Thursday, June 5, 2008

APA PENDAPAT ANDA???

Paknil disarankan seseorang untuk layari laman web JOMSTAR dan baca ruangan Azwan Ali dalam ruangan MULUT PUAKA. Paknil memang tersentak membaca kenyataan Azwan. Korang nilai sendirilah tulisan dia.
MENGENAI ABP 2007
Jadi KORANG tunggu jer malam 30 Mac 2008 nanti!!! Apakah BADI keputusan PILIHANRAYA UMUM kali ke 12 akan TERSIMBAH ke KEPUTUSAN ABPBH 2007??? Almaklum…kalau ASYIK MUKA MUKA YANG SAMA NAIK PENTAS….aku YAKIN berjuta PEMINAT SENI NAIK MUAK!!!! Come lah…kalau dah menang 3 kali pun dah CUKUP cukup lah tu….TAK KAN SAMPAI KE MAMPUS ko dok prasan PEMINAT AKAN UNDI KO???? Bagi lah REZEKI tu dirasai CALON CALON LAIN yang sama HEBAT mempamerkan KREATIVITI mereka sebagai ANAK SENI!!!! Dan pada BERITA HARIAN…buat lah SESUATU dalam HAL ni ya??? Aku NAK CADANGKAN ke BERITA HARIAN selaku penganjur ABP ni…. kalau mana mana PEMENANG dah 3 kali pegang MANA MANA ANUGERAH secara berturut turut….BERITA HARIAN WAJIB mengugurkan nama SEKIAN SEKIAN dari SENARAI AWAL!!!! Tolong lah…..Its HIGH TIME BABY….untuk mengelak MUKA YG SAMA naik pentas!!!! BOSAN GILER BEB…..Hello…kalau PERDANA MENTERI boleh GUGURKAN NAMA SEORANG BEKAS MENTERI YANG SEBAKUL JASA DAN SUMBANGANNYA….tak kan BERITA HARIAN takut atau RISAU nak GUGURKAN nama seorang ARTIS???? Come lah….MEMONOPOLI satu satu BENDA ATAS DUNIA ni…. biarlah kena DENGAN CARANYA!!! Jangan nanti PEMINAT NAIK MUNTAH….balik balik PEMENANG YANG SAMA!!!! Letihhhhhhhhhhhh daaa………aku SOUND secara DIRECT & IKHLAS….kalau ada yang BENGANG ….SO WHAT????

MENGENAI KRING2
Apa lagi aku nak MEMBEBEL ya??? Oh ya….ada peminat Tanya AKU apa komen tentang rancangan baru ‘KRING KRING’ dan musim baru AF6 di ASTRO RIA??? Jawapan aku cukup IKHLAS….setakat AZNIL jadi HOS???….memang aku TAK TENGOK DIK!!! Aku akan lebih ghairah nak tengok muka muka PELAPIS dunia PENGACARAAN kat Malaysia ni….setakat nama nama SEZAMAN aku….LUPAKAN!!!! Jadi aku tak LEH KOMEN bagus ker tak program tu…..SORRY ya…

104 comments:

Nad Eusoff said...

Mak aih...ya ampun...
Garangnye Pak Wan nih yer..
sampai Pak Nil cyg ni pun jadi mangsa..

Saya selaku pemerhati dari jauh hanya mampu katakan yg saya tergezut babun membaca kenyataan itu...

Walaupun saya juga berkongsi rasa yang sama pasal M**I tu, tapi jgnlah laser sgt pak cik. Hidup nih kena saling menghormati. Kerasss sgt kata-kata tu.

Nak jadi glamor bukan mcm tu caranya. Kalu nak "ikhlas" pun bukan macam tu caranya. Kenapa mengutuk sampai lupa hala..
Relaks...

I think Pak Nil is the best. I suka Pak Nil sbb nampak Pak Nil jenis yg "let go".

Sebenarnya saya kecewa bila ada org yg tlah lama dlm industri ni macam Pak Wan tu memang bermulut PUAKA benar-benar.

Kepada Pak Nil, I watch ur Kring2. Paknil sentiasa jadi diri Paknil.
Ok Paknil, chiao.
Will drop by later!

Julicious™ said...

Haha..mulut puaka bodo..
Meh sini aku kasik pelempang siput kat die..
Haha..sengal..
Nmpak sgt jeles thap biskut..
Biar ar mnang 3 ploh kali pon..
Aku suke Aznil..N in facts budak 2 thun pon tau sape Aznil..
Lgpon Azwan tu bknnye best pon..ckp mcm org takde tamadun..ops..terlebey sudeyh..haha..
Azwan tu bebulu kot tgk Aznil makin byk kluar TB..Tom Tom Yam la..Kring Kring la..Jangan Lupa Lirik la..n mcam2 lagi..
Gratz to Aznil..
Smoga mengkarung buduh tu tros tenggalam dek keterperasaanbajetan mcam die fames sgt..
Kakahakahkah..

azah said...
This comment has been removed by the author.
azah said...

Wahai jejaka kesayangan Malaya,

Perhati jalan jangan tertikam
Banyak ranjau juga onar
Hanya jauhari mengenal maknikam
Kaca kabur,permata bersinar.

Bunga cempaka di petik dara
Sambil memetik membawa raga
Bersih hati,bersih jiwa
Rezeki mencurah dari Yang Esa..

Jangan di hirau mulut puaka
PHD bersarang di jiwa nya
Sedang memandang berjuta mata
Kami lah hakim penentu JUARA!!

Wahai Azwan Puaka..

Nyamuk berlagu terngiang-ngiang
Tak dapat tidur dengan lena
Apa dipandang gajah di seberang
Kamu lah kuman penyebab BENCANA!!!

Paknil...
Sentiasa lh jadi diri mu,kerana kami sayang kaaaamu kerana DIRI MU...!

Emi Farez said...

Bagi saya dia tu tak professional langsung... bukan org lain yg jatuhkan dia, tapi diri sendiri.. baru malam tadi saya tengok Jangan Tido Lagi itu pun sebab saya nak tengok vernon.. bosan sikit2 tepok tangan.. sebab dia tak pandai nak hiburkan org secara naturally.. Berterus-terang secara ikhlas dengan bercakap secara hasad dengki adalah dua perkara yang berbeza.. DENGAN KENYATAAN DIA ITU< DIA TELAH MENJATUHKAN MARUAH DIA SEBAGAI SEORANG ARTIS DAN SEBAGAI SEORANG DEWASA... saya kesal dengan sikapnya itu.. Dulu dia bagus sekarang dia hancur.. tahniah PAK NIL sebab Pak nil menaikkan maruah pak nil dan bertambah matang... pedulikkan dengan dia..

Unknown said...

ha ha ha.....
macam tak caya jer si mulut puaka tu ada degree law ye...
bercakap macam org bodoh...
jelas dan terang benderang ayat2 dia tu ayat2 org yg dengki tahap gaban kat pok Nil..
gelak guling2 baca tulisan dia yg membodohkan diri dia sendiri tu...
sian si azwan ni ye.....
desperate sgt dah dia tu...
aku, kalo org bayar pon tak hingin tgk show dia..
layan Tom tom bak ngan anak aku lagi syok..
Pok Nil.... all the best ye...
Meh kita gelakkan si puaka tu.... kah kah kah

nacha said...

