Monday, March 30, 2009

BORAK PAKNIL (28 Mac 2009)

Assalamualaikum.
Kalau sudi sila beri pandangan mengenai Borak Paknil minggu ini. Klik di sini. Terima Kasih.

26 comments:

lupekanje said...

Salam Paknil,

Ramai manusia yang tidak berjaya menjaga ketepatan waktu dalam urusan hidup mereka. Terkadang, kita pun sama tidak dapat mengelakkannya.

Tapi dalam urusan kerja, walau apa bidang sekalipun, ketepatan waktu adalah amat penting.

Manusia yang tidak memandang berat untuk menghargai masa, adalah mereka yang tidak akan dapat menepati masa ketika diberikan tanggungjawab.

Bukan hanya artis, yang bekerja di pejabat juga ramai yang dihinggapi virus ini. Mengakibatkan kerja tertangguh, tidak dapat diselesaikan pada dateline yang ditetapkan. Kemudian sibuk mengatakan bahawa masa yang diberikan tidak mencukupi! apakah itu???

Kesedaran untuk menghargai masa perlu ada dalam setiap diri. Bukan hanya masa ketika menjalankan urusan mencari rezeki...masa untuk bersama keluarga pun sama. Kekadang berjanji dengan anak isteri, tidak ditepati..mengikut masa yang ditetapkan.

Seorang yang ada kesedaran, tentu tidak akan suka apabila mereka membuat orang lain tertunggu2... sebagaimana mereka sendiri tidak mahu tertunggu orang lain juga.

Kalau mereka ada sikap, buat apa yg kita suka orang buat pada kita, dan tidak buat apa yang kita tidak suka orang buat pada kita...maka perkara ini akan dapat dielakkan...insyaAllah.

Lain kes lah kalau ada hal mengejut yang tidak dapat dielakkan. Namun seandainya ini berlaku, perlu memaklumkan yang lain agar yang lain tidak ternanti-nanti. Jangan sekali2 membuang masa orang lain...kerana masa adalah sesuatu yang tidak dapat dijual beli... masa adalah sesuatu yang tidak mungkin akan berulang kembali.

Seseorang yang dapat mendidik diri untuk menghargai dan menepati masa, adalah seorang yang akan berjaya dalam hidupnya.

Moral of the story,
Pilih lah orang yang menghargai masa untuk diamanah menjalankan sesuatu urusan.

Fieda said...

SAmapi begitu teruk sekali.. 9-10 jam.. betul2 membuang masa semua orang..hai.. menepati masa tu adalah kunci kepada kejayaan.. Kalo selalu datang lambat aorang naik muak dan menyampah..sudahya kerjaya tak kemana2 dan orang mengata2..

Su3y said...

A'skum abg aznil...

Memang suzy pun banyak dengar cerita tentang masalah-masalah sebegini...

Masalah orang datang lambat ke tempat set,tidak bertanggungjawap...

Pabila kite telah janji dengan seseorang tidak kira siapa pun beliau,seharusnya tepat pada masanya make sure kite sudahpun berada di lokasi yang dijanjikan...

Ni semua disiplin diri,jikalau lambat tidak ke kite menyusahkan orang?buat orang-orang tertunggu-tunggu berjam-jam lamanya...

Dalam situasi abg aznil sendiri yang pernah abg aznil lalui sendiri adalah sesuatu temujanji yang terpenting,maka tidak seharusnya para remaja tu datang lambat...

Walau siapa pun kite,setinggi mana pun pangkat ataupun darjat kite disiplinkan diri kite sendiri supaya tidak terlewat bertemu dengan orang lain...

Cian abg aznil & rakan-rakan seperjuangan yang lain,terpaksa tunggu begitu lama...

Ada baiknya juga abg aznil luahkannya di "borak paknil" setiap minggu tentang topic-topic yang hangat yang kadang-kala orang sekeliling tidak menyedarinya sebenarnya perkara-perkara yang tidak diingini berlaku...

Bukannya apa,untuk memberi mereka kesedaran...

SALAM SAYANG DARI,
SUZYLINA ;)

ENKAYBEAU.blogspot.com said...

