Thursday, May 28, 2009

I M BACK!!!!!

Alhamdulillah. Paknil dah selamat kembali dari lawatan ke Los Angeles untuk pemenang-pemenang Anugerah Skrin 2008 dan juga bersama pihak media.
Memang lawatan ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara kami yang bergiat di industri penyiaran ini di samping dapat mengukuhkan silaturahim yang sedia ada dengan pihak media,
Pada mulanya Paknil resah juga akan ancaman Influenza A H1N1 yang melanda negara itu tetapi akhirnya Paknil meneruskan hasrat untuk bercuti bersama mereka.
Sememangnya kehidupan di sana begitu normal berbanding dengan ancaman penyakit yang sedang hebat melanda. Mereka bekerja dan bergerak seperti tiada apa yang perlu dirunsingkan.
Akan sebab itu, Paknil semakin yakin untuk menyertai aktiviti yang telah dirangka untuk kami.
Cuma terdapat 3 senarai artis yang menyertai rombongan ini selain Paknil iaitu Mr. Os dan Normah Damanhuri. Pemenang lain seperti Ogy Ahmad Daud, Rosyam Nor, Que Haida dan Mamat Khalid tidak dapat turut serta mungkin atas alasan kerja.
Namun suasana lawatan tidak sepi sebab Mr Os tak pernah kering idea untuk buat lawak setiap kali berada dalam bas. Ada sahaja yang diceritakan dalam loghat Perak!
Langsung Paknil terfikir bahawa sememangnya Mr Os ini seorang pelawak yang jati kerana hidupnya melawak sahaja dan yang bestnya, lawaknya tidak berulang.

Hari 1(20 Mei Rabu)


Kami tiba di Los Angeles melalui Terminal Tom Bradley pukul 1pm waktu LA. Tidak banyak birokrasi yang kami lalui dan rombongan kami juga tidak melalui pemeriksaan imigresen yang sukar. Ini menjadikan lawatan kami sebagai permulaan yang baik.
Kami terus dibawa ke hotel tempat kami menginap iaitu Hotel Crowne Plaza. Kami juga dibawa ke Universal Studios untuk makan malam. Lawatan sebenar ke Universal Studios adalah pada hari Jumaat. Kami dijamu dengan makanan laut yang segar.
Dalam pada itu, sempat jugalah kami membeli saguhati di Hard Rock Café di Universal Studios ini. Selesai lawatan singkat itu kami pulang ke hotel untuk tidur!


Hari 2 (21 Mei Khamis)
Pada hari ini, kami dibawa melawat Warner Bros Studios dan Sony Pictures Studios. Kami diberi pendedahan mengenai kemudahan penggambaran filem yang terdapat di kedua-dua studio yang hebat itu.


Kedua-dua studio itu memberikan layanan VIP kepada kami dan sepanjang lawatan itu, kami diberikan penerangan secara terperinci bagaimana penggambaran dilakukan. Kami ditunjukkan set bangunan dan rumah yang siap dibina seperti bangunan sebenar sedangkan ia cuma paparan dari rangka bahagian hadapan sahaja. Hebat sungguh dan kita yang menonton benar-benar rasakan seperti ia dirakam di sebuah bandar yang sebenar.
Kedua-dua lawatan tersebut benar-benar mengambil masa hari kedua kami di sana.

Hari 3 (22 Mei Jumaat)
Hari ini kami dibawa ke studio yang sangat banyak tempat menarik di dalamnya iaitu Universal Studios. Kami diberi kesempatan untuk melihat beberapa babak yang sukar dilakukan. Antaranya ialah keadaan bandar diserang banjir besar, dua kereta meletop dalam Fast and Furious, berada di kawasan malapetaka kapalterbang terhempas, gegaran gempa bumi dan sebagainya.


Kami juga berkesempatan mencuba beberapa tarikan studio itu seperti rollercoaster, terjunan bot Jurassic Park dan banyak lagi. Yang bestnya, kitorang tak payah beratur sebab ada pas khas yang boleh membawa kami di hadapan barisan! Kelas gitu!!!

Hari 4 (23 Mei Sabtu)
Pada hari ini, awal-awal lagi kami sudahbergerak ke Camarillo Factory Outlet. Yang bestnyer, rakan-rakan media telah Paknil sarungkan setiap seorang dengan baju yang sama!


Paknil shopping sakan disini sebab barang-barangnya adalah secara langsung dari kilang pengeluaran. Harganya juga jauh lebih murah dari harga di butik jenama berkenaan.
Antara jenama yang ada di sana adalah seperti Coach, Spade Kate, Timberland, Giorgio Armani, Tommy Hilfiger, GAP, DKNY, Calvin Klein dan banyak lagi. Oleh kerana sibuk membeli belah,
Paknil tak sempat nak merakamkan gambar kerana tangan Paknil penuh dengan barangan belian hehehehe!

