Sunday, May 11, 2008

TAK TERBALAS JASANYA - SELAMAT HARI IBU!

Oleh Tengku Khalidah Tengku Bidin/ KOSMO/ 10 Mei 2008


DALAM puisi agungnya, Ke Makam Bonda, Sasterawan Negara Dr. Usman Awang menterjemahkan kasih ibu sebagai kemuncak paling murni dalam darjah kemuliaan insan.
Wanita yang di tangannya ada kasih, di jiwanya ada sayang merupakan anugerah Tuhan paling agung dalam kehidupan seorang insan.

Tiba-tiba kita akan menjadi sebak dan terharu apabila diajak berbicara tentang wanita yang mengandungkan kita selama sembilan bulan sepuluh hari dan menggadaikan nyawa bertarung dengan maut kala melahirkan.

Ditambah dengan jerih dan perih membesarkan anak-anak dengan tangan sendiri, maka wajarlah ada 'syurga' yang mengiringi perjalanan kehidupan seorang wanita.

Dan tentunya bicara tentang ibu serta pengorbanan untuk membesarkan anak-anak, memberi kasih dan sayang adalah hal yang paling indah untuk diperkatakan.

Lalu tidak hairan kenapa ada ceria yang luar biasa terbit dari jiwa personaliti yang seorang ini apabila bercakap soal kasih sayang terhadap wanita bernama Norbaiti Surur.

Benarlah kata pepatah lama, kasih ibu membawa ke syurga dan Norbaiti adalah 'syurga' dunia kepada Aznil.

Berdiri dan megahnya seorang bernama Aznil Nawawi dalam kalendar seni tanah air, hasil sentuhan tangan ibunya.

Aznil percaya doa ibu yang tidak pernah putus buat kesejahteraan dirinya menjadikan dia dan adik-beradik yang lain meraih keberkatan dalam kehidupan.

Aznil yang dikenali adalah makhluk Tuhan yang mempunyai pesona luar biasa sebagai seorang selebriti. Dia bukan sekadar menjadi personaliti yang berjaya di kaca TV tetapi juga dihormati dengan karektor yang unggul dan hebat.

"Tidak ada kata yang boleh saya kaitkan dalam menyatakan rasa terima kasih saya kepada emak. Tak ada perkataan, dan setiap kali bercakap tentang emak saya pasti rasa mahu menangis," luah Aznil.

Di mata Aznil, ibu adalah penawar kepada segala kesakitan dan dia beruntung kerana dengan kasih sayang yang tidak pernah pudar seorang ibu, dia mampu beroleh apa yang menjadi miliknya hari ini.

"Tanpa kasih sayang dan doa emak, saya tak akan berada di tahap seperti sekarang. Sama juga dengan adik beradik yang lain. Segala apa yang ada dalam diri kami hari ini adalah kerana emak," katanya.

Untuk pembaca Kosmo! Aznil catatkan luahan hati untuk ibu tersayang.

Sengaja saya biarkan coretan idea Aznil yang sekejap ber'saya' sekejap ber'aku' ini tidak banyak disunting supaya keasliannya terpelihara.

Apa yang tertulis di helaian ini adalah manifestasi rasa kasih dan sayang Aznil sendiri kepada ibunya, wanita paling istimewa dalam kehidupan. Bacalah...

Jasa yang tidak terbalas

"Emak saya bernama Hajah Norbaiti binti Haji Surur dan berusia 85 tahun. Di usia ini, dia sudah kelihatan terlalu tua. Tetapi kepada saya dia tetap cantik jelita, seperti waktu mudanya. Sebenarnya, terlalu banyak jasa emak dalam membesarkan kami tujuh beradik. Sementelah kami bukan berasal dari keluarga yang senang.

ah kami semasa kami kanak-kanak, bekerja sebagai Penyelia di syarikat pengangkutan awam Sri Jaya yang beroperasi di sekitar Kuala Lumpur. Emak pula adalah suri rumah sepenuh masa. Tak terbalas rasanya jasa emak.


"Emak adalah orang sentiasa cuba menggembirakan hati anak-anak dengan memasak masakan kegemaran anak-anaknya. Kalau ada tujuh adik beradik, seboleh mungkin menu harian yang dimasak sendiri akan bertepatan dengan selera tujuh anaknya yang berbeza-beza.

"Pernah aku merajuk dengan emak kerana tidak memasak makanan kegemaran saya dan tidak mahu bercakap dengan emak. Aku masih kanak-kanak masa itu, dan terlalu manja dengan emak. Emak terasa hati dengan perbuatan aku menyebabkan aku rasa bersalah dan sujud di kakinya meminta ampun.

"Sememangnya itu adalah pengalaman yang tak akan saya lupakan sampai bila-bila kerana kenangan itulah yang menyebabkan aku akan terus menjaga hati ibu sampai kini.
Kenangan di pasar borong.

"Bercakap soal kenangan dengan emak, rasanya kenangan manis adalah semasa saya masih kanak-kanak.

"Mak sering ke pasar membeli barangan harian. Saya mesti akan ikut mak ke pasar untuk tolong bawakan bakul pasar. Mak memang popular di pasar terutama di kalangan peniaga-peniaga. Secara tak langsung saya pun turut jadi popular juga lah.

"Seronoknya ikut mak pergi pasar adalah upah RM1 sehari yang mak berikan. Masa tu dah besar dah upah tu. Tu yang bertambah rajin pergi pasar dengan mak.

