Assalamulaikum Abg Aznil,
Saya davina, doing programmes for children with cancer. Ada seorang kanak-kanak ( Adik Khayrul Aiman )berhajat jumpa Abg Aznil, as doctor confirmed nothing can be done. Please contact me..if possible...kami mempercepatkan birthday party dia esok.. as doctor said, next week may not be around..wallahualam
Kesan daripada mesej ini, Paknil begitu tersentuh sehingga Paknil terpanggil untuk meluangkan masa memenuhi impian Adik Khayrul Aiman. Davina juga melakukan pelbagai usaha untuk menemukan Aiman (6 tahun) dengan Paknil. Antaranya adalah dengan menghubungi ASTRO dan KRU Studios.
Alhamdulillah, pada hari khamis lalu 1hb Oktober Paknil bersama pengurus KRU, Akmal (AC) telah mengunjungi adik Aiman di rumahnya di Sentul, KL. Keadaan Aiman amat lemah lebih-lebih lagi baru keluar dari hospital. Paknil sempat menghulurkan sebotol air zamzam yang masih lagi Paknil simpan sejak kembalinya Paknil dari tanah suci musim haji lepas. Yalah, air zamzam ni kan ibu segala ubat di dunia ini. Manalah tau ia boleh jadi penawar. InsyaAllah
Paknil bangga melihat ibubapa Aiman yang bersungguh menjaga dan merawat Aiman sehingga menganjurkan majlis doa selamat dan harijadi buat anak tersayangnya itu.
Bagi Paknil, hanya doa dan kunjungan yang dapat Paknil berikan. Apa salahnya jika itu juga boleh dijadikan ubat untuk Aiman.
Sememangnya, insan-insan istimewa seperti Aimanlah yang boleh membuat kita lebih menghargai kehidupan dan sedar bahawa kasih sayang sebenarnya boleh melampaui apa sahaja batasan. Dari mula tidak mengenali keluarga Aiman, kini Paknil mula merasakan mereka bagai sebahagian daripada keluarga Paknil.
Marilah kita sama-sama mendoakan agar Aiman diberikan kekuatan dan sembuh dari penyakit ini kerana kita harus percaya pada kebesaran dan keajaiban Allah SWT. Amin.
Buat Davina, Tahniah Paknil ucapkan dan teruskan usaha murni Davina dalam membahagiakan insan-insan yang kurang bernasib baik!
83 comments:
salam paknil...
sungguh mulia Davina tersebut dalam membantu kanak-kanak yang dlm kesusahan..
mudah-mudahan dengan kunjungan paknil ke rumah adik Aiman akan memberikan beliau semangat yang lebih kuat untuk melawan penyakitnya...
insyaAllah, sama-samalah kita berdoa agar adik Aiman dapat sembuh dari penyakitnya...
ajaL dan Maut di tangan Allah SWT...Hanya Dia yang Maha Mengetahui segalanya...
teruskan juga usaha paknil dalam memberi kunjungan2 seperti ini...
walaupun mungkin tidak besar mana kunjungan itu, tetapi bagi yang menerima kunjungan seperti itu memang sangat berharga dan bermakna dalam hidup mereka....
alhamdulillah...sekurang-kurangnya hajat Aiman telah tercapai...Semoga Aiman dirahmati dan diberikan kesihatan yang baik...
salam paknil.
tersentuh hati saya baca pasal aiman. saya doakan Allah SWT panjang umur nya dan sembuh dari penyakit itu.
kepada davina dan paknil, teruskanlah kerja-kerja amal ini. tidak kira kecil atau besar, ia memang membantu.
salam..
thniah buat paknil sbb sudi luangkan masa utk lawat aiman..
smoga aiman cpt2 sembuh...
Terima kasih abg aznil sebab kongsi pasal aiman kat sini. tersentuh sangat tengok keadaan aiman.
Saya doakan Allah pelihara Aiman, saya doakan keluarganya diberi kekuatan melalui dugaan ini.
Berat mata memandang, tak dapat nak bayangkan anak sekecil Aiman nak menanggung sakit.
Tumpang gembira Abg dapat penuhi impian Aiman.
