Sunday, October 18, 2009

MAJLIS UNTUK ANAK-ANAK PAKNIL

Hari Sabtu lalu Paknil sekali lagi rasa bertuah sebab berkesempatan untuk menjayakan rumah terbuka Astro yang kami panggil Majlis Jalinan Kasih Aidilfitri & Deepavali di Pusat Konvensyen KLCC.
Tetamu kehormat kami hari itu adalah YB Senator Dato’ Seri Shahrizat Jalil yang begitu ‘sporting’ kerana turut melayan tetamu istimewa kami iaitu anak-anak dari rumah kebajikan di sekitar Lembah Kelang.
Anak-anak yang hadir terdiri daripada pelbagai kaum dan kesemua seronok menikmati hidangan, bertemu artis, persembahan pentas dan dapat duit raya lagi!

Ketika itu Paknil tidak mahu langsung menyebut perkataan ‘Anak Yatim’ atau ‘Rumah Kebajikan’ yang sekali gus mewujudkan rasa rendah diri di kalangan mereka. Lagi pun perkataan itu mempunyai konotasi negative yang juga membeza-bezakan anak-anak itu dengan anak-anak yang lain.Biarlah hari raya ini menjadi milik semua anak-anak dan bukan milik anak-anak yang bernasib baik sahaja. Paknil sayang anak-anak semua!

35 comments:

eiLda epaL said...

Salam Paknil...

RasanYa semua orang yang kenal paknil dah sedia maklum bagaimana paknil dengan kanak-kanak...memang dari dulu, paknil lebih senang dengan panggilan 'anak-anak' untuk anak-anak yatim atau rumah kebajikan...

pasti anak-anak ini sangat gembira kerana masih ada insan-insan mulia yang sudi memeriahkan dan menceriakan hidup mereka...

semoga paknil dan juga Astro dapat meneruskan aktiviti-aktiviti seperti ini tidak hanya di musim perayaan sahaja...dan boleh juga buat amal kebajikan seperti di luar Lembah Klang juga...insyaAllah...

joegrimjow said...

bnyaknye anak pak nil

hope u could give them as much as u can give

Miera Amira said...

assalamualaikum and hai pak Nil..
saya amira dari universiti malaya..saya merupakan ketua unit publisiti untuk Projek Pesta Pantun Bestari yang dianjurkan oleh kolej kediaman saya. projek ini melibatkan semua ipta dan ipts di seluruh malaysia dan tahun 2010 merupakan tahun ketiga kolej kami menganjurkan projek ini namun tidak dapat membuat iklan melalui radio. jadi saya ingin mengetahui bagaimankah cara-cara untuk membuat iklan di stesen radio era dan siapakah yang saya perlu hubungi. jikalau pak nil tidak keberatan untuk membantu saya, pak nil boleh menghantar email kpd saya littleblackdress19@yahoo.com..

falcon said...

salam buat pak nil,

semoga pak nil trs sukses.. tidak salah rasanya kita membahgiakan orang lain...

Aerin said...

salam Uncle Aznil.

suka Uncle.. jaga kata2 uncle supaya orang lain tak terkene. Keep it up (:

sniffa93_aznil4eva said...

salam uncle.

bestttttttt lah.

bila ifa leh jumpa uncle eh?
eh bkn jumpa je tp dpt talking2 skali nan uncle..

slalu dpt tgk uncle dr jaoh je...

xkesah yg penting ifa alwayz support apa yg uncle lakukan..

if uncle Happy, ifa lg HappY yep=D

Edzlin said...

salam paknil.

nampak meriah majlis ini. seronok kanak-kanak ini kerana paknil tidak pernah membezakan mereka semua.

Unknown said...

murni sungguh kerja paknil..terima kasih atas tunjuk ajar paknil supaya tidak membahsakan anak yatim di depan mereka..dapat satu input untuk berdakwah dengan orang miskin...lepas ini bolehlah paknil pergi berdakwah dengan orang tua atau orag miskin..peace...

Watierman said...

