DIA tidak mahu kemuncak kerjayanya bernoktah di trofi Anugerah Wirama atau pengiktirafan seangkatannya, tapi mendambakan sesuatu impak yang lebih besar. Siapa sangka, bergelar Senator antara visi Aznil Nawawi.
Cita-cita murni itu dikongsi ketika menjayakan program Hup! Capailah Kerlip Bintangmu di Sekolah Kebangsaan Batu Empat (1), Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, baru-baru ini.Ia sekali gus menjawab saranan Pensyarah Kanan, Jabatan Media Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah, supaya diwujudkan senator kedua bagi merancang penerokaan cara mengurus industri secara lebih konstruktif dan optimistik, termasuk kewibawaan untuk menggerakkan satu pemikiran kondusif dan intelektual.Nama Aznil antara yang disebut sebagai calon sesuai. Mengulas cadangan itu, pengacara kesayangan ramai ini mengakui meskipun terkejut, dia mengalu-alukan pembaharuan yang cuba diketengahkan ini. “Bila Tan Sri Jins Shamsudin dilantik sebagai Senator, itu satu petanda positif buat industri. Ruang yang diberi kerajaan menjadi saluran terbaik untuk menyuarakan hasrat masyarakat seni di Dewan Negara.“Bagaimanapun, menyambut baik cadangan ini bukan bermakna saya mempertikai kredibiliti Tan Sri. Tiada siapa boleh mempertikai kewibawaan Tan Sri kerana jasanya dalam industri sangat besar, malah saya sangat mengagumi jiwa patriotiknya.“Secara peribadi saya melihat tiada salahnya andai diwujudkan Senator kedua atau mungkin ketiga, keempat dan kelima daripada kalangan penggiat seni jika ia boleh diterima pakai.“Sebelah kaki sudah ada di Parlimen, jika dilengkapkan sepasang dan dimasukkan tangan, pasti impaknya lebih baik. Lagipun selaras dengan perkembangan semasa, industri perlukan banyak suara yang lebih dinamik dan pragmatik.“Saya tidak mengatakan diri saya adalah calon itu tapi jika dibukakan jalan, saya tidak menolak. Seronok jika dapat bekerjasama dengan Tan Sri. Lagipun ini memang satu daripada visi saya,” katanya.Mengulas lanjut pandangan skeptikal segelintir masyarakat elit terhadap kemampuan golongan seni membincangkan isu lebih berat, Aznil menegaskan, sesiapa saja ada hak bersuara dalam Dewan Negara.
Ia tidak terhad kepada perihal hiburan semata-mata, sebaliknya apabila dilantik menjadi suara kepada komuniti yang diwakili, seseorang itu mesti boleh membicarakan soal ekonomi, sosio budaya, pendidikan, pertanian dan apa saja disiplin.
“Selama ini ramai memandang bidang seni sebelah mata dan skopnya sangat kecil. Malah penggiat seni dicop cetek akal dan hanya tahu berhibur kosong.“Bagi saya, pandangan itu sama sekali tidak adil. Kita ada ramai penggiat seni berpendidikan tinggi, berpengalaman dan tahu hal ehwal negara.“Lagipun untuk menjadi jaguh pada bangsanya, saya percaya tidak semestinya perlu bermula sebagai ahli politik. Dengan wujudnya ruang sebegini dalam Dewan Negara, kita boleh memperjuangkan bidang yang diwakili,” kata bekas lulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Universiti Malaya itu.Mahu melihat anak bangsa berjaya, Aznil memperuntukkan masanya mendekati dan memberi ceramah motivasi di sekolah dan institusi pengajian tinggi seluruh negara.Maklum balas yang diterima sungguh membanggakan, bahkan dia terkejut mendengar jeritan ‘histeria’ anak cilik setiap kali bertemunya.“Jeritan itu bukan kosong tetapi penuh bermakna. Jujur, dalam usia 40-an, saya terpanggil menyuntik semangat dan membuka minda anak bangsa.“Seperti dalam program ini, saya lihat semua pelajar yang hadir ada cita-cita. Namun kita mahukan impian itu ada kelas. Kalau mahu jadi doktor, jadilah doktor terbaik, begitu juga dengan bomba dan profesion lain. Biar kita lahirkan generasi berkualiti, cemerlang dan berbudi bahasa. “Insya-Allah selagi ada permintaan, saya akan terus memikul tanggungjawab sosial ini. Maaf kalau ada kanak-kanak lebih mendengar kata-kata saya daripada ibu bapa mereka. Sekurang-kurangnya saya membantu mereka,” katanya yang dididik bercakap dengan jelas, berkeyakinan tinggi dan mementingkan kebersihan sejak kecil.

9 comments:
Assalamu'alaikum sdr Aznil,
Semoga cita-cita saudara itu berhasil.Siapa pun kita, kita patut berkongsi pengalaman jatuh bangun dengan orang lain.Generasi muda kini memerlukan banyak contoh individu yang berjaya dan masih hidup. Sdr telah berjaya dalam bidang yang saudara ceburi. Jika diberi nilai tambah dan diperluaskan kepada bidang lain, saya percaya sdr akan membawa
pengaruh besar kepada generasi muda dan hasilnya tentu membanggakan. Tahniah.
