Wednesday, January 28, 2009

KEHILANGAN.....

Assalamualaikum, Apa khabar semua. Paknil harap semuanya sedang bergembira disamping keluarga tercinta. Maklumlah semuanya mengambil kesempatan untuk bersama keluarga sempena dengan cuti Tahun Baru Cina. Istimewa buat yang berbangsa Cina, Selamat Tahun baru Cina diucapkan.. Ye lah masa cuti ni la masanya untuk beramah mesra dengan ahli keluarga yang dah lama tak jumpa dek kesibukan kerja selama ini.
Namun dalam kita berseronok janganlah kita lupa dengan penderitaan orang lain. Hidup kita umpama roda dan dihiasi dengan pelbagai perasaan dan peristiwa. Kita harus mensyukuri apa saja nikmat yang diberikan sementara kita masih bernafas di muka bumi ini. Apa yang berlaku di Palestin menunjukkan betapa bertuahnya kita berada di negara yang serba damai. Sebagai manusia kita hanya mampu membantu untuk meringankan beban yang ditanggung mereka. Inilah resam kehidupan hanya yang kuat akan diuji oleh yang maha esa.
Pada hari Jumaat (23 jan 2009) yang lalu Paknil bersama beberapa orang wakil dari Radio ERA telah meluangkan masa menziarahi mangsa kemalangan di Hospital Sungai Buloh. Beliau adalah adik Nisa Karmila berumur 9 tahun yang mengalami kecederaan seperti melecur dan cedera di tangan kiri setelah terselamat dari tragedi menyayat hati yang menimpa beliau.
Adik Nisa terselamat kerana tercampak dari kereta yang dipandu oleh ibunya. Namun ibunya Allahyarham Siti Sam Maalim serta adiknya Allahyarham Mohd Danish Lokman, maut dalam kejadian di Kilometer 2, Jalan Shah Alam-Puncak Alam. Dilaporkan mangsa gagal mengawal kenderaannya ketika menuruni bukit dan bertembung dengan kenderaan lain lalu kereta yang dipandu meletup dan terbakar. Mereka bertiga dalam perjalanan pulang dari melawat abangnya (Daniel Haziq,12 tahun) yang menerima rawatan di Pusat Rawatan Selangor (SMC) selepas terjatuh dari bas sekolah di sebuah sekolah di Puncak Alam,
Memang tragis apa yang dilalui oleh keluarga ini terutama bapa kepada anak kecil ini iaitu Encik Kamarul Zaman Mohd Yusof. Berita sedih yang menimpa keluarga malang ini telah diperkatakan di dalam salah satu segmen dalam slot RIUH PAGI ERA. Sejurus menerima panggilan dari Puan Lin yang merupakan jiran dan ibu kepada salah seorang pelajar di sekolah yang sama dengan anak mangsa yang melaporkan tentang kejadian menyayat hati tersebut..
Dalam slot RIUH PAGI ERA hari Rabu (21 januari 2009) yang lalu, Kami terpanggil untuk melakukan sesuatu dengan tujuan bagi memulihkan semula semangat keluarga ini. Alhamdulillah melalui panggilan yang diterima rakyat Malaysia sememangnya amat prihatin untuk memberikan sokongan moral.
Ketika di hospital memang jelas terpancar akan kesedihan anak kecil ini yang bagaikan trauma dengan kehilangan insan tersayang yang pernah mereka dampingi sebelum ini. Bayangkan kasih sayang seorang ibu dan isteri...hilai tawa seorang adik dan anak hanya...dipinjamkan dalam jangka waktu yang singkat buat mereka sekeluarga.
Aduhh gugur air mata Paknil pagi itu semasa bertugas mendengar kisah tersebut. Bermacam persoalan yang bermain difikiran. Bayangkan diri kita berada di tempat Encik Kamarul Zaman menerima dugaan yang berlaku dalam sekelip mata. Sebagai seorang bapa juga, Paknil dapat rasakan kesedihan itu.
Demi memberi semangat buat anak-anaknya yang masih memerlukan perhatian beliau, perasaan sedih dan sayu itu langsung diketepikan walaupun ada wajah duka di raut wajahnya. Kedatangan kami pada petang itu semoga memberi suntikan semangat buat keluarga Encik Kamarul Zaman untuk memulakan suatu kehidupan yang baru. Harapan saya semoga beliau lebih tabah kerana kekuatan anak-anaknya adalah dari beliau sendiri.
-Al Fatihah buat Allahyarham Siti Sam Maalim dan Allahyarham Mohd Danish Lokman.-

66 comments:

Hezesuze said...

sedey suze dgr & lihat...alfatiha buat insan yg da pergi...