Salam Aznil..semoga usaha kamu dirahmatinya.....Kamu Insan Istimewa...Satu dalam Sejuta...there is no doubt...there is a special place in everyone's heart...yang mengenali siapa itu Aznil Haji Nawawi!

Teruskan Berbakti...

Shamzie74 said...

Salam buat paknil...
semoga apa yg paknil laku kan akan menjadi contoh pada semua,,,pak nil kat dlm tu nampak cute banget gitewwww.....caiyok..caiyokkk..caiyokkkk.....

Mata Gangsa said...

tahniah pak nil..
semoga program sebegini dapat diteruskan sampai bila2..

Bieaz said...

Salam bgNil..

Yup u rite BgNil..Lebey bek panggil anak2 daripada anak yatim 'o' rumah kebajikan nampak sangat mereka direndah2kan lagipun mereka pun ada perasaan gak..tak nak kehidupan mereka macam tue.Tak kira kita siapa kita semua sama ja tak ada beza.

Suka Bie tengok gambar BgNil dengan 2orang anak kecik tu cumill sangat.

Teruskan kerja2 amal seperti ini BgNil..

MiesSha said...

tingin nak jumpa uncle...bila nak datang kedah...huaaaaaaaaa :p

Mohd. Alias bin Demyati said...

Semoga Pak Nil akan terus sukses dan pastinya Pak Nil akan tetap jadi Pak Nil sampai bila-bila...

azah_rohaizah said...

Terima kasih Tuhan

kerana seorang AZNIL yg Kau anugerah kn...

e-qa said...

tahniah paknil...huhuhuh....saye minat giler gan paknil...ank buah saya setiap hari tunggu citer tom tom bak dan boleh ckp tom tom bak...huhuhu.....ank buah saya baru berumur 1 tahun 9 bulan....

dEeWaN said...

salam paknil... saya syazwina.saya suka tonton tom tom bak.saya suka sikap paknil terhadap kanak2
saya harap sikap ini akan berterusan. saya nak tulis surat tak tahu alamat tapi tumpang blog ibu saya. saya sangat suka paknil. jika dapat saya ingin berjumpa nanti bila ke melaka jangan lupa hebohkan dalam era ya.

Shai said...

Salam, Paknil.. Anak2 saya minat sgt pd Paknil..sya cuma nk tau, mcm mana nak join rakaman TOM TOM BAK..
harap paknil dpt bg info sikit..
Tq..

Darling Pya said...

meriah nye...
syok nye kalau dpt join...

~PakKaramu~ said...

Salam ziarah

FAD ARIFFIN said...

Pak Nil, u look tired lah dalam pics nih. Jaga diri jaga kesihatan ya paknil. Jangan kerja kuat sangat. Badan pun nak kena rehat jugak.

Rickywan said...

Salam Paknil, boleh hubungi sy tak paknil, di bro_rick69@yahoo.com /
www.rickywan.blogspot.com, nanti kita cite panjang....

ABCPlus said...

Masih ada yang sayang...mungkin itulah yang bermain difikiran 'anak-anak' ...walau hanya seketika itulah yang amat bermakna...keikhlasan kita memberi kegembiraan untuk mereka itu akan dikenang dilipatan kehidupan yang berliku...jagalah kesihatan Paknil agar dapat meneruskan usaha sebegini untuk 'anak-anak' yang lain..insyaallah.

Razak Bin Ramli said...

Kebajikan yang kita berikan sementara kita masih bernafas dibumi tuhan ini.Menjadi bekalan kita disana nanti.InsyaAllah.

LaDies 09 said...

wow i like child so muchhh..kesiankn dekat d'org ni x kire la bangsa,negara mana pown..someday in my future saya akn buat khas 1 umah untk ank2 yatim dan d'org di beri pendidikn seperti org2 laen jga...d'org berpeluang nk ambk UPSR.PMR N SPM jgak..insyaAllAH..selaloonya org yg hidup susah ni lbh menghargai ape yg d'org ade berbanding org yg dh biasa hdup senang kn so mybe d'org akan jadi lbh berjaya..klu kte tngk anak2 yatim skrg d'org dpt pendidikn sempurna kalau ade org ambk d'org jd anak angkat je..

