Assalamualaikum,
Luahan hati Paknil sempena hari lahir Paknil yang ke 47, 6 November :
“Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.
Alhamdulillah pada hari ini aku sempat menghirup udara Mu yang terus memberi aku nafas kehidupan buat tahun yang ke 47. Bersyukur sangat-sangat pada usia begini Kau masih melimpahkan aku dengan kasih sayang Mu yang tiada dapat ku balas selain amal dan pujian kepada Mu Tuhan Maha Esa. Ya Allah, jika Kau mahu aku teruskan kehidupan ku untuk terus berada di muka bumi ini, aku pinta dan berdoa agar Kau terus limpahkan aku jua hidayah Mu agar dapat ku perhambakan diri ku kepada Mu.
Kau maha mengetahui akan perjalanan hidup ku ini dan Kau maha arif akan kehadiran ku yang masih di dunia pinjaman untuk aku ini. Aku masih mempunyai keluarga yang amat ku sayangi dan amat menyangi aku. Sementelah Kau pinjamkan aku pada mereka dan mereka pada aku, biarlah mereka dapat sepenuh pembelaan kehidupan dari ku. Banyak lagi yang kekurangan yang harus ku lunaskan sebelum tiba masa Kau menjemputku.
Kurniaan Mu pada ku akan cahayamta comel yang juga hamba Mu yang sujud pada Mu Ya Allah, amat bererti bagi ku agar dapat mereka juga meneruskan kehidupan bertonggakkan dua kalimah sehingga mereka pula beranak dan bercucu, InsyaAllah. Peliharalah kesihatan ku agar jasad ini dapat terus melakukan tugas yang Kau amanahkan pada ku. Halakan lidah dan perbuatanku agar dapat ku titip dakwah seruan Mu dalam kerja ku dengan cara ku. Kau maha mengetahui mengapa Kau ciptakan aku dan letakkan aku di tampuk ini. Wallahualam. Siapa lah aku dan orang lain untuk menghakimi kerja ini jika ini juga kebolehan yang Engkau anugerahi untuk ku pinta rezeki bekal hidup yang sementara.
Ya Allah. Aku bersyukur kerana Kau terus pesan-pesan sayang Mu pada mereka yang rapat dengan ku agar terus mengingatkan aku seandainya aku lalai dalam amal ku, dalam ibadah ku, dalam kerja ku, dalam suka ku, dalam duka ku dan dalam tangunggjawab ku. Kau anugerahkan aku dengan saudara ku yang senantiasa bersama ku di waktu senang dan susah. Juga rakan ku di waktu tawa dan tangis. Kerana anugerah yang tinggi ini, aku terus melangkah yakin kerana aku tahu, Engkau ada wakilkan pada mereka untuk membimbing aku kearah Mu.
Kerana kasih Mu Ya Allah, Kau berikan kelebihan limpah padaku untuk turut memdapat perhatiaan dari ramai mata lain agar langkahku tidak pincang dan dipelihara selalu. Pemerintahku, pemimpinku, ketuaku, dan penyokongku. Syukur ke hadrat Mu kerana memilih aku untuk menerima kelebihan ini agar dapat mereka menegur ketelanjuranku, keegoannku dan kealpaanku.
Ya Allah. Aku ikrarkan janjiku untuk cebisan nyawa yang masih ada ini, juga untuk aku jadi pembela pada yang pincang, yang lemah, yang sakit, yang kerdil, yang rapuh, yang teraniaya, yang tiada kelebihan, yang kurang dan yang memerlukan. Akan aku abadikan harta yang kau berikan, akal yang kau anugerahkan dan kudrat yang kau limpahkan untuk mereka juga kerana mereka juga penumpang sementara diperjalanan dunia sama seperti aku.
Ya Tuhan sekelian alam. 47 tahun Kau bentuk diriku dan semua yang baik dari Mu dan yang buruk dari ku jua. Bersyukur lagi aku kepada Mu kerana masih bisa lagi meminta ampun dari Mu di hari Kau jadikan aku. Sesungguhnya aku terlalu takut pada Neraka Mu. Maka, salurkanlah aku kudrat untuk terus mengingati Mu dalam harianku, Seandainya hari lahir ke 48 tidak sempat ku gapai, matikanlah aku pada iman mu, pada agama mu, pada syiar mu, pada hidayah mu dengan cara yang tidak menyakitkan dan mengaibkan. Matikan aku seperti wafatnya junjungan ku Nabi Muhammad SAW yang ditangisi dan dirindui.
Ya Rahman Ya Rahim. Alhamdullillah dengan rezeki yang Kau berikan. Biar sekecil mana habuannya, aku tetap bersyukur atas nikmat pemberian Mu. Janganlah digelapkan mata ku untuk rezeki yang bukan milikku, yang bukan keredhaan Mu dan yang dikaut bukan untuk dikongsi. Ringankanlah tangan ku untuk memberi, untuk menghulur dan untuk menderma. Halakan seleraku untuk yang kau halalkan dan bukan yang kau haramkan dan laknati. Buka pintu hati ku untuk berbelanja ke arahMu dan agama Mu.
Saudaraku bukan sahaja yang sedarah dengan ku malah yang seagama dengan ku. Abadikanlah juga perhatian perjuanganku, rezekiku, kerjaku, doaku dan amalku untuk saudara seagama dan sebangsa. Pinjaman senang yang kau salurkan pada ku Ya Allah tidak bakal jadi penerang lahad ku nanti. Hanya amal, ibadah dan doa anak yang soleh rezeki pembela aku di sana.