Pak Nil , saya mengagumi Pak Nil kerana Pak nil adalah diantara org Melayu yang mementingkan kerjaya dan merupakan pengacara yang paling berjaya dengan alunan penyampaian pak nil yg yang di perbagaikan. apa saja yg pak nil lakukan pasti akan menarik. jika Pak nil ada masa sila lawati blog saya seorang peniaga kecil yg tidak punya cukup modal untuk membuat promosi , inlah cara yg saya lakukan , percuma

edzlin007 said...

salam paknil.

paknil antara artis yang saya tahu suka datang awal. sejak dari dulu lagi saya perhatikan banyak event mesti nampak muka paknil dulu.

harapnya dengan article ini, mereka akan lebih sedar.

naziffuddin said...

abg aznil..dihujung suku tahun pertama ni,telah diciptakan olehNya...besday saya yg ke 24 hr ni...

tHEoNeANDoNLy said...

SALAM PAK NIL.... :)

MASA itu ibarat emas yg amat berharga.. ia xkan diputarkan sekali lagi utk kita mengubah segala galanyer... Dan masa itu jugalah yg menjadikan kita lebih dewasa. Maka rugilah pd sesiapa yg tidak, dewasa mengikut putaran jam itu.. Dan masa jugalah membuat kita lebih berdisplin utk utk menguruskan masa dgn lebih bijak! BETUL x pak nil..??

all the best pak ni..!!!

Bieaz said...

Walaikumsalam Bg Nil

Terkedu Bie baca ruangan kali nie. Mana taknya sampai menunggu berjam2...

Mereka tak memanfaatkan dan mengambil peluang apa yang diberikan... Kecian Bg Nil dan yang lainNya terpacak kat lokasi awal2 top2 hal nie pulak yang timbul.

Ketetapan masa penting mendisplinkan diri.. datang awal lagi baik daripada yang lain menunggu, Tak kisah lah apa bidang sekalipun.Barah ne takkan berubah selagi belum diubah akan berpanjangan selagi diamalkan

αznιℓαnιℓαρℓє said...

Assalamualaikum Uncle Aznil (:

A'ah memang virus tu tidak ada ubatnya. Agak-agak tak akan hilang virus ni. Sebenarnya Aerin tak faham sangat apa yang Uncle Aznil katakan. Kamus didepan Aerin bila tengah baca Borak PakNil ni. Faham jugak apa Uncle Aznil katakan. Tapi ada parts yang Aerin tak faham sepenuhnya. Jadi apa yang Aerin faham, Uncle Aznil ceritakan tentang dolu-dolu Uncle Aznil berlakon dalam filem. Dengan KRU? Ada bdak2 remaja yang irresponsible. Diowrang datang set 7 jam lambat. WOW! Lama tuu. Cian, Uncle Aznil kene tunggu lama-lama. Lepas tu Uncle Aznil serik nak berlakon lagi sebab the filem "cincai bocai" dan tidak banyak yang tengok filem tu. Tak berjaya. Aerin tak tahu filem apa yang Uncle Aznil maksudkan, tapi, very the irresponsible lah diowrang tuu. Kalau filem itu tak berjaya, diowrang tak berjaya. Hotak di mana? Hmm, sebenarnya diowrang tu pergi mana sampaikan lupa ada filem yang hendak dirakamkan. Hmm, Ini sahaja lah komen Aerin (:

SALAM SAYANG & HORMAT;
Aerinisha (:

CikguSheLa said...

semoga apa yang pak nil cuba bgth dpt sampai ke hati mereka-mereka yang sepatutnya...

anne said...

salam abg nil,

virus ni bukan dalam dunia hiburan saja, merata-rata pun sama.

secara peribadi, i rasa orang yang tak punctual ni tak menghormati orang lain. Tak semestinya nak jumpa VIP saje kena tepati masa, tapi inilah budaya yang macam tak ada ubat...

p/s - Column "borak paknil" memang best. Keep on writing great stuff:-)

mustRZ said...