Hari 5 (24 Mei Ahad)
Pada hari ini juga, kami habiskan masa untuk melawat Farmers; Market di Los Angeles. Di sini kami dapat lihat bagaimana mereka membangunkan kawasan tradisional menjadi kawasan tumpuan ramai untuk membeli belah dan beriadah. Di sini Paknil lihat masih menggunakan kenderaan lama negara ini iaitu tramp.

Selesai lawatan ke Farmers’ Market kami dibawa untuk bersiar di Hollywood Boulevard. Ini merupakan kawasan mesti dilawati jika anda berada di Hollywood. Di sini Paknil lihat ramai yang teruja membeli buah tangan kenang-kenangan untuk dibawa pulang.

Sekitar jalanraya yang sibuk ini, terdapat watak-watak terkenal Hollywood yang berkeliaran untuk pengunjung bergambar. Alah tak mahal pun. Cuma USD1 sahaja setiap kali bergambar. Maka berebutrlah kami bergambar dengan watak-watak seperti Superman, Batman, Spiderman, Marilyn Monroe, Michael Jackson dan banyak lagi. Paknil rasa macam ada watak yang ketinggalan kat situ….Cicakman dan Professor Klon!
Terdapat juga kotak-kotak bintang untuk bintang-bintang Hollywood di sepanjang jalan berkenaan. Sempatlah Paknil abadikan sedikit.


Paknil berkesempatan bergambar dengan kotak bintang peninju dunia lagenda iatu Muhammad Ali. Menariknya kotak bintang peninju ini diletakkan di dinding masuk Kodak Theatre dan bukan di kaki lima seperti yang lain. Paknil rasa ini satu penghormatan kepada nama besar ‘Muhammad’ yang tidak sesuai sebagai kotak bintang yang dipijak-pijak!


Hari 6 (25 Mei Ahad)
Hari ini kami mempunyai aktiviti bebas dan Paknil mengambil kesempatan ke Camarillo Factory Outlet lagi untuk sambung shopping. Kali ni juga Paknil tak sempat bergambar sebab bizi shopping. Hehehe…Kali ni tak dapat lama-lama di sini kerana harus bersiap sedia untuk bergerak ke lapangan terbang sebab penerbangan kami pada pukul 2pagi hari keesokannya. Pukul 8 malam lagi hari ini kami dah bertolak ke airport.

Hari 7 (26 Mei Isnin)
Selamat tinggal Los Angeles. Kami menaiki pesawat MH095 pukul 2am yang kemudian membuat singgahan di Taipei dan terus ke Kuala Lumpur selepas itu. Perjalanan pulang yang panjang ini kami selesaikan dengan menonton video dan tidur!

Hari 8 (27 Mei Selasa)
Kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 12 tengahari dan disambut oleh petugas-petugas kesihatan yang begitu tekun menangani penularan wabak Influenza A H1N1. Syabas kepada mereka kerana menjaga keselamatan negara.
Paknil juga ingin mengambil kesempatan ini ungtuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Media Prima khususnya dan Dato Sri Farid Ridzuan, Ketua Pegawai Esekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad khasnya kerana lawatan sambil bercuti ini.
Sekembali dari sana Paknil bagai disuntik dengan semangat baru pula untuk beraksi di tv dan radio!

49 comments:

anne said...

Welcome home Abg Aznil...
Syukur alhamdullilah rombongan ni balik dengan selamat...maklumlah tengah takut H1N1 sekarang.

bestkan LA...nostalgia pulak baca entry ni..thanks for sharing cerita pasal trip ni kat blog. enjoy tengok gambar.

wah, shopping sakan tu;-)

Ain said...

Welcome back! I thought you went to LA with your family...salah lah..Yang satu tu gamabr macam at the bar, tu "Friends" nyer set kan? Then got another group photo kat dier nyer couch. Nice! And the Muhammad Ali nyer star, he requested it not to be on the floor, jadi dorang hang on the wall...best nyer trip gi LA! I'm going December nanti...Yay! Dengar besok kat ERA ye...

Edzlin said...

salam paknil.

wah seronoknya bercuti. hmm, rasa macam tahun ni paling sikit je pemenang anugerah skrin join percutian tu. thanks sebab cerita semua skali gambar. shopping sakan paknil ni ye.

prof klon & cicakman? mintala kru letak sana sepasang.hehe

Su3y said...

A'skum abg aznil...