Dengan mata yang masih tidak kabur di usia ini Ya Allah, Kau tampakkan aku pada kemungkaran agar aku simpangi. Celikkan aku pada kedaifan agar dapat ku baiki. Buka kan mataku pada kesempitan orang agar dapat ku bantu. Jadikan mata ini untuk melihat dan menjadi saksi kepada kesilapan diru ku dan orang lain agar dapat ku tebus kesalahan sebelum mata ini menjadi kabur dan tutup buat selamanya.
Ya Ghafur, pelihara hidung ini agar ia boleh terus menghirup udara agar aku terus bernafas. Agar aku dapat menggerakkan tubuh ini kearah Mu. Biar rongga ini terus menghidu bau Firdausi Mu dan setanggi nur Mu. Berilah deria ini kelebihan menghidu perjalanan kearah mu kerana bau kebenaran adalah dari Mu jua.
Ya Rashid, peliharalah mulut ku agar dapat berzikir nama Mu dan Rasul Mu. Agar bercakap benar untuk Pencipta ku yang ku takuti. Agar tidak dicucur dengan api azab Mu nanti. Ya Allah, peliharakanlah kata-kata Ku agar yang diucap bakal jadi ubat, yang ditutur bakal jadi penawar, yang diluah bakal jadi madu dan yang dikatakan bakal jadi perindu. Doa ku agar kasturi janji mu penyegar nafasku.
Ya Qayyum, puji-pujian atas Mu yang membenarkan aku berdiri, berlari dan melangkah lagi walau pernah langkah ku silap. Walau pernah langkah ku sumbang. Walau pernah langkah ku jelik. Kau beri lagi tulang dua kerat ini untuk ku hayunkan seirama usia matang ku ini. Ya Allah, letakkan lah kaki ku ini dilandasan Mu agar ia berjalan ke rumah mu, ke Raudhah Mu, ke Nur Mu, ke sisi Mu. Biar kaki ini jadi puas dibasahi wudhu’ untuk ku balut menyujud ke hadrat mu.Pesongkanlah kaki ini dari mencecah kemurkaan Mu Ya Tuhan.
Ya Wahid. Di ketika umur ku setinggi ini, Kau masih benarkan tangan ini dihayun. Akan ku guna untuk ku angkat ke langit berdoa mendapatkan Syafaat Mu. Biar tinggi tangan ku seperti yang kau benarkan di Masyar dunia dengan izin mu dahulu. Tangan ini ku rasa seperti terlalu kecil untuk menampung rahmat Mu yang besar. Berikan tangan ini deria rasa yang berkekalan agar dapat ku rasa gentelan tasbih mengahadkan diri Mu. Dengan izin Mu jua, diketika ini tangan ini bisa memetik kekunci huruf di hadapan ku untuk ku luah rasa syukur ku. Tiada yang lebih Esa dari diri Mu.
Letakkanlah tangan ku di atas untuk ku genggam tangan di bawah. Ringankan tangan ku Ya Allah agar tidak liat berkongsi rasa, berkongsi senang, berkongsi harta yang Kau pinjamkan bersama yang tiada. Di usia ini terasa ingin tangan ini memeluk ayah ku yang telah bersama Mu. Tangan yang dipimpin ayah ini dulu, kini ku angkat untuk ku doakan kebahagiaan mu di sana di sisi PenciptaNya.
Tangan inilah yang dibasuh ibuku dahulu tanda menyuci diri. Sesuci kasih ibu, aku gunakan tulang ini juga untuk ku tadah kehadrat Mu semoga Kau terima suci cinta ibu ku kepada Mu. Ketukkan tangan ini ke kepala ku jika aku terlupa mendahulukannya. Ibu yang selalu mendahulukan aku daripada dirinya. Ya Tuhan pelihara tangan ini agar aku dapat terus berdoa untuk ibuku harta besar pemberian Mu.
Ya Tuhan pencipta sekalian alam. Ampunkan dosa terkumpul ku yang kian tahun kian menggunung dan hapuskan terus menjelang aku menghadap Mu. Aku terlalu takut pada siksaan Mu Ya Allah. Pada insan yang aku berhutang kemaafan, ampunkan aku jika aku meluka, mengguris dan menyakit kalian. Atas doa sejahtera kalian juga aku masih berkesempatan diraikan untuk kesekian kalinya dengan nyalaan dian bertambah. Aku mahu jadi teman kalian agar aku dapat lebarkan penerimaan kasih dan pemberian sayang.
Tiada kenangan buruk yang ingin aku abadikan melainkan yang manis semata. Minda ini mungkin sudah terlalu lemah untuk mengingat yang menyakiti aku, yang menghunus rusuk ku, yang mengherdik telinga ku, yang menyucuk mata ku dan yang meracun semangat ku. Minda tua ini kian menguis rasa benci itu agar disiram dengan rasa maaf agar kemaafan juga yang aku temui. Maafkan aku kawan, maafkan aku kanda dan dinda ku. Maafkan aku semua. Ampunkan aku Tuhan!
Biar esok aku dilahirkan semula supaya bersedia untuk dikembalikan. Amin.”
156 comments:
assalamualaikum..
selamat hari lahir paknil..
baru je nampak paknil dalam tibi td..alih-alih 6 nov dah hari ulangtahun paknil..
semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dan dipertemuakn jodoh..AMINNNN..
Salam...
Selamat Hari Lahir Pak Nil...Bila baca n3 pak Nil kali ni...ummi rasa sebak sgt2...terpapar keikhlasan Pak Nil dalam n3 kali ini... Semoga Rahmat Allah sentiasa mengiringimu hingga akhir hayat...teruskan usaha Pak Nil...Ummi akn menyokong dari jauh...Wasslam..
assalamualaikum...
selamat hari lahir paknil.
Allah panjangkan umur Aznil Hj Nawawi dan sihat serta bahagia hendaknya..
