Monday, December 29, 2008

RAKAMAN TERBARU TOM TOM BAK!!!

Nampak gayanya tak lama Paknil bercuti. Sebaik pulang dari Mekah, Paknil dah berkejar ke lokasi rakaman Tom Tom Bak musim ke4 di Wisma Ali Bawal Petaling Jaya. Bermula 22 Disember lepas dan akan hanya selesai rakaman pada 2 Januari 2009. Macam2 yang Paknil ambik kira sebelum rakaman. Dahl ah rambut Paknil botak, pastu baru balik daripada Haji pulak tu. Macam maner agaknya Paknil nak bawak diri masa rakaman ni eh….Apa agaknya harapan penonton eh! Macam mana pulak harapan anak2 kecil yang ada yang dari jauh datang untuk menonton.


Berlegar2 persoalan tu kat kepala Paknil. Tapi Paknil percaya Tuhan lebih mengetahui perjalanan kerja Paknil daripada siapa pun kat muka bumi nih! Dalam solat Istikharah pun Paknil berdoa agar Tuhan beri petunjuk cara terbaik untuk Paknil kemudi rancangan kanak2 nombor tawhid ini.


Sejak dari sesi raptai rakaman kepala Paknil juga turut memikirkan imej yang boleh diterima anak2 yang menonton. Jadi Paknil pun pakailah pesen camni dalam rakaman pertama…


Pada rakaman kedua pada awalnya Paknil masih berimej macam tu tapi Paknil tak selesa. Sebelum rakaman bermula Paknil bukak topi tu di depan penonton dan mereka bersorak gembira menerima imej kepala botak Paknil. Diowrang siap tepuk tangan lagi tanda setuju. Mulai dari itu Paknil dah dapat jawapan sebenar. Ini semua petanda dari ALLAH jugak yang memberi petunjuk. Besar betul kuasa MU!


Paknil juga kena ambik kira semua komen2 membina dari mereka yang mahukan perubahan dalam pengisian rancangan ini. Ada yang tidak mahu kanak2 menjadi orang dewasa dalam rancangan ini. Ada yang kurang senang anak2 kita berpakaian seksi dan beraksi seksi di pentas. Ada yang tidak mahu anak2 bercakap benda2 kosong di set. Ada yang tidak mahu anak2 didedahkan dengan barangan jenama lah!
Namun dalam pada kami sibuk merancang untuk kebaikan semua, kami jugak kena imbangkan nilai hiburan kanak2 dalam rancangan ini. Kami tak mahu rancangan ini hilang serinya yang sekali gus membunuh satu2nya rancangan untuk anak2 kita ‘bermain’. Beratkan tanggungjawab Paknil dan team produksi? Takpelah, Paknil pikul tanggungjawab tu sebab mereka juga amanah Tuhan.


Namun cabarannya tak habis di situ. Ada jugak ibubapa anak2 ini yang datang memakaikan baju yang seksi pada anak2 mereka walaupun kami dah bagi tahu awal2 garis panduan. Ada yang berkeras mahukan anak mereka tampak GAH di pentas. Ada jugak ibubapa yang tarik diri dari membenarkan anak2 mereka menyertai TOM TOM BAK kerana tidak setuju kami menyenaraikan lagu yang kami mahukan berbanding dengan lagu pilihan mereka. Mereka mahu anak2 mereka menyanyi lagu cinta, putus kasih, lagu malam minggu dan sebagainya berbanding lagu bermesej positif dan lagu rakyat yang kami senaraikan.
Sekarang kowrang semua mungkin dah fahamkan tekanan yang kami hadapi ketika bekerja menerbitkan rancangan ini. Semua kehendak harus kami ambil kira tapi kitorang masih jaga kualiti rancangan ini agar ia terus diminati seisi keluarga.
Oh ye! Dalam rakaman musim kali ini ada segmen baru yang kami perkenalkan untuk anak2 yang berusia 7 hingga 9 tahun iaitu Segmen EJA. Kanak2 dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu Kuning, Biru dan Merah. Mereka bersaing hebat mengeja perkataan yang Paknil sebutkan. Memang banyak aksi lucu yang tercetus kerana mereka kena mengeja dengan cara pantas! Jangan la pulak ada golongan ‘bijak pandai’ mengkontroversikan pulak segmen ini. Kita mahukan anak2 ini belajar dengan cara yang santai dan menggembirakan.


