Wednesday, May 28, 2008

EKSKLUSIF!!!

CATATAN UJIBAKAT TOM-TOM BAK
KAT SABAH (19 & 20 APRIL)
Seronok betul sebab dah lama pergi KK. Setiba di KK, kitorang dibawa ke Beverly Hotel untuk buat ujibakat. Pukul 8 pagi saya dah ada kat hotel tu dan disambut oleh beberapa orang kanak-kanak dan keluarga mereka yang begitu setia melayan kerenah anak-anak mereka. Alahai...comelnya anak-anak Sabah ni. Ada yang panggil saya Aznil, ada yang panggil saya Uncle, ada yang panggil saya Abang dan ada yang panggil saya Prof Klon!!!
Cukup teruja saya tengok keletah mereka. Ada yang terperanjat dan terbeliak mata tengok saya berdiri depan mereka. Sampai tanya kat mak dia, "Macam mana Uncle Aznil boleh keluar dari TV?" Kelakar kan budak-budak ni.
Biasalah ada yang datang nak menari, menyanyi, berlakon dan ada yang nak datang berborak. Masa sesi ujibakat segmen JOM BORAK sedih gak biler ada yang masuk tapi tak mau cakap aper. Rugi jer dah tunggu dari kul 7 pagi, tapi biler masuk zip mulut. Saya dah buat macam-macam approach agar diorang bukak mulut tapi nak nangis. Sebelum dia nanges, b
iarlah saya hentikan percubaan saya. Lagi pun ramai yang menanti di luar.
Ada yang datang cakap loghat tempatan. Eee gelihati pulak tengok kanak-kanak cakap bahasa daerah di Sabah. Saya cuba jugak nak belajar bila bukak mulut, wajah anak-anak tu jadi berkerut sebab cuba memahami menda yang saya nak bualkan. hehehe...atleast i try!!
Yang best biler ada yang datang dengan baju dan pakaian etnik Sabah! Wah! Saya pulak yang terbeliak biji mata bila diorang menari sumazau dan menyanyi lagu daerah mereka.Saya tak lepas peluang untuk menari bersama. Fun!
Tersentuh hati saya ada yang berlari masuk bilik dan terus mendakap saya. Rasa macam saya ni bukan orang asing bagi mereka. Semasa saya melakukan ujibakat kumpulan muzik, ada yang menghadiahkan saya Seruling yang dibuat sendiri oleh anak kecil itu.Adoi...so sweet! Akan saya abadikan seruling itu bersa
ma koleksi hadiah peminat yang saya simpan.
Ada yang datang dua hari berturut-turut sebab nak yakinkan diri agar terpilih. Mula-mula datang menari dengan kumpulan lagu Latino. Bila datang balik hari kedua dah menari solo pulak dah. Kali ni penampilan lebih dahsyat. Silver dust satu badan u all!!!!
Di luar bilik ujibakat, ada macam karnival pulak! Siap bina pentas dengan pengacara Zoey dan artis AF berkampung. Apa lagi, tak nak balik lah anak-anak uncle tu! Sepanjang dua hari ujibakat di KK seramai 700 kanak-kanak hadir. Dan kalau terpilih, mereka akan diterbangkan ke KL! Tak sabar rasa nak jumpa anak-anak Sabah semua!
(p/s : oops terlupa plak n gelihati gak bila saya paksa drebar kami dengar radio Era. Dia nak dengar radio tempatan. Akhirnya kitorang menang sebab dia dah jadi suka dengar Era. Dia kata, dia taknak dengar radio lain lagi lepas ni....YES!!! Nak tau nama boss Drebar tu aper? SEBELAS! Betul...nama dia SEBELAS! Tak baik tau ketawa)


KAT SARAWAK (26 & 27 APRIL)
Alamak dah minggu kedua keluar KL terlepas lagi buat rancangan Kring2 sebab rancangan LIVE! Takpelah, ALAM ganti lagi eh,,,,tengkiu ALAM!
Kalau kat Kuching, pulak, kitorang bernasib baik sebab dapat 'pemandu pelancong'. Pemandu pelancong tu sebenarnya adalah driver kami. Sekali lagi kami dihiburkan dengan telatah drebar. Nama dia pulakm MALINDO...gabungan nama 2 negara, Malaysia dan Indonesia. Yo yo oo je saya panggil dia abang, rupanya saya lagi tuer dari dier!!! hehe.. Tak merasalah nak jadi muda!
MALINDO ni suker berceriter. Semua ceriter asal usul daerah dan tempat dia tau. Dier jugak perkenalkan kitorang pada tempat makan yang menghidangkan makanan tradisi Sarawak seperti Umai, ayam Pangsoh dan Salunjor! Ha...ternganga mulut korang den
gar. Sedap! Rindu pulak.
Ujibakat diadakan di hotel Grand Continental selama dua hari. Sekali lagi kami diserang oleh kanak di sekitar Kuching tapi ramai jugak yang datang dari Kuching seperti Miri, Sarikei, Samarahan dan Bintulu. Ada yang travel seawal pagi pukul 5 pagi dan travel 5 jam dalam kenderaan. Saya tabik betul dengan ibu bapa mereka yang betul2 melayan keinginan anak2.
Memang banyak bakat yang terserlah di sini. Ada yang menari ala-ala Michael Jackson, bercerita dalam bahasa tempatan, tapi yang bestnyer..kebanyakan kanak2 Sarawak ni tak tahu sebit huruf 'R'. Mereka sebut 'GH'. Kalau perkataan RUMAH, sebutan mereka GHUMAH. Comel kan! Lebih 400 kanak-kanak muncul untuk diujibakat. Ada yang siap dress up dengan pakaian tradisi jugak.Lipstick toksah cakap lah...tak tinggal bagi yang perempuan.
Oklah...nantikan kemunculan mereka di musim baru ANMUM ESSENTIAL TOM TOM BAK di Astro Ceria. SEKARANG NI MUSIM CUTI SEKOLAH RAKAMANNYA DIJALANKAN:

28 & 29 MAY : Rakaman Pukul 2ptg, 4ptg & 8mlm. 30 May Rakaman Pukul 4ptg & 8mlm. 31 May Rakaman Pukul 2ptg, 4ptg & 8mlm. 1 Jun Rakaman Pukul 4ptg & 8 mlm. Tarikh dan Rakaman seterusnya akan saya berikan kemudian. Datanglah ke ASTRO BUKIT JALIL....!!!!