Su3y said...

A'skum Abg Aznil...

Ye,telahpun Suzy ketahui hal ini terlebih dulu di blog Abg Aznil @ Era...

Al-fatihah pade Allahyarham Siti Sam Maalim dan Allahyarham Mohd Danish Lokman...

Semoga rohnyer sentiase dirahmati & ditempatkan di tempat2 orang yang beriman & soleh/solehah...amin!

Suzy faham perasaan mereka berdua,yang kehilangan ibu yang melahirkan kite kerana Suzy juga melaluinyer sendiri...

Amat perit untuk kite telan,terima hakikat bahawa orang yang paling kite sayangi telah pergi buat selama-lamanyer...

Lagi2 diusia yang begitu kecil lagi,macam Suzy kehilangan arwah mama Suzy sewaktu Suzy berusia 13tahun...

Ketika tu memang tiada tandingan kesedihan hati,tambah lagi pabila melihat insan2 lain berbahagia disamping ibu2 mereka...

Bile Tiba Syawal lah yang paling Suzy rasa teramat sangat kehilangan...

Semoga Allah S.w.t menjadikan Suzy seorang yang tabah dalam merempuhi kehidupan2 harian...amin!

Abg Aznil doakan ye?
Thankz Abg Aznil,u're my inspiration!

SALAM SAYANG DARI,
SUZYLINA ;)

Aerin said...

Assalamualaikum, Uncle Aznil!

Yes, i read at your Era Blog.

Dah baca di blog era Uncle.

Al-fatihah pade Allahyarham Siti Sam Maalim dan Allahyarham Mohd Danish Lokman...

Semoga rohnyer sentiase dirahmati & ditempatkan di tempat2 orang yang beriman & soleh/solehah...amin!

saya tak pernah rasa bagai akak Suzy pernah rasa.

Dan saya juga tak nak berasa seperti itu pada awal 13 tahun dan sebulan.

Kesian mereka berdua.

Doakan mereka berdua agar selamat.
Amin.

Suka sangat ngan Uncle!

Assalamualaikum!

SALAM SYG & HORMAT;
@ERINISHA ;D

anne said...

Sedih betul masa dengar musibah keluarga ni kat Pagi Era last week.
Takziah dan saya doakan Allah memberi kekuatan pada mereka sekeluarga untuk teruskan kehidupan.

Tahniah juga untuk Abg Aznil & Radio Era sebab paparkan berita ni sepanjang pagi. Sekali sekala elok jugak ada topik/isu-isu macam ni.

Edzlin said...

salam paknil.

Takziah kepada en kamarul zaman sekeluarga.

Al Fatihah kepada Allahyarham Siti Sam Maalim dan Allahyarham Mohd Danish Lokman, semoga rohnya dirahmati Allah S.W.T.

CikNur said...

Salam Pak Nil..
Takziah buat En Kamarul atas apa yg berlaku...ajal maut jodoh pertemuan ditangan Tuhan...berat mata memandang berat lagi
bahu yg memikul...agar apa yg Pak Nil lakukan ini sedikit sebanyak dapat menaikkan semangat beliau..al-Fatihah utk isteri dan anak En Kamarul.

Farazila said...

erm...
sudah jatuh ditimpa tangga...
moga Allah memberi kekuatan pada ayah mangsa...

myQza said...

salam Pak Nil..
satu usaha yang baik.. teruskan...

Nad Eusoff said...

sedih bace entry nih
harap keluarga mereka bersabar atas dugaan ni..

Ary said...

saya tinggal di sekitar tempat kejadian..saya hanya melepasi tempat kejadian beberapa minit sebelum kejadian berlaku...takdir tuhan saya hanya melihat kesan kejadian tersebut apabila pulang beberapa jam kemudian..dengan keadaan kenderaan masih berasap..tak terkata sy kerana terkenangkan sekiranya saya lambat kluar beberapa minit...al-fatihah buat mangsa dan takziah sy ucapkan kepada keluarga mereka...

TE-ARE |MOND|™ said...

sedih dgr ttg cite yg b'laku... bagus la sbg radio no 1 negara prihatin dgn apa yg berlaku... tahniah buat era n takziah buat family En Kamarul... Al-Fatihah!!

Diver Mom said...

