difahamkan, selalunya orang gajinya akan menjadi pembantu dengan memasukkan segala barangan yang dimahukan ke dalam beg. Takut SS mendengarkan cerita ini. Bukannya apa, takut esok lusa sekiranya pihak pengurusan hotel yang didiami menyedari perlakuan artis veteran ini dan membuat laporan polis, siapa yang akan menanggung malu? Tentulah diri sendiri juga. Nasihat SS, berubahlah sebelum terlambat.
(KOMEN PAKNIL : Alamak artis ni dah KANTOI la pulak. Siapa pulak yang bukak cerita perangai artis veteran ni. Mungkin dia ni memang dah biasa buat kerja ni dari zaman dia tak berkemampuan lagi kot tu sebab terbawa sampai ke tua. Saya sendiri suka simpan barang-barang hotel macam syampoo, conditioner, berus gigi dan lotion. Bukan apa, setiap hotel akan buat packaging yang unik dan menarik, jadi dapatlah saya buat souvenir. Dalam pada tu ada gak orang kita yang buat koleksi dan hobi yang unik mengumpul botol syampoo hotel. Bayangkan saya ada kawan yang kerja dengan syarikat penerbangan dan keliling satu dunia dan tidor kat pelbagai hotel dunia. Dah tentu koleksi dia boleh buat muzium syampoo!!
Saya takde la sebanyak itu, saje simpan kat store kot-kot stok syampoo kat umah tiba-tiba terputus. Kadang2 saya yang sibuk sokmoh ni ter'overlook' stok syampoo, jadi takde lah putus stok...hehehe (malu gak buat pengakuan nih)
Bila baca cerita artis veteran ni, saya rasa kurang bersalah sikit bila tau Artis veteran ni siap rembat langsir hotel. Kelakar tuh! Saya rasa mesti artis ni rambang mata bila masuk bilik hotel dan tak tido malam mencongak nilai harta yang diboleh rembat. Adoi, besar beg kena bawak tuh! Bayangkan keadaan bilik tu bila dia check out, mesti macam cara Kassim Baba kosongkan gua dalam cerita P.Ramlee. Ingat tak?
Mungkin artis tu pun ada hobi kumpul barangan hotel tapi pada skala yang besar kot. Mungkin gak dia nak buat muzium 'barangan' koleksi hotel. Kalau lah hotel buat spot check kat pintu hotel masa artis tu check out, banyak agaknya barangan hotel yang dikirainya. Silap-silap, bath tub pun ada! Alamak...terlebih sudah!
Mulai saat ini, susah lah artis nak check in hotel sebab mereka sentiasa diperhatikan gara-gara cerita macam ni dah tersebar. Saya pun mungkin diperhatikan, dan akan menjadi bahan ketawa pekerja hotel dalam diam, menjadi cerita lawak di kalangan wartawan, menjadi sindiran rakan artis dan menjadi cemuhan orang ramai. Eeee...taknak lah cam tu.
Teringat kawan saya dulu, kalau pergi holiday kat hotel besar mesti bawak beg besar walaupun percutian 2 hari je. Bila sampai umah, dia bangga tunjuk yang dia dah rembat towel, kettle dan comforter!!!!)