Salam Pak Nil..
Betul kata Pak Nil 2..mas pn slalu dgr pengarah merungut psl ktptn waktu dlm tv.. bukan stkt artis..sapa2 jer dlm dunia nie mghadapi penykit yg sama..mas yg msh stdy nie pn bhdpn dgn bnda yg sama..bak kata org.."Janji melayu"..janji pkl 8..smpai pkl 9..hmm..apa nak jd dgn generasi sekrg..
klau time nak anta asgment..group discussion..msti lambat..bukan effect dia sorg..tp suma..2 lah susah..
pendek kata..bukan stkt bdg hbrn sja mghdpi maslah ini..tp hampir seluruh aspek khdpn..

AbcPlus said...

Salam Paknil,,,,hidup biar berperaturan dan berdisiplin,,,demi masa manusia itu didalam kerugian,,,Allah Subhanahuwataala telah mengingatkan kita betapa pentingnya menjaga ketepatan masa,,,kalau nak berjaya kena pandai menghargai masa,,,yg lepas takkan boleh berulang semula,,,

Sham said...

Mereka boleh dianggap seorang yang rugi jika masih berkeadaan begitu...kenapa nk dongak ke langit kalau tahu diri tu masih awal dalam dunia hiburan? x takut ke kalau rezeki lari bila org dh naik muak dengan tingkah laku sendiri? fikir2 kan la..

http://www.anythingphotopeople.blogspot.com/

Zamir Hady said...

Salaam,

U r very down to earth paknil! Seriously, when I saw u at queensbay mall, U were like, so friendly.

Memang, saya tgk industri hiburan tanah air ni macam main2. Lepas tu, semua complain, sebab apa sokong hollywood? hmm. Pelakon2 remaja sekrang senang get involve in this industry, org yg betul2 serious nak xdpt job, dpt kt org yg nk main2. aduh. sedih dengar. i dunno la. pelik2. haih.

btw, paknil! i wanna be a radio dj one day, and i would love to try hosting too. tapi sekarang ni susah sgt nk dpt. sedih. i really really love being in this industry, sejak kecil lagi, saya slalu ckp depan cermin, buat show sendiri la, mcm2 la. i really hope. sekarang pun, my family susah, i hope i can help them, especially my mum.

paknil, kalau ada job apa2, tell me okay? pls? this is my email zamiralhady@gmail.com

seriously, u r my idol!

zamir

naznah said...

salam abg aznil...sayer ni kan, minat sesangat ler kat abg aznil ni..suker sesangat ler kat rancangan macam2 aznil ngan anak2 ku..tp, x ader episot baru ker..astro asyik ulang yg sama jer...ok lah, tentang borak paknil tu...memang dah lumrah manusia macam tu..apatah lagi bernama artis..dengan tugas banyak, kejar sana,kejar sini..orang yang mcm tu x bleh buat kire dah..laen kali,kalu nak buat aper2 kena bagitau dier 5@6 jam lebih awal..contohnyer, kalu nak jumper kul 10am, cakap ngan dier nak jumper lepas subuh...hehehe banyak sangat dah dengar artis lewak ke set..siap pengarah kena tunggu..baik cari orang laen jer kan...ambik sayer ker jd pelakon..hehehe memang mantop ler...k abg aznil ku...sayer kenal abg aznil..tp, abgaznil x pernah kenal sayer...huhuhu sedihnyer...

dana said...

salam pak nil...

ini lah masalah yg ada dlm diri manusia, tak penah nk tepati masa...

bak kata org paknil selagi blum kene kt batang hidung sndiri selagi tu mereka tak amik peduli je tntg masa...

selagi kesedaran takde dlm diri mmg tak blh nk bt apa lah... tp dana ckup kagum dgn kesabarn paknil n org2 lain yg blh tunggu sampai berejam2...

roznee said...

Aznil,

Tengok tajuk u ni....
u terlewat setahun ker????
hehehe....

min said...

