Wednesday, July 2, 2008

ASSALAMUALAKUM wmbt SEMUA!!


Insyaallah, Paknil akan berangkat ke Tanah suci Mekah sekali lagi untuk menunaikan Umrah mulai hari ini. Doakan perjalanan ibadah Paknil lancar dan mendapat restu dari Allah SWT untuk dijemput menjadi tetamunya. Paknil memang amat merindui tanah suci ini sejak pertama kali menjejakkan kaki ke sana tiga tahun dahulu. Paknil rasa limpahan kurnia dari Nya, mengimbau sekali lagi Paknil untuk kesana. Inilah 'percutian' yang Paknil rasa paling ideal. Setelah rezeki dilimpahkan, Paknil ingin tenang di rumah Tuhan dan berselawat di makam Nabi. Rindu pada Rasulullah SAW moga terubat dengan kunjungan ini.
Paknil mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf dari atas segala ketelanjuran kata, perangai dan perbuatan Paknil selama ini. Paknil tahu mungkin ada kata dan perbuatan Paknil yang menyinggung perasaan penonton, peminat, penyokong, rakan dan keluarga dalam men jalani pekerjaan dan kehidupan seharian. Sesungguhnya YANG BAIK ADALAH DARI TUHAN DAN YANG BURUK DARI PAKNIL SENDIRI. Insyaallah, Paknil akan perbaiki diri dan menjadi hamba Tuhan dan Rasul yang lebih baik selepas ini. Kalau ada rezeki dan umur, kita berjumpa lagi di sini. Selamat Tinggal semua! Assalamualaikum.

Saturday, June 28, 2008

DENGAR SINI SEMUA!!!!

Asslkm semua! Paknil nak ucap thanks kat semua sbb rajin singgah. Sori paknil jarang update blog lately sebab bizi. tapi paknil baca komen kowrang. jgn serik eh! Jgn serik eh. Paknil akan cuti 2 minggu mulai hari ni. ini bermakna paknil takkan buat Kring2, Carta Era n 10-1@Era selama 2 minggu.
Ini bermakna Paknil jugak tidak akan update atau baca blog ini selama 2 minggu. kowrang jangan berenti bg komen eh... Paknil akan baca bila Paknil balik ke Malaysia nanti. Sebelum pergi, Paknil akan singgah n bg tau Paknil pegi maner eh...Kowrang kena doakan Paknil k!

Friday, June 27, 2008

TOLONG PAKNIL SKET.....!!!

Inilah satu2nya kedai yang Paknil rasa serba salah nak singgah atau lalu. Betul! Zaman Paknil dulu2 takde kedai camni. MENDE tu pun takde sebenarnya. Yelah, kita orang Islam tahu yang kita tak perlu mende ni. Buat aper guna mende ni sebab dah sah jadi suami steri untuk BERSATU.
Kini, bila dah diperkenalkan mende ni, nampak gayanya dah ada cara lain untuk pasangan yang bukan suami isteri untuk bersatu dan elakkan diri dari terKANTOI. Kalau dulu, ada jugak yang curi2 beli dan curi2 jual mende ni, tapi nampak gaya bila dah maju ni, tak payah sorok2 lagi dah! Siap buat sign board besar2 cam nih!
Walau pun kedai camni ada kat negara orang, tapi seswai ke kat negara kita. Dengan lukisan kartunnya tu, mesti menarik perhatian kanak2. Bila kanak2 nak masuk, makbapak pulak yang merah muka n tak tau nak explain camne!
Sebenarnya dah jadi dah kat Paknil, biler anak Paknil RIKI tanya kat Paknil "Papa, tu kedai apa?", Paknil buat2 tak dengar n buat2 tak nampak kedai tu. Abes tu, Paknil nak cakap aper? Tolong Paknil sket....!

