Tun Mahathir keluar UMNO
19/05/2008 2:02pm
ALOR STAR 19 Mei _ Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar daripada UMNO.
Menurutnya, surat rasmi mengenainya akan dihantar kepada Setiausaha Agung UMNO secepat mungkin.
Katanya, beliau akan berada di luar UMNO selagi Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memimpin parti itu.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan bertajuk `Kedudukan Orang Melayu Pasca Pilihan Raya Umum Ke-12’ di sini hari ini. - Utusan
(KOMEN PAKNIL : Terkezzzut dengan berita yang sampai ke telinga saya ketika sedang sibuk bertugas di konti Era. Ramai yang telefon dan bagi pendapat pasal ini di udara tapi, saya kata biarlah radio Era ambil tindakan bertenang dari meributkan lagi keadaan.
Saya sendiri rasa perkara ni adalah sesuatu yang sedih. Saya sentiasa sokong terhadap siapa sahaja yang memimpin negara kerana bagi saya apa yang dilakukan oleh pemimpin adalah untuk kebaikan negara. Mana ada pemimpin yang ingin menjatuhkan bangsa cuma mungkin Ideologinya saja yang berbeza.
Semua pemimpin pakar dalam bidang masing-masing dan arif mengenai padang permainan mereka itu yang sudah menjadi biasa bagi mereka. Saya percaya krisis ini mesti ada penyelesaiannya. Saya yakin tiada siapa yang nak gadaikan bangsa untuk menegakkan hak pribadi. Di situ ironinya! Bila kita tahu tujuan mereka bertelagah adalah untuk benda yang sama....menegakkan bangsa.
DAP ke...PKR ke...UMNO ke...MIC ke...MCA ke....PAS ke....sanggup ke tengok negara jahanam? Tak kan! Dengan kepercayaan itu, saya rasa kita masih boleh percaya krisis politik boleh diselesaikan. Kita telah masuk ke era politik yang matang dan kita terdedah kepada pelbagai ideologi politik dan fahaman. Yang berkiblatkan AS ada, yang berkiblatkan China ada, berkiblatkan Jepun ada, Russia pun ada. Tak kisah lah tapi rakyat pasti maukan politik yang bertunjangkan cara dan gaya hidup orang kita. BERMESYUWARAH adalah cara kita! Berbudi bahasa adalah cara kita! Sebab kita hidup dengan pepatah. Semaju-maju kita sehingga hampir maju dengan kemajuan Barat namun kemajuan kita BERHEMAH! Kita ada pepatah orang tua yang kita pegang zaman berzaman! Nak kita buangkan aje ke pepatah lama tu? Dah tak relevan ke pesanan moyang kita??
Kata Moyang, 'Kalau menarik rambut di dalam tepung biar berpada supaya rambut tidak putus dan tepung tidak bersepah'. Di Barat tidak ada pepatah itu, MALU kalau kita tidak balik ke jati diri kita untuk menyelesaikan masalah kerana pepatah itu dibuat mengikut acuan kita, oleh orang kita untuk kita. Acuan orang tidak sama dengan diri kita dan tak tentu boleh pakai! Buangkan ego masing-masing dan duduk berbincang. Dato Onn akan menangis melihat ini berlaku. Mat Kilau yang bergadai nyawa akan luluh hati kalau melihat ini berlaku pada bangsanya. Nabi Muhammad SAW akan berdukacita melihat umat seagama tidak meneruskan sunahnya, BERMESYUAWARAH!
Saya YAKIN sangat pemimpin melayu kita akan meletakkan acara menjulang BANGSA DAN AGAMA sebagai agenda pertama mereka. Takut nanti ada ANGKATAN luar yang datang menangguk!
Ingat, sejarah untuk dipelajari. Dah lupa? Bagaimana jatuhnya MELAKA ketangan PORTUGIS yang pada mulanya datang hanya untuk mencari rempah!)
15 comments:
Congratulation Pak Nil. Nice comment. Kita ni jadi rakyat yg btanggungjawab hanya boleh bagi pendapat yang moderate & tidak keterlaluan terutamanya yang menyentuh sensiviti politik negara. Tambahan blog sememangnya media yg agak bebas...harapan saya...Pak Nil dapat menjadikan ianya media untuk peminat mendekati & 'berkata2' dgn Pak Nil ..dan bukan media mencaci @ mengenakan seseorang.
Apa2 pun..tahniah sekali lagi..U always my favorite celebrity yg matang & cool!
3D Rendering of Interior Design
please visit
www.myvray.blogspot.com
( wah...sempat promo lagi.. )
Hi Abang Aznil,
Ni baru betul betul KEZZZUUUTTTAN. Memang di luar jangkaan. Pasti Tun ada alasan sendiri. Nak komen pun terlalu sensitif isu ni.
harap sangat 'mereka' dapat duduk berbincang dan selesaikan dengan baik demi bangsa, rakyat dan negara.
yup, nice comment paknil. saya cuma berharap akan berlaku anjakan paradigma dlm politik malaysia kini. sejarah dulu ada mununjukkan bagaimana hubungan Tun dgn UMNO. komen Tun Dr M boleh dibaca d www.chedet.com
No komen la........
> Tak tau sgt politik nie...nanti ckp lbih2 kena tangkap plak....hehehehehe...
ader ker??????? ntahla....smua rkyt ada kebebasan b'suara.
> Wahhhhhhhh Abg Aznil, nie msti A+++++++ sejarah dulu nie....