Tuesday, May 6, 2008

KOMEN PAKNIL PASAL GOSSIP SOSEH-SOSEH

Soseh Soseh: Artis temberang wartawan
(HARIAN METRO : 6 May 2008)
BARU-baru ini rakan seperjuangan SS ada menemubual seorang artis baru. Pada pertemuan itu bersungguh benar dia bercerita kepada rakan SS kononnya mendapat tawaran berlakon dari sebuah syarikat penerbitan.
Rakan SS tak kisah, kalau betul, baguslah. Ada juga cerita baru untuk ditulis. Tetapi, rupa-rupanya cerita mendapat tawaran berlakon itu temberang belaka. Sebenarnya tawaran berlakon itu milik artis lain dan namanya tidak tersenarai langsung dalam drama itu. Watak yang dikatakan akan diberikan kepadanya, orang lain yang pegang. Malah, rakan SS tahu perkara itu daripada pelakon sebenar yang diberikan watak itu. Betapa rakan SS terkilan dengan sikap artis itu. Menurut rakan SS itu, selepas ini dia tidak mahu melayan artis itu lagi. Katanya cukuplah sekali dia ‘terkena’ dengan orang yang hipokrit seperti itu.Katanya, dia malu kredibiliti penulisannya dipersoalkan. Akui teman SS itu lagi, bukankah lebih baik artis itu bercerita situasi sebenar daripada menipu. Melihatkan reaksi teman ini, SS tahu dia sangat marah. Katanya, selama ini dia tidak pernah buruk sangka pada si artis.Walaupun ramai rakan memintanya berhati-hati dengan si artis itu, tetapi rakan SS tidak ambil pusing. Baginya, sebagai manusia biasa memang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Tetapi apabila sudah terkena batang hidung sendiri, barulah dia tahu kebenaran cakap-cakap orang mengenai artis itu.
Mulai sekarang, rakan SS itu akan bersikap selektif untuk menemubual dengan mana-mana artis terutama artis baru kerana dia tidak mahu pisang berbuah dua kali. SS harap artis itu belajarlah bercakap benar. Ini untuk kebaikan kerjayanya juga.
(KOMEN PAKNIL : Sebenarnya daripada zaman Paknil mula2 bergiat lagi jenis artis gini dah wujud. Entahlah, suka sangat kelentong wartawan. Mungkin dia nak sangat baca beritanya dalam akhbar setiap hari tapi takde bahan berita. Takde filem baru, takde album baru, takde rancangan baru ataupun takde album baru. Akhirnya terpaksa bikin berita sendiri. Yelah, dia mungkin bengang gak kalau artis lain bila bukak mulut je asyik nak cerita projek baru. Artis yang takde projek baru rasa kecil diri. Itu sebabnya Paknil dulu2 rasa kecil diri sangat bila jumpa rakan artis ni asyik cerita baru lepas shooting, baru balik dari oversea ada kerja. Paknil rasa malu pulak bandingkan kerjaya Paknil berbanding artis tu masa tu. Mula saat itu, Paknil tak mau buat artis lain kecil diri dan jarang bercerita pasal projek Paknil yang sedang berjalan dan yang mendatang. Paknil dengan wartawan pun jarang bercerita projek yang belum confirm. Namun, nama pun wartawan, diorang tau je cerita projek terbaru Paknil. Abis2 Paknil bilang, tunggulah, jangan announce lagi sebab they will be the 1st person Paknil akan inform kalau projek menjadi. Nasihat Paknil pada adik-adik artis baru agar jangan kuat propa. Dunia hiburan Malaysia ni kecik je, besok lusa cerita tipu kita dah terbongkar. Mana nak letak muka? Teringat pulak pada kawan artis Paknil yang asyik bagi alasan ada show aje setiap kali ada jemputan makan-makan, atau tiap kali dia nak balik awal, atau dijemput untuk buat kerja amal, atau ketika dijemput buat promosi. Alasan ada show ni terbongkar bila Paknil terserempak dia lepak kat Starbucks Bangsar apabila sebelum tu sibuk nak balik awal dari pelancaran Majlis Anugerah yang dia tidak tercalon. Alasannya, dia tak perlu tersenarai dalam anugerah tu untuk hidup dan bergegas nak balik sebab ada show! Alih2 melepak je kat Starbucks! Paknil selalu ingatkan diri Paknil agar menda ni tak terjadi pada Paknil. Doakan jugak lah agar Paknil tak digelar Artis Propa!)

TENGKIU JOLEE....KLUBBKIDD!!!!

THAT'S WHAT FRENS R FOR!!!!
Tengkiu JoLee sebab tolong promo blog saya! Sebenarnya, JoLee la yang hajar saya bukak blog sebab dia kata, saya boleh bagi pendapat saya sendiri dalam macam2 hal. Memang betul and takade orang nak edit out kecuali diri aku sendiri. Cuma sekarang ni Bizi sket dengan odisyen Tom2 Bak jadi susah sket nak cari masa nak update. Dah lah menaip terkial-kial...hehehe sabor jelah! Anyway yang beri komen, tengkiu eh! nanti Paknil cari tutor blog untuk hebatkan lagi blog nih!