"Dek kerana selalu mengekori belakang emak, secara tak langsung sekarang saya juga belajar untuk memilih ikan yang segar, sayur yang elok, bahagian daging yang sesuai dan sebagainya.

"Kini bila dah hidup sendiri, saya tak kekok ke pasar dan tahu cara-cara memilih ikan, sayur, buah, daging dan sebagainya."

Kongsi minat menghias rumah

"Emak saya merupakan seorang yang gemar menghias rumah. Emak akan menanam pokok bunga untuk di jadikan hiasan tangga rumah kami. Emak akan sering mengubah suai kedudukan perabot agar keadaan rumah kami tidak nampak sama setiap masa. Yang pasti, emak menjahit sendiri langsir, sarung kusyen, alas meja dan sebagainya.

"Saya juga gemar menghias rumah dan akan cepat jemu dengan aturan rumah yang sama. Selalunya saya akan menukar kedudukan perabot juga untuk mengelakkan rasa jemu itu.

"Walaupun saya tidak menanam pokok bunga sendiri tapi saya juga gemar menghias rumah dengan pokok-pokok pasu. Saya akan membeli pokok-pokok itu dan memastikan pokok itu di letakkan ditempat yang sesuai kerana menurut ibu saya, pokok-pokok pasu dapat menyejukkan keadaan rumah dan menyegarkan pandangan mata.

Rindu 13 tahun Kini emak dah tua tetapi saya bersyukur dia sihat walafiat. Dan kami tujuh beradik akan bergilir-gilir menjaga emak kerana kami semua sudah berkeluarga.

Sejak pemergian ayah 13 tahun yang lalu, saya tahu emak kesunyian dan merindui ayah, jadi kamilah penghiburnya.

"Bila emak bersama saya kini, saya rasa beruntung sebab emak akan selalu berpesan yang elok-elok sebelum saya keluar bekerja.

"Saya akan mencium tangan dan pipinya sebelum meninggalkannya di rumah bersama pembantu rumah. Saya mahu emak aman dan tenang dalam menghabiskan sisa-sisa kehidupannya.

"Kami adik beradik mahu terus membahagiakan dia kerana bagi kami wang ringgit bukan tuntutan utama emak. Emak hanya mahu bersama kami.

"Mak, Anil sayang Mak. Kami adik beradik akan terus menjaga Mak. Kami sayang Emak!".

12 comments:

edayu said...

sebaknyer hati tiap kali teringatkan mak kt kg...walaupun kerap balik, dgr suara di corong talipon rasa tak cukup2 jugak.

Hudd Pique Lovato said...

ape2 cerita kalo melibatkan ibu bapa ni memang hati anak2 akan merasa sayu jer..
sayangi la sementara masih ada..
Selamat Hari Ibu kepada semua IBU2..
p/s: alamat bLog sy dh tukar kepada http://hudd-dot.blogspot.com

updated yerp.. tQ..

Tieah Madian said...

> B4 Abg Aznil letak artikel nie kat blog....sy dh bca kt Kosmo! o9...
> Memang kita harus sayangi mak kita smntara mak kita masih di dunia nie....
> Jaga mak kita elok2....mak kita jaga kita masa kecik2 dulu bagai menatang minyak yg pnuh....so, skang bla mak kita dah tua, kita plak jaga dengan pnuh kasih syg....
> Bwa mak n bapak kita g buat haji...x guna duit bnyk klau x dpat bwa mak n bapak kita tunaikan haji...
> Okla......untuk Mak.....Hajjah Masni, I LOVE YOU SO MUCH....mmmmmuuuuuahhhh...

anne said...

Hi Abang Nil. Sayu but really sweet....i doakan Mak you selalu sihat and panjang umur.

ms hart said...

Salam Aznil, I'm the only grand-daughter of arwah Atok Abbas in Melaka. Excited tengok Aznil berbalas-balas khabar ala-ala jejak kasih 'orang awak' gitu dgn my aunty, Alang! Masa kecik2 selalu ikut nenek pergi KL, mesti pergi Datuk Keramat, jumpa 'orang awak', termasuklah your mom!! When you first appeared on TV, my arwah nenek said "Ooooo anak si Nubai..!!" Yesz, HIDUP MINANGKABAU!!! Masa you announced kat AF tu, we all excited gila!!! ha ha ha Thanks Aznil - we ALL at home adore you and pray for your success!! All the best!!

Edzlin said...

suka baca article ni. very nice. kim salam kat mak paknil ya

Atikah HM said...

terharu laaa~~~

semoga emak paknil sihat wal'afiat~ :)

monie said...

dah bace kat kosmo....
anak abg aznil yg riki tu ade iras2cam haziq tom2 bak laa..

neway slamat hari ibu untuk my mum, PUAN SUPIAH HASSAN...

kmslm kat mak abg aznil...

Unknown said...

uncle aznil... i already linked your blog in my blog.... i'll always support u forever.... muaaah...sayang uncle aznil...

mcNods said...

oooo gitu yea pak nil.. it's true actually.After i've finished read the first line pon dah sayu em...

JR said...

Sebak baca coretan abg nil.... bila bercerita tentang "ayah & ibu" nih.. hati memang tersentuh, sampai kadang2.. nak minta biar kita yang pergi dulu dari merasai kehilangan orang yang paling kita sayang kan???.... :'(

Unknown said...

terharu sgt dgr cite abg aznil,. jaga la mak abg aznil elok2.. sy menyesal sbb tak sempat jaga mak and show her how much i love her.. allah lebih sygkan die..