Thursday, May 8, 2008

KOMEN PAKNIL PASAL GOSSIP SOSEH-SOSEH

Soseh Soseh: Makin seksi selepas rumah tangga goyah (HARIAN METRO : 8 MAY 2008)
APABILA sudah berkeluarga dan bergelar suami atau isteri, penampilan mestilah berubah sesuai dengan status diri yang bukan teruna dan dara lagi. Setidaknya ia dapat mengelak ditempelak lupa diri.
Lalu tidaklah janggal mata kita melihat ada yang mula selesa dengan imej Islamik. Jika tidak bertudung pun, pakaian seksi bukan lagi sudah tidak berkenan di hati. Malah, ada pula yang memilih untuk bersederhana dalam apa jua perkara, bukan saja cara berpakaian, tetapi juga pergaulan.SS tertarik dengan situasi yang berlaku kepada beberapa selebriti tanah air termasuk seorang penyanyi ini. Tidak perlulah SS sebut namanya yang mungkin boleh mengguris perasaan mana-mana pihak. SS juga tidak mahu memberi bayangan orang itu kerana tentu ramai dapat meneka siapa yang empunya diri. Ceritanya begini. Penyanyi wanita ini sudahpun mendirikan rumah tangga. Setahu SSlah, ketika dia masih solo dan selepas berkahwin, dia jarang sekali berpakaian menjolok mata. Lagu-lagu dalam albumnya pula tidak kurang hebatnya. Tetapi sejak timbul cerita yang rumah tangganya bagaikan telur di hujung tanduk, cara dia berpakaian pun semakin berubah. Entahlah susah SS hendak gambarkan. Apa yang dapat SS katakan, pakaiannya semakin tidak senonoh. SS tak tahulah apa yang ingin ditunjuk dan dibuktikan kepada siapa.Sama ada dia datang menghadiri sesi fotografi, membuat persembahan atau ketika ke majlis anugerah, pakaiannya memang tidak manis di pandang mata. Pada SS, penampilan berseluar pendek dipadankan dengan seluar sendat hanya sesuai untuk remaja. Tetapi apabila seorang wanita bergelar isteri memilih pakaian begitu, tidak kena langsung.
Malah, teman SS yang sempat menemubual penyanyi berkenaan turut menyedari perubahan penyanyi itu. Tidak cukup dengan itu, pada satu majlis anugerah baru-baru ini, penyanyi itu memakai gaun terdedah dada sehingga menampakkan lurah payu daranya.
Jika tujuannya untuk memikat semula hati suami, bagi SS cara itu memang tidak sesuai. Di tengah kemelut rumah tangga, dia sepatutnya semakin bijak menjaga diri. Jangan panaskan suasana yang sudah sedia berbahang. Lautan mana tidak bergelora dan bumi mana tidak ditimpa hujan. Inikan pula suami isteri. Harapan SS, artis itu bermuhasahabah diri dan berusaha untuk memperbetulkan semula keadaan semoga rumah tangga kembali aman. Setiap manusia pasti melakukan kesilapan dan masih ada waktu untuk kembali ke pangkal jalan.
(KOMEN PAKNIL : Sorry lambat sket komen Soseh Soseh hari ni sebab sebok melayan anak-anak. Anyway, Saya rasa macam saya tau je kepada siapa cerita ini ditujukan. Sememangnya artis ni saya lihat macam makin berani berpakaian ketat dan seksi. Saya tak pernah ambik pot pada pakaian seseorang artis sebab mungkin dia mempunyai strateji pemasaran untuk dirinya melalui imejnya yang baru. Yelah, lihatkan bakatnya yang besar tapi album tak berapa nak jalan. Jadi, dia mungkin frust gak dan ini mungkin strateginya untuk menarik perhatian orang ramai kepada kerja nyanyiannya.