Kalau Davina baca komen ni,tahniah & semoga Tuhan membalas kerja2 mulia yg awak buat. (i read yr blog)
moga usaha murni x bhenti dkt sni shj
salam paknil...
di sini kita dapat melihat peranan artis dalam masyarakat..diharap paknil yang telah dijadikan idola oleh banyak kategori masyarakat tidak lalai dan hanyut dengan bisikan dunia...
all the best to you and may God bless aiman..
ganjaran pahalalah untuk mereka yang berbuat baik..
terima kasih diucapkan kepada davina atas usaha anda.
terima kasih pada paknil coz sudi luangkan mase
sy doakan agar adik aiman bertambah sihat
saya doakan adik aiman sihat seperti kanank2 lain.. AMIN.
Saya sebak dan menitiskan airmata membaca post Pak Nil kali ini. Terima kasih Pak Nil kerana sudi meluangkan masa untuk Aiman, walaupun ini kali pertama saya tahu pasal Aiman. Pada Davina juga. Semoga Aiman diberikan ke ajaiban oleh Allah. Amin.
manusia saling memerlukan.. bagus pak nil yerk..
tersentuh hati melihat aiman.semoga dia cepat sembuh. tahniah paknil atas niat murni paknil
berkaca gak mata ni tengok keprihatinan Pak Nil..
sy doakan yg baik2 utk adik Aiman..ameen
setuju sangat ngna paknil...
bila kta nampak kekurangan...
baru kita muhasabahkan penghargaan.
moga adik Aiman cepat sembuh...Amin..
Terima kasih pd Davina yg berusaha utk memenuhi impian adik Aiman tu dn terima kasih juga pd Pak Nil yg sudi berjumpa dgn Aiman...
Moga paparan ini sama2 menginsafkan kita..
Tgk gambar je dah sedih dah...kalau adik aiman ade depan mata lagi la...
Kalaupun adik aiman mmang dah takde harapan lagi...doa semoga aiman tak hidup menderita...
salam..
pertama kali nak bagi komen...
sama2 lah kita doakan agar Allah panjangkan usia adik Aiman.. kita hanya mampu berdoa.. selebihnya di tangan NYA..
tahniah buat insan prihatin mcm Davina dan Paknil..
wassalam..
ejaescobart.blogspot.com
semoga adik aiman sembuh dan menjalani kehidupan seperti teman seusianya..hanya doa yang dapat saya berikan buat adik aiman sekeluarga..buat paknil tahniah..kedatangan paknil mungkin memberikan sinar harapan buat adik aiman...
Salam Aznil...Dunia ini jadi lebih indah dan bermakna dengan insan seperti kalian berdua...moga Anakanda Aiman lebih tabah dan bersemangat menjalani hari-hari yang mendatang....both Davina & AZnil...keep up the GOOD WORK!!!Moga Allah memberkati kita semua....AMIN!!!
Salam;
Didoakan untuk Aiman supaya cepat sembuh...Aminnn
Tahniah untuk Pak Nil and Davina...sungguh mulia hati kalian....
hope aiman hav a speedy recovery..
:(
Aznil,u r so kind!
god loves u.
:)
Hello..
this makes me cry..
God bless you AIMAN..
salam..terus berderai air mata saya, kelu..hiba...sayu..moga2 Allah mempermudahkan segala urusan kita...amin.
Semoga adik Aiman akan sihat..
saya doakan adik Aiman sembuh
bersyukur kerana ada insan semulia Davina yang sanggup membantu insan2 istimewa seperti Adik Aiman...
salam uncle
ifa ade gak bace nota yg dikasi tuh kat entry sebelom ni..then ifa trs klik kat empunya blog tuh...
time ifa bace note tuh ifa dah bole agak yg uncle pasti akn pegi jenguk adek Khayrul Aiman tuh..
Alhamdulillah hajat adek tuh nak jumpa dengan uncle tercapai jugak..
yg pasti kita kene trs berdoa jugak untuk adek Aiman..moge adek Aiman dpt sembuh dr penyakitnya.
Xdek benda yg mustahilkan...
xlupa jugak buat Uncle n 'Davina', hope Allah sentiasa merahmati kerja2 murni yg Uncle N 'Davina lakukan^_^
e-class;sniffa
Doakan agar dik aiman dipanjangkan usia dan sembuh dari penyakit yang ditanggungnya..