> Sy paling x suka blaja sejarah...lg2 sejarah di tingkatan 6....susah banget deh.........=)
>>>>>>> esok exam, paper sejarah la...=)
hello abg aznil,
nice comment! saya setuju sgt dgn ape yg aznil bentangkan.
anyway,
this is my first time reading your blog. i kinda like it. teruskan... insyallah. yg paling penting sekali saya harap entry2 aznil berterusan macam ni. jgn terlalu keanak-anakan atau dalam istilah barunya 'gedik'. saya sayangkan industri hiburan tanah air. tapi saya benci melihat ketidak matangan sesetengah artis malaysia dan keccetekan pendapatan sesetangah pengikutnya.
bagi saya, sudah sampai masa masyarakat malaysia berubah ke arah muzik dan hiburan yang matang. bukan lagi hiburan yang berlandaskan gossip2 murahan. bagi saya, cerita2 dalam kain tak menjadi kudis kalau kualiti kerja yang diutamakan. saya harap aznil terus berjaya kerana saya yakin kebanyakan artis2 malaysia yg berjaya semuanya kerana satu sebab- PROFESSIONALISM.
yes...
you are correct pak Nil!!
jangan nanti sampai tergadai negara dan bangsa kerana pertelagahan ni!
bak kata pepatah, gajah bergaduh, kancil mati kat tgh2...
Saya pun tekezut gak Abg Aznil.. tak sangka Tun sampai sanggup keluar parti. Mesti ada perkara yg sangat menyinggung perasaan Tun. Apa-apa pun saya harap kerajaan akan mengenang kembali jasa Tun yg tak ternilai dan tertanding tu. Jangan lah di kecilkan selalu hati orang tua ni..
berdasarkan sejarah yang saya pelajari dulu,Portugis bukan datang ke Melaka hanya untuk rempah tetapi juga ada tujuan lain, terutamanya agama. Betapa besarnya niat mereka untuk menukarkan penduduk Melaka pada ketika itu adalah Islam kepada Kristian. Alhamdulillah iman mereka terhadap Islam begitu kuat sehingga Portugis gagal dalam misi mereka.
Syabas saya ucapkan kpd Abg Aznil kerana memberi komen yang sangat bernas.Ini adalah permainan dunia politik. Apa yg kita harapkan semoga kedua-dua pemimpin kita akan mencapai kata sepakat dengan cara bermuafakat.
Saya yakin masalah ini dapat diselesaikan dalam masa terdekat. Kita sebagai rakyat Malaysia banyak2kan berdoa semoga tanahair kita senantiasa dlm keadaan aman damai. "Bersatu kita Teguh Bercerai kita Roboh".
semua org terkejut..!!
ahli UMNO seumur hidup keluar dari UMNO sendiri..
tak tau nak cakap sedih ke ape ke..
kepada pak nil, bila lagi nak masuk arena politik? erm, kalau nak masuk arena politik, please jangan masuk umno..
Diorg ni memang belajar sejarah, bang.. lepas tu diorg score SPM.. pastu masuk U, dapat Anugerah Dekan.. pastu amik exam JPA, jadik orang gomen.. pastu jadik Setpol.. pastu jadik Timb Menteri.. pastu jadik Menteri...
Diorg belaja je laa.. tapi lepas tu cepat je la lupa.. blaja setakat nak score je..
Huhuu...
pak nil pun dah teror dah pasal politik..tahniah..jgn asyik2 tom tom bak je..hehe
hi abang aznil!hari ni kan saya terjumpa abg nye blogspot kat paper..suke tul saya ,cepat2 pi bukak ni..bestla kita sesama ada blog sekarang ni
abg aznil nak mintak tolong sikitlah leh tak..bukan ape leh tak abg tolong support sikit marketplace baru adek saya ni..abg cume perlu join je blog listing kat kat marketplace ni saya compom tak perlu bayar nye,,syaratnya senang je cuma perlu letak banner loniavillage.com ni kat blogspot front page abg pastu isi borang kat blog listing dan summit ye
*selepas tu abg bagi saya material seperti gambar abg ke tuk buat banner abg ..so banner abg ni akan diletakkan di front page loniavillage.com,so bila sesapa klik kat banner abg tu akan terus pegi kat blog abg ye.
*jadinya selama mana banner abg tu ada kat loniavillage selagi itulah
banner loniavillage.com ada kat tempat abg andaikata loniavillage removekan abg nye banner tu maka abg berhak untuk berbuat demikian juga ye.
*tolong lah support kita org ye bang..kita org ni takde duit nak offer kat abg ni jelah yg kitaorg mampu offer kat abg,mungkin kalo abg setuju lepas ni lebih byk usahasama kita leh buat ye bang..
*ni butir2 nye saya bagi kat abg kalo abg ada ape2 masalah sy dan adik saya sedia membantu ye;
ni email saya ye dan langkah2 nak join blog listing kat loniavillage.com
info@loniavillage.com
atau
yati_salem@yahoo.com
ok sekarang abang pi kat link ni ye
http://www.loniavillage.com/blog_listing8.html
pastu pi kat summit your blog here
isi borang tu ye dan summit,tapi sebelum tu abg ambik kode banner loniavillage.com tu dan paste kat blog abg ye,,
kalo abg tak tau cane nak letak banner tu kat blog abg jgn risau ye leh tanya saya ye
yati_salem@yahoo.com
terima kasih ye abang,harapp abg sudi membantu
Post a Comment