Suara artis ni memang power tapi sayang populariti pun tak berapa nak jadi. Yelah, sebagai artis yang dah berumahtangga mungkin dia mempunyai had untuk mempromosikan dirinya berbanding dengan artis yang masih bujang. Saya heran kenapa orang kita tak nampak bakat besarnya mungkin kerana dia dah berkahwin. Kita selalu cakap peminat kita dah bijak menyokong artis bukan sebab status diri artis tu dan artis kita kena percaya pada itu.
Kesian artis tu, mana lagi nak menyelamatkan kerjaya nyanyiannya dan pada waktu yang sama nak menyelamatkan perkahwinannya. Kita orang luar tak tau cerita rumahtangga orang, tak payah lah buat andaian. Biarkanlah dia settlekan masalah rumahtangga dia. Tapi kalau berhubung hal dia berpakaian pulak, seharusnya kita bersikap adil pada dia. Janganlah menuding jari pada dia seorang. Tak kisahlah artis tu dah berkahwin ke, bujang ke atau janda dan tak kiralah lelaki ke perempuan, yang silap berpakaian tetap kita tegur.
Di sini saya kurang setuju dengan penulis ini kerana baginya "penampilan berseluar pendek dipadankan dengan seluar sendat hanya sesuai untuk remaja". Bagi saya, kita harus bersikap adil sebab dalam bab berpakaian hukum berpakaian tak membezakan yang remaja dengan yang tua dengan yang janda dengan yang dah berumahtangga. Tak manis tetap tak manis kan. Peminat kita pun dah muak asyik membahaskan cerita artis wanita berpakaian je. Penat dah diorang membebel pasal baju artis kita yang tak cukup kain. Kalau kat Brunei, saya ingat lagi masa saya berada di sana untuk pertunjukan konsert AF, ada badan yang menyelia pakaian artis yang akan membuat persembahan. Artis lelaki pun tidak terkecuali. Jadi semasa kami melakukan raptai, kami terpaksa menayangkan pakaian kami kepada badan terbabit dan jika ada yang tak kena, pakaian itu akan dilarang! Artis kita masih boleh terima undang-undang itu dan akur pada keputusan tersebut. Saya bukan mencadangkan kita wujudkan badan macam tu, tapi artis kita harus ambil iktibar sebelum badan sebegitu ditubuhkan di sini! Artis akan rasa lebih tertekan membuat persembahan dan rasa kebebasan berpakaian mereka makin terhad.
Wah....dah macam membebel kat anak-anak pulak saya ni! Dah tua, macam ni lah jadinya.
Walaubagaimanapun saya setuju dengan penulis, kalau tujuan artis ini untuk memenangi semula hati suaminya dengan berpakaian seksi di khalayak, adalah tidak betul. Bagi saya pula, kalau artis ini bertujuan untuk menunjukkan 'kehandalannya' berpakaian pada suaminya, itu juga salah. Yelah, hati tengah panas dan geram, kadang-kadang kita buat sesuatu untuk menekan perasaan pihak yang lagi satu.
OK lah, korang jangan berenti bagi sokongan pada ruangan ni plak. Baru lah saya bersemangat nak membebel kalau ruangan saya dibaca dan dikomen k? Chow!)