ASSALAMUALAIKUM. SELAMAT HARI LAHIR. SEMOGA PAK NIL TERUS SIHAT UNTUK MEMBERI LEBIH BANYAK IDEA KREATIF YANG DAPAT DISUMBANGKAN KEPADA DUNIA. WASALAM.
salam...paknil, happy belated bufday...smoga murah rezki n dipnjangkan umo serta bhgia dunia dan akhirat..
maaf lmbt..agk sibuk la smpai tak smpt nk tgk blog2..nga mggu exam ni...doakn sy n kawan2 ek...=)..thx... best of luck pak nil!!kami sntiase mnyokong pak nil =)
Assalamualaikum Uncle Aznil. Sedih bila saya membaca luahan hati Uncle ni. Air mata tak stop mengalir.
...
selamat hari jadi Uncle. Smoga panjang umur dan murah rezeki. be young at heart. don't worry, be happy.
hepy besday pak nil...
hepy besday 2 u..
mkn ubi kayu..
ingat sy slalu..
may Allah bless u..
hehehe
happy belated burfday Pak Nil..
Semoga Allah sentiasa merahmati hidup Pak Nil dan semoga rezeki melimpah ruah..
Aminnn...
slamat ari tua pak nil~
paknil, i dont want to say much. but i just want to say that ur peribadi makes me veerrryyy prou of u..neway, happy birthday my lovely uncle..-25121987-.
Assalaamualaikum ... Hepi besdey Pak Nil ... smoga murah rezeki ... lebih berbakti ... diredhai ^_^ . Saya sayang kamu *wink wink*
salam paknil~
happy birthday to u....
happy birthday to u....
happy birthday happy birthday~~~~
happy birthday... to... u....
may ALLAH bless u paknil ^_^
Semoga doa Pak Nil dikabulkan (sangat menyentuh hati... )
Happy Birthday Pak Nil.
Assalamua'alaikum, Paknil. Selamat hari jadi yang ke-47. Saya harap paknil panjang umur, murah rezeki dan sentiasa sihat. Kalau Paknil nak tahu, sebenarnya hari ni juga saya hari jadi, tapi yang ke-14. Saya bersyukur sangat mempunyai tarikh lahir yang sama dengan paknil. Sampai disini saja, Assalamua'alaikum.
(Nurzaiyanatul Hafizah.
Brunei Darussalam)
salam paknil.
Selamat Hari Jadi paknil, saya doakan paknil panjang umur dan murah rezeki. paknil selalu mengingatkan kami dengan perkara baik-baik.
selamat hari lahir paknil!
semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan diberkati selalu...
assalamualaikum pak nil..
ni nk nyanyi sket..
"hepi besday to u..
u r born in d zoo..
wif monkey, biawak n kangaroo, hepi besday to u.. weee..."
jgn marah tau paknil..
smoga pjg umo n murahh rezeki paknil.. aminn
Salam Ziarah. Selamat Hari Lahir kepada Paknil. Semoga dipanjangkan umur dan di murahkan lagi rezeki serta dianugerahkan idea yang lebih kreatif dan kritis serta inovasi untuk program yang akan datang. Program yang lebih ceria dan happening yang dapat mengembirakan hati semua.
Happy Birthday to you and happy always.
salam...
Selamat pagi paknil...
Selamat Hari Jadi.. Smoga hidup paknil dilimpahi rahmat dari NYA....
sy berharap mendapat kekuatan seperti ape yg paknil sudah kecapi utk 47 tahun...
salam...
Selamat pagi paknil...
Selamat Hari Jadi.. Smoga hidup paknil dilimpahi rahmat dari NYA....
sy berharap mendapat kekuatan seperti ape yg paknil sudah kecapi utk 47 tahun...
Selamat Ulang Tahun :)
Semoga mendapat KerehdaanNya.
Salam Hari Lahir.
Amin Ya Rabbalalamin. (Tumpang Aminkan doa Abang Aznil dalam posting ni). InsyaAllah dikabulkan semuanya.
Happy Birthday :)
Buat yang tersayang..
Selamat hari lahir
Semoga panjang umur dn murah rezeki..dn di pelihara dgn kesihatan yg baik..
Berbahagialah kerana sentiasa di limpahi kasih sayang dr Ya Rahhim Ya Rahhman dn kami sekalian..
Terima kasih juga untuk kasih sayang mu
Selamat meneruskan perjuangan sebuah kehidupan.
assalammualaikum pak nil...
Selamat menyambut ulang tahun yg ke 47 .. angah ingat birthday pak nil kerana ari ini birthday sama ngan abah angah.. tapi tahun tak sama...
apa2 pun semoga panjang umur....& di murahkan rezeki.amin ya rabbal alamin..
salam,pak nil...
selamat hari lahir.. may allah shower u with bless..
amin..
Assalamualaikum uncle.
wah~
sungguh menyentuh betul ayat2 yang uncle tulis...
.......
Selamat Hari Lahir,Uncle.
semoga Allah S.W.T sentiasa melindungimu,merahmatimu dan mengasihimu selama-lamanya..
amin~
assalammualaikum Paknil!!!
Happy Birthday Paknil,semoga panjang umur dan terus memeriahkan industri seni tanah air kita...teruskan usahah murni yg Paknil lakukan selama ni...Pengalaman Paknil mengajar Paknil erti hidup yg sebenar...syabas dan good luck!!
Selamat hari Lahir Pak Nil..Semoga sentiasa dilindungi dan diberkati Allah. Moga bertambah murah rezeki Pak Nil untuk terus berbakti kepada yang memerlukan.
Selamat Hari Lahir, Pak Nil. Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Insyaallah...
We love you!