Paknil.. 1st of all sy harap Paknil stay calm. bak kata org masuk telinga kanan & klua telinga kiri. agaknya si dia itu yg tak paham konsep ABPBH tu kot. nama pun Anugerah Bintang Popular. so, dah tentu org2 yg menang tu dlm kategori yg popular. sape yg kurang popular tu kena la terima kenyataannya. seharusnya kalo kita tau yg kita tak popular cubalah bermuhasabah ttg diri kita sendiri & cuba memantapkan diri & membaiki segala kekurangan yg terdpt pd diri kita sendiri. peminat2 sekarang pun dah semakin bijak berfikir. anyway, sy tetap mendoakan agar Paknil sentiasa success & maintain the way u r. don't bother dgr suara2 yg tak memberangsangkan itu.

anne said...

Salam Abg Aznil,

OMG!!!! Masa you call dia kat Kring2 tu bukan main lagi baik.

Anyway, my advise you jangan peduli la apa dia cakap and jangan balas. Not worth your time ok. You are waaaaayyyyyyyy above him, and you dont have to stoop that low. Just let your work do the talking. (its pretty obvious whose better than who)

Abang sabar ok.....you're the best.

Anonymous said...

assalamualaikum Paknil.

i watch your shows and dgr Paknil @era. so Paknil, as ane said, u are seriously way above him. sabar jek. manusia kan mcm2 perangai.

Elle Syeila said...

pedulilah apa azwan nak cakap, kalau asyik fikir apa orang cakap, sampai kertu pun tak kemanakan...harap Aznil x peduli lagi kata2 orang, pasal now u at the level that people should listen to you, not u listen to people anymore. Kalau nak harap muka2 baru pan asian yang cakap melayu ada ser ser ser, knowledge for the show sake nan ado, baik x payah langsung.....Aznil, i watch from pop kuiz, i watch u now! So don't bother about that statement...

Unknown said...

pak nil....

jgn layan org mcm tu lg...x professional langsung...
undi tu kan hak peminat..lantak pi la peminat nk undi sape..jgn amik ati apa yg dia ckp..x de org bosan ngan pak nil pun...dia je bosan sbb apa rancangan yg dia hos tu x brape nk mnjadi...saya satu family suka tgk rancangan yg pak nil hos kan..x kira tom2 bak ke, anak2 ku ke..semua kami suka..

biarlah luncai terjun bersama labu-labunya...

be strong pak nil!!!

Edzlin said...

hi aznil. saya merupakan pembaca tetap jomstar, dan dah lama tau psl mulut puaka ni mcm tak puas ati je dgn aznil. tp pd pendpt saya biarla aznil ooii....dia tu mmg syok sendiri.

rasanya kalo ABPH gugurkan nama aznil sekalipun, dia tu tak menang pun rasanya.hahahaha....perasan gitu. itu yg org panggil talam dua muka

pepun, saya tiap2 thn undi aznil, sudah tentu saya gembira aznil menang dan naik pentas every year. kalo artis lain yg menang byk kali pun, pengundi yg undi, suka ati kitaorg la sape kitaorg nak.

lg satu, tak manis dan tak patutla campur aduk politik dgn hiburan dlm beri pendapat. kami yg budak2 ni leh ilang respect pd nya.

so aznil, don't worry. biarkan je azwan tu. yg penting, semua org suka cara penulisan paknil. lebih bijak dan teratur. idup AZNIL. hehehe

ayiendean said...

ala... persetankanla si azwan gemok tu. takde faedahnye layan org camtu. cakap je lebih tapi habuk pun tarak. u r still the best. dunt worry.
i ni fanatic fan of yours tapi ada satu benda yg terbuku kat hati ni n kalau i tak luahkan, i rasa sedap ati je. last saturday, i pegi recording tom tom bak with my family. apa yang i terkilan sangat, before startnye recording tu, u sound kami yang dewasa ni tak sepatutnya masuk recording tu. sepatutnya kalau adults are not welcome, cakap la awal awal. ini tak, dengan hati yang berbunga bunga datang sebab dapat tgk aznil live in person, tup tup, u sound camtu. FRUST I tau. itu je nak luahkan.
Thanks for reading my comments and luv ya!

Unknown said...

salam pak nil..

patut la tahap kecemerlangan dia tk ke mana..kesian dgn org2 mulut puaka mcm tu..pi lantak la dgn pak wan boroi tu..dia tu tk usah dilayan pak nil..

mmg terkejut gak la.tk sangka la plak dia jeles kat pak nil sampai tahap gaban...ada gak org kt dunia ni mcm tu ek..

jgn balas pak nil,biar dia terjun dgn labu2nye..

yg penting,pak nil terus sukses & maintain the way u are..

Gina said...

Salam Abang Aznil..
Jangan pedulikan apa sahaja org ckp..just go on with your life and your career...Anak I really enjoy Tom Tom Bak and Anak-anakku...keep up the good work...remember, your fans bukan sahaja di kalangan org-org dewasa, malahan kanak-kanak di mana-mana baik di kampung ataupun bandar, berbilang bangsa mengenali abg Aznil...

pada pendapat saya, bukan anugerah yang kiter hargai, tapi ingatan peminat yang paling penting...

Satu saja pesanan saya..selain anak-anak di malaysia yang menyokong karier abg, abg mempunyai 2 org anak-anak yang bijak pandai malah akan mendoakan kebahagian abang dunia dan akhirat..bukannya mcm si dia...umur makin lanjut, anak pun tarak, so kalau mati esok...siapa yang akan mendoakan die...neraka jahanam la tempatnya..

Aznil Hj. Nawawi said...

ayiendean, jangan cepat terasa sebab paknil nak provoke penonton dewasa jer yang memang datang taknak bagi tepukan dan sorakan pada anak2 yang buat persembahan. Itu je. Diorang ni macam kedekut nak berikan tepukan. Kesian anak-anak kecik yang buat persembahAN.Diorang sedih tau macam tak dihargai sedangkan bakat diorang besar. Tu sebab Paknil cakap, kalau cam ni. baik penuhkan studio tu dengan bebudak je yang menonton sebab diorang memang jujur bertepuk dan bersorak! Yelah...ramai kanak-kanak yang nak bertepuk sorak terpaksa duduk kat lantai dan tak dapat masuk sebab setengah tempat duduk dipenuhi orang dewasa yang kedekut sorakan! Pikirkan lah....Paknil sound bukan cara tak bersopan pun. Tapi kalau terasa, alhamdulillah lah. Sekurang-kurangnya dapat jugaK pakinil salurkan mesej secara baik. Jangan marah eh. Maaf kalau terasa.

Unknown said...

Abg Nil,

"The Best Man Win". Ini Azwan kena sedar sikit. Peminat bebas utk mengundi artis mana yg mereka suka. Peminat dah pandai menilai artis mana yang berkualiti dan layak utk merangkul mana2 anugerah.

Pada yg tak dpt tu maknanya belum cukup bagus lagi so improve lah jgn asyik nak kutuk org nih tak bagus si polan nih tak layak. Bak kata Aziz Desa cermin2 kan diri anda. Jgn asyik nak buat kecoh dan berita sensasi dan hidup dlm alam fantasi.

Ok Abg Nil,
Nothing to worry ok....u ar different level with other person. So keep up a good work n attitude so peminat bole undi lagi next year.

ayiendean said...

hai aznil,
thanx for the quick feedback. nampak jugak aznil dekat i yang kerdil kalau nak dibandingkan dengan aznil. lega hati i ni. tak kisah la aznil. yang penting,i tetap meminati u sepenuh hati sebab u ni lain dari yang lain. nampak jujur dan ikhlas.
biarla apa org lain nak kata pasal u, tapi bagi i, u r d best!!!!
caiyo!!!! caiyo!!!!