Salam abg aznil...
sebenarnya masalah ni ada di mana2. Lagi teruk kalau kat sekolah... bayangkan kalau cikgu2 lwt masuk kelas... mcm2 incident bleh berlaku pada murid2..
Cuma satu kita pegang... ITU PEKERJAAN KITA, HALALKAH PENDAPATAN YANG KITA PEROLEHI BILA MASA SEPATUTNYA KITA BEKERJA,TIDAK KITA GUNAKAN SEBAIKNYA..
Dulu lecturer saya pernah tanyakan kitaorang "SEMINIT MASA BEKERJA AWAK DIABAIKAN,BERAPA RM DARI PENDAPATAN AWAK ITU TIDAK LAGI HALAL?"

Sampai sekarang saya tak terkira dan kalau boleh kira pun... takut rasanya nak kira...

SENDIRI MAU INGAT LA...

Adiwarnatasya said...

Semoga Pak Nil success selalu...All the best....

Adiwarnatasya said...

Salam...Semoga Pak Nil success n all the best.....

NieRadiNa said...

salam paknil..

dh baca lama dah borak paknil nih..N saya tau sesangat sapa artis yg blakon ngan paknil dlm cter tuh..yela paknil x bnyak sngat blakon flm ,senang teka...he..he...

paknil..virus yg x bleh mati ni mmg ada kt mna2 pun.. hatta dia org biasa skali pun..kt ofis sya pun bila diadakan mesyuarat mmg ada yg akan smpai slepas 15 minit atau stengah jam msyuarat brmula....sdangkan 2,3 hari sbelumnya sudahpun diuar-uarkan mesyuarat ini..siap kluarkan memo dalaman lg..ntahla diorg ni kdang2 xphm sya..

sya suka contohi sikap Tun Dr.Mahathir Mohamad..yg mmpercepatkan jam tgnnya 5 atau 10 mnit awal dr waktu sbenar..mndisiplinkan drinya agar dtang tepat pada masa atau lbih cpat dr org lain...Dan itulah yg lakukan skrg..smpai skrg pun ,xpnah sya dtg lmbat ke ofis atau ambil MC krn sya fikir bgitu rmai org diluar sna yg susah nk mndapatkan pkerjaan dan sya sharusnya bersyukur sya mmpunyai pkerjaan yg tetap dan bgus..dan saya mnghargai kerja saya dgn bkerja bsungguh2 krn ini sumber rezeki sya juga..

G'Zain said...

Abg Aznil,
Dari dulu saya memang kagum dengan cara Abg Aznil menepati waktu, u work so hard and that one rule is a winning rule for u. Saya ingat lagi zaman Abg Aznil mula nak naik and masa tu opis Abg Aznil kat Pandan. U start from below and u always tepati waktu and I strongly believed to gain trust and respect time management plays a key role.

Ha jangan tak tahu dari zaman saya remaja hingga dah ada anak ni kerana mengkagumi cara kerja Abg Aznil I want to be as good as you and now I am what I am. Percaya tak my daughter said this to me nak jadi macam Uncle Aznil..

Thank you Abg Aznil for make a different in entertainment industries.

(shah) 사롤™ said...

salam paknil dari ukraine.

princess_eryna said...

Not Found

The resource you requested was not found. Have a look at all sections available or search our News Archive[1991 - current]. - nih jerrr yg ade paknil.... x sempat nak baca laa...

hangeng said...

This season is all about lace. thomas sabo schmuck günstig I am talking about crocheted cotton lace, sabo charms the kind your great grandmother thomas sabo engelsflügel wore. Think of the old doilies she used to angebote thomas sabo make. Lace is on everything these days from clothing, handbags and the rest of the accessories. You will see handbags made out of it or adorned with it. It is made into lightweight thomas sabo
flowy scarves. Bangles are big and anhänger thomas sabo covered in lace with matching necklaces and earrings. The thomas sabo kette
necklaces have lace beaded into it, thomas sabo 2010 beaded with lacey disk beads thomas sabo online shop
or lacey beads themselves. It will not be hard to find a great shirt with lace on the top and accessorize it with matching earrings, thomas sabo halsschmuck
necklaces, scarves or handbags. thomas sabo ohrringe Use them tastefully together but don't go overboard. A little of each goes a long way. Handmade is big in this category so don't go looking only at stores; keep those art shows in mind for that unique great find.