Alhamdulillah sehingga setakat ini kami dah berjaya merakamkan 16 episode dalam masa 7 hari! Kami akan sambung lagi 10 episode mulai 30hb Disember sampai 2 Januari tanpa henti. Ini bermakna 26 episode yang kami rakamkan ini adalah untuk tayangan bagi 26 minggu atau untuk lebih 6 bulan kesemuanya! Hai…selama 6 bulan lah kowrang kena tatap rambut Paknil yang hampir botak!


Terima kasih pada semua pihak yang sentiasa memberi perhatian kepada rancangan kanak2 Tom2 Bak ini dan memberikan komen yang positif untuk kebaikan bersama. Semoga rancangan ini terus menjadi rancangan kanak2 pilihan ramai!

31 comments:

anne said...

Selamat Tahun Baru Hijrah 1430...semoga tahun in membawa kebaikan dan lebih baik dari tahun lalu untuk Abg Aznil & family, insyaAllah.

Pasal TTB, credit to you & the production team yg. responsive towards feedback from audience. Mesti TTB musim baru terus jadi prog kanak2 no1...worth all yr effort nanti

..image kepala botak pun cool apa! ;-)

Edzlin said...

salam paknil.

Alhamdulilah perubahan diambil tuk tom tom bak. harap rancangan itu selepas ini bertambah baik. tak sabar nak menonton tom tom bak kali ini. terima kasih kepada paknil dan produksi tom tom bak.

cuma tertanya, jika sudah bertambah satu segmen baru, macam mana dengan masa siaran nya?

Su3y said...

A'skum Abg Aznil...

Yeah!
Tom Tom Bak memang best,seriously...

Memang rugi sangat2 Suzy tak dapat nak tengok live tau...

Kat S'pore pun tak dapat astro...

Memang kecewa sangat2...

Kalaulah Suzy's staying in KL,memang dah lamelah Suzy gi rakamannye...

But wat to do?
Jauh sey...

By the way,rakaman Tom Tom Bak musim baru ni Abg Aznil with ur new hair style ehh...

Hehehe...
So cute :)

U're cute by that kind of hair stylelah Abg Aznil...

Looking forward to meet u again 1 lucky day,but not sure when till i get to meet u up...

Abg Aznil buatlah rakaman or something in S'pore...

Insyallah,i'll come down...

Hehehe...

SALAM SAYANG DARI,
SUZYLINA ;)

azlin hashim said...

Paknil, patutlah mcm pernah nampak paknil pakai topi tu, kat dalam malam sehati berdansa kan? mmg tak sesuai lah paknil imej tuh dlm TTB...

biar kan je rambut paknil botak, nampak kemas sgt...

Jgn Risau lah paknil penerimaaan org, 1 malaya tahu paknil baru balik dari mekah..

Apapun, salam maal Hijrah... semoga paknil bertambah matang & Success...

Nur Kasih Abadi said...

salam maal hijrah 1430 untuk pak nil.semoga Pak Nil akan menjadi Ikon yang baik untk seluruh kanak-kanak yg mengagumi Pak Nil.

Yaniez said...

Salam Pak Nil...
Wah tak sabarnya nak tunggu kemunculan siri baru Tom Tom Bak kat TV.. Mesti lagi best kan...

Pak Nil, nnt jangan lupa bagitau bila lagi rakaman Macam Macam Aznil.. Saya tak sabar2 nak pergi lagi... huhu

Fina Sophie said...

u're the best! :)

Hajah Zainab bt Abdullah said...

Salam Maal Hijrah Ajinil,
Semoga Ajinil dapat lakukan sesuatu yang terbaik dalam TTB tu. Ikutlah landasan yang diredhai Allah swt.

Lia said...
This comment has been removed by the author.
Lia said...

salam pak nil,

biasela pak nil...
bkn mudah nak puaskan hati sume owg...
sy bce mcm2 owg kutuk yg bkn2 psl show nie kat forum cari...
tp ade jgkla yg bg kritikan membina...

harapnye ttb musim bwu nie lebih disenangi oleh sume masyarakat...
sy x ske btul owg kutuk yg bkn2 psl rancangan pak nil...
skit hati bce...

okla pak nil...
keep up the good work!!!
u r the best!!!

love u always!!!

(^_^)

p/s : walaupun pak nil botak pak nil ttp chomeyl...
jgn risau!!!