Unknown said...

ayo paknil! naper dia jadi mcm tu ek? ckp mcm org tak beriman. ada law degree eh? tak sepadan dgn qualification yg ada! btw, paknil sentiasa d hati peminat & pendgr era.

Maryannie Mieming said...

well..bg sy ini kenyataan orang yg berfikiran amat PENDEK, SINGKAT dan AMAT CETEK d mana PHD menguasai minda dan fikiran...
nak d kata BODOH, dia dah lebih veteran..ntah apa yg dia fikir smpi boleh berkata demikian..agaknya dia tertekan kerana tak menang2 kot..cam ne nak menang klu ckp setan yg berbisik d telinga di ikut..(teringat kat cerita anakku bukan anakku tv3..)..hehe..
mulut lazer x kena tempat...agaknye, kalo die duk kat sabah la..ke sarawak ke..ke siam ke..kat tempat ilmu kuat..mau berbuih mulut x henti2..terus terang la..aku paling x minat die la dlm industri pengacaraan nie!!!..xde klas langsung~..!
pak nil, ape kate bg die pinjam jap trofi kemenangan pak nil kat ABP lepas..hehe..agaknye dia tu nak merase pegang trofi tu kot?..hehe..
aku brani bet..masa depan pak nil lg mengancam d masa2 akan datang berbanding dia n aku bleh rase, dia akan wat publisiti murahan utk menaikkan nama kembali..
to u pak nil..xyah melatah..xyah sakit hati..sbb org yg dengki tu, hatinye akan lebih sakit kalo xde respon dr pak nil..hehe..kalo d balas die akan berapi..kalo x d balas, lagi la die terbakar..diam x bererti kalah..kerana kami sbg peminat pak nil masih kuat menjadi benteng utk menegakkan populariti pak nil!!.. we luv pak nil!!! Allah will bless u always..

misznani said...

Ala paknil.. mulut die tu mmg x berlapik.. xde insurans.. biarkan die.. asalkan paknil ikhlas buat keje.. pedulikan ape yg die nk bebel.. bkn dpt ape2 faedah pun.. yang penting.. paknil kene teruskan perjuangan dlm bidang ni.. pedulikan die.. org dengki mmg mcm tu.. mcm2 yg die fikir utk jatuhkan org lain.. lantak die ler kan..

JR said...

Silence is golden..

kerana mulut badan binasa.. Kalau orang tu dah letak diri "dia" di level yang semacam tu, biarkan je laaa... kita?? biar dengan cara kita, asal kita tak langsung termasuk ke alam puaka seperti "dia"

berpendidikan atau tidak seseorang tu pun dinilai dari butir bicara yang dituturkan.. tapi dari lenggok bahasa dan luahan katanya..?? mmmm hanya yang "terpilih" mampu menilai..

biar AZNIL HJ NAWAWI terus jadi antara yang terpilih, satu dalam sejuta...

Let it be... Que sera sera..

me,myself and i said...

alah pak nil jangan peduli la c mulut laser tu..perasan siok je dia tu..klu dia kena nominate, aku takkan undi dia..harapla..boring la tgk dia tu..buat lawak sikit pn tak lawak apa da...

my little family / kaftanbatik said...

salam abg aznil
saja bg komen..sebnrnya apa yg diluahkan oleh Azwan tu mencerminkan dirinya yg sebenar. Tidak boleh melihat orang lain maju..lebih2 lagi kawan sendiri. mcm2 kes dah saya baca pasal dia.Sedih, ada jgk org mcm tu..Xkisah klu nak jujur tp biar la bertempat dan guna lah ayat2 yg mencerminkan kita orang timur...kan?

1 yg saya harapkan dari Abang Aznil, jgn la nanti menyombong diri jika didekati oleh peminat yea..krn tanpa peminat..sapa la kita kan?

antara ribuan peminat u..

DJ Mimie said...

Pak Nil, bior ler depa cakap macam tu. Makin banyak dia bercakap tentang keburukan orang lain, makin terserlah keburukan diri sendiri. Sebenornya, orang yang dok cakap orang lain buruk, diri sendiri yang lebih buruk. Saje nak menutup kelemahan diri sendiri...

You're the best, Pak Nil. You'll be someone like Dato' CT Nurhaliza one day. AzwanG??? Huh... He OR SHE'll be someone like an old man yang takkan ada orang nak ziarah bila mati nanti...Sedih kan?

sastree md nor said...

macam ada bau2 jeles jer
ignore jer org2 cam nih pak nil
u know who u are
n where u stand right now
i will always support u
keep u the good work
he doesnt even worth ur time
kalo dah hati busuk tuh sampai biler2 pun hati busuk

p/s - ada org tgk ker rancangan tv dia.bosan!mluat!

Darling Pya said...

memang dia mulut puaka yg tak sedar diri & tak profesional..
abai kan je pak nil
jgn layan org gile nanti kita pun akan gile sama...
biar kan luncai terjun dengan labunye...hahahahaha

Abby ♥ said...

i watch kring2 every week taww, kalau terlepas pon sure tgk ulangan

ala Pak Nil kan dah masak dgn perangai org industri nih, alah bisa tegal biasa kan

Pak Nil,sabar yerr

Su3y said...

Ish,knp azwan ckp smpi mcm tu skali?Suzy tgk dier tu tk hbs2 nk crk psl gdh dgn org tau.Ader jer slh2 org yg nk dier ketghkn...

Biarlh sape2 pn nk mng kt mne2 skalipn,muke sme ker tdk tu tk jd mslh yg pntg pmnt msh disisi artis2 tersbt...

Lg2 abg aznil,suzy sentiase mnykng abg aznil wlupn berader di negare jiran ni tau...

Dh rezeki seseorg artis tu utk naik ke atas pentas & menerima anugerah...

Azwan sebenarnyer JELOUS tu dgn kejayaan org,yelah dier tu tkder org nk undi sbb tulah dier slalu jer iri hati dgn org2...

Wlu ape skalipn,abg aznil ttp dihati sye.You're still the best...

Jgn peduli ape org nk kate yg plg pntg family & pmnt2 abg aznil ttp syg & skng abg aznil wlu dimne skalipn kami berade...

Suzy doakn supaye abg aznil sentiase sht sejahtera & akn terus berjaya,insyallah...AMIN

Kuatkn smngt yer abg aznil?
:)

!EFIL said...

"Setakat nama nama SEZAMAN aku….LUPAKAN"

Wei memang la, nama sezaman ngan kau yang glamour pak nil sorang je, ngko tu dah ganyut takda org nak panggil buat show. harapkan cit cat syok sendiri ko tu je la kan. nampak sgt hati busuk!! kejap2 suruh rg tepuk tangan, syok sendiri!

hehe pak nil teremotional, biarlah pak nil, lagi dia mengata lagi rezeki pak nil murah, pintu rezeki dia tak berketuk, sibukkan periuk nasi org pulak

dr. luv said...

Dear Pak Nil,

Asalamualaikum!!

Sebagai orang muda saya harap sangat yang Pak Nil akan terus bersabar dengan ape jua keadaan skali pon..I tau Pak Nil seorang yang berpendidikan tinggi, kuat pegangan agama & tau untuk menilai baik buruk bnda tue..Kan?? kan??(: Kat dunia ni mmg ada macam2 jenis orang!! Bak kata pepatah melayu "Rambut sama hitam tapi hati lain²"! waaaaaa...(opppssss..!!)

Tak payah dihiraukan orang yang macam tue mmg buang masa, tenaga n akal fikiran aje! Tada sampai ke mana sangat pon dia nak membusukkan nama orang lain!! Allah swt Maha Adil & lagi Bijaksana. DIA lebih mengetahui segala-galanya!!

