Friday, May 23, 2008

Aznil pun sibuk dengan blog
(KOSMO! 22 may 2008 khamis)
SEBELUM terusik dengan celoteh Marilyn yang selembut bayu ni, Marilyn nak ucapkan takziah buat bekas pelajar AF6, Stanly yang baru kehilangan ibunya, Selasa lalu.
Nasib baik jugaklah Stanly tu terkeluar minggu lepas, setidak-tidaknya boleh dia jumpa mak dia yang memang tengah rindukan dia sebelum menghembuskan nafas terakhir. Takziah buat keluarga Stanly.
Marilyn tengah nak tabik spring kat pengacara popular, Aznil Nawawi ni, dalam sibuk-sibuk kat konti Era, rakaman Tom-Tom Bak dan Jangan Lupa Lirik, sempat lagi dia berblog sakan.
Macam-macam cerita yang Aznil tulis dalam blog dia, agaknya Aznil pun tak tahan asyik baca blog orang je. Asyik orang lain sahaja yang boleh mengkritik apa sahaja, Aznil pun nak menulis juga.
Yelah, dia kan dah berpuluh tahun jadi pengacara, mesti banyak cerita ‘belakang tabir’ yang Aznil nak kongsi di alam maya pula. Sempat juga Marilyn layan blog tulisan Aznil tu, memang lain daripada yang lain. Bahasa Aznil pun memang bahasa orang terpelajar. Bukan macam sesetengah selebiriti yang menulis dalam blog tapi guna bahasa kurang sopan. Aznil tak merendahkan martabat diri sendiri dengan bahasa-bahasa macam tu, sebabnya dia insan seni yang bersih jiwa dan raganya.
Eh!Eh! Pasal politik pun dia sentuh juga. Ada cita-cita nak jadi ahli politik ke Pak Nil? Jawapannya, memang layak. Reputasi baik, disayangi dan dihormati oleh jutaan orang menjadikan Aznil berkemampuan mengembangkan kebolehannya di pentas politik pula selepas ni. Kalau nak jengah ke blog berkenaan boleh ke alamat aznilnawawi.blogspot.com
Cakap pasal abang Aznil, dengar cerita, Ahad nanti, Aznil akan kembali ambil alih gagang Kring Kring yang dipinjamkan sementara kat Zainal Alam Kadir. Eloklah tu!
Marilyn: Tahulah Marilyn dah berusia, pakai kain batik, apa salahnya kring kring Marilyn pulak lepas ni, jangan marah, gurau je!

(KOMEN PAKNIL : Terima kasih Marilyn sebab promote blog saya. Cuma tak tahu siapa sebenarnya Marilyn ni. Saya cuba sebaik mungkin untuk memenuhi harapan semua pihak terhadap saya. Saya juga seperti orang lain yang boleh buat kesilapan kalau tak berhati-hati.
Politik? Eh...boleh ker? Entah ler, dulu masa kat UM selalu gak terdedah kepada pidato-pidato politik. Belajar gak Politik Antarabangsa & Tempatan jadi tau gak pasal mende-mende nih cuma...minat tu tak lah. Biarlah saya buat kerja yang saya minat je dalam bidang seni.
Ya...saya akan kembali ke KRING2 ahad ni ni 25hb May ni setelah sibuk dengan urusan ujubakat Tom2 Bak di KK, Kuching, Penang dan KL di samping rakaman Jangan Lupa Lirik! Takut hilang taring pulak buat rancangan nih.....)

17 comments:

Atikah HM said...

keep up the gud work ayt :)

saya doakan agar paknil sukses selalu~

Abir Abhar said...

pak nil ni..
ade lak mase nk berblog ni..
ngee..
nk tny sket..
sy umo 18 tahun, nk masuk tom tom bak boleh x?
haha..

viruze-ping said...

hye pak nil,saya pemint pak nil..tiap2 hari saya dgr celoteh pak nil kat era.fm..saya dh link blog pak nil di blog sy..kalau rajen singgah la yer..
http://viruze-ping.blogspot.com/

Ib said...

go laRH PAKNIL!!! HUU cam suker ur fresh ideas!keep rockin our world paknil! tiger AUUMM~

floweristachantress said...

ahahahha tak lama lagi abg aznil sure jadik ketagih blogging tau.. so syiokk :D

Unknown said...

kring kring...actually i dah baca dah artikel Marilyn nih pasal abg Nil tapi takpelah i still nak komen gak. Keep it up abg Nil....selagi badan sihat walafiat nih ha kerja kerja kerja....Anyway i miss tom tom bak program and miss ur celoteh also. Ok bang Nil u take care and jgn nakal2 he he he.

ladyinblack said...

Hai Aznil.....velkum prend...into the bloggers worlddd..happy blogging..I am the lady with the BEAR ... geeeeeeee the bear reminds me of you....!!!

Darling Pya said...

pak nil...acu pun tolong promote kn blog pak nil...acu dah add link blog pak nil dlm blog acu...
jemput le singgah http://sephiasayang.blogspot.com

salam perkenalan pd blogger semua

Edzlin said...

hehe, mmg agak suam2 kuku rancangan kring2 sejak paknil takde. alam tu ok je, cuma saya tgk dia tak byk beri tindak balas pd chat@15 tu, tak mcm aznil yg nampak bersungguh layan chatters tu masa kring2

Nis Manis said...

hmmm... sisi lain paknil yg camana agaknye ek?

cant wait for ur new show!!!

:)

Aznil Hj. Nawawi said...

Just nis n da rest...rancangan JLL episode 1 Paknil masih tercari-cari hala tuju cara. Not a good episode to judge. Program ok tapi Paknil tak puas hati. 2nd episode better. Anyway...ENJOYYYY!!!!

sapphire blu said...

hello, are you going to the "Finale" AF6 concert tonight? Love watching you hosting reality shows.

-sapphire blu-

Lady Mephis said...

Welcome to the blogging community.. im beginning to enjoy ur feedbacks n opinions on those articles you had posted. Will be checking out ur blog more mr blogger! Cheerios!

leeya^faaznil said...

assalammualaikum pak nil..sy pown nk ucap takziah kpd stanly..n wat pak nil sy ingin ucapkn all the best kpd pak nil..keje..keje jgk tp jgn lupe kesihatan ptut dijge jgk..gud luck..sy sygg pak nill!!mmuah..hehe

leeya^faaznil said...

assalammualaikum pak nil..eem sy pown nk ucap takziah kepda stanly..ape2pown sy ucapkn all the best buat pak nil..keje..keje jgk tp jgn lupe jge kesihatan tauu..!!!i love uu...

Panglima Perang Cyber said...

setiap orang kena cintakan agamanya walaupun dia tidak kuat sangat mengamalkan agama.

setiap orang perlu cintakan negaranya yang menjadi tanah tumpah darah,air mata,keringat dan harapan semua bangsa.walaupun dia tidak menjadi ahli parti mana mana.

setiap orang perlu menjadi pembela bangsanya sendiri agar megah berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa lain.walaupun tidak pekat 'kemelayuan'nya.

jika kita mencela orang,tentu orang akan cela kita sepuluh kali ganda dari apa yang kita cela. Apatah lagi cela lain bangsa dan agama atau negara.

moga Abang Aznil akan sentiasa kembalikan ingatan kepada pembaca agar memegang amanah sebagai warganegara Malaysia dan menjaganya sampai bila bila....

tq siarkan komen ini...sila datang ke blog saya.

Salam dari Panglima Perang Cyber.

steffy182 said...

camner paknil nie bg masa agaknya ngn blogging, pgacara tv, dj era lg.. salute sama paknil!