Terharu sangat akan keprihatinan BgNil n Davina..
All da best..
besar pahala memenuhi hajat seseorang....
paknil.. thumbs up 2 you!!
am touched!!
Assalamualaikum..
Saya Davina :) Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan pada semua atas segala doa dan ucapan yang diberikan. Untuk Abg Aznil, saya sebenarnya terkejut membaca post ini.. Thanks Abg Aznil atas sokongan yg diberikan.. InsyaAllah.. itu akan menjadi semangat bagi saya, syukur alhamdulillah..
Adik Aiman dah mula makan.. and alhamdulillah, as at today, ubat dah dapat diberikan sedikit demi sedikit.. Kita doakan Adik Aiman & keluarganya ye..
Again.. thank you so much to all of u for the kind words... May Allah bless U all.. Amin
p/s my earlier comment deleted sebab ada typo error.. sorri ..
good job for the both of you... may God bless u with love and happiness...
askum uncle.
marilah kita sama mendoakan kesihatan yg baik kpd adik aiman..amin.
hye paknil, welcome back!
syukur alhamdulillah dpt bace post paknil again.
semoga adik aiman sihat insyallah, dan semoga dgn kunjungan paknil dpt memberikan semangat kpd adik aiman untuk beliau melawan penyakit selanjutnya dpt sembuh sepenuhnya, amin...
semoga usaha2 murni seperti ini dpt diteruskan di masa2 akan datang..insyallah.
Salam Pak Nil,
Lama sgt xmenjengah blog Pak Nil nih..
Byk sgt story n info yg yg dpt so far..
Alhmdulillah sgguh mulia hati Davina dan Pak Nil, sanggup meluangkan masa demi anak² spt ini..
Pojie doakan semoga kalian dilimpahi keberkatan dari Illahi..
InsyAllah..
Semoga Aiman kembali sihat spt sediakala..
may GOD bless u always, with all the kindness u rendered to those in needs...
i am utterly touched and moved by this entry!
may Allah bless you uncle aznil!
there's nothing more i can offer except my prayers for aiman and family...
keep it up paknil...;p
Salam Pak Nil,
Saya pendengar setia rancangan setia Pak Nil dan Din Beramboi setiap pagi... 2 minggu tak dengar celoteh Pak Nil & Din memang sunyi. Apa2 pun saya nak ucapakan SELAMAT HARI RAYA.
Pagi tadi, 6/10/2009 saya mendengar rintihan Puan June di dalam segmen merisik khabar. Saya begitu terharu dan sedih mendengar masalah beliau.
Nasihat saya kepada Puan June, jika Pak Nil boleh sampaikan kepada beliau adalah cuba dapatkan rawatan tradisional dan solat 5 waktu jangan ditinggalkan. Jika boleh yakin, ikhlas dan amalkan bacaan ayatul kursi, 3X surah al ikhlas, ayat 1000 dinar dan banyakkan berzikir agar Puan June terus mampu bertahan mengharungi masalah beliau.
Pada pandangan saya suami beliau bukan patuh kepada ibu beliau tetapi sebenarnya telah "dibodohkan" dan "diguna-gunakan" oleh ibunya sendiri dan Puan June dan anak2 pula dijadikan makanan untuk jin peliharaan ibu mertuanya. Sebab tu ibu mertuanya mengasingkan beliau dan anak2 di dalam satu bilik lain.
Saya bukan nak mengata di bulan yang mulia ini, tetapi saya, adik dan kakak sendiri pernah mengalami perkara yang sama kerana ibu sendiri yang menganiaya. Jin dan jembalang kita xdapat lihat dengan mata kasar. Kami dijadikan bahan makanan mereka dan kesannya sampai sekarang masih terasa dari segi mental dan fizikal.
Saya sedih bila mendengar masalah Puan June tersebut, saya tak berdaya untuk membantu beliau dan anak2 tapi saya DOAKAN agar beliau dan anak2 selamat di dunia dan akhirat kelak...SABAR itu senjata yang paling kuat daripada Allah s.w.t.