..mcm ayah saya ade buka rumah anak yatim jga dan beri pendidikn dkt d'org tp dlm bidang tafiz shja dan jika prestasi baek d;org blh sambung blajo ke mesir,syiria n so all dlm bidang agama tp sygnya x bnyk pusat kebajikn yg memberi peluang begini pada anak2 ini untk membuktikn d'org juga setanding dgn org2 lain..

cikleez said...

Salam Pak Nil....

Baru hari nie terjumpa blog Pak Nil...apa2 pun saya salute kat Pak Nil, dlm sibuk menjalankan tugas, Pak Nil masih lagi dpat meluangkan masa untuk kebajikan...

Semoga Allah memberkati Pak Nil. All da best to you...

P/S: salam dari anak2 saya untuk Pak Nil..peminat TOM-TOM BAK.

AHNSAYANG said...

ASSALAMUALAIKUM....PakNil

saya sentiasa menyokong segala aktiviti murni paknil.semoga paknil senantiasa tergolong di antara insan-insan yang Allah pilih untuk sentiasa dipermudahkan liku-liku hidupnya,serta luas jalan rezekinya.

Amin.

tnysarawak

Mrs Camillo said...

lain kali nak ikut boleh?
nak sangat ikut... :'(

Ogie said...

Salam..Aznil

You memang gerek....anak anak i pun gila habis kat u ni....terutamanya Si Kecik i IRSYAD AMNAN......dah besar nak jadi macam Pak Nil....

Selamat beramal Aznil....semuga Allah melindungi kamu.....Amin...

Su3y said...

A'skum abg aznil...

Wah! untung abg aznil seringkali dapat bersama-sama anak-anak yatim...

Pasti mereka semua sangat gembira dapat bersua muka dengan abg aznil,lebih-lebih lagi kebanyakkan daripada mereka menjadikan abg aznil sebagai idola mereka...

Sekaligus sedikit sebanyak dapat juga abg aznil menceriakan lagi kehidupan-kehidupan harian mereka...

Budi baik abg aznil hanya allah saja yang mampu membalasnya...

Insyallah berkat dari doa anak-anak tersebut,kehidupan abg aznil akan lebih diberkati :)

SALAM SAYANG DARI,
SUZYLINA ;)

Budak Perak said...

Pesanan buat Paknil..
Buatlah amal selagi hayat di kandung badan.

saya terharu dengan support paknil pada anak yatim , jangan lupu usap kepala bebudak tu .. sunah tu..

wasalam..
http://anaksiputeh.blogspot.com/

Erman Muzahar said...

Assalamualaikum Paknil;
Saya Erman, freelnce Graphic Designer.
so anything kalau Paknil atau kawan kawan nak designkan sesuatu atau melibatkan percetakan, bolehla hubungi saya 012-298 5145 atau e mail biodistruct@yahoo.com

juga bolehla visit blog saya untuk view a few of my job.

http://smallofficehomeoffice-soho.blogspot.com/

Antara client saya ialah TUKUL.

TQ paknil.

errr..Paknil, anak saya yang sulung (Fatin Nabilah) betul betul minat semua rancangan Paknil, sampai saya tak dapat nak tengok channel lain, dia dah conquer dah...

Hv a nice day Paknil.

izadora said...

Mata saya yang bermasalah atau...memang Pak Nil yang makin kurus??? Ada masalah ker Pak Nil???? Saya suka lihat gigi Pak Nil bila Pak Nil tersenyum....

comic_fanz said...

Pak Nil.. It's me again.. Pak Nil orang nak tengok drama SI LEMBIK.. even cerita tu dah lama tapi orang minat gile tengok.. n nak tengok lagi..

so please keluarkan lagi.. wat new version ke? or re'tape balik.. turn into cd or dvd kalo tak jual in cd or dvd ar..

sorry ar kaco Pak Nil.. tp still.. please..

tp memang Pak Nil yang buatkan story ni kan.. kang sudah aku plak yang salah orang.. dush.. tapi betolkan.. k ar..

hs said...

|| sokong u comic fanz! paknil..please tayangkan lagi citer si lembik tu!!!