-dilla
Happy Birthday paknil..
semoga dimurahkan rezeki..
dipanjangkan umur..
dilindungi & diberkati Allah sentiasa..
diberi kesihatan yang baik..
insyaAllah...
heppy besday pak nil..sayang pak nil..i will alwayzz support u.. hope u'll suscess ever after..aminn..
SELAMAT HARI LAHIR PAK NIL... tak sangka umur pak nil ni ha 47 tahun...
pg tadi baru bukak tv nmpk pak nil dlm tv... semoga dimurahkan rezeki dan memperoleh rahmat allah dunia dan akhirat...
ALLAH SELAMAT KAN KAMU, ALLAH SELAMAT KAN KAMU, ALLAH SELAMATKAN PAKNIL SEKELUARGA..ALLAH SELAMAT KAN KAMU..SEMOGA PAKNIL SIHAT CERIA SELALU...
SELAMAT ULANGTAHUN PAK NIL ...MOGA PJG UMUR MURAH REZEKI & SIHAT² SELALU...
assalamualaikum paknil...happy bitHdaY PAKNIL.....
semoga panjang umur , murah rezeki....dan moge dipertemukan jadoh....huhuhuh.......
SELAMAT HARI JADI...
SELAMAT HARI JADI...
SELAMAT HARI JADI PANIL.....
SELAMAT HARI JADI....
huhuhuhuh.....paknil da tue...huhuhuhh...(jgn marah ek..)
walau mcm mane pun keadaan paknil iqah alan sentiase sokong paknil dari jauh...^_^.. wassalam..
happy birthday pak nil.....
Amin untuk doa-doa kebahagian Uncle Nil..Diharap Allah memurahkan rezeki,memanjangkan umur seorang penghibur yang sentiasa membuatkan seseorang itu ketawa,menangis dan terfikir seketika. Tidak sangka dari saya kecil melihat uncle hingga kini masih melihat Uncle sebagai seorang yang berjaya dalam hidup.Uncle juga memberi inspirasi kepada saya dan saya berterima kasih untuk itu. Anyway Uncle i always pray for u.And may all the luck be with u . ^_^ Love U !!
assalamualaikum...selamat ulang tahun kelahiran Pak Nil..moga Pak Nil slalu sht agar dpt bsama2 dgn kami sume wrga Malaysia....moga murah rezki.pnjg umur,sukses dlm krjaya
Selamat Ulang Tahun buat Aznil yang ke 46 tahun. semoga bertambah2 keimanan didalam diri. Doa dari ct moga paknil panjang usia, dipermudahkan dalam segala hal baik didunia dan juga diakhirat. Semoga paknil kekal MUDA selalu..sayang dari kami sekeluarga buat AZNIL HJ NAWAWI.
pembetulan ni paknil....dah 47 hehehe tu ler ct kata sentiasa muda dah tersalah taip 46 ..soriiii (gelak sorang2)
Selamat Hari Lahir Pak Nil..
Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan lagi rezeki..
assalamualaikum
selamat hari lahir pak nil
semoga Allah sentiasa memberi kekuatan kepada pak nil dlm mengharungi hidup yg mencabar ini.
semoga dipanjangkan umur,
dimurahkan rezeki,
sihat & ceria selalu... luv u .. mmmuahhhh
(*v*)
Selamat Hari lahir yang ke 47...syukur....Moga segala yang dipohon dimakbulkannya...Amin!!
Syukurlan kita masih hidup...
Slamat tuk Pak Nil..
pak nil,
selamat hari lahir,
semoga menjadi insan yang berguna kepada agama,bangsa dan negara.
assalamualaikum pak nil...
Selamat menyambut ulang tahun kelahiran.......luahan hati pak nil buat saya sebak....terima kasih kerana luahan itu turut menyedarkan sy..bahawa terlalu banyak kurnia NYA yang telah diberi pada kita sebagai hamba NYA.....moga2 apa yang pak nil harapkn dan doakan akan dimakbulkan...
AMIN...AMIN...AMIN....
Selamat Ulangtahun ke 47 Paknil , agar kebahagian dan keberkatan sentiasa mengiringi kehidupan Paknil....
salam.
selamat ari lahir pak nil
semoga dirimu sentiasa dimurahkan rezeki, dipjgkan umur dan MACAM-MACAM lagi...AMIN..
selamat u;ang tahun pak nil.. semoga Allah sentiasa memberikan rahmat kepadamu, di panjang kan umur, dicurahkan rezeki yang halal... san kalau ada jodoh.. hehehehehe.. langsung kan jelah ye....
salam abg aznil..
selamat hari lahir
semoga panjang umur dan diberkatiNya..
Assalamualaikum Pak Nil.. (:
Waahh, sedar tak sedar hari ni dah birthday Pak Nil. Semoga panjang umur and murah rezeki. Semoga Pak Nil sentiasa berada di bawah limpahan rahmat-Nya dan berjaya dlm apa jua yg Pak Nil lakukan.
HAPPY BIRTHDAY PAKNIL !!!
Masa baca entry Paknil hari ni, rasa sebak sgt... Kata-kata paknil benar-benar menyentuh jiwa ): Diharapkan paknil sentiasa bahagia disamping insan tersayang dan diberi kesihatan yg berpanjangan..