(^_^)

ErDa EiDa said...

salam paknil..

ala botak2pun paknil tetap nmpak cute n encem..

wah set tom tom bak musim baru ni cntiklah..btul2 nmpak cam rncangan knak2 di hollywood..

sya pn stuju gak tak ssuai sgt knak2 brpakaian trlalu seksi sbb mreka masih kcil lg...plik ye ada gak mak bapak nk anak mreka brpakaian bgitu..munkin trlalu ghairah mahu anak mreka msuk tb tnpa mmkirkan adab tatasusila..

siapa yg glongan bijak pandai yg selalu kritik rncangan paknil tuh sbnarnya pndai brcakap jer...kan bgus bagi pndangan2 yg bernas bgaimana mahu rncngan trsebut brtambah baik lagi bknnya hnya dgn mngkritik hasil krja org..

Sara.... said...

Assalamualaikum

Hj Aznil....

Kami peminat dari Brunei Darussalam ingin sekali jika ada rakaman di ambil di Brunei.. Kami Pasti kanak2 di Brunei amar gembira.. termasuk anak2 saya sendiri mereka amat berminat dan selalu menonton tom tom bak ber ulang kali walaupun siaran ulangan... sehingga mereka menyuruh kami pergi ke Kuala lumpun hanya untuk melihat Tom Tom bak..... Semoga TOM TOM BAK menjadi rancangan no. 1 di hati kanak2 seluruh Dunia.....

eiLda epaL said...

agak-agaklah kan paknil, bila saya dah anak, bleh tak masuk rancgn tom tom bak nie kan...hehehe...

masalahnya lama lagi nak dpt anak sendiri ni...hehehe...

btw, tom tom bak takkan sama tanpa paknil sebagai hosnya...pasti anak-anak kecil tu pun bersetuju dengan kata-kata saya nie...

dengar cite, AF pon paknil akan kendalikan semula...harap-harap begitulah kan...bukan nak kata AC tak bagus...he has his own way...cuma kalau paknil, rncangan AF nampak lebih bernyawa...

mIss lAdy said...

Salam Pak Nil,
Alhamdulillah PakNil selamat sampai semula ke tanah air dan tahniah coz berjaya melaksanakan tuntutan rukun islam yg ke5.

Bila tgk PakNil x der rambut tu, nampak kiut ler. Nway, PakNil still the best. I likeeeeeee esp bila tgk rancangan Macam-Macam Aznil. Aduhai....x kering gusi dibuatnye even citer tu dah tgk byk kali tau...

Keep it up PakNil... Adios

fizyanz said...

Pak Nil, TTB ni rancangan no tawhid ke wahid?? Wahidun(satu), Isnani(dua), hehehe......btw, tahniahh la Pak Nil sbb Sentiasa bekerja keras untuk menjayakan program ni.X kisah la botak ke apa,Pak Nil tetap Pak Nil... Caiyok !!

wawa pucca said...

cmnne nak tgk rakaman?????


tolong btau saya

CikNur said...

Apa nak kisah pasal rambut Paknil, rambut terpacak ke botak ke tak jadi hal, yang penting diri Paknil dulu dan sekarang tetap sama , lagi kanak2 tu menghurmati Paknil sebab ada kelainan setelah bergelar haji..dan yang penting rancangan TTB berjalan dgn baik juga ceria...good luck.

Mama HH said...

bagus laa pak Nil tukar imej tom tom bak sket... susah ati gak tgk bebdk yg didedahkan dgn imej yg ntah pape sbb tgk org dewasa mcm tu.. biarlah mereka dengan perilaku mereka sebagai seorang kanak2 yg comel.. bkn sebagai org dewasa... Xkira laa paknil kalau ada ibu bapa yg xsetuju.. kita nk mendedahkan perkara yg baik utk anak2 kita.. kerana perkara2 yg tidak baik terlampau byk didedahkan kepada anak2 kita yg menyebabkan bila mereka dewasa mereka menjadi apa yg tidak sepatutnye jadi pada mereka..

I Agree With YOU!!!

Siti Nurhayati Dollah said...

susah nak puaskan hati smua.. tpi yati suka tgk tom tom bak... comeyy jgk anak2 tu..

dHah611 said...

salam...abg ajinil...

mle2 dhah tg0k yg abg aznil paka ala2 skarf ats kpale tuh..raser jgak rse cam x puas ati..

tp..ble abg ajinil buang skarf tuh..ske lar....

sincerely,dhah ske tg0k abg aznil x pakai ape2 ats kpale tuh sbb u look so cute...

biarlah cmtuh....encem la....ikhlas nih..

ssuai x pakai ape2 ats kpale...buat serabut jer ats kpale tuh..,huhu..