Alhamdulilah,syukurlah abg aznil dah selamat sampai ke tanah air...
Sebaik saja dapat dengar suara abg aznil berkumandang pagi tadi,hilang rasanya rasa rindu suzy kepada abg aznil...
Hehehe...
Mane taknya?
Seminggu abg aznil menghilang,seperti setahun lamanya...
Rindu sangat-sangat...
Haizzz...
Walau ape pun,yang paling penting abg aznil telahpun selamat sampai ke tanah air kan...
& ape yang pasti abg aznil enjoy urself disana :)
Suzy disini tumpang happy jugak...
Hehehe...

So,tak salahlah kan suzy katakan dari awal lagi yang abg aznil berangkat ke L.A...

Miss u so much abg aznil,
SALAM SAYANG DARI,
SUZYLINA ;)

Ikmal Arif Azami said...

ya allah best giler shoping!!!!

aml said...

askum uncle aznil..

wah!!
bestnyer pergi LA!!
anyway..thanks uncle sebab kongsi gambar2 uncle dekat sane...^^

and...rindu sgt sbab dah smeinggu x dgr suare uncle kat era!!
x der siapa nak teman pegi sekolah..sebab..hari2 dgr uncle kat era kat dalam kereta sebelum pergi sekolah..
hehe..

wah!!mesti banyak sangat2 uncle shopping kan...huhuw...=)

najwa hazirah halmi said...

amboi...!
ader bwk ole2 untok peminat x??
ehehe~

Jojo said...

Best sungguh pak Nil bercuti ek... Berkongsi gambar ngan kitaorang lagi... memang Pak Nil best pun. Pak Nil saya suka sangat bila Pak Nil ngan Din beramboi bergabung diradio. Hahaha pecah perut dengar, Paknil ngan selamber je tapi lawak.. Abg Din mmg lawak tapi selamber.. hahaha..
Pak Nil.. saya cuma mencadangkan. Kalau pak Nil nak ke rumah anak-anak yatim nanti.. ajak lah kami semua bersama-sama. Ye lah.. walaupun kita gembira dan kadang2 tu tak, tp mereka semua tu perlukan sokongan kita... Pak Nil ada masa lawat laman saya Online moga-moga saya berjaya menjadi seorang penulis macam pak nil dalam blog nie... insyaallah.

Ann said...

buah tgn untk pminat2 xde ker? hakhak
paknil balik ngn selamat pun dh cukup bg kitorg ni...

syoknye kalo dpt pgalman yg sama...tp bila la

miss lolly a.k.a luvfareda said...

salam paknilll...

waaa.beshhhnya bcutiii..

LA plak tuh..

tengs kongsi pngalaman yea!

Unknown said...

malaysian celebrity soo lucky... i believe this will be another great experienceS for u *like derrr* lol! all ur hard work paid off... may u work harder in future.. all the best wishes for u uncle aznil...

so wat souvenier u have brought home... anything new?? that cannot be found either in s'pore or malaysia...

why nooo foood?

insyallah once i start working... i will make sure i will fly to LA tooo... did u check out the night life there??

p/s: asyik hollywood aja... tak nak tukar angin ker bollywood pulak??

myQza said...

seronok makan angin...?

joegrimjow said...

tak singgah uk ke?
heheee

nAnA_jAnEz said...

assalumualaikum pak Nil..
wah..best nye tengok gamba2 pak Nil...mesti enjoy kan dapat lepaskan penat lelah kat sane...

scha exa dan dunianya said...

alhamdulillah selamat pergi dan selamat balik..
takde pape hadiah utk peminat ke (terutamanya utk saya lar, kalo tak pun bagi hadiah besday atau kawen saya yg baru lepas ke)
~P

Azlieza Zain said...

askum... minat kat Pak Nil... especially maser pagi2 kat ERA.........

RinnAzrinah said...

best erk pak nil dpt jenjalan merata.....

sairazura said...

salam..paknil..slalunyer kalo org gi jejalan nih, bawak balik ole2 berupa barangan..paknil jgn bawak balik virus plak!!hahaha..kang ..tak pasal2 jer...tp heran plak..can ner u all bleh lepas ek?hurm?????..tp apepon syukur da selamat sumernyer pulang ke tanah air..

nas said...

Alhamdulilah akhirnya uncle sampai dgn slmt ke tanah air...tapi yg paling best paknil dah update blog..

faRah said...

welcome back paknil..
syukur alhmdulillah slmt peg n kembali dgn slmt serta sht....
shopping sakan yer paknil di sane....hehehe....

Grandna's said...