Sahabat lama,
Abd Bashid Harun
http://gurubashid.com/blog
A'skum Abg Aznil...
Yup,keep it up.Abg Aznil memang banyak mengorbankan mase untuk masyarakat...
Baik dari segi hiburan,hinggalah ke segi motivasi...
Dengan motivasi2 yang abg aznil ceramahkan,suzy yakin pasti sedikit sebanyak dapat membantu masyarakat dalam menjadi insan yang lebih berjaya dimase hadapan kelak...insyallah...
Tapi mase abg aznil juge diperlukan oleh keluarge kan,terutama pade fifi & riki...
Abg Aznil pun perlukan mase untuk berehat...
Sebagai manusia biase pasti abg aznil penat juge,tapi sanggup ketepikan keperluan sendiri demi untuk masyarakat...
Suzy bangga dengan abg aznil,jase budi baik abg aznil allah saje yang mampu membalasnye...
Semoge abg aznil terus berjaya & dijadikan contoh,amin...
SALAM SAYANG DARI,
SUZYLINA...
salam abg aznil. hmm, ada orang dah pun sebut nama aznil sebagai calon senator kedua. saya doakan moga visi abg aznil berjaya la ya. bagus juga kalau abg aznil jadi senator ni. :) moga dapat membantu lagi industri seni kita ini.
Salam Paknil,
Saya agak bangga dengan pencapaian anak Melayu kita iaitu Paknil dalam industri tanah air. Selain memegang ijazah ekonomi dari UM, Paknil juga mempunyai bakat semulajadi dan berani membuat pembaharuan dalam industri hiburan tanahair kita.
Saya agak berbangga juga dengan pencapaian Tan Sri dalam industri tanah air, malah bila mendapat tahu Tan Sri masih belajar pada usia yang meningkat ini, saya begitu kagum. Bagi saya...
"The man who does not read good books has no advantage over the man who cannot read them"
Jadi tak banyak orang yang berilmu dalam industri tanahair kita. Saya berharap Paknil dapat menjejak Tan Sri :)
Insyaallah...
paknil.. berilmu dan beramal dan mencurahkan ilmu dan pengalaman utk generasi pelapis adalah satu langkah yg amat mulia dan sewajarnya dicontohi... tahniah...
Assalamualaikum pak nil..
Doa saya sentiasa mengiringi pak nil..
Moga visi pak nil akan menjadi kenyataan sejajar dgn kehendak negara utk melahirkan insan gemilang,cemerlang & terbilang dlm setiap bidang yg diceburi..
Andainya pak nil diberi tanggungjawab itu,harapan saya agar pak nil dpt kongsi segala ilmu yg pak nil perolehi dan juga membantu industri utk membawa satu anjakan paradigma yg lebih mantap, kreatif & inovatif pd masa2 akan dtg..dan menjadi idola utk setiap yg memandang..insyaAllah..
Good luck pak nil..;-)
Mantap.......!!!!!!!!!!!
Betul cakap Abg Aznil, kita ada hak tuk bersuara & tidak ada salahnya kalau wakil dari golongan seni lebih ramai di dalam Dewan Negara. Perkara ini bukan sahaja boleh membangunkan industri hiburan tanah air, namun turut memperjuangkan nasib anak2 seni.
Abg Aznil sememangnya ikon yang sinonim dengan kanak2 kerana perwatakan Abg Aznil yg ceria & menghiburkan. Jadi, memang tidak dapat dinafikan lagi kalau kanak2 lebih cenderung mendengar cakap Abg Aznil, yg kita tahu memang kata2nya berunsur nasihat & menyuntik semangat. Tidak salah Abg Aznil memberi ceramah kerana kita tahu Abg Aznil adalah seorang bekas mahasiswa dari Universiti Malaya yang memegang ijazah jurusan ekonomi. Selain itu juga, bakat seni yang ada dalam diri Abg Aznil juga menjadi contoh generasi muda hari ini.
Semoga apa yang dilakukan oleh Abg Aznil hari dalam melahirkan generasi muda yang berkualiti, sejajar dengan hasrat kerajaan dalam melahirkan modal insan kelas pertama, berjaya & diberkati-Nya..
Abg Aznil jangan pula asyik sangat bekerja...... kesihatan harus diutamakan..... dah beli ker mesin urut tue????????? hehehehe
pak nil anak saudara saya suka btul tgok rncangan pak nil...apa lagi kalo bkan mma ngan tom tom bak....siap wat gaya pak nil mnari n trademark tom tom bak tu...
kalo dia dh bkak tv siapla org lain tak leh tgok citer lain, dia jer yg pgang remote...cter lain takde...mma..tom tom bak...nk tgok cte lain kna tgu dia blik dlu...sabo jer la..
dalam tv panjang celoteh, dalam blog pon panjang gak hehehe.
Post a Comment