Salam takziah...

dari www.my-alia.com

faralazyarts ♥ said...

sedih sgt la.. :(

ateh... said...

sedih jugak kan..bersyukur la kite sbb tak da beban mcm tu kat kite..tp korg kaum nurse..seronok la tukan..dpt amik gabar ngn pak nil.satu tahun bercerita.hahahahhaa

Unknown said...

Al-Fatihah...ralat tak dapat ziarah, arwah dikebumikan di Kuala Pilah... moga-moga roh mereka dikalangan orang-orang yang beriman.. KMY..moga-moga tabah hadapi dugaan ini....

Yaniez said...

Salam Pak Nil,

Saya mendengar ERA pagi tu pun turut menangis. Tak tertahan air mata, saya simpati dgn keluarga En. Kamarul.

Apapun saya harap mereka dapat melalui dugaan itu dengan tabah. Amin...

Al-Fatihah buat Allahyarham Siti Sam Maalim dan Allahyarham Mohd Danish Lokman.

SYAbAR said...

Salam Paknil. Saya sanjung amalan murni yang dilakukan anda bersama2 rakan riuh pagi di Era. Inilah yang dinamakan `Paknil sebati di jiwa kanak2'

nacha said...

masa sy dgr suara sebak Paknil kat ERA yg tgh communicate dgn En. Kamarul Zaman sy pun turut jd sayu. semoga beliau sekeluarga tabah menghadapi dugaan dr yg maha Esa. alfatihah...

attyfir said...

sedih sgt tau psl kisah nie..
semoga family arwah tabah..al fatihah

Mohd. Alias bin Demyati said...

Semoga semunya akan terus tabah..

Elynn said...

Al- Fathihah .....

Farie Amrah said...

sedey nyer..
cian adek tu.. dlm usia kecil lg dh kehilangan k.syg ibu.. rie phm coz rie pn pnh kehilangan.. harap adek tu cekal & tabah..

AL-FATIHAH buat Allahyarhamah aunt Siti & allahyarham adek danish..

semoga mereka ditempatkkn dikalangan mukminin yg soleh & solehah..
aminn..

Darling Pya said...

sedey nye
saya yg kehilangan ayah pun sedih yg teramat apatah lg la if kehilangan dua org sekali gus

Al Fatihah utk Allahyarham Siti Sam Maalim dan Allahyarham Mohd Danish Lokman

semoga roh kedua2 nye di tempat kan di kalangan orang yg beriman..Amin

Faizal n Fashitah said...

Innalillah Hi wa Inna Ilaihi Roji'un..

Alfatihah buat Allahyarham Siti Sam Maalim dan Allahyarham Mohd Danish Lokman, semoga roh mereka dirahmati & ditempatkan di tempat2 orang yang beriman & soleh. amin.

Anonymous said...

Al Fatihah buat rohnye..sedih la baca kisah adik tu pak nil.Semoga adik Nisa tabah melalui hari2 mendatang.

G'Zain said...

Abg Aznil,
Sedih dengo cite depa nih. And wa bangga Abg bukan aje kreatif tapi pantas. Congrats..

ErDa EiDa said...

salam paknil..

paknil lamanya tak singgah update blog..paknil bz yek..

aritu tgk dh brita kt gala tv..hmm..sya tumpang sdih dgn brita yg mnyayat hati tu..
dlm usia 9 thn dh trpaksa blajar mnerima knyataan ibu sndri dh tiada lg didunia ini..

kalo kita sndri yg khilangan ibu atau ahli kluarga mcmmanala agaknya..boleh atau tidak tpaksala kita mnerima knyataan yg satu hari nati kita smua juga akan 'pergi'...

Unknown said...

~Al Fatihah buat Allahyarham Siti Sam Maalim dan Allahyarham Mohd Danish Lokman~

sedey bla dgr tntg hal nie...p smoga roh2 mrka dtmptkn dcc ALLAH n dkt ngn org2 yg brimn....

so,4 pak nil wlaupn bz ngn kerja p ade gk ms luangkn tuk mrka brdua n mnunjkkn pak nil seorg yg prihatin...

moga2 pak nil akn lbey success lam hdop...

Azah Rahaman said...

Al Fatihah.....

Buat adik nisa banyakkan bersabar dan redha menghadapi dugaan....
mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini,

buat uncle aznil moga2 sukses slalu!!!! amin


FROM UR FAN,
CT NOR AZAH,
duk KELANTN

faralazyarts ♥ said...

http://mforum4.cari.com.my/forumdisplay.php?fid=30

mummysyafie said...