Memang dasar nak cari publisiti murahan kononnye kata ifa raziah yang yang nak sangat glamorr!!! excuse me!! jangan satu ari nanty tak laku sudey lorh!! *wink* den terkena batang hidung sndiri..

Bnda kecik pon nak jadi hal!! Dasar Azwan Ali otak sempit n mulot longkang!! tada cter panas lain ke yang nak dijadikan isu!! Wake up & smells da coffee la AZWAN ALI oitss! Hahahahaha..Podaaahhhhh!!

Saya sendiri pon tak faham salah sangat ker kalu Pak Nil slalu dapat award!! Bukankah itu satu keja yang halal disisi Islam n rezeki berpihak pada Pak Nil kan!! Is that a big deal 4 u azwan ali!!

Saya juga slalu ingat-kan kawan2 "biar orang buat kita jangan kita buat orang". Really hope that Pak Nil akan sentiasa ingat nasihat yang kurang bijak ni dalam diri Pak Nil..:D (cewahhhh!!~)

Be strong la Pak Nil.. Lumrah kehidupan sebgai seorang manusia!!
i believed in u no matter wat happen.. Ur da best!! Ur my mentor!
hooorayyyyyy!!~

Pengacara No 1 di Malaysia!!
wo-hoooooooo!! yippie!!
mwaksssss!!~ :D

P/S : A thousand apologize from head to toe!! Maaf jika ada terkasar bahasa!!

Hidup mesti sentiasa ceria!!
Ceria unituk kita aje!! kan?? kan?

Tak-kah begitu Pak Nil aka Aznil Hj Nawawi..Comment la sket kalu ada masa lapang k!! do take care!! keja tue keja jugak!! kesihatan sentiasa kena jaga.. *wink*

Luckylia™ said...

halo paknil, kelakonye baca statement pakcik kembang tu.. ayatnye penuh berbau kejelesan.. alaaa... tak jadik kudis la semua tu.. kalo dah paknil layak, paknil nak naik stage amek anugerah lapan puluh juta belas kali pon ape ada hal. anggap je la statement tu datangnye dari orang yg ada masalah jiwa.. dalaman dia kacau.. so, tak payah la nak take serius.. good luck paknil! all the best! hmm.. paknil, kalau pasal statement tu masuk neswpaper this weekend, paknil takyah la bazir2 bil tepon untuk kring2 pakcik kembang tu ye.. bosan lah dengo cite dia.. okeh! cheerio!!

Atikah HM said...

astaghfirullahalazim~ jelez le tuu takde org nak undi die.. lalalala~~ come on laa~ jgn laa slh kn org yg di undi kerana mempunyai peminat yang SETIA atas segala FANTASTIC job yg die dah buat. ngok betul la c mulut puaka tuh!

alahai~~ geram nyerr akuuuu!

apa2pun~ abg aznil still the best. keep up the gud work. peduli apa org tu ckp yg penting abg aznil ikhlas dlm segala hal :)

Mat Iyas said...

PAK NIL the BEST!
low profile...dan tau batas2!
sbb tu peminat SAYANG dan wartawan suke...
ATOK AZWAN tu dengki..biase la bile org dah xlaku!huu

waNie tHa siZzLin_pSych0 said...

TEPUK DADA TANYA SELERA.... KENAPA LAH ADA ANAK SENI YG MACAM AZWAN NIH,, TERLALU JUJUR DAN IKHLAS SGT TP X KENA TEMPAT DAN WAKTUNYA... YG PENTING PAK NIL SENTIASA PANDANG KE HADAPAN YER!!!

azah said...

Wah..ramai nya org yg syg paknil..comment terbyk setakat nih..( Pakwan..bwk2 lah lusuri laman paknil nih..apa kau rasa? OREN?? )
Klu anda sume nak stment penuh dr mulut puaka ni,sila lusuri lmn jomstar.com..nie paknil cedok cket jer ni,kita dh terbakar...

All de best paknil...>> ( Jgn Lupakan-NIgi )

Faizah_Haris said...

wahai pak NIL...
teruskan hidup....saya tetap sokong pak nillll...biar lah DIE...mulut dia...org macam tu memang tak kan PUAS...nak dengki kat org watpe...takde faedahhnyer punn kan kan kan...

GO GO GO pak NIL still no. 1!!

Ari Miraj said...

tak payah layan orang camtu. orang giler camtu, konon lah glemer carut2 orang. cam orang tak educated. apsal still ada muka dia kat tv ntah. geli nak mampos.

sisigelapaku said...

PAK NIL..

sabar la k..kan ni asam garam dunia artis..dunia artis ni penuh ngn pura2..semua orang berpura2..susah nak cari mana yang baik n buruk..sape kawan n lawan..

wat azwan ali tu..banyak la bertobat..jangan duk nak mengata orang jer..hmm,awak tu pun kubur dah kata mari dah..so, minta2 maaf la ngn orang yang awak wat salah..

Nis Manis said...

paknil,

marilaa tom2 bak sama kami!!
kalu dgr kring2 tu jawaaaaab laah!!
jangan lupa lirik!
anak2 kuuuuuuuuuuuuuu!!

n many more 2 comes kan..

stakat suh org jgn tido lagi n tepuk tangan x berenti walau x ngam konti, err baik paknil abaikan je..
**hr tu tgk sbb ada mr. manager je..bukan sbb dia punn..

so, lets dengar 10-1 d era, rentak muzik tkini!!!

;p

Mr Final said...

Alaaa... PakNill. xyah nak sentap2 pon.. xyah nak join sekaki fe'il gitu.. be professional laa kan

owg len nak menhanjeng hape pon.. wat pekak sudahhh..

Yg penting kite terus wat yg terbaik dalam pape pon. Full Stop.

Harap PakNil terus berblog dengan cara konstruktif. Kalo keje mencaras mengutuk ker baik xyah. Biarkan mereka dengan labu2 nye. Kita kalo nak tunjuk bagus ker hape ker.. dengan pembuktian. Kalo takat men2 ckp2 gitu bek xyah.

Saya hormati PakNil kerana berjaya mengangkat taraf profession Pengacaraan. Saya salut PakNIl kerana berjaya memecah tembok sempadan budaya dan umor untuk melihat Malaysia yg aman bersatu dan sejahtera. dalam MMA. Saya salut PakNil kerna kerja2 membentuk minda, keyakinan diri anak2 Malaysia dlm TomTomBak.

So yakin je, PakNil post mende nih walaupon mmg btul ade yg menuls tetapi motif PakNil lebih kepada nak berpropa je. X amik serius pon. Mende2 remeh temh nih PakNil xyah lyn bek tgk yg lebih besar maknanye

Penghormatan datang sendiri. Bukan dengan paksaan. Ok lah Pak Nil keep up ur goodwork k. Terus berusaha demi sesuatu untuk negara kita tercinta mengikut cara PakNil yang tersendiri tu.

ogy said...

Salam Pak Nil,

mulut puaka tur berkomen macam org yg ada krisis identiti yg kritikal. Pleaselah kita ni org Islam org melayu penuh dengan adat ketimuran yg mesti kita pelihara macam yg selalu pak nil bagi contoh dalam setiap rancangan kendalian pak nil. mulut puaka tu macam dah lupa tuhan jer cara cakapnya.
kesian sangat, dia betul2 dah hilang arah. harap2 kita semua dapat sampaikan pada dia suruh dia istigfar dan ingat tuhan byk2.of course tuhan byr cash....for those yg penuh hasad dengki like him

Hariz Iskandar said...

