Monday, November 15, 2010

MASIH TERASA KESYAHDUANNYA!!

Ketika Paknil menulis cerita ini, Paknil yakin ini adalah ketikanya umat Islam kini berada di Arafah untuk wukuf. Ini adalah saat yang paling indah yang berlaku dalam diri Paknil ketika Paknil mengerjakan rukun Islam yang kelima 2 tahun lalu..
Ada yang mengatakan bahawa saat inilah sebenarnya Haji kerana ia hanya berlaku di musim haji dan tidak ketika umrah.
Dalam berjuta lautan manusia, terselit di sana Paknil dan terasa kerdil sangat diri ini. Suasanan begitu hening dan sunyi kerana ketika ini semuanya mengangkat tangan ke langit dan berdoa dan meminta ampun.
Terbayang akan kesilapan lalu dan berikrar untuk tidak mengulanginya lagi. Berdoa untuk menjadi insan yang lebih baik dan menghambakan diri kepadaNya. Ketika ini juga airmata berderai jatuh membasahi bumi Arafah.
Walaupun ada berjuta manusia lain di sekeliling Paknil, namun Paknil merasakan seolah berada keseorangan. Hanya aku dan Pencipta ku.
Inilah dia magis yang sukar diceritakan dengan kata-kata dan saat ini juga tidak boleh dibandingkan dengan wang ringgit. Aku rindu saat itu.
p/s: Selamat menyambut Aidil Adha!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

31 comments:

ainakhani said...

bestnya paknil dah pergi situ.
saya bila lah kan. Allah je tahu.
neway, selamat hari raya aidiladha paknil !

supergirl said...

saya pun teringin nak ke sana..tp masih belum mampu..saya takut tak sempat aje..ye lah.ajal maut,jodoh kan di tangan tuhan

Han$ Xy said...

slm aidiladha~indah~

Syarifah Nornazrah Al Yahya said...

naz pn simpan impian tuk ke sana..InsyaAllah, de rezeki lebih...naz akan smpai ke sana :)

sniffa93_aznil4eva said...

salam aidiladha uncle:)

yup.. best n mmg org yg terpilih je yg dpt rasa, sama mcm uncle penah lalui..

kalau ada rezeki n berkesempatan ifa n family pun nak ke tanah suci tahun dpn..insyaAllah.

uncle, slmat hari raya aidiladha..happy dgn family uncle k:)

<3

myiera azizs said...

alhamdulillah paknil dah sampai sana . teringin jugak . tapi entah bila . doa doa moga termakbul jugak satu hari nanti .
SALAM AIDILADHA paknil .

Sharifah nor said...

selamat hari raya aidil adha...

akuanakpahang (AAP) said...

Selamat menyambut Aidil Adha juga drp saya semoga anda sihat ceria sentiasa.

Pelangi said...

Pak nil, slam aidiladha..sentiasa menyokong pak nil dari zaman pop kuiz lagi!! nak sgt jmpe pak nil!!

hazlin said...

alhamdulillah pak nil. moga suatu hari sampai juga saya ke sana..

ana said...

Dear Aznil,

Hmmm... been waiting for you to update your blog for ages till to a point I thought that you are not going to do so. It's great to know that now you know how to use BB to update blog. Hopefully after this we will see a constant update in your blog. I believe every Muslim has in their heart the urge feeling to go for Hajj but it's not everyone has the privilege to go there, but we, as a Muslim must try our best to go there nonetheless, till that time comes, let us do our utmost best to an obedient servant to Him and up hold our responsibilities towards Him.
Wishing you Selamat Hari Raya AidilAdha. Take care. Cheers!!!

p/s: Umat Islam amat dianjurkan supaya berpuasa pada hari uquf, jadi marilah kita sama2 berpuasa sunat esok...

anne said...

Salam Aidil Adha Tn Hj Aznil. Teringin nak rasa kesyahduan tu jugak, moga dijemput menjadi tetamu Allah satu hari nanti.

edzlin007 said...

Salam Paknil.

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha Tuan Haji Aznil :)

Harapnya saya dapat ke sana tika usia masih muda.

cikBunga said...

alhamdulillah pak nil..dgn rezkiNya juga kami sekeluarga telah terpilih menjadi tetamuNya 3 tahun lepas...spt pak nil kami sgt2 merindui utk ke sana lagi. Kenangan dan memori indah tidak dpt dgambarkan melalui kata2 kan pak nil...saat ini rasa sebak, terharu, rindu semua berbaur bila dikenang saat utk bergelar haji/hajah yg mabrur...

Bee @ honeyvsbee said...

hurmmm...teringin pergi sana tapi........ada tapi yang payah tu paknil,selamat menyambut aidil adha

Mrs Cinderella said...

wah bestnya paknil...sy pun mcm xsabar jgk nak g sne....haopely allah permudahkan doa2 saya nak g sne nnt...amin...

deqlis said...

tahniah Pak Nil dah sampai sana..
mudah2an suatu hari nanti sy pun dpt gak ke sana.

n selamat hari raya aidil adha

My Life My World said...

Salam Aidil Adha Pak Nil :)

ibnuyassir said...

Perbezaan Penetapan Hari Raya Aidil Adha 1431 H

http://ibnuyassir.blogspot.com/2010/11/perbezaan-penetapan-hari-raya-aidil.html

baincardin said...

Selamat Menyambut Aidiladha!!!~ ^_^

datinsantiq88 said...

selamat mnyambut aidil adha...~~

Su3y said...

A'skum abg aznil...

Selamat hari raya aidilad'ha buat abg aznil sekeluarga!

Rasanya setiap umat islam pasti berkeinginan untuk menjejakkan kaki ke sana,tanah suci Mekkah...

Suzy pun teringin juga,but tak taulah bila hajat kesampaian kan...

Tidak dinafikan tiap kali menjelang hari raya aidilad'ha,pabila terdengar takbir & melihat orang-orang terpilih dapat peluang menjejakkan kaki ke sana terasa terkilan juga...

Harap 1 hari nanti dapatlah suzy jejakkan kaki ke sana...

SALAM SAYANG DARI,
SUZYLINA ;)

achu thevar said...

hye everyone,walaupun saya bukan beragama Islam,tapi tetap ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua yg menyambutnya,dan khas utk Pak Nil...salam 1MALAYSIA!!=)

AdiE said...

SALAM AIDILADHA PAK NIL...
teruskan berkarya pak nil..industri ini perlukn pak nil..

latest entry:
http://danieldeadie.blogspot.com/2010/11/dh-siap.html

a n a s t a s y e a said...

Salam aidiladha dari anastasyea

atty's said...

salam aidiladha paknil..

sniffa93_aznil4eva said...

salam.
uncle tahun ni xturun mana2 skola ke utk spm mcm uncle gi ke smk victoria..

emm kalau ada. uncle dtglaa school ifa. smk ssaas,shah alam

Novelgurl said...

salam ziarah ^_^ Pak nIL love u <3

Matika Love 131020 said...

abg aznil botak...lgi bertmbah cute mute...hahaha

ying said...

memang x dinafikan..... sekali pegi.... nak pegi lagi..... ada rezeki.... kite g lagi ye pak nil

amdtaufik said...

Alhamdulillah, sama sama lah kita memertabatkan agama islam, patuh kepada yg SATU, melaksanakan suruh NYA, meninggalkan larangan NYA. InsyaAllah