PAKNIL< YOU ARE THE BEST !!!
salam pak nil..
selamat hari lahir semoga panjang umur n murah rezeki.. amin
psstt pak nil kita berkongsi hari lahir laa hihihi
watie
http://quefamili.com
salam PAK NIL, saya terharu sngat hari nie sbab sya dpat thu tg hari lahir kta sma iaitu 6 november, tapi sya tahun 1990. pagi tadi awal pagi sya pg kdai cari KOSMO tuk tngok celebrity mna yang lahir pda ary yg sma ngan sya... tngok2 PAK NIL lah org nyer.... hehehehe.......... hbat kn org yang lahir ary nie? hehehehe..... SELAMAT HARI LAHIR PAKNIL, smoga pnjang umur dan dmurahkan rezeki. biarlah sgala cbaran mnjadi dugaan yang mampu meningkatkan diri kita kearah kebaikan.
sempena hri lahir sya jgak, bleh x sya nak bwat stu permintaan?
sya nak mntak paknil wish kat sya melalui blog sya, http://pipitpulangpetang.blogspot.com
mungkin ini akan jadi hdiah plinh bsar smpena hri lahir thun ini. terimas2x
salam wahai pak nil..
happy birthday ya... smoga mendapat berkat hidup. smoga dikurniakan umur yang panjang dan berkat. smoga mendapat kebahagiaan yg berpanjangan.
take care and happy alwiz!
Salam paknil...
Selamat Hari jadi... semoga paknil dpanjangkan umur n dimurahkan rezeki.. dan jugak sentiasa sehat n happy slalu... Aminn~ ;) we luv u uncle..
Happy besday Pak Nil....moga terus suksess dn cemerlang...suka la kolor baru pak nil yg purple ni....
selamat ulang tahun uncle aznil!!!!! may god bless u.... sayang uncle~
salam pak nil...
selamat ulang tahun yg ke 47 ye..
semoga hidup pak nil disinari cahaya kebahagiaan,kejayaan,keberkatan hidup,rezeki yg melimpah & iman...
semoga pak nil diberi panjang umur aka kekuatan utk meneruskan khidmat pak nil sebagai seorg khalifah Allah s.w.t dlm menjalani hidup sebagai seorg hamba Allah..seorg ayah..seorg penghibur kami yang menyayangimu pak nil...
usia cuma nombor..paling penting semoga kita diberi peluang untuk hidup..semoga semakin kita menjadi matang & menghargai hidup kita yg belum tentu bila Allah nak tarik nyawa kita..
Happy birthday pak nil...
Tak sangka pak nil dh semakin tingkat usia...
Nampk cm bujang terang tang tang ja..
Anyways...
Have a good life and keep smiling...
SEMOGA BERJAYA!!
jagn lupa pd yg esa...
Assalamualaikum
sama dgn birthday daddy saya...HAPPY BIRTHDAY!!!
salam..selamat hari lahir pak nil.. semoga panjang umur..dah dimurahkan rezeki
Happy birthday pak nil syg... moga dimurahkan rezeki dunia akhirat dan sentiasa diberkati Allah... moga terus bahagia ....amin
selamat hr lahir pak nil..mg dberkati umur,dkurniakn ksihatan yg baik,mg btambah murah rezeki n mg dberi rahmat serta dlimpahi kbahagiaan oleh allah s.w.t..
caiyyyook2 paknil..
HappY birthday to you PakNil...Semoga Panjang umur..murah rezeki...sihat selalu dan mendapat keberkatan di dunia dan akhirat...:)
assalamualaikum
selamat hari lahir,moga panjang umur dan dimurahkan rezeki
salam.. paknil.. hepy burfday.. u're not become older but u become better.. sayang paknil sgt2..XOXO =)
Happy birthday to u,aznil!
May all ur dreams come true!
God bless. :)
with loves,
May Jiuan
^^
Assalamualaikum pak nil C:
pnjg btl doa pak nil ni bgus btl smangat.!
doa-doa sye pn krm ntk paknil gak ye C:
happy birthday paknil :D
salam Bgnil,terharu dan sebak sangat luahan Bgnil..
Amin Ya RabbilAlamin!!InsyaAllah dikabulkan...
Epi besday BgNil..semoga Bgnil dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki,dipermudahkan segala perkerjaan BgNil lakukan..Meningkatnya umur tak dikisah sangat itu cuma angka semata2!!!Apa yang penting bersyukur pada Illahi..
salam dari saya...zlan dan semoga pak nil dipanjangkan umur dan dimurahkan lagi rezeki........dan setiap doa kita akan lagi afdal jika diikuti dengan perbuatan kita.Amiiiiinnn......
salam... paknil same r date besdey ngan husbend kite... but date je yg same, umo lain tau... hehehe HEpY BesDey Paknil... yana doakan sume yg terbaik tuk paknil... :D
Untuk BgNil klik klik
A'skum abg aznil...
Selamat hari jadi yang ke 47tahun,semoga kehidupan abg aznil akan lebih diberkati olehnya yang maha esa disamping ur beloved family...amin :)
Anyway macam mana agaknya ye sambutan hari jadi abg aznil kali ini?
Mesti meriah kan?ur kids mesti buat kezzutan untuk papa mereka...
Apa-apa pun,juz hope u have a very happy days ahead & please do take good care of ur health k?
*Remember,47 is juz the matter of number.Don't ever give up hope abg aznil!
SALAM SAYANG DARI,
SUZYLINA ;)
Assalamualaikum Pak Nil.
Walaupun selama nie saya tak pernah active dalam blog Pak Nil, mahupun tak wujud dalam hidup pak Nil, tapi saya tetap jadikan Pak Nil sebagai buku rujukan hidup saya. Setiap hari sejak bulan lepas, saya tak sabar menantikan hari ini untuk menyampaikan ucapan Selamat Hari Lahir kepada Pak Nil. Ucapan hari lahir yang pertama saya untuk Pak Nil. Selamat didalam ucapan ini adalah selamat untuk Pak Nil dari segi aspek lahiriah dan batiniah. Semoga Allah sentiasa mendakap Pak Nil di dalam kasih sayangNya dan payungi Pak Nil dengan rahmatNya. Amiin.