I'm wondering why is he (Azwan) still on TV? I've never met a single soul who actually likes him... Yes, people do watch his show, but they don't like him. I doubt if anyone ever likes him being on TV. He's not professional, he doesn't have the right attitude, he's not handsome and yet he's still on TV. I just can't seem to put 2 and 2 together.... But Aznil you know it that you're way better than him... We can't help people from being jealous and silly, can we? All the best.

p/s AND I still wish the 1st contestant of Jangan Lupa Lirik would have stayed longer. LOL.

keyell_gurlz said...

Suka suki je azwan ali ckap camtuh...nape nak dengki lak...dah paknil memang bagus...kalo diri sendiri tak bagus janganlah nak dengki kat orang...pak nil tak kaco awk pun....kalo awk nak sngat naik atas pntas tuh..wat la bgus2..nih tak..yg bagus sibuk wat kontroversi jer...sapa nak suka ...lu pk la sendiri

keyell_gurlz said...

Pak nil lupa lak nak tanya..nape dia..ala sapa lg..dengki ngan pak nil ek.....agaknya sbb pak nil no 1 dlm msia ni...tu la pasal kot...wat bodo jer pak nil...org cmtuh xkan brenti dlm mngata org..tgkla dah berapa rmai artis lain pun dia gduh...kat stu pun org tau dah dia ni mmg kaki gaduh...gak....kwang..kwang..kwang....

WaNz said...

bila aku baca tulisan 'mulut puaka' tu, memang terserlah karakter penulis nyer... dah macam kata2 tulisan orang yang tak berpendidikan & jelas punya PHD yang amat tinggi...

Pak Nil, abaikan jerk... Allah tu Maha Adil... biarkan orang2 yang kurang ilmu berkata2 dalam alam dia sendiri...

Skullsplitter said...

Ape la lagi si han.... tu nak? Dia lantang bersuara kononnya memberi cadangan.. Semua orang tahu kenapa.. Kerana dia tak pernah menang!Untuk menegur orang lain En Azwan.. Perbetulkan diri dahulu.. Diri sendiri tak berada dilandasan yang betul.. Nak pulak mengkritik org? Aznil deserve to win.. So What? Nak bagi ko Azwan?? Ape dunia ni dah terbalik ke? Dunia kiamat pun belum tentu ko dapat sentuh award tu..

katak_78 said...

wow..panass..panass,...memang patut semua org pulaukan dia..ada ke patut dia sesuka mak bapak dia mgata cam tu..diva sgt ke??anyway..biarkan mulut berpuaka itu dgn labu2nya..katak_ayu kesian dgn org educated cam tu..perlu doktor???atau naik hangin bila minyak naik??ahahaha..arini JLL best la..paknil da bommm!!

Awis said...

Paknil dah mmg top dari dulu sampai skang & still di kemuncak dunia pengacaraan, congrats.

Untuk Azwan Ali, kalo sedar diri tak sehebat orang lain, jangan lah mengutuk, ambil peluang untuk belajar dari kejayaan orang lain..

apaakann said...

Dia jelous tu. Bukan lg mulut bpuaka tpi tuuttt. Haha tlebih sudah. Sudah lebih.tu.Pasal itu lah dia kata macam atu. Inda tahu malu. Haha. Pak nil. Keep it outt. Aznil tetep best and famous yuh go aznil.

PurPlè said...

pak nil, sabar jer lah. abaikn lah kata2 mamat mulut puaka tu... nak tulis nama dia pun, saya x lalu. penampilan dah lah tak semenggah, dok melatah jer keje nya. tp still as sesama manusia, i'll hope dia berubah lah, settle down & be more matured, rational & profesional. maybe pak nil sbg kawan bleh gak cuba memberi nasihat (tp brsedia lah tk dilaser)... ;-)

Anonymous said...

Rilex Nil..Azwan tu memang layak dapat juara Anugerah Bibir Paling Puaka (ABPP) tambah 1 'P' lagi bagi dia.
Kalau dah takut bersaing, dok diam je lah,dok kutuk orang buat apa??
Aku memang x berkenan sangat..sikit2 cakap ikhlas...Menda ikhlasnya..?Kalau ikhlas kutuk depan2 la..

alialalala said...

org yg membaca mmg dpt menilai...
dr gaya bahasa je...org da leh agak jenis busuk ati sebegini rupa
x abes2 mau gaduh saje ini azwan...aiyok...x kuasa den nak melayan nye...

for u aznil, i wish u all d best...keep it up d hard work!

floweristachantress said...

provocative betul cara dia!! ish tak suka!!

satu sebab kenapa abg Aznil ramai peminat sebabnya abg Aznil cakap bertapis, tak menyinggung mana2 pihak, berguraupun bertempat..

Anynomous Fan said...

ilek ar paknil...org yg dengki je akan wat stetmen mcm tu.

i love kring kring..sbb bg peluang yg sama rata pd wartawan & artis utk menjawab segala gosip yg ditulis...

when alam took over from u..seriously..buhsan seh. i prefer u yg handle kring kring :)

p/s:pak nil..mtk kebenaran nk link yr blog okehh.

Unknown said...

die igt die bgz sgt ke... setakat femes dgn laser die tu baik takyah la.... cari publisiti murahan la die ni uncle uznil...

izpuri said...

assalamualaikum pak nil,
pada saya, azwan ali,
mudah je..
dia boleh diumpamakan seperti:
belajar tinggi-tinggi, sekolah bertingkat-tingkat, tapi bodoh berlapis-lapis.
tu je..

!Nt4N said...

siannye paknil ni..

glamour salah, x glamour pun salah..rezeki paknil makin bertambah sbb paknil masih diterima oleh masyarakat..pedulik la pada diorang tu..saya yg x glamour ni pun ramai yg dengki tau..

***suka ngan paknil sejak zaman pop kuiz lagi..

Lia said...

gilerla azwana alia nie...
dengki btul dier ngn pak nil...
biarkanlah dier pak nil...
jgn dilayan...
makin dilayan makin menjadi dier nnti...

walau apepon sy suker tgk JLL,MMA,TTB,AAKU,KRING2...

dan sy suker dgr celoteh pak nil kat radio 10-1@ERA,CARTA ERA...

KEEP IT UP UR GOOD WORK PAK NIL!!!
I WILL ALWAYS SUPPORT U...

***LOVE YOU PAK NIL...
BYE...

Mama Adriana said...

pak wan tu ada masalah apa la agaknya... apa2 pun paknil the best...

Shikin Saiful said...

Pak nil.. biarla apa si azwan ali tu nak cakap..orang yg ada PHD neh mmg susah sket kita nak ubah perangai dia. Dah jadi tabii agaknya..hurm. Yang penting Pak Nil tahu apa yang Pak Nil buat tu betul dan kami akan sentiasa menyokong Pak Nil dari belakang.

leeya^faaznil said...

askum pak nil..sy amat terkezuut sgt membaca komen dia..yela mmg org yg sme nek pentas..tp itu ikut org yg undi sbb org yg menilai diri kte sndri..bkn kte yg menilai...tp pak wan nie jelous tahap gaban..kerass sgt kate2 die..nk jd glamor bkn mcm tu..kutuk org mne nk dpt rezeki..allah akn tolak tau..sbb tula die x glamor n x dpt anugerah..aper2 pown sy harap pak nil sabar byk2..jgn pedulikn..gooo pak nil..hidup pak nil...!!

danniel said...

AKU CABAR KO AZNIL!!!!!!!