Wassalam
Dessy - s.Utama
dessy_ima@hotmail.com
salam pak nil, semoga adik aiman kuat semangat & tabah menghadapi dugaan...
Tahniah untuk Pak Nil,
Solute dengan tindakan awak tu..begitu juga dengan Davina
saye sgt bangga ngan paknil...sentiase memenuhi hasrat peminat2 cilik pak nil..semoge Allah membalas hati murni pak nil...
didoakan semoga adik aiman cepat sembuh & aktif sprt kanak2 yg lain
didoakan agar pak nil meneruskan usaha murni ini...
sungguh mulia ati davina dan paknil...semoga adik aiman cepat sembuh...saya menangis bile tengok2 gambar2 adik aiman nih
hanya doa dr kami utk adik aiman. Kepada paknil teruskan la kebaikan yg paknil lakukan..kami sama2 terasa kesedihan bila membaca cerita adik aiman..
bagus nye paknil!!
Davina pon!
Bukan semua insan bernasib baik didunia ini. Oleh itu belajarlah untuk BERSYUKUR.Tahniah kepada Davina yang baik hati dan PakNil yang prihatin.
"Insan Istimewa Tanggungjawab Bersama"
Salam..terharu nya baca kisah ni...
semoga ibu aiman tabah menghadapi segala dugaan....pasti ada rahmat di sebalik nya....
memang sedih kalau mengalami nasib seperti tu.......
alhamdulillah hajat aiman tercapai..didoakan aiman kuat semangat menghadapi ujian Allah...
to davina tahniah & syabas coz niat dan usaha anda!
salam pak nil... cian dik aiman...... tp alhamdulillah termakbul jugak keinginan dik aiman tu erk.... kite pakat doakan utk adik aiman erk
Salam dik nil,
bangga dgn davina dan aznil di atas keperihatinan anda. Moga Allah sentiasa bersama insan2 yg berhati mulia ini. Dan didoa agar Aiman akan sembuh seperti sediakala.
Assalamualaikum
Tahniah buat Pak Nil & Davina yg mana jasa baik kamu berdua sekurang2nya dpt mengurangkan penderitaan yg ditanggung adik Aiman.
Teruskan amalan mulia ini & semoga mendapat rahmat Allah swt.
AMIN....
salam paknil...
terharu dengan keadaan adk aiman...
respect dgn org2 spt paknil dan davina...
paknil, sihat2 terus buat kerja amal spt ni...
tahniah, jgn lupa jg kesihatan... jgn sampai sakit teruk lagi...
nnt rndu & bimbang ngan paknil...
salam paknil..
sgt terharu ..hanya itu yg dpt di luah kn..teringat kenangan lama sewaktu sy menjd pengidap breast canser..sudi lh kira nya penyokong2 paknil di sini membc..klu ada yg blh di jd kn iktibar di sebalik yg tersurat dn tersirat insyaallah...
Pulang dr SMC (Selangor Medical Center)hati sy kosong tanpa perasaan,tiada kerisauan dn kekesalan..tp keadaan berubh bila adk sy terjumpa keputusan ujian memogram..
Sy di layan seperti pesakit tenat..jiran ,saudara mara xhenti meluah simpati smpi xsedar ada perkataan yg mengguris perasaan..cadangan dn usul utk berubat di sana dn disini,xblh itu dn ini,jgn itu dn ini membuat sy jd semakin lemah..akhir nya kelenjar di bwh lengan membengkak,sy xblh lg mengurus diri sendiri..ibu berkeras menyikat rmbut,memakai kn bj dn menyuap kn nasi!..rimas sy nekad melari kn diri ketanah suci ( atas tajaan majikan)
Bersama teman baik sy bertawakal semoga ada keajaipan dr Ilahi..
Keajaipan 1)..Perjalanan yg pnjg dn tdk selesa dr Jedah ke Madinah mebuat sy hmpir pengsan..bersama airmata sy pujuk dn usap tubuh yg sgt sakit..berhenti sakit ye..kita nk jd tetamu Allah..be good..tlg ye jgn sakit lg..pls..sy pejam mata..tenggelam dlm zikir..sedar2 sy dh ok..dh boleh angkat beg pakaian!!
