Thursday, May 15, 2008

KOMEN PAKNIL PASAL GOSSIP

RUANGAN PAPA GOSSIP, UTUSAN
RABU, 14 MAY 2008
Bintang realiti tunjuk kemaluan
SEDANG Papa asyik menyiapkan kerja Papa yang tiada berkesudahan semalam, tiba-tiba telefon merah buruk Papa berdering.
Dari paparan di skrin, ditulisnya private number. Papa kalau dapat panggilan private number seram sikit. Bukan apa. Takut dapat panggilan yang bukan-bukan dari mereka yang suka mengganggu kehidupan Papa.
Sebaik sahaja Papa ucap hello! kedengaran suara seorang jejaka yang memang Papa kenal.
Rupanya kawan Papa yang cukuplah sekadar Papa gelarkan sebagai Bidin. Papa memang dah kenal lama dengan Bidin sejak dari zaman universiti lagi.
Terkejut juga Bidin telefon Papa. Bukan apa, sejak mendirikan rumah tangga tahun lalu, dia agak menyepikan diri. Dari suaranya, dia begitu marah sekali lalu Papa memintanya bertenang dan ceritakan apa masalahnya.
“Malam Isnin lalu, aku telah menghantar isteri dan anak aku ke lapangan terbang kerana mahu melawat ibunya di Amerika Syarikat. Sebelum pulang, aku sempatlah ke tandas.
“Sebaik sahaja masuk, aku lihat memang tiada sesiapa di sana melainkan hanyalah seorang jejaka yang tidak berambut yang memang pernah aku lihat sebelum ini.
“Fikir punya fikir, barulah aku tahu dia pernah menyertai sebuah program realiti TV.
“Lepas keluar dari tandas, aku ke sinki untuk mencuci tangan dan melihat dia masih di situ tetapi mula memandang semacam pada aku sampai aku berasa tidak selesa. Aku pun buat tak tahu sahajalah.
“Yang buat aku terkejut adalah tiba-tiba dia mengeluarkan ‘anu’nya dan ditunjukkan kepada aku.
“Aku terkejut lalu terus bergegas keluar lari dari tandas itu. Ingatkan orang macho dan handsome sepertinya, nalurinya pada wanita, tetapi rupanya sebaliknya,” begitulah luahan Bidin pada Papa.
Alamak, malunya Papa dengar cerita macam itu. Kalau sudah namanya selebriti, baik-baiklah jaga personaliti.
Jangan hanya kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga.
(KOMEN PAKNIL : Setelah disiasat-siasat, jangan ada pula yang ingat artis itu adalah Mawi eh! Botak tak semestinya Mawi dan setelah disiasat saya juga dapat tahu yang ianya bukan dari rancangan AKADEMI FANTASI. Puuuh! Lega saya bila dapat tau cerita ini tak ada kena mengenau dengan adik-adik saya di AF.
Sebagai mana yang anda semua tahu saya agak bizi sikit minggu ni. Ini pun dah hampir pukul 2 pagi. Baru balik dari recording rancangan baru yang akan diumumkan esok dalam satu sidang akhbar khas. Pagi besok nak kejar ke ERA dulu untuk 10-1 di Era!
Saya singgah sekejap untuk betulkan spekulasi orang ramai. Sekarang tanggung jawab saya dah selesai, saya nak tidur.Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz........................)

12 comments:

My Darling Diary said...

Well Abg Nil, gossip remains gossip until the truth is reveal. May Allah swt bless you with health and wealth.

Edzlin said...

apa agaknya rancangan baru aznil tu ye? anyway, masa mula2 baca gosip ni kelmarin mmg dah agak bukan dr AF. lagipun katanya berkumpulan, so program realiti tv malaysia mana lg yg ada berkumpulan kan...apepun, teruk tul la org tu

Tieah Madian said...

Edzlin......berkumpulan ker?
> Gang Starz kot?
> Hahahahahaha.........
> Bangga sgt dgn bnda tue kot...maybe dia rasa dia punya len sikit....
> Kwang kwang kwang.......

Rika & mama said...

Dear Aznil.
We enjoy Tom Tom Bak & you talking
radio everyday. We are from Japan to KL, we don't understand Malay language. But we like Malaysia & people. We love all of you.
My daugter is handicapped child. She doen't speak well.
But She can say
" Aznil ! "
Aznil take care.

Tieah Madian said...

Wahhhhhhhh.....
> Abg Aznil ada peminat dr Jepun...
> Fuiyooo....cayala Abg Aznil
> Truskan usaha k....yakin pada diri

>>>>> TOM TOM BAK terbaekkkk
>>> mcm pengacara dia gak...

Rika & mama said...

Dear Aznil
We enjoy Tom Tom Bak & you talking radio everyday.
We are from Japan to KL.
So,we don't understand Malay language. But we like Malaysia & people. We love all of you.
My daugter is handicapped child.
she doesn't speak well. But she can say " Aznil! "
Aznil take care.

viruspadu said...

wahhhhhhhhhhh gosip betul2 ni tau

hihihihihih...

cantik sgt ke anu nya nak ditayang2 kat orang... ish

ntah hape2 betul la

Farazila said...

err..xkanla mawi nk bt macam tu kan...nk cr pasal ker si mawi tu kan....

hurm artis tu da sangap la agknye...

floweristachantress said...

ha ahlah abg aznil.. bila baca memula tu ingatkan mawi.. terkejut sehh..

Atikah HM said...

astaghfirullahalazim~

hi abg aznil :)

Anonymous said...

mgkn dia bangga sgt kot dia "punyer"nmpk kejantanan sgt..lwk lh lelaki klu suke2 nk membangga dri tak tentu psl...zaman skrg...

leeya^faaznil said...

wahh..dh tak btol kot artis tu..yela klau dh frus pown..tak yah nk tunjuk bende yg tak senonoh..tak elok klau dipandg masyarakat..ubah2 ler prangai klu nk mju mcm pak nil..hehe pepandai jer sy nie..