PAK NIL is the best..
ambik kata2 azwan bangang tu jadi perangsang untuk terus BUKTIKAN yang AZNIL HJ NAWAWI adalah pengacara NO.1 yang bolek di anggap sebagai "IKON" dalam dunia pengacaraan..Dulu aku x pandang siapa AZNIL..tapi selepas aku menyaksikan sendiri keikhlasan dan"ketulusan hati" seorang insan seni bernama Aznil..aku kagum..kenapa semua masyarakat menyuakai Aznil??adakah kerana dia selebriti popular sampai kanak2 menggilai Aznil???
tapi yang pasti...aznil lakukan semuanya kerana Ikhlas..dan keikhlasan tu terpancar dari sinaran mata dan senyuman nya...Lantas Tuhan menjanjikanpulangan yang semakin Lumayan dan kurnia kan rezeki yang berlimpah ruah..Lantakla Aznil nak naik pentah 100 kali pun..apa nk kisah..kalau Cemburu..buat lah lagi bagus dr Aznil..x payah lah nk kutuk2 sampai x ingat dunia..x baik..sesama artis bertelagah..Yang ptg..AZNIL HJ NAWAWI tiada pengganti nya..mana tau ..suatu hr nanti..Aznil boleh jadi LAGENDA mcm P. Ramlee..Good Luck

Shanika Latisha said...

ehm... sabo jela paknil.. org kalu dah dengki... busuk hati.. mmg gitu... dh kemaruk nak naik pentas la tu.. kah.. kah...

ala paknil. peminat bkn bodo la nk menilai.. so.. stay calm and cute tau...
Lastly.. kalu paknil pernah dgr ayat ni....
"kita tak main la kontroversi murahan mcm ni.."
ehm.. agak2, sapa yg jilat ludah sendiri?? Lu pikir la sendiri....:P

CkYnHaShiM said...

Kecoohhh........dol...
Pahper r si lemb tu kan.hangin x tentu pasal.jelous la tu.kalu dah x de peminat tu redha je la.x de saper yg nk ngundi ko pak wan oi.

Pepehal pun,saye sokong pak nil.peminat pak nil x kira umo.saya minat paknil dr dulu g.bkk zaman pop kuiz,dr pak nil jd dj kat stesen mana ntah,saye dah lupe la sampai la ni saye satu family minat gile kat paknil.novel pak nil dulu pun saye ade.

keep up a good work pak nil.

chaiooo......

grow2g3th3r said...

Emm mcm mana nak comment ye.. bagi saya.. pendapat dari azwan ali tu cukup tidak matang.. dia telah berjaya membiarkan emosinya menguasai mindanya.. saya rasa sangat sedih dengan senario ini.. kesian azwan ali.. dia perlu diselamatkan....

Satu ketika dulu, saya juga peminat azwan ali.. ini kerana .. saya rasa dia seorang yg educated.. ada pendidikan yg tinggi (tak lah tinggi mana pun...) pandai berkata2 dan penyampaian yg bagus..

tapi sayang..dia mudah alpa dan tewas pada permainan dunia...bila dia rasa dia glamer.. tu yg jadi 'mulut laser'... dia rasa dia bagusssssssssss.. orang lain tak bagus..

Dan ini jugaklah yg membezakan aznil haji nawawi dengan azwan ali.. Penampilan, gaya, dan perwatakan aznil haji nawawi amatlah sesuai dengan status, umur, dan keadaan semasa...aznil tidaklah 'over' dan dia tahu menyesuaikan keadaan.. dia tahu mempergunakan bakat serta keupayaan dia utk men'tackle' setiap audience.. dia berjaya menarik perhatian para remaja + dewasa melalui rancangan AF. Dia berjaya menarik kanak2 melalui "Tom Tom Bak".. pendek kata... aznil haji nawawi sangat bijak menggunakan bakat dan yg penting.. dia tak alpa dek arus keglameran..

Sekarang nie.. saya memang peminat utama Aznil Hj Nawawi.. dan saya harap beliau tidak sesekali hanyut ngan keglameran hingga boleh membuatkan audiences 'muak dan mual'... saya yakin.. selagi aznil haji nawawi memaintainkan perwatakan dan bentuk persembahannya dalam apa juga program.. peminat2nya tetap setia menyokong...

Kami as a viewer memerlukan dan mencari seorang pengacara yg bijak + mempunyai jati diri yg sebenar2nya...

awekcuncun said...

memang sangat x patut sekali...
saya peminat no 1 aznil tau!!
siap support lg aznil kat web saya....

www.rindok.com

dabooninie said...

adeh~~ memang x sayang mulut..
kalo x nak tengok pun jgn la ckp mcm tu~~!
dia ckp mcm 2 sbb dia jelous dia x de pluang menang lau Pak NIL ade.
hahahah. LOVE U PAK NIL.
Honestly lau tgk rancangan Pak NIL kamek[saya] rasa terhibur n happy sekali. best siot~~
PAK NIL is PAK NIL.
LOVE U PAK NIL.
chaiyok chaiyok PAK NIL
GO PAK NIL GO PAK NIL GO GO GO!!

Unknown said...

alaa..ape nk susah..yg pilih pun peminat..so ayat dia yg mengatakan "aku YAKIN berjuta PEMINAT SENI NAIK MUAK!" tak bermakna..sbb yg pilih tu peminat seni gak kan..maknanya dorg tak muak lg la tu..

gambatte!!

PUTUBAMBU said...

ish..ish.. lasernya mulut dia..
tapi tak patut lah cakap macam tu..
rezeki masing2 kan.. lagipun ABP tu undian dpd peminat..duit peminat... so, peminat berhak menentukan siapa yg mereka suka.. siapa yg layak..

tapi takpe Pak Nil...
ni semua dugaan utk you..
kalau dulu boleh bersabar dgn kerenah, dengki sesiapa sahaja.. takkan le sekarang dah give up kan?

anyway, all the best in your karier..kitorang mmg kasi full supportnya....!!

Unknown said...

salam pak nil...

bila nk update nie... :-)

azah said...

Hmmm
Sokong Oto..bila nak update nie...
dah 70 kilometer dh komen nie..

(jgn lupakn..nigi)

Anonymous said...

Pak Nil,
just ignore that person.
anggap je la dia tak senang bila tgk org senang.

tak boleh nak puaskan hati semua orang terutama hati2 org yg tak pernah puas.

take care Aznil. u simply one of the best host in Malaysia.. sentiasa sokong Pak nil.

suara mak da said...

Asmkum pak nil!napa saya tak penah jumpa blog pak nil ni ya? ni pun terdengar pak nil cakap ngan caller pagi tadi..Saya dari kk ni! tak baik pak nil gelakkan nama driver tu .sebelas., kat sini mcm2 ada pak nil! tujuh,tigabelas! hehe, dah masa mak bapa dia bagi nama tu, dia baru belajar ngira..agaknya mak bapak dia rasa words tu best! hehe!
Ok la pak nil! ni ceta pasal Azwan ya? Biar la dia pak nil! tak usah lah di layan! rasa saya semua orang dah faham dah problem dia tu. Kang di balas, panjang lak ceta! kat blog pun boleh sampai mahkamah! Pak Nil oooi!
Saya ni peminat pak nil...semua rancangan Pak Nil saya ikuti tapi satu perkara jer yang kekadang saya tak nak nengok....Pak Nil tak payah la nyanyiii..ckit2 tu boleh la...jangan ambik ati ya Pak Nil..

usik usik said...