TOYOL - AZNIL HJ NAWAWI

TOYOL, dia datang padaku berlari-lari
TOLONG, kemanaku kan pergi
TOYOL, kenapa pula aku yang kau cari
TOLONG, rupanya hodoh wow.. wow.. wow.. wow
Kepala botak,matanya terbeliak
Giginya bertaring,merata-rata
Ee...seramnya,ku melihat rupanya
Melambai-melambai,ketawa pula
Apa yang kau mahu, datang kepadaku
Aku sudah tahu, asal-usulmu
Wahai toyol jangan ganggu
Badannya montel, comel perutnya buncit
Terkedek-terkedek, tertonggek-tertonggek
Ee tajamnya, taring dan juga kuku
Mencari-mencari, jari kakiku
Apa yang kau mahu, datang kepadaku
Aku sudah tahu, asal-usulmu
Wahai toyol jangan ganggu
Padamu toyol sebenarnya, ku tak rasa takut
Sengaja aku bersembunyi, menggeletarkan lutut
Pergilah toyol jangan ganggu
Manalah ada duit disaku
Mana, mana, mana ada
TOYOL, dia datang padaku berlari-lari
TOLONG, kemanaku kan pergi
TOYOL, kenapa pula aku yang kau cari
TOLONG, rupanya hodoh woooow
Kakinya kontot tapi larinya kencang
Menghambat-menghambat, dari belakang
Ee kuat pukulan buku limanya
Menghentak-menghentak, sakit kepala
Apa yang kau mahu, datang kepadaku
Aku sudah tahu, asal-usulmu
Wahai toyol jangan ganggu
Tiba-tiba aku, rasa sakit di kepala
Ku terjatuh dari katilku
Sungguh besar benjolnya
Rupa-rupanyaku bermimpi
Tidur tadi aku tak basuh kaki
Mimpi, mimpi, cuma mimpi
TOYOL, jika kau datang lagi ke dalam mimpi
AKU, ajak engkau menari
TOYOL, jika kau ada lagi di zaman ini
AKU, ajar engkau menyanyi

Sunday, June 22, 2008

TOLONG TERJEMAH!!!!

Baru2 ni Paknil pergi Starhill n singgahlah ke tandasnya! Paknil perasan berdekatan dengan tandasnya ada 3 gambar yang sangat cantik. Adoi...diorang ni gambar cantik mcm ni diorang gantung kat ngan toilet. Gambar ni mempunyai seribu makna dan setiap orang mempunyai tafsiran tersendiri. Apa kata korang tafsir gambar (1), (2) & (3). Paknil nak nilai tafsiran korang! p/s : Lupakan posing2 nakal Paknil depan gambar tuh eh....

Sunday, June 15, 2008

CERITA ARTIS MALAYSIA

Jangan lupa untuk menonton CERITA ARTIS MALAYSIA featuring PAKNIL besok 16 Jun pukul 5ptg n ulangan 10.30mlm di Astro Ria. Cerita mengenai perjalanan kerja seni Paknil dan harap akan dapat jadi inspirasi kepada yang menonton. Doa dari kalian mmg jadi tunggak kejayaan Paknil. Jadi Paknil ingin berkongsi dengan semua penyokong Paknil supaya tahu susah senang Paknil sebelum terlibat dgn dunia seni sehingga ke hari ini. Senang tak datang bergolek dan kejayaan tak datang melayang. Paknil anggap rancangan ini sbg satu penghargaan pada Paknil dan penyokong2 Paknil. Dah tonton komen gak eh...

HEHEHE....NAK BELI TAK????

URUT...URUT...URUT...
Paknil jalan2 kat Pavilion and terjumper mesin mengurut badan yang terbaru di pasaran. Yelah, Paknil ni kan single, jadi takde orang nak urut Paknil kat umah. Lagipun masa takde nak cari rumah urut. Silap2 ter'pergi' pulak pusat urut tak berlesen. Jadi Paknil nak tanya korang punya pendapat, patut tak Paknil beli mesin urut ni?




MESIN 1 : Mesin ni boleh urut satu badan! Tengkok boleh urut, turun ke bahu ke badan ke pinggang, pinggul dan kaki! Alamak besh giler! Masa try mesin urut ni, lampu bilik di malapkan, lepas tu ada muzik dan dalam serkup tu ada lampu yang boleh melelapkan mata! Harga pun boleh tahan gak....tak nak bagi tau la harganya. Kowrang tanya ar kat kedai OSIM!

MESIN 2 : Yang ni lagi istimewa ni sebab murah sket tapi cuma urut kepala n tengkok jew! Mesin itu cengkam kepala dan tengkok sambil bergegar-geagar. Sambil diurut, kena pulak pakai earpiece sebab ada suara pompuwan bercakap dengan muzik background yang boleh melenakan kita. Ini boleh dibawak ke mana-mana!

Boleh tak kowrang bagi pendapat, bagus tak mesin ni n patut tak Paknil beli? K0Men Eh...