Besttttttt nye Pak Nil. Bila la agaknya nak sampai sana yer? Teringinnn. X dpt pergi, dapat souvenir pun jadik laa.

Aerin said...

Assalamualaikum Uncle Aznil :D

Uncle sihat?

Syukur Alhamdulillah Uncle selamat balik ke tanah air.
Nasib pagi semalam aerin ada dgrkan Uncle Aznil di era sebb pagi tadi tak dpt dgr.
Hilang rasa rindu bila dpt dgr Uncle Aznil semalam.
Hehe, mana tak rindu?
Hari-hari dgr Uncle Aznil kat radio.. Rindu suara Uncle, gelak ketawa Uncle :D

Mesti ni byk shopping kan?
Syiok juga tengok Uncle ke sana ;D Nak juga aerin ke sana.. PakCikMakCik aerin dah sampai sana.. jealous plakk..

SALAM HAPPY2 DARi;
Aerinisha :DD

Jaga kesihatan ye..

Ina said...

Assalammualaikum Abg Nil,

Apa kabar? Sihat? Harap2 begitulah hendaknye

Pertama sekali sy ucapkan setinggi2tahniah kerana berjaya memenangi anugerah Skin baru2 ni. Anyway, u deserved it.

Seronok dpt suara Abg Nil ke udara kembali..welcome back...

Take care & keep up a good work

-fizA- said...

BERTUAH NYA JADI ARTIS.. DAPAT JALAN-JALAN... BILA LA SAYA DAPAT JADI CAM PAK NIL NI YA...

acep said...

Selamat kembali ke tanah air paknil,, tak ader buah tangan untuk kami kah paknil hahaha. Paknil tau kah dah ataupun belom salah seorang pengunjung blog paknil, bieaz ni rupernyer dari kalangan kerabat vip dari brunei. Sy tau semalam semasa lawat blog dier.link paknil pn ader kat situ link bro adi pn ader. cayaler tak sombong.. harap2lah kelak dier jadi pengunjung blog sy hihih sy pn masih baru jadi blogger ayoyo memerlukan masa tu.ni link dier http://bieaz.blogspot.com

paknil semangat paknil

amirah said...

Welcome home Pak Nil!
Syukur Pak Nil selamat sampai...

Seronok dpt pergi LA kan?
Teringinnyaaaa!!! Hehehe. ;p
Thanks sharing the photo in ur blog..it really nice! (:
Happy betul Pak Nil shopping kat sana eh???

Apa2 pun,syukur Pak Nil dah selamat sampai even kat sana virus H1N1 tgh kecoh...
:D

Budak Baik Sarah said...

agaknya berapa ribu USD PakNil habiskan berbelanja ya...Takpalah, balik M'sia lebih banyak idea & makin kreatif. Tentu rezeki makin bertambah. Semoga makin murah rezeki.

madam Ja said...

wah...
bestnye pak nil shoppg
mesti xmuat tgn kn?
anyway, welcome home...

The Revolution said...

Salam...
Salam Revolusi...

ALHAMDULILLAH....
Syukur kehadrat ALLAH atas keselamatan yang diberikan kepada EMPEN dan rombongan...
Alhamdulillah kerana EMPEN dan rombongan selamat bertolak dan selamat kembali...

Terima kasih...
Salam...

ErDa EiDa said...

salam paknil..

la..ingatkan paknil bcuti ngan family...wah bestnya bila bca pnulisan paknil cam nak pgi je sana..tp tula tkut H1N1 la..sya n family yg nk bcuti di beijing pn dh ingat nk bcuti dlm negara jer...

Mr.Os ari tu ada dtg ofis sya psl nk buat ptukaran sekolah anak dia..mmg dia seorng yg mnghormati org lain n bsopan santun...

wah paknil shopping xingat dunia ek...smpai x smpat snap pic tuk kami tgk..k..paknil take care..hrap lawatan paknil tuh dpt mnenangkan fikiran paknil sketika pd kja..

marlina johari said...

selamat kembali,
Harap dapat meneruskan aktiviti-aktiviti seharian dengan lebih lebih kreatif.
Syabas kerana membuat banyak penambahbaikan dalam rancangan tom-tom bak

Mohd Ahmad Ferk said...

memang bertuah dapat pegi sane..
lagi² bila dapat tgk warner bros..
wah!
memang satu pengalaman yg tak dapat dilupakan..
welcome home bro.. :)

nadiah2020 said...

askum abg aznil....can we change the link...tqvm...

nacha said...

wah! best nyer tgk gambar & bc citer paknil gi LA. ntah bila la sy dpt gi sana tu? teruja bc citer paknil gi factory outlet kat sana. takat ni sy cuma mampu gi factory outlet yg kat Bandung je. gi Bandung pun dah mcm org gila dpt shopping sampai x nak balik M'sia. gi LA apatah lagi. hehehe...