Pak Nil,
Lain orang lain citarasanya..tak sama, jadi apa nak dikesahkan. Pasal orang bercakap itu dan ini..itu lumrah manusia ada yang menyokong ada juga yang benci.

Siapa pun mulut puaka yang dimaksudkan, saya rasa tak perlulah nak ambil peduli sangat. Itu hak mereka nak bercakap..biarlah mereka nak bercakap.

Apa yang penting pak nil buatlah kerja pak nil selagi orang masih mahukan pak nil bekerja dgn mereka. Sebab kalau kita tak ada duit / gaji tak ada sape nak beri percuma.

Kalau asyik ingat cakap-cakap orang kita takan kemana. Majoriti manusia cuma pandai mengata bukan memberi nasihat. Apa-apapun life must go on.

PeZaL H.E.O said...

Ramai orang tidak bertamadun macam Azwan Ali tu kat dunia...kalau dah banyak kali dapat anugerah itu bermaksud ramai masih dok terima kehadiran aznil dan mawi dalam dunia seni ni...azwan bagus tapi mulut macam dia sorang ja ada...ingatlah azwan mulut tu anugera Illahi....bila bila Dia akan tarik balik...terus bisu...barulah azwan akan dihargai kerana artis cacat perlukan bantuan....warghhhhhhhhh

Madam Casper said...

wah!wah !pak nil...biar lah dia meroyan sorang2...org nak andropaus mmg cenggitu lagaknya..w.akakakakakakakaka...dia x tau ler org vote dia untk ABPBH tu semata-mata nak bg dia perasan diva dan baguzzzzzz hakikatnya dia tu x der apa2. setakat prog chit-chat tu? alahai..bosan..balik2 dgn tag-line amboi2 dia tu. citer pun basi.....

so pak nil teruskan usaha mu dan jgn heran sgt dgn mamat andropause tu wakakakakaka

kami sekeluarga still minat dgn pak nil..anak2 sy pun sayang pak nil..bnut dia org pggil " abg zzzenill" hahahahahahahahaha

Tieah Madian said...

Pendapat sy....
> Penulis tue mmg kemaruk nk menang award...tp x sdr diri la plak...dh x menang jd pengacara popular 2007 tue, buatla cara kalah. Jgn nk mempertikaikan @ ejek kemenangan AZNIL Hj NAWAWI yg memang BANYAK PEMINAT & disukai ramai....ahakzzzzzzz, jgn marah.

> Penulis tue jer yg jemu tgk muka yg sama naik pentas...org lain x plak aku dgr ckp cm tue...!!!! Dia jelezzzzzzzzzz la tue...nanti cr pasal plak ngn artis lain untuk meraih kontroversi & populariti. X malu ker penulis tue?

> Mun muka 'nya' nok nait pentas, bok lejuk org nangga kali....!!!!!!!!!!!!!!!! hahahahahahahaha......! henti2kn la.

Aznil the BEST....=)

Tieah Madian said...

Alaaaaaaaaaaaaaa.....
> Pandai plak dia nk bg komen rncgn 'KRING KRING'....?

> Bohongla dia ckp dia x tgk....tp bla Abg Aznil kol dia pasal kes gaduh dgn Ifa tue, x malu plak ckp 'syg' kt Abg Aznil ku..........

> Kalau dia x tgk Kring Kring sekalipun, x pyhla nk ckp kt satu dunia....! Igtla sikit, rncgn dia pun, bukannya bnyk pun org tgk....
x penah plak aku dgr rncgn dia dpat award or rating t'atas mengatasi rncgn2 Abg Aznil.

> Nmpk sgt rncgn dia tue, x kualiti...kuantiti jer lebih. Bermusim - musim.....tp, kalau kuantiti jer lebih, x gunala... kualiti yg d nilai weiiiiiiiiii

Macam2 Aznil, Tom2 Bak, Kring2 & Jgn Lupa Lirik.........bezzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

eds_kimara said...

baru hari ni ada masa melayari jomstar nuu...dan saya amat terkejut dgn kenyataan A.A. pada masa yg sama saya amat kecewa kerana selama ini kalau org x berpihak pada A.A., saya selalu membalas dengan ''azwan okay ape?, saya suke juga ngan style dia, lagipun itu style dia sendiri lar, takkan ikut org lain''..

saya mcm x percaya kata2 seperti itu keluar dari A.A. yg berpelajaran. kecewa sbb bukan pasal abg aznil kena kutuk ja, tetapi kerana 'setiap perkataan' yg dicoretkan..it really show his level of mentality..

S.YanaZ said...

Salam.
PaK Nil,

Hanya yg BAGUS tahu menilai yg TERBAIK!

p/s; leh tak nk link blog ini pd blog sy.
Tq.

rossees said...

salaam.. pak nil
sabar ye..
mungkin sifat semulajadi dah macam tu kot.. susah nak berubah.. tapi manalah tahu suatu hari nanti dia akan berubah..jadi soft-spoken macam Dr.Sheikh Muszhapar pulak..hehe.. doakan yang terbaik.. rasanya persaingan sudah nampak adil, sebab yang menilai ialah peminat, kan?

radenfadz79 said...

salam ya pak nil~~
ape2 pun sbar saja le dgn kerenah si Mulut Puaka 2 k.. mmg dasar Mulut Puaka benar dia itu...

Pak Nil,org kat dunia ni mcm2 perangai. Mungkin dia rasa tak senang hati bila tgk Pak Nil skrg ramai org minat,x kira le dari yg kecik sampai ke tua. Sy pn salah sorg peminat Pak Nil gak. Jadinye,bila Pak Nil dikata pulak cam ni,sy terfikir gak,ape yg buat si Mulut Puaka ni slalu rasa x puas ati dgn Pak Nil? Bkn skrg,tapi kan da lame si Mulut Puaka ni mmg x puas ati dgn Pak Nil..

Yg jadi masalahnye skrg ni,cube la si Mulut Puaka tu tgk pada kejayaan Rosyam Noor,x pn Dato' Siti Nurhaliza pd ABP thun2 yg lalu. Slalu gk sy tgk 2 org figura tu naik turun pentas amek anugerah,malah lebih kerap dari Pak Nil. Tapi xde la plak kedengaran ada artis2 yg kurg,atau x puas ati dgn dorg 2... Nak aje sy ckp saje si Mulut Puaka 2 x penah puas ati kn?! Lgpn sy kurg gemar dgn perangai si Mulut Puaka 'Sengal' tu..

Ape2 pn,sy tetap sokong kerjaya Pak Nil sampai bila2..

zazy2182 said...

buat Pak Nil, biar dia nak cakap apa. yang penting, bukan dia yang vote 4 Pak Nil, but ur own fan..kan.. mungkin di mata Azwan, Pak Nil is nothing.. But tapi bagi semua fans Pak Nil, U R the BEST, FOREVER n EVER..satu dalam sejuta.. keep up ur good work.. n doa kami sentiasa mengiringi Pak Nil..

Anonymous said...

diya
suka
tengok
paknil
jadik
pengacara
untuk
apa2
rancangan
sekalipun
especially
AF & MMA

paknil
menang
10 kali pun
diya
takkan
muntahnya
huhu
abaikan
aje
komen
pakwan tu

:)

Anonymous said...

huk aloss tah ape2 laa..
just don't bother bout it!
keep up ur gud work..we still
need u..u're the best!!

*_*

nad said...

dont bother bout it. u urself knw wht is d best. msk telinga kanan kuar telinga kiri ok!

nazzman ibrahim said...

ala biarlah dengan mulut puaka yang azab tu...

dah sah2 jeles dengan populariti paknil so biarlah dia..... kita doakan semoga dia dapat hidayah dari yang ESA

Amin......


all the best paknil

enonz said...