Al Fatihah..

semoga keluarga mangsa tabah dalam mengharungi dugaan

cik_ah82 said...

i luv u la pak nil!keep it up!

Dance Lil Sista said...

takziah buat keluarga en kamarul zaman sekeluarga

myesigadistwinkle said...

smoge mreka lbh tabah..

Al fatihah utk Allahyarham Siti Sam Maalim dan Mohd Danish Lokman..

smoge rohnye d tmptkn d tmpt org2 yg beriman..amin...

raininghell said...

ape yang berlaku kita hanya redha..Al -Fatihah

adifaizal said...

Alfatihah untuk semua.

FarEastNajmi said...

Allah maha penyayang..Setiap yang berlaku ada hikmahnya...Kematian suatu ujian ..bagi insan yang berfikir..

Siti Farida said...

Alfatihah..

ct_saggie said...

wah byknyer komen utk pak aznil
salam pak aznil
ct ada bc blog ni and kisah ni..
erm..sedih...kita harus bersyukur dgn apa yang kita rasai dan nimati kini

NuriY said...

Saya dgr ulangan slot tu wktu kt HUKM nk pegi lawat kwn saya. Sebak betul saya dgr. Lagi2 saya b'ada di hospital. Apa2pun, takziah kepada keluarga mangsa dan semoga tabah.

Madam Casper said...

sedih la pak nil....

PUTERI SANTUBONG said...

salamz takziah..al-fatihah...

Laila Neeja said...

Al Fatihah dan doa mengiringi yang dah 'pergi'. Buat yang kehilangan... teruskan kehidupan dan tabahkan hati...

ZZ sendiri telah kehilangan mama yang disayangi ketika ZZ berumur 8 tahun lagi... Memang bukan senang melupakan kisah pahit... Jadikan kenangan itu sebagai warna-warni kehidupan... Tabah lah..

Su3y said...

A'skum Abg Aznil...

Tahun ni bertambah bz ler Abg Aznil ni yer...

Tapi,takperlah tu smue rezeki kan...

Btw kalau Abg Aznil ader free time sudi2lah visit these 2 blog of us...

1 belongs to adik Aerinisha's...
http://www.aznilanilaple.blogspot.com/

& the other 1 belongs to me,hehehe...
http://www.xanga.com/su3ylina

Hope u like our blogs,there's surprises for u there & i'm sure u'll be proud of it!
(Especially in adik Aerinisha's blog)

SALAM SAYANG DARI,
SUZYLINA ;)

Aerin said...

Assalamualaikum!

tengkiu akk Suzy ;D

PakNil singgah lah kalau ada time.

SALAM SYG & HORMAT;
αєяιηιѕнα

Unknown said...

takziah buat keluarga en kamarul... setiap yang berlaku mesti ada hikmah di sebaliknya... Allah meguji kepada insan yg disayangi...

taniah kepada erra dan pak nil kerana sentiasa perihatin pada isu semasa..

Unknown said...

Wahh blog paknik dpt pujian dari utusan sebagai blog terbaik.. uhuhuh



www.fiq-life.blogspot.com

Haris Khan said...

kenapa abang aznil beza benar dgn azwan ali?

knp dgn azwan ali tu?

die sihat ke?

lily_lavender said...

sama2 kita membantu ..
peace no war

Best2u said...

Salam Pak Nil,
Takziah buat En Kamarul. Apa yang berlaku adalah ketentuan-Nya. Pak Nil lakukan ini sedikit sebanyak dapat menaikkan semangat beliau. Al-Fatihah untuk isteri dan anak En Kamarul.

wafa said...

Assalamulaikum Hj Paknil,

Saya suka content dan tulisan paknil. its shows ur charisma as an educated artist. Teruskan menulis!

wafa09

Aizad Ismail said...

sbb tu la kami suka Pak Nil...
sgt humble..
viva Pak Nil!
:)

sniffa93_aznil4eva said...

salam uncle.

yep sedih ifa baca dan denga kisah ni.

sedekah al-fatihah byk2 wat arwah.

anyway ifa pon fhm persaan dorunk n perasaan kak suzy gak..
coz ifa pon penah rasa kehilangan mak ifa.

apapen tulah khidupan en.