G'Zain said...

Salam Pak Nil,

Wah jalan sakan ye, sopping tak hengat. Tentu pengalaman di farm Market best yer? that's remind me of Farm Stay Package di New Zeland, werld betul dapat rasa suasana cam tu..
Sib baik Tom Tom Bak tak ikut cuti kalu tak jenuh I nak jawab dengan Si Kenit I..he he he

ABCPlus said...

Ingatkan Paknil pegi mana tak ada dislot pagi ERA , rupanya pegi makan angin , pastinya banyak perkara baru yang Paknil dapat dari lawatan tersebut ..

farish izaryl @izreez said...

sonoknyee paknil

eiLda epaL said...

salam paknil...

alhamdulillah...lega rasanya dapat dengar suara paknil semula di pagi era sejak minggu lepas...barulaH ceria rasa pagi saya...

bestNya paknil dapat pegi bercuti kan...tempat-tempat yang paknil pegi tu memang best, menarik dan pernah juga saya berangan-angan nak pegi...hehehe...

mesti banyaK paknil shopping kan...sampai ulang shopping yer...hehhe...

apa-apa pun, yang penting paknil balik dengan selamat dan sihat...itu adalah lebih penting...

take care paknil...

Ummi Qisti said...

salam perkenalan abg nil,

welcome home, jauh berjalan luas pandangan kan.. ;)
bukan abg nil je yg sronok g LA,kita kat siani pun tumpang sronok sbb dpt tgk gmbr..hee

atiqahdahalan said...

sebut pasal cicakman, i duduk di Jordan, and haritu jumpe dvd cicakman2 dijual kat kedai (pirate) lah tapinye. tapi yang penting, people actually watch it! kalau tak takkan org kedai tu boleh jual pulak. ada dua je movie from Malaysia - cicakman 2 and something namanya KL drift (not so sure). tahniah - tp sayangnye pirated lah.

farahziha said...

pak nil klaka la ble sye tgok melodi pagi td...pak nil xnk bepisah ngn kamera kate abg melodi td n suare pak nil jer yg plg riuh...mesti happening kan kt sane...

mama uzma said...

Alhamdulillah...
selamat semuanya...

seronoknya gi bercuti ye paknil...
bila saya dpt ke sana...
mesti seronokkan..

Elynn said...

akhirnya kembali:) elynn rindu gak celoteh pak nil. ada tgk gak holiday paknil bersama artis lain ke LA. Nampak happy, tapi pak nil agak keletihan jugak...

Paknil takut ikan jaws ia...kelakar tengok paknil menjerit masa ikan jaws tu nganga.....

wakakakakak ! :) welcome back dan semoga Paknil bertambah semangat bekerja setelah bercuti lama :)

strawberry said...

welcome home paknil..seronok saya baca blog pak nil nie yang MEMANG HAPPENING..sebelum nie saya ade buat blog tapi selalu tak sempat nak menulis..salute kat pak nil sebab w/pun bz masih sempat menulis.. sejak mengikuti blog pak nil nie.. saya dh tanam azam nak menulis cam pak nil.saya dah buat blog yang bertujuan menceriatakan apa2 pengalaman, pengetahuan, tempat melancong yang mungkin boleh dikongsikan.lebih fokus kepada tempat melancong yang menarik di dunia..(sebab kami berdua suka berjalan) mohon jasa baik pak nil bagi sedikit komentar pada blog saya dan suami tgh usahakan nie yer..click ke:

www.global-talk.blogspot.com

tq.. i'm your no. 1 fan..good luck..assalamualaikum

Muhammad Suhaily George bin Abdullah said...

Salam Paknil/Abg Aznil,

Semuanya baik seperti yang dirancang,alhamdulillah. Bagaimana tentang review segmen terbaru Anmun Essential Eja’? Mungkin ruang ini tidak berkaitan dengan post 'I'M BACK' wah..macam cerita Terminator, Arnold susah nak ejerrr pulak...kalau tak review lagi, saya sudah review sikit tentang segmen ini. silalah ke...
www.e-webniaga.com/bengkelppt/

Jom borak....wassalam.

erazamankini said...

besh giler...

::sYieQo:: said...

jeles nye! nk gi jugaaaaaaaaaaaakkkkkkkkkk!!!!!!!! =P

ZuL said...

pergh,best giler dapat gi LA...kelkam bek paknil :)

Alya Qistina said...

comel lah muka uncle dkat gmba hari ke 3 tuh :D