>>aku SOUND secara DIRECT & IKHLAS….kalau ada yang BENGANG ….SO WHAT????<<

ini namanya bukan sound direct & ikhlas. ni namanya sound direct berserta hasad dengki!huh.sengal!!

poyo si azwan nih. don worry paknil. we will support u selagi paknil terus menghiburkan kitorg! :P pedulikkan si luncai itu.

Eypit said...

assalamualaikum.....

Paknil, pedulikan apa kata orang... dh rezeki memasing... benda2 camnieh buat memeningkan kepala jer.... masuk telinga kanan, keluarkan kat telinga kiri... abis citer...

Sememangnya umat manusia nie bkn 100% baik atau perfect.. tp kita telah diberikan AKAL... gunakanlah akal tu utk mempertimbangkan sesuatu perkara dengan bijak sebelum memperkatakan sesuatu isu tersebut...

BERSABAR JER LAA PAK NIL... INILAH ASAM GARAM KEHIDUPAN....

ms. roger said...

hmm...

balik2 orang yang sama jer menang??

apa nak buat?? kalau dah orang itu jer yang bagosssss... macam kes ct nurhaliza la. Orang asik mempertikaikan, balik2 dia yang menang. Dah memang dia bagus. Nak wat camner?? Sama ler cam paknil. Sedih kan bila kita berusaha bertungkus lumus cuba menaikkan diri, tapi orang bertungkus lumus cuba menjatuhkan kita. Tapi, tahniah la kerana Paknil punya springgg kuat..hehe. Walau ditekan sebegitu rupa, masih berjaya bangkit dengan cemerlang. Dan mereka2 yang PHD tu, harus faham bahwa..

KALAU NAIK STAGE TERIMA ANUGERAH TU, MAKNANYA ORANG ITU BAGUS. KALAU X BAGUS, ORANG X VOTE N X TERIMA ANUGERAH.

KALAU SEUMUR IDUP U DUDUK DIBAWAH HANYA MENELAN AIR LIOR TGK ORANG DAPAT ANUGERAH, JANGAN SALAHKAN ORANG X VOTE U N SECARA SENANG PAHAM CITER, U X BAGUS LAAAAAA.. MELAINKAN KALAU DICIPTA SATU KATEGORI ANUGERAH PENGACARA HAMPEH, MAYBE U BULEH LA MERASA NAIK STAGE.. TAPI... SANGGUP KER NAIK...

maleh aar nak roger..hampeh..haha

Zaidi Zainal said...

Encik Aznil,

Apa apa pun u tetap da best lah, at the moment nothing compare to you...pasal mamat(ke apa nak panggil dia tu) dah takda idea dah tu mcmana nak to be better than u bro...

Keep up the good job my kids love u so much...

Indra said...

Akum.. apa-apa pun bagi saya..
Aznil Hj Nawawi is da best....

Azwan Ali!!! who is That?? kalau nak jadi macam Pak Nil ni nasihat saya.... "in your Dream!!!"

Anonymous said...

Hi Abg Aznil....satu ajer saya dapat katakan...manusia ni mmg tak leh lari dari sifat dengki ni...sebangsa pun boleh gak mcm tu...kalau dengki dalam niat baik...takper gak ni, dengki dalam erti kata nak cuba memperbaiki diri sendiri, bersaing...dari ayat tu jer dapat dirasakan dengki yg tahap jahat...geram nyer...Abg Aznil, jadikan cabaran...Chaiyok, Abg Aznil...Saya sentiasa sokong Abg Aznil dalam apa jua bidang yang abg ceburi..insyallah...

mummynor said...

Alah Paknil...alhamdullilah..syukur..itu rezeki masing-masingkan paknil..yang dia tak tabur isi hati perut dia cam gitu..lantak le.. orang pandai melihat dan menilai kan.
Susah senang kita, sama yang nampak.Yang senang je org nampak...susahnye..org buat gosip adalah...lumrah hidup.
CERIA selalu.. pedulikkan kata wan tu...dah tu cara dia..tapi ..Paknil jgn cabol mulut cam dia..itu bukan Paknil..cool n steady ekk !!

mummynor said...

Alah Paknil...alhamdullilah..syukur..itu rezeki masing-masingkan paknil..bior le dia tabur isi hati perut dia cam gitu..lantak le.. orang pandai melihat dan menilai kan.
Susah senang kita, sapa yang nampak.Yang senang je org nampak...susahnye..org buat gosip adalah...lumrah hidup.
CERIA selalu.. pedulikkan kata wan tu...dah tu cara dia..PENYAKIT CEMBURU namanya tu , tapi ..Paknil jgnlah cabol mulut cam dia..itu bukan Paknil..cool n steady ekk !!

norazimah mohamad nor said...

salam pak Nil,banyakkan bersabar, siap yang tak kenal dengan Azwan Ali mulut busuk tu. Program yang dikendalikannya pun entah apa2. pa pun all the best untuk Pak Nil.

Nora dan anak2 memang minat giler kat Pak Nil, lagipun anak2 Nora pernah menyertai program tom-tom bak yang Pak Nil hoskan.

Ingat tak pada Ezlynn the funky Girl, 4 orang yang semuanya berbaju pink, itulah anak2 Nora.

Syabas semoga Pak Nil dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Salam

love said...

hai paknil, alah buat tak tau je ngan org cam ni. Dah tau diri tu tak laku...lg mau sibuk.
Dont worry lah, we all support u. Peminat tau sapa yang bagus...n sapa tak...

All the Best!!

yuhani said...

Azwan Ali tu takut pada bayang2 sendiri..dah lah tak best langsung..takde identiti sendiri..setakat trademark amboi2 die tu, tak ke mana lah..dh lah cakap main ikut sedap mulut je..gaya tak yah cakap lah..dh mcm hapa tah..rancangan Jangan Tido Lagi tu saya mmg akan tutup TV sbb die hos. Kesian Adlin. Saya suka sie tapi sbb ade Azwan, saya rela tutup TV. Bingit dengar suara die.

brat2104 said...

humm...apa yg dia cakap tu ada betulnyee cuma cara dia cakap tu akan buat org xleh terima. sedangkan prinsip pertama nk sampaikan pendapat ialah pastikan orang leh terima apa kita cakap..barulah mesej sampai..

anyway, paknil dont worry coz if theres some oneyg mng anugerah tu selain paknil, org tu bukan dia..hehe..(pandai2 je aku)

abaikan mulutnye yg laser itu..seseorang xkan ckp buruk pasal kita melainkan ada isu x selesai...klu kita dh cuba selelsaikan tapi dia xnk gak..lantok dia la...

maybe gak, dia ckp gitu gaya sbb dia pikir org terhibur dgn gayanya yg gitu..well..manusia kan pelik...tapi paknil tolong jgn jadik gitu...sbb saya mmg respek paknil pas bagi ceramah kat sekolah saya

u gain so much respond that day coz people like u..biaq pi apa org nk kata

faralazyarts ♥ said...

sampai macam tu skali

ish2

org dengki, mmg macam tu

Pak Nil yg paling best!!!!

Enchanted13 said...
This comment has been removed by the author.
miszolive said...

amboi.. mulut..pedas2.. tak baik cakap macam tu.. kalau dah rezeki org kan? nak buat camner..

Hariz Blog said...

kat comment ni jer ada 104 penyokong pak nil (including me)..tak termasuk di luar sana..so, just calm down..