Semoga saya dapat terus mengucapkan selamat kepada Pak Nil untuk banyak tahun yang mendatang.
Salam sayang daripada kami :
Azila & Adam
Amin Paknil, Allah mengingati manusia yang mengingatiNya, Semoga dilimpahi rahmat dan dihampari kebahagian selalu. InsyaAllah. Happy Birthday!
happy birthday paknil..<33
Assalamualaikum Pak Nil,
Pertamanya saya mengucapkan kesyukuran kpd Allah Yang Maha Esa atas kurniaan kepada kita sebagai makhluk Allah yang dijadikan Khalifah di atas muka bumi. Umur bertambah bermakna usia kita dipendekkan. Sesamalah kita bermuhasabah diri. Talented Man macam Pak Nil, satu antara beribu. Di kala kami sepi, andalah penghibur. Di saat hiba bersarang, andalah penglipurlara. Semasa kami resah, hilang gesah gelisah. Selamat Hari Lahir ke 47, semoga Pak Nil meneruskan agenda anda yang hebat!
HEPY BezDAY UNCLE AZNIl??
seMOGA UNCLE AZNIL PANJANG UMO,MURAH REZEKI N SIHAT SENTIAsa..
dan ditemukan jodoh yg berseSUAIAN..
Selamat ulang tahun kelahiran buat Pak Nil.. Moga panjang umur, murah rezeki dan dikurniakan kesihatan yg baik selalu. May Allah bless U. =)
Selamat hari ulang tahun dan tahniah. Semuga lebih berjaya dan bahagia dalam apa jua bidang yang diceburi
assalamualaikum...
hepy bufday pakniL!!!
smoga pnjg umo n dmurahkn rezeki...
Assalamualaikum w.b.t
SELAMAT HARI LAHIR AZNIL HAJI NAWAWI YANG KE-47..
Insya-Allah doa pada hari lahir paknil yang mulia ini akan dipekenankan Allah SWT. Sesungguhnya Allah Maha Kaya dari segi Zat,Sifat dan Af-Al NYA.. terharu sy baca doa paknil td... btol2 mendalami jiwa hamba... Insya-Allah paknil akan dihiasi dgn Nur Iman dan mdpt syafaat Allah SWT dan Rasulullah SAW.. Semoga paknil berada dalam keadaan yang berlapang dada,berfikiran terbuka,berpandangan jauh,dapat membezakan antara yang hak dan batil,dapat menjauhi diri drpd kemungkaran,bisikan syaitan yang durjana,dan malapetaka... Semoga paknil sentiasa disenangi orang ramai dan dipermudahkan dalam segala hal..Amin.. Selamat Hari Lahir daripada Siti Nursajidah binti Zulkifli kepada paknil...
Salam ..
Selamat Hari lahir PakNil ..
Semoga panjang umur & dimurahkan rezeki ..
Semoga hari-hari mendatang membawa bahagia ..
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan pak nil
Allah selamatkan kamu
Selamat ulangtahun pak nil, smoga rahmat Allah selalu bersama pak nil & keluarga. Smoga pak nil sntiasa dilindungi Allah dalam semua aspek kehidupan..
salam sayang dari mama moden sekeluarga
selamat ulang tahun pak nil.. semoga di muarahkan rezeki n diberi umu yg panjang. saaayang pak nil
selamat hari lahir paknil...
semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia,
cukup cubaan untuk membuat kamu kuat,
cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang sesungguhnya dan
cukup harapan untuk membuat kamu positf terhadap kehidupan....
salam...
selamat ulang tahun pak nil...
smoga pjg umur, d murahkan rezeki...
ceria slalu....;)
Salam n hello..
Here's wishing u the happiest birthday and many more to come. May u stay blessed always by The Almighty.
Keep up the good work in entertaining the nation :-D
P.S.: It's hardly believable that u r 47! God, u have to share ur secret of staying youthful!
xoxo
Pak Nil adalah Idola kami, amat sejuk rasa di hati lihat keletah Pak Nil sering-sering di TV.
Agar tetap akan sentiasa dilindungi Ilahi. Usia nan dimiliki ini adalah anugerah paling berharga buat kita. Sesamalah kita gunakan usia ini dengan merancang keredaan Ilahi. Tanpa izin Dia Nan Esa ke manalah haluan ini. Agar Dia tetap dekat di sisi & kita adalah hamba-Nya yang dirahmati.
Selamat Hari Lahir Pak Nil, semoga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki dengan amalan yang Mulia lagi dikasihi.
salam.... selamat hari lhir paknil...semoga sihat dan dilindungi ALLAH selalu, dimurahkan rezeki dan sentiasa jaga kesihatan k..
SALAM PAK NIL..
SELAMAT HARI LAHIR..
SEMOGA REZEKI MELIMPAH RUAH..
SEMOGA UMUR PANJANG
DAN DI BERKATI ALLAH S.W.T SELALU.
Selamat Hari Lahir Pak Nil,
Secara peribadi saya nampak dan amat menghormati ketelusan dan kejujuran Pak Nil. Dalam gurau dalam senda, terselit hiburan yang amat hampir dengan kehidupan..
Terima kasih Pak Nil, teruskan berkarya, setiap individu diciptakan dengan pelbagai kesesuaian, sesungguhnya Pak Nil amat sesuai sebagai penghibur..
