Soseh Soseh: Artis temberang wartawan
(HARIAN METRO : 6 May 2008)
BARU-baru ini rakan seperjuangan SS ada menemubual seorang artis baru. Pada pertemuan itu bersungguh benar dia bercerita kepada rakan SS kononnya mendapat tawaran berlakon dari sebuah syarikat penerbitan.
Rakan SS tak kisah, kalau betul, baguslah. Ada juga cerita baru untuk ditulis. Tetapi, rupa-rupanya cerita mendapat tawaran berlakon itu temberang belaka. Sebenarnya tawaran berlakon itu milik artis lain dan namanya tidak tersenarai langsung dalam drama itu. Watak yang dikatakan akan diberikan kepadanya, orang lain yang pegang. Malah, rakan SS tahu perkara itu daripada pelakon sebenar yang diberikan watak itu. Betapa rakan SS terkilan dengan sikap artis itu. Menurut rakan SS itu, selepas ini dia tidak mahu melayan artis itu lagi. Katanya cukuplah sekali dia ‘terkena’ dengan orang yang hipokrit seperti itu.Katanya, dia malu kredibiliti penulisannya dipersoalkan. Akui teman SS itu lagi, bukankah lebih baik artis itu bercerita situasi sebenar daripada menipu. Melihatkan reaksi teman ini, SS tahu dia sangat marah. Katanya, selama ini dia tidak pernah buruk sangka pada si artis.Walaupun ramai rakan memintanya berhati-hati dengan si artis itu, tetapi rakan SS tidak ambil pusing. Baginya, sebagai manusia biasa memang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Tetapi apabila sudah terkena batang hidung sendiri, barulah dia tahu kebenaran cakap-cakap orang mengenai artis itu.
Mulai sekarang, rakan SS itu akan bersikap selektif untuk menemubual dengan mana-mana artis terutama artis baru kerana dia tidak mahu pisang berbuah dua kali. SS harap artis itu belajarlah bercakap benar. Ini untuk kebaikan kerjayanya juga.
(KOMEN PAKNIL : Sebenarnya daripada zaman Paknil mula2 bergiat lagi jenis artis gini dah wujud. Entahlah, suka sangat kelentong wartawan. Mungkin dia nak sangat baca beritanya dalam akhbar setiap hari tapi takde bahan berita. Takde filem baru, takde album baru, takde rancangan baru ataupun takde album baru. Akhirnya terpaksa bikin berita sendiri. Yelah, dia mungkin bengang gak kalau artis lain bila bukak mulut je asyik nak cerita projek baru. Artis yang takde projek baru rasa kecil diri. Itu sebabnya Paknil dulu2 rasa kecil diri sangat bila jumpa rakan artis ni asyik cerita baru lepas shooting, baru balik dari oversea ada kerja. Paknil rasa malu pulak bandingkan kerjaya Paknil berbanding artis tu masa tu. Mula saat itu, Paknil tak mau buat artis lain kecil diri dan jarang bercerita pasal projek Paknil yang sedang berjalan dan yang mendatang. Paknil dengan wartawan pun jarang bercerita projek yang belum confirm. Namun, nama pun wartawan, diorang tau je cerita projek terbaru Paknil. Abis2 Paknil bilang, tunggulah, jangan announce lagi sebab they will be the 1st person Paknil akan inform kalau projek menjadi. Nasihat Paknil pada adik-adik artis baru agar jangan kuat propa. Dunia hiburan Malaysia ni kecik je, besok lusa cerita tipu kita dah terbongkar. Mana nak letak muka? Teringat pulak pada kawan artis Paknil yang asyik bagi alasan ada show aje setiap kali ada jemputan makan-makan, atau tiap kali dia nak balik awal, atau dijemput untuk buat kerja amal, atau ketika dijemput buat promosi. Alasan ada show ni terbongkar bila Paknil terserempak dia lepak kat Starbucks Bangsar apabila sebelum tu sibuk nak balik awal dari pelancaran Majlis Anugerah yang dia tidak tercalon. Alasannya, dia tak perlu tersenarai dalam anugerah tu untuk hidup dan bergegas nak balik sebab ada show! Alih2 melepak je kat Starbucks! Paknil selalu ingatkan diri Paknil agar menda ni tak terjadi pada Paknil. Doakan jugak lah agar Paknil tak digelar Artis Propa!)