10 comments:

Edzlin said...

pd saya, tua ke muda, jgn la pakai seksi sgt. sakit mata tgk, tak kira tua atau muda.

Atikah HM said...

alahai~~ apa laa nak jadi ngan artis tuu ekk.. harap2 karier dan rumahtangga nya masih dpt bertahan..

anyway, soal pakaian ni kan.. hmm.. saya tak kisah sgt klw artis tuu pkai seksi sgt ke, sendat sana sini ke, yg penting fashion yg dia gayakan tuu ngam dgn dia.

klw dah berumah-tangga tuu, lain laa hal nya ekk.. pandai2 laa jga maruah suami atau isteri. waahh~ mcm laa aku dah kawen. hahaha~

tp kn aku musykil la.. hari itu ada artis lelaki ne kena banned gara2 buka baju, tpi kalau artis wanita pkai terlampau seksi, tak pulak kena ban ek?? ish ish ish..

Hudd Pique Lovato said...

pd saya dlm zaman sekarang ni suka hati sape2 la nak pakai aper pon.. kalo nk tegur pon suka hati la nk tegur o idak..sendiri mau ungt la ttg neraka syurga dosa halal haram..yg penting pandai jg dri agama dan bangsa sendri..jaga maruah..

Tieah Madian said...

Ermmmmmmmmmmm....siapala gerangan artis wanita tu ek???????
> Pa2 pun, artis wanita skang nie mmg sgt2 brani mendedahkan dada dorang.. mcmla dorang jer ada.....aku pun ada la. Selagi insan bernama wanita tue, memang ada la kn??????????? So, naper nk pamer kat public????????? Malu la sket wahai artis2 wanita MALAYSIA....
> Saya nie bukanla perunding imej mahupun pereka fesyen....tetapi sbgai org Islam, kita perlu la tutup aurat kn???????? even x pakai tudung, pakaian tue x pyh la nk kedekut sgt dgn kain...
> kalau artis lelaki buka baju kena banned n keja amal kn??????????
> Bagi saya la, artis wanita yg pakai seksi tue n dedah sana-sini sehingga menampakkan lurah 'payudara' nya pun sama gak mcm buka bju....tu dh kira 1/2 'bogel' apa...........hehehehehehehe... patut juga kena banned n keja amal artis2 wanita nie........
> Apalagi kalu dah berumahtangga.... btul2 bg malu suami yg melihat...apatah lagi keluarga mertua....malu beb...tgk menantu mcm tue........
> Alahai.....sedarkanlah diri anda wahai artis wanita.....=) ok la tue

Tieah Madian said...

> Pakaian Datin Seri Hajjah Siti Nurhaliza la saya tgk dari mula dia kluar memang x seksi pon........popular gak =)
> Selepas dia balik dari menunaikan haji, dia trus tutup aurat....pakai tudung..........ok la tue....=)
> Ning Baizura pun saya tgk ok gak pakaian dia lepas dia kawen nie....tau jaga maruah diri n suami.....=)
> Artis wanita lain tue....ingtla, seksi pun kalau dah x popular tue....memang x popular gak.....=)

Nis Manis said...

lain org lain pandangan nye kan..

bak kate nabil,

Lu pikir la sndiri!!

;p

anne said...

Hi Abg Nil,
thanks for replying my comment (last post):-)

Lama tak call....been a bit busy with work. I still try to dial in, but you know kan....very hard to get through. Will keep on trying, k. Talk to you soon.

Anne

PurPlè said...

betul tu paknil... hukum ni tak pandang status pompuan tu... sama jer tertib berpakaian utk semua pmpn. wartawan pun klu nak mghentam/brgosip biarlah sama rata, jgn buat masyarakat konfius.

leeya^faaznil said...

eemm..mcm2 la artis skrg..yela klau nk glamor pown jgn la pkai seksi2 sgt..tu bkn nye carik keja halal klu pkaian tu terdedah sana cni..bertaubatla sblum terlambt..nnt dlm kubur malaikat akn tnye tau..nauuzubillah..

OUT SPOKEN said...

SALAM...BG SYA LA...ARTIS YG SKE PAKAI KETERLALUAN NI ELOK DI BANNED JER...SBB TIADA TINDAKAN DIAMBIL KEATAS DIORG NI... ORG MELUAT TGK DIORG...DIORG BANGGA JER JWB..."i x kacau sesapa pun ske hatilah i nk pakai ape pun"TU LA JWPAN BIADAB DIORG...BLA KNE KICK DR INDUSTRI KITA TGK SAPA NK KACAU SAPA.....DAN KLU YG DAH DAPAT HAJI/HAJJAH TU JG LA CKET TITLE YG KITA ADA TU...JGN KRN KITA ORG LEN YG PEGANG TITLE TU PUN ORG X RESPECT...DAN KLU DAH HAJJAH TU XKAN NK LIGAN GLAMOUR LG KUTTT.....WAT DUIT PUN PADAN2 LER...