:)

ZaiY said...

salam paknil..
Rasanya baru kali kedua saya masuk blog paknil..
cerita kali betul-betul membuat saya untuk meneliti satu persatu ayat-ayat di dalamnya kerana saya rasa macam pernah dengar nama daniel haziq tu, bila saya tengok gambarnya, ya Allah..adik ni dulu bekas anak murid saya. sedih dan kesiannya saya pada daniel dan keluarganya. saya teringin sangat nak menghubungi daniel untuk memberi kata2 semangat kepadanya. Harapa paknil boleh bagi alamat/emel mereka, tq.

CikYana(",) said...

al-fatihah

Unknown said...

salam pak nil..

1) mulanye nak ucap TAHNIAH kat pak nil sbb dapat pujian dlm kolum SITI JARUM.. saya sokong 200% ttg apa yg ditulis olehnye.. mmg blog pak nil ni blog cerdik dlm segala segi.. :-)

2) ERA baru pak nil. tulisan pak nil dlm HM Ahad.setuju kalo pak nil usahakan semula drama radio..macam best la..

berita sedih ttg ibu yg meninggal sbb accident tu mmg menyayat hati..moga rohnye dicucuri rahmat.. amin..

Moga pak nil terus sukses forever & ever..

malasudin said...

Salam...
Sedih bila baca berita ni,semoga mereka tabah menghadapi dugaan ini.Walau berat mata memandang dah tentu berat lagi mereka yg menanggungnya.
Dr kejauhan ini,hanya doa jua yg dpt kami sekelurga titipkan semoga mereka redha dgn ketentuan-Nya.
Terharu kami dgn sikap keprihatinan seorg Aznil ini.Semoga ia menjadi inspirasi kpd anak2 kami utk sentiasa mempunyai sikap kasih, sayang, simpati dan empati dgn penderitaan org lain serta menjadikan mereka hamba yg lebih bersyukur,insya-Allah.

Salam Perantau,
Azmi,Mala & anak2(Amirul,Naim,Eiman,Hannah Batrisyia)
Chicago,Illinois USA

Yaniez said...

Saya ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Haji Aznil Haji Nawawi diatas pengurniaan Darjah Yang Mulia Mahkota Wilayah Pangkat Keempat Johan Mahkota Wilayah (JMW) oleh Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, sempena Hari Wilayah Persekutuan 2009.

Tahniah... semoga Tuan Haji Aznil Haji Nawawi lebih berjaya dan terus berjaya... =)

eima_iema said...

harap2 kemalngan kat msia nie dpt la dikurangkan..sedih bca paper hari2 psl xcident nie..

E'in said...

aduhaiii sedihnye... mudah2an mereka diberi kekuatan utk menghadapi ujian ni... klu sy belum tentu sy akan kuat.. teruskan usaha Paknil utk mendekati mereka yg dlm kesusahan.. semoga kehadiran Paknil sedikit sebanyak mengurangkan kesedihan mereka..

Datuk zulshaari said...

Salam Pak Nil..
hanya ucapan Takziah buat keluarga En Kamarul....al-Fatihah utk isteri dan anak En Kamarul.. supaya dapat menghadapi dengan penuh kesabaran dan keredhaan..

mulia sungguh hati Pak Nil ni.. meziarahi meraka..

Hana said...

Takziah buat keluarga en kamarul...semoga anak2 tabah menghadapi dugaan ini

dHah611 said...

bacaan al fatihah untuk Allahyarham Siti Sam Maalim dn Allahyarham Mohd Danish Lokman...

mmg ckup myedihkn..

bsarnye dugaan yg ALLAH berikn kpd ayah tsebut.. ALLAH beri dugaan kpd kter..tnda nya yang DIA syg kt kte...

kalau lar dhah kt tmpat ayah tuh..fuhh..x tau lar aper nak jd...
x sanggup rsenye mghaapi ujian itu...

tp..ape2 pown...kte kne redha thadap ktentuan ALLAH..psti ader hikmak di sbalik smua kjadian ini.

hah tau nih dlm surat kabar..bgus lar abg aznil n krew2 era pegi mlwatnye...

mgkin dpt mghilankn sdkit ksedihnye..

smoge r0h mereke bua dlm k'adaan tng n tnteram dsne n dtmpatkn lam klagn 0rg2 yg biman..amin..~~
dhah dgar brite nih pown sdeyh..petah lagi abg aznil yg pegi mlwat anak kcil tuh....

Azah Rahaman said...

takziah n Al-Fatihah

SyifaButik said...

takziah buat keluarga mangsa dan semoga roh mereka d cucuri rahmat..
dlm usia yang masih kecil adik dah kehilangan ibu..sedih sangat...tabah kan hati dik ye..

pRincESs_N said...

sebak ati N pak nil...