Salam sayang penuh kasih & rindu buat Pak Nil yang masih belum lah lagi tua mana, age is just a number anyway..:)
Fa- London
d best n3 eva~
^.^
o-tanjobi omedeto, pak nil~
we luv u 4 eva~
happy always~
selamat hari lahir pak nil!!semoga sehat dan dimurahkan rezeki..Amin..
happy birthday pak nil... :)
paknil...happy belated birthday...smg pjg umur n dimurahkan rezeki...amin
happy besday~~ (^_^)
selamat hari jadi paknil..
semoga dimurahkan rezeki dan hidup happy selalu...^^
selamat hari lahir uncle.. semoga bahagia dan ceria selalu. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki
Pakni punya besday sama la dgn anak saya 'Azim'. Jemput la masuk blog kita....:) sila la masuk jgn malu2..ya paknil...
assalamualaikum paknil..
slmt hari lahir..
wish u all d besh in ur life!!~
salam paknil...
happy birthday...walaupun dah terlambat beberapa minit dari tarikh sebenar birthday paknil, tapi harapnya tidaklah terlambat sangat...
alhamdulillah...mudah-mudahan umur paknil lebih panjang lagi, kesihatan paknil lebih baik, rezeki paknil juga makin bertambah dan kehidupan paknil akan bertambah ceria sentiasa di samping keluarga tersayang...
salam uncle.
uhu epi bday=D
xsempat nak calling2 era pagi td.
moge panjang umor n epi alwayz with ur family^_^
sincerely,sniffa
H.A.P.P.Y.B.I.R.T.H.D.A.Y.!
Assallammualaikum....
Selamat hari lahir yg ke 47 tahun, moga diberkati dan drahmati selalu,murah rezeki dan umur yg panjang lagi bermanfaat. amin, cantik isi kandungan yang di tulis semoga apa yg terbaca oleh kami semua kan menjadi panduan, semoga hidup akan akur dengan perjanjian ikrar diri. Keihklasan kesyukuran tambatan jiwa.Semoga perjalanan tunduk mu benar-benar diri mu. Subhanaallah.
salam, pak nil... x sangka btui bday kiter sama!!! doa itu sungguh indah..sesama kiter amalkan n dpt mustajabnyer...amin!!!
assalamu'alaikum.....
hepi belated birthday paknil...
hehehehe...leh jadik papa dak kecik gni.....dak kecik doakan semoga paknil pnjang umur n dimurahkan rezeki serta dilimpahi dgn limpahan kurnia Nya....syg paknil....
=))
ep burfday Pak Nil!!
happy brthday paknil..syg sgt kat paknil..sygggg !!
salam paknil..
Selamat Hari Lahir Paknil..smoga paknil trus mara dan maju dalam krjaya paknil..begitu juga dengan kehidupan paknil bsama kluarga..hdup paknil tntu tak bmakna tnpa org yg tsayang..
p/s kiut paknil jadi juri dalam sehati bdansa..kena plak tu ngan tema mlm ni..tribute utk Allahyarham Sudirman Hj Arshad..kan ke idola paknil tuh..tp paknil x kdekut bg markah..
salam.. selamat hari lahir yang ke 47... maaf lambat wish.. hehe.. semoga pjg umo n murah rezki slalu.. hidup aznil...
assalamualaikum abg aznil..sehat..nama saya deena nordin..saya perminat abg aznil...
Selamat hari lahir... semoga Pak nIl sentiasa dirahmati dan diberkati dlm hidup
salam..
paknil nak Ucap seLamat Hari lahir,,,sowy late,,,
hope PakNil dikruniakan kesihatan yg baik...semoga panjang umo...dimurahkan rezeki...dan sentiasa diredhai dalam pe jua yg PakNil lakukan,,,
saya da satu permintaan 15.11 nie besday saya,,,,lau paknil balas satu msg pun dah cukup wat saya gembira...hope paknil sudi tunaikan walaupun lewat x pe yg penting da yek....hopefuly..:)
salam hye PakNil...
lia nak uCap Selamat Hari Lahir,,,
sowy Late...
semoga dikurniakan kesihatan yg baik..dimurahkan rezeki ,diberkati Allah dah sentiasa diredahai Allah dalam tiap pew yg PakNil lakukan..amin...
lia da satu permintaan 15.11 nie besday lia...
lia mintak PakNil balas satu jew msg lia 2 pun dah cukup wat lia happy..x pe lewat pun x pew at least PakNil sudi balas ye..Hopefuly...:)
Salam pak nil....happy belated bday!!!!
Salam Pak Nil...Happy Belated Birthday...Semoga allah s.w.t panjangkan umur, murah rezeki, kesihatan yang baik serta sentiasa happy...dan jangan lupa diri ya....
assalamualaikum uncle aznil...
sory late...
tpi mseh boley wishkn...
sye nk ucapkn
1.selamt arie laher
2.slmt ulng tahon
3.hepi besday
4.terima kaseh kerane pak nil sllu wt family sye tersenyum...walopown family sye ad msalah...kalo nk taw mslh ape...paknil jempotlh bce sye pnye blog..
azidazidee.blogspot.com..paknil idola sye...
assalammualaikum pak nil. selamat hari raya..
moga panjang umur dan dimurahkan rezeki..
amin..
salam pak nil.. join my blog.. atiq baru jinak2 ngn bloq nih..
hepy belated besday.. smoga kia sama2 blh kongsi pgalamn.. smoga pjg umur murah rzeki... amin...
eppi belated bufday pak nil..=)
happy belated birthday paknil! mine is in the same month, tapi tarikh lain. 9 november :p We r november babies, yeay. :) good luck in yr career! salam.
paknil! happy belated birthday! semoga paknil pjg umo, menghiburkan & mengisi industri seni malaysia dgn penuh ksh sayang!! sayang paknil!!!! xxxx
HAPPY BELATED BIRTHDAY PAK NIL
assalamualaikum paknil...
salamat hari lahir paknil...
semoga paknil murah rezeki dan panjang umo supaya paknil dapat memberi senyuman kepada semua warga malaysia khas nyer anak2 paknil yer...u r the bez paknil....