Keajaipan ke2)Dimakam rasulullah sy mengadu sepuas2 nya.. sy seperti di ajar bgmana nk merawat diri sendiri..dgn kasih syg beginda hati sy lapang teramat sgt!
Keajaipan ke3)Kebetulan sy pergi musim cuti sekolah di timur tgh..kota mekah padat..ibu sgt risau jika sy di rempuh atau tersenggol di tmpat tut..percaya tak,jgn kn di rempuh,bersenggol pun tidak! malah sy dpt mencium hajaratulaswat dgn mudah!tanpa layanan istemewa sy insan normal yg sehat,tdk demam dn batuk..tdk ada kesakitan yg berdenyut..dn sy beribadah sepuas nya..
Keajaipan ke4)Pulang ketanah air..doktor sah kn sy bebas dr sel canser yg mgganas!
Mari lh penyokong2 paknil dn rakyat M'sia..jgn putus asa kita mohon keajaipan dr Maha Pencipta..sama2 tanpa jemu kita solat hajat ye untk adik aiman..
p/s kpd ibu bapa aiman, bersabar lh..kita di uji krn kemampuan kita menempuh ujian itu!
saya bangga sangat dengan pak nil, walaupun pak nil sibuk, kurang sihat tapi pak nil tetap tidak menghampakan impian peminat!
itulah attitude yang sepatutnya ada pada selebriti2 yang lain!
siannye.....
penderitaan saya x semana nak dibandingkan dgn dia.....
sy patut bersyukur....
derita perasaan....tekanan dalaman...
Asmkm...sesungguhnya setiap yang datang dari Allah sama ada yang baik ataupun tidak itu adalah satu ujian untuk menguji sejauh mana rasa syukur dan sejauh mana tabahnya jiwa seseorang insan untuk menghadapinya....setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya..buat keluarga adik Aiman,kuatkan semangat,insyaalah,sesungguhnya ada kesenangan disebalik kesusahan yang berlaku. semoga adik Aiman dianugerahkan kesihatan seperti sedia kala...Tahniah Pak nil,disebalik kesibukan paknil masih ada ruang untuk menceriakan org lain...
Tak sedar2 airmata mengalir mengingatkan ada juga insan yg perihatin...Syabas pada davina & pak nil juga.
alhamdulillah..
terharu dgn usaha Davina dan Pak Nil.. Fyda juga bminat nk bantu insan2 spt adik Aiman.. Semoga akan diberikan peluang suatu hari nnt..
speechless. mudah-mudahan Tuhan panjangkan umur Aiman, dan murahkan rezeki utk Pak Nil.
semoga usaha murni ni mjadi contoh kpd semua pembaca blog abg aznil ni..
Salam Pak Nil...
tersentuh hati saya cos Pak Nil sanggup tunaikan permintaan2 peminat Pak Nil tak kire yang sehat atau sebalik yer...saya sangat berbangga dengan segala usaha Pak Nil selama nie dalam menyelami nasib peminat2 Pak Nil...teruskan la usaha dan niat murni Pak Nil seperti ini...saya juga berharap dapat berjumpa Pak Nil satu hari nanti..
Ya Allah... Kau limpahkan keberkatan kpd semua insan yang ikhlas membantu insan lain..
Moga keluarga AIMAN tabah menghadapi dugaan..
pe pon, sy doakan adq aiman smbuh..dan juga pak nil yg snggup menemani adq aiman..sy sgt berbangga ngn pak nil..
Salam abg.nil. Moga usaha ini sentiasa dtrskan tak kira bangsa atau agama. Saya bangga dgn abg n
Davina. Tsentuh jiwa saya bila mbaca blog abg. Moga Allah pelihara kesihatannya. Bagi kuaga Aiman tbhkan hati dlm mhadapi ujian Allah. Berat mata mmandang brt lagi bahu yg mmikulnya.
Tersentuh hati membaca catatan Paknil dan kami juga turut menghargai Paknil yang sedia meluangkan waktu berharga semata-mata mengunjungi anak kecil itu, moga Allah selamatkan anak ini dan bebas daripada penderitaan, kepada keluarga anak ini kami Warga SMK Lajau, Labuan menumpang simpati...
paknil asek pakai baju pink je. p/s: nampak muda :p
Alhamdulillah IMPIAN TERAKHIR arwah adik aiman akhirnya TERCAPAI....
