Sunday, November 14, 2010

GANYANG AEDES LAGI!!

Pagi2 lagi Paknil dah bersama komuniti kakitangan awam Jalan Duta untuk beri penerangan mengenai bahayanya nyamuk aedes.
Kalau dilihat daripada luaran tidak ada siapa yg dpt menyangka bahawa kawasan yang tampak bersih ini sebenarnya sudah diistiharkan sebagai kawasan 'hot spot'.
Sudah terdapat 31 kes demam denggi dilaporkan untu tahun ini sahaja di sini.
Semasa Paknil buat tinjauan ke rumah mereka, Paknil dapati kebanyakannya keadaan dlm rumah mereka bersih tetapi bersih sahaja tidak mencukupi kerana nyamuk masih boleh bertelur ditempat2 tersembunyi seperti dulang tadahan air peti ais, alas pasu bunga, saluran hujan dsb.
Kenapa agaknya masih ada ahli masyarakat kita yang masih merasakan demam denggi ini sbg demam biasa yang boleh sembuh dengan memakan ubat. DEMAM DENGGI TAK ADA UBAT!! Yg penting sekarang ialah pencegahan.
Maaf Din Beramboi, sekali lagi hari ini aku gunakan kes engkau untuk menginsafkan orang lain agar tidak kecundang pada seekor nyamuk!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

7 comments:

Anonymous said...

salam . good luck pak NIL :) wish u all the best

Lady Ya-alif-nuN said...

semoga usaha murni pak nil dpt menyedarkan rakyat Malaysia tentang kepentingan jaga kebersihan....
All d best pak Nil..

Edzlin said...

Salam Paknil.

Teruskan Paknil. Kadang-kadang perkara kecil macam inilah yang orang selalu lupa. Maksud saya, rumah dah bersih, tapi masih ada tempat-tempat tersembunyi tuk jentik-jentik hidup.

Admin said...

Salam .. tahniah Pak Nil ..
kawsan saya ni pun kawasan panas dengan Denggi. Jiran saya pernh la kena denggi, masa tu gak la dibuat pemeriksaan. Dalam taman saya ni .. dah ada 3 kes dah .. tapi jarak masa antara kes tu jauh ... maybe nyamuk2 ni terbang kekenyangan kot ..lambat gitu.

http://hasrulhassan.blogspot.com

lina said...

Seronok dengan celoteh Pak nil dan anak2 pun happy sgt2

Su3y said...

A'skum abg aznil...

Bestnya! Seandainya suzy tinggal berdekataan,dah tentu suzy pasti ambil peluang untuk bertemu abg aznil lagi.Huhuhu...

Apa2 pun suzy rasa ada baiknya abg aznil jadi duta kempen nyamuk aedes ni tau...

Yelah,agar ramai penduduk2 lebih titik beratkan pentingnya untuk menjaga kebersihan.Kadang kala perkara2 kecil sebeginilah yang orang ramai lalai.Bila dah terkena,dah takde ubatnya...

I just think u're doing the right thing,abg aznil.Good job,keep it up!

Cuma kesiannya I can imagine how tired & busy u are...

Abg aznil pun jangan lupa jaga kesihatan tau?

SALAM SAYANG DARI,
SUZYLINA ;)

Asri ali gur said...

singgah sini....