11 comments:
btul tu paknil... sstgh arts mmg cen2... tp paknil x... paknil still the best... Aznil Haji Nawawi No.1....
paknil.. ltak la bite kt metro slasa(6 Mei 08) yg psl kak Engku tu.. kn de komen paknil.. ltaklah... :-)
kpd para blogger... tgk paknil da myuarakn hati paknil da ni... ni pndpt paknil psl artis negara kita... pnjg lebar tu.. ksian paknil pnat mnaip.. da la pnat ngan keje,de mase utk mluangkn masa utk mnaip dlm blog nie demi utk kte sume.. walaupape pon... TIME KACIH SNGT KT PAKNIL... :) x sabar nk jumpa nnt...Insya-Allah...
Dear Aznil, Trimo kasih yo singgah di 'rumah' ambo. Harapan ambo wak ang baco 'posting'tu tercapai juo. Yolah, baiko santiang!!!
KAMI DARIPADA BLOG STACYFRENZ WWW.STACYAF6.BLOGSPOT.COM PUN BANTU PROMO BLOG NIE...KAMI TETAP SOKONG PAKNIL SAMPAI BILA2...BOLE BUAT REQUEST TAK?? PAKNIL KEMBALI SEMULA MC AF, LE???HIKHIK
Assalamualaikum Aznil ...
Actually I memang minat abis ngan you .... tak kira AF ker, Tom Tom Bak ker , MMA ker ... janji Aznil , for sure I will tgk punya (Walaupun TOM TOM BAK tuh dah beratus ratu kali di ulang tayang kat CERIA kaaannnn)
Aznil;
Panggilan PakNil rasanya agak janggal dan ala ala tak match gitu ngan your aura and character ...
Paknil tu sound too old sangat ... and create a different image of you !!!
You are such a lively and Ceria gitu ... perlu ker nak di Pakcik kan??? hehehehhee
Apa apa pun ...
YOU ARE STILL NO 1.
salam...abang aznil..jangan luper lawati laman blog saya di www.riezq.blogspot.com...saya pun tengah mempromokan web abang aznil dalam blog saya di link yang saya sediakan...hope boleh communicate selalu dan jangan luper taruk message box dalam blog abang aznil nie...senang nak chat..nak ambil jer dalam website sayer k....
Wah......Abg Aznil maju setapak lagi...
> Abg Aznil tulis sendiri la dalam blog dia....
> Ha.........sapa2 yg kritik aritu, ingtla...........Abg Aznil mampu nak tulis sendiri blog nie, cuma tiada kesempatan masa......
> Abg Aznil nie bzzzzzzzz tau tak??????? Hangpa nie tau tak????????? Abg Aznil penat.............n penat nak taip2. Terkial - kial katanya...
> Abg Aznil...........ambik saya jadi setiausaha Abg Aznil.........saya akan sentiasa setia n berusaha bersungguh - sungguh dengan menaip sepantas yang boleh.......
> Ahaaaaaaaaaaa.....=)
> Btul ckp Abg Aznil nie....artis2 baru nie x perlu nak jaj kisah yg x betul kat wartawan semata - mata untuk popular....popular sgt ker artis yg d maksudkan itu???????
> Industri hiburan skang nie mmg dah maca, lebih kepada kuantiti bknnya kualiti!!!!!!!!
> Kalau nak jadi artis tue, bagi artis baru, contohilah ABG AZNIL....yg mempunyai pendidikan yg tinggi & berbakat.
> Daripada sumber otak ku ini, aku x penah plak baca kisah murahan Abg Aznil.
> Semua berita tentang Abg Aznil semuanya positif n baik2 jer......ok la tue =)
> Abg AZNIL HJ NAWAWI NO 1 n nobody after you.......
> luvvvvvvvvvvvvv yaaaaaaa
askum pak nil..emm btol jgk kte pak nil..emm komen sy tntg tu mmg sstgh artis mcm 2..tp jgn ler tpu2 org x kire wartawan ke spe..nnt klau terbongkar rahsia 2 bru nk rse malu nk cover diri..emm..klu nk berjye kne usaha bru pekerjaan kte mju..berusaha tgge kejayaan..mcm pak nil..usaha2 dpt kejayaan..name pown ditrime masyarakat..pak nil still the best..pak nil you are no.1..!!!
salam....abg aznil
nak tnya nie..btl ker yg adik haziq dh meninggal atau sekadar khabar angin jer?
Post a Comment