AL-FATIHAH,Semoga arwah di tempatkan dlm golongan yg beriman..&juga SYURGA FIRDAUSI amin...
Kami cukup bersimpati...ALLAH S.W.T lebih MENYAYANGInya...REDHA&TABAH dgn pemergiannya....semoga family arwah TABAH MENERIMA DUGAAN dr ILAHI...
salam pak nil... ermmmm terharu giler baca story paknil kali ni.pape pon.. semoga adik aiman aman di sana mari kita sama2 sedekahkan AL-fatihah untuk beliau...
semoga family adik aiman tabah menghadapi keadaan ini.. ALLAH lebih menyayanginye... salam takziah dari falcon..
Takziah pada keluarga Allahyarham adik Aiman..Kita dah tau tempatnya kan...ALHAMDULILLAH.
Tahniah pada sdr Aznil. Saudara punya sekeping hati yg murni, dlm sibuk sudi jua meluangkan masa menunaikan hajat arwah..Moga rahmat Allah melimpahi kehidupan anda. Insyaallah
Salam,
terima kasih paknil kerana menunaikan impian adik aiman,sesungguhnya dia pergi dengan gembira kerana sempat berjumpa dengan idolanya,percaya atau tidak,paknil adalah idola semua kanak-kanak malaysia.terima kasih paknil
alhamdulillah..ada lagi insan berhati mulia di zaman serba mencabar ini...semoga kita semua sentiasa dalam lindungan Allah...
http://gold2rich.blogspot.com
pakat2 doa la erk
Subhanallah, Moga2 Allah membalas jasa baik Paknil. That was a very good move. Visiting children like that. I am very inspired!
You are showing good example, walaupun u seorang yang sibuk, tapi sempat mencuri masa untuk mereka yang betul2 memerlukan. Thanks Paknil.
sgt tersentuh dengan cite ini.. terkenang adik saya yg telah pergi menemuiNya pada bulan jun lps.. juga sakit kanser..
amat menyentuh hati saya...apalagi saya pun mempunyai anak istimewa. semoga abg aznil dapat meluangkan masa untuk semua kanak-kanak istimewa di seluruh malaysia...salam
amat menyentuh hati dan perasaan saya. apatah lagi saya mempunyai anak istimewa. Semoga abg aznil dapat meluangkan masa bersama kanak-kanak istimewa di seluruh malaysia....wassalam
abg aznil,baik sunguh hati mu semoga tuhan panjangkan umur mu,
dan rezaki mu.....amin.
nak tahu kenapa orang yang sakit,
ubat dihatinya senyum dan orang yang handak di jumpanya.walaupun sakit itu tidak hilang pun.namun hatinya berasa gambira bila di lawat.
waaa...nape ternangis lak bila baca kisah arwah ni.a\Alfatihah utk arah Aiman..
pak nil,teruskan usaha menggembirakan hati rakyat malaysia ngan celoteh anda..anak saya iman zhafran,1 thn 6 bln sgt suke ngan iklan tom2 bak.tp dia sebut pom pom bak lah.
uncle aznil..
i love u 4ever..
u are da best person!!
u never downgrade others!!
u always support others!!
u are my inspiration 2 succeed in my life!!
u are da great selebriti dat i hav ever know!!
i'll always support u watever u hav done!!..
once again..U ARE DA BEST!!!
i love u!!!!
assalammualaikum uncle aznil..sy xtau sejak bile sy mula meminati uncle aznil sbg seorang pnghibur..gaya aznil yg sgt peramah ngn kanak2 tue yg sy suke..mybe ape yg sy ckp nie xmasuk akal tp ntah larh..td sy tgok konsert uncle aznil kat tb 104..so sweet..sy kat rumah yg nangis..bile uncle aznil nak dtg melaka yer??sy tggu uncle aznil tp xmncul2 gak mybe uncle aznil sibuk..tp sy paham..semoga uncle aznil happy dgn org yg tersayang..
~tenaggerz hidayah~
Post a Comment