18 comments:

Atikah HM said...

alahai~ meleret-leret senyuman tym baca post abg aznil nih.. mcm best je tym ujibakat tuh..

hehehe~ mesti kiyuuttt bebeno ekk budak2 kat sna tuu.. :)

rasa nak jd budak balik laa supaya dpt pegi ujibakat TTB! heheheh~

all da best ayt~

misznani said...

Pak nil.. first time sy bace blog pak nil... seronok je ek.. sy mesti truskan bc blog paknil lepas ni.. hehe.. happy alwayz k..

mango23 said...

wahhhhhhhhhhhh bestnyerrrrrrrr

heeheeheehee

Edzlin said...

hahahah...thanks tuk laporan tu paknil. klaka lak bila baca... tak sabar nak tgk tom2 bak musim baru ni

MsFigure said...

Pak Nil, bestnyer baca blog ni! And tergezut jugak bila nampak nama my ex-boss (Mr Sebelas) on your blog. BTW, mcm mana org kat Sabah nak join Jangan Lupa Lirik?

All the best!

Unknown said...

Salam Abg Aznil...Ha baru abng Nil tau penangan orang Sabah mcm mana...yelah I pun sabahan gak...Anyway i suka sgt rancangan TTB...i suker tengok gelagat dan kerenah anak2 kecil ini dan jugak gelagat Abg Nil memang sempoi giler..ahaks.Kanak2 nih ibarat kain putih...suci bersih...tak pandai bohong.Kekadang jawapan yg mereka bagi semuanya mengejutkan. Apa2 pun tak sabar nak tengok TTM musim baru dan tak sabar nak tengok Adik Haziqqqq.Ok Abg Nil take care ya.

adha said...

hye pak nil.. baru jumpa blog pak nil ni kat blog member.. now da paste blog pak nil kat blog saya.. boleh ye... selamat maju jaya pak nil.. pak nil besttttttttttt....

faRah said...

family LELA here...
memg best gile dpt tgk rakaman tom tom bak secara live kt studio.
Dan yg plg tak dapat dilupakan bile dapat layanan mcm VIP dari paknil and azlan.Thanks so much atas layanan baik paknil and azlan.

atie said...

salam pak nil....
meriah giler tgk sesi ujibakat tom tom bak....pelbagai gelagat & aksi ada....pak nil yg berada di sana tentu sekali dapat macam2 pengalaman kan...saya tumpang gembira....hiks klau ade masa igt nk bw adik sepupu tgk rakaman tom tom bak
insyaallah (",)

Faizah_Haris said...

wahaii paknilll
selamat datang ke duniaa blog..ihikssss...minat gilerrrss ngan paknill....ada stailllllLAHH...

azah said...

Paknil....
Kerja,kerja juga..jgn lupa jaga kesihatan,jjjjgn lupa juga hubungan dgn TUHAN..
>>>>>>>>>>>>>>> syg Paknil selalu..

Mommy Lily said...

salam pak nill...

seronoknye dgn anak2 semua tu kan..meriah aje nampaknya..

tak sabar nk tunggu anak kita besar nk bawak audition juge...hro ade la lagi rancangan tomtombak 5 tahun lagi...

sastree md nor said...

paknil.saya memang minat kat paknil, paling suke macam2 aznil.harap2 paknil akan terus bblogging k.teringin pulak nak tgk anak2 paknil, itu pun kalo paknil tak bkeberatan.

good luck n all the best.

sapphire blu said...

sapphire nak tumpang tanya. seminggu berapa kali jangan lupa lirik ye! hari ahad dan hari apa? terima kasih.

Edzlin said...

sapphire blu, jangan lupa lirik setiap sabtu dan ahad 9 mlm d astro ria. best gak rancangan ni ya

sapphire blu said...

sapphire blu kepada: edzlin007 thank you so much untuk informasi Jangan Lupa Lirik. Sapphire Blu ingatkan setiap hari Ahad aje. Aduh.. miss last two Saturday punya episode.

apa saja rancangan yang dihoskan oleh Aznil memang best!

Tieah Madian said...

Hahahahahahaha.....lucu gak bc tulisan Abg Aznil tuk TTB @ Sarawak....
> Mmg kat srwk lebih2 lg d kuching, mreka sbt R tu GH.... kt miri x sgt la. Tp kiter xla jati miriek....! Org miri jer.....jati miriek tu len la...
> Naper x singgah kt Miri dulu Abg Aznil??????? dpt kiter bw pegi Marina Bay...mkn seafood...tp Abg Aznil byrla...wawawawawawa.....kt sana bezzzzz sgt.....
> So, mcm mn mknan srwak? Ok x? kiter sendiri blom penah mkn ayam pansoh tue.. bertuah Abg Aznil dpt mkn...
>>>>>>>>>zzzzzzzzzzzzzzz

Anonymous said...

Wahh ! besh nye TTB nih ean !

wni sukee sgt tgok .

hppy ble hadziq n alisha ade dlm rncngn nih !

sgt lincahh dan comel my nephew !