TTB is da best programme 4 children..!!!

syazasaad said...

pak nil lg ok botak la...encem, hehe... semoga segalanye b'jln dgn baik.

Hamba Miskin said...

Assalamualaykum Abg Aji Aznil..

Apo koba eh?? Ese sajo yo masuk blog abg aji ni. Ermm..Ese sebagai peminat abg aji nak bagi sikit teguran la. Teguran yang membina. Pado posting abg aji ini ado kesilapan tatabahaso arab. Abg aji menulis seperti ini --> " Dalam solat Istikharah pun Paknil berdoa agar Tuhan beri petunjuk cara terbaik untuk Paknil kemudi rancangan kanak2 nombor tawhid ini." Ayat yang sebonarnyo bukan tawhid tetapi wahid iaitu satu. Tawhid itu juga itu betul dan mempunyai makno. makno tawhid ialah "konsep dalam aqidah Islam yang menyatakan keesaan Allah".
Jangan Marah yo abg aji. Togo menogo membawo sayang. Ese tak nak nanti pengacara kesayangan anak ese yang selalu menangis dopan tv.."abi!!,nak tengok tom tom bak" di komplen orang ramai. jumpo lagi abg aji..wasalam.

ilash28 said...

salam pak nil..hurm nampaknya TTB diminati ramai termasuk anak saya yg berumur sethn..semoga TTB dan pak nil success..success

Unknown said...

uncle! uncle tau x, anak buah saya yang berusia 1 tahun 3 bulan memang minat sangat dengan uncle. kalo die buat nakal kami akan ckp "uncle aznil datang!" ataupun "adik, uncle aznil tak suka dengan budak nakal tau" hebat betul. die akan berhenti buat nakal. malah, setiap kali tom tom bak and macam macam aznil. kami terpaksa menagalah biar die tgk tv drpd 'mengganas' sepahkan rumah sebab tak dapat tengok uncle aznil. hebat la uncle ni..ehehe oh ya, die kirim slm (^^)

kalau kami ckp uncle aznil die akan ckp "bak bak" maklum la..budak tak pandai ckp..ehehe nama die darwish daniel..

Unknown said...

Asslamualaikum Uncle Aznil,

Mimi minat sangat TOM TOM BAK di Astro Ceria, mimi minat menyanyi...macam mana nak masuk program tu...bye uncle

G'Zain said...

Abg Aznil,
I'm always ur silent reader but today wa nak cakap. Hmm abislah me and hubby tak dapat nak nengok cite lain, my daughter giler bangat TTB nih, dia dah pandai cakap sekarang age 2plus asal on TV mlm jek dia suh bukak TTB..he he he well done..congrats

ctzura said...

Semoga encik Aznil berjaya mencapai kehidupan yang lebih baik di dunia dan akhirat, sebaik-baik manusia ialah mereka yang paling banyak memberi manfaat kepada mahluk lain...Selamat maju JAYA,

Shimamon said...

kotrg ade gak pegi tgk tom2 bak ni dua tiga kali..happening abis! ngan budak2 memang meriah la..

Ms J said...

Assalamualaikum Paknil,

Anak saya sgt suka tgk program Tom Tom Bak dr umur die sethn lebih...skang nk masuk 3 thn dah..kiterg skang kt UK, so..dah nk dkt sethn xtgk Tom Tom Bak di Astro...so, dpt tgk rakaman2 kt youtube ja...tu pon anak sy terlompat2..siyap leh nyanyi2 lagi...skang ni, bila sy ty, "Do you want to go for Tom Tom Bak Audition" nnt die jwb, "yes"...then, papa die belikan small piano yg ade mic, so..die akan berlagak seolah2 tgh nyanyi lagu tom tom bak...and he knows you very well, nampak jer muka paknil...mesti die sebut tom tom bak...:)

Unknown said...

Salam pak nil, Anak saya teringin sangat menyertai rancangan tom tom bak, kalau sebagai penonton pun takpe. she 7 years old schooling at Chinese school. Cmana ek nk sertai sebagai penonton? boleh mnghubungi sy di farah_j79@yahoo.com

ANiz said...

assalam paknil..takda ke rakaman Tomtom bak terbaru untuk kanak2 umur 4 tawun..anak saya berminat sgt..dia suka menyanyi..dia suka sgt pada paknil