HAPPY BIRTHDAY TO U...
HAPPY BIRTHDAY TO U...
HAPPY BIRTHDAY TO PAKNIL ...
HAPPY BIRTHDAY TO U...
SMG PJNG UMUR MURAH REZEKI PAKNIL... AMIN..
SYG PAKNIL JUGAK....
MMMMUUUAAAAHHHHHHH!!!!!!!
salam...slamt hari lahir pak niil....moga dipanjang kan usia dan dimurahkan rezki dan diberi keberkatan dalam kehidupan....
doa indah, moga dimakbulkan Dia yang Maha Esa...amiiinnnn
Happy belated birthday Aznil ... semoga panjang umur, murah rezeki hendak nyer ... amin ...
doa yang ikhlas pasti DIA memperkenankannya. Moga sukses selalu.
Salam puja usia dari bumi Darussalam
salam..selamat hari lahir..Ya Allah, kau perkenankan doa sahabat ku ini..amin..
Assalammualaikum...
Happy 47th Birthday Pak Nil..!
Semoga panjang umur dan diperbanyakkan rezeki oleh-Nya.. aminn..!!
Salam PakNil....umur kita semakin banyak...tapi hayat semakin sedikit...yang jauh semakin dekat...yang dekat sudah lama berlalu....selamat memperingati tarikh kelahiran mu...didoakan rahmat Tuhan sentiasa berada disisimu...Amin....hepi bezdey....
Selamat hari Lahir..walaupun dah terlamabt ucapan ini..
Semoga memberi keceriaan dan kesihatan yang berpanjangan...Aminnnn.
alamal! terlambat plak wish! huhu
neway, hepi belated birthday ya Pak Nil!(^_^)
besday saya 3 nov aritu.. yg ke -23.. Pak Nil plak 2x gnda plak.. 46.. hikhik
apa2 pun.. semoga sentiasa berjaya dlm hidup di dunia dan juga di akhirat(^_^)
meremang bulu roma baca entry paknil nie...moga2 semua doa2 paknil dimakbulkan..amiin....long live pak nil.. :)
hepi besday paknil..
xpe, still nampakmude, strong..teruskan usehe..
paknil....
suke follow blog paknil...
serius..paknil srg yg baik hati...
kdg2 terharu bc cite2 paknil..
hepy belated besday...
semoga mrh rezki...
from:cikgu shafiza
happy buzday paknil. may god bless u always! paknil 6 nov dan saya 14 nov kt berkongsi bulan kelahiran :D
SCOREA elearning business
menpunyai Shariah Compliance, sertai scorea business untuk menbantu pelajar mencapai kecemerlangan sambil menjana pendapatan lumayan.
hubungi saya untuk keterangan lanjut - radzi (013-4372508)
Happy Belated Birthday paknil... paknil adalah idola saya... keep smiling and always be yourself, for you inspire me to be the person I am today. Thank you!
tahniah buat pak nil yg dah bertahan lame dalam industri nie.... ramai sggh org di blakang pak nil sekarang, moga dimurah kan lagi rezeki pak nil di mase2 akan datang
Selamat Hari Lahir,
Maaf terlambat nak ucapkannya kerana baru jumpa blog ini. Apa pun juga, semoga diberkat Allah selalu...
salam.. happy belated besday..
salam.. happy belated besday...
salam.. happy belated besday
salam.. happy belated besday
Salam Pak Nil,
Alhamdulillah, Allah panjangkan umur Pak Nil setahun lagi. Begitu juga saya, Allah izinkan saya dapat baca catatan Pak Nil lagi. Moga Allah terus-menerus panjangkan umur Pak Nil untuk berdakwah. Pak Nil, cuma sedikit ingatan. Anggap ini juga peringatan untuk saya dan lain-lain juga. Setiap kenikmatan yang kita terima, setiap umur yang panjang, setiap rezeki yang berlimpah ruah, juga merupakan ujian Allah pada kita. Untuk tengok sama ada kita akan alpa atau lalai. Saya doakan Pak Nil terus menerima hidayah Allah dan tidak lalai dengan segala nikmat yang Allah bagi ya Pak Nil. Sama-sama kita berdoa. InsyaAllah..
hpy besday pak nil mg di anugerahkan kesihatan & kesejahteraan yang baik... jgn la selalu tido lwt2 sgt ea... we all luv pak nil, ank sdare sy kim salam kt pak nil..minat sgt dia ngan pak nil... hehehehehe
Hepi belated bezday. Sori lambat wish u coz baru start kerja lepas lama bercuti dekat2 ujung tahun ni. apa2 pun moga pak nil dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, sentiasa berada dibawah lindungan ALLAH SWT dan dijauhkan dari phd manusia2 yg x senang dengan pak nil. amin
Assalamualaikum....
Selamat ulang tahun Paknil.... semoga panjang umur,dimurahkan rezeki,bahagia dunia dan akhirat dan sentiasa mendapat ketenangan dunia untuk besedia menggapai dugaan akhirat.
semoga pakNil bertemu jodoh yang sentiasa menerima pakNil seadanya.kebahagian Paknil adalah doa saya setiap masa kerana saya selalu dengar ceramah yang menyatakan mendoakan ketenangan dan kebahagiaan insan lain nescaya ALLAH akan tunjukkan kita kebahagian untuk kita juga.
Maaf terlambat ucap birthday... tak sempat nak jenguk blog,,, tapi Paknil sentiasa dalam ingatan.
sihat...sejahtera...bahagia...ceria...tenang..segalanya kita miliki selagi kita tidak lupa di mana kita berpijak..
AMiiiiiiiiiiin......
HN84
SarawkGirl
love u pak nil
hepi besday paknil yang comel
Post a Comment