Bayangkan selama ini Paknil cuma menghantar kereta Paknil ke tempat cucian kereta. Bukan Paknil tak pernah basuh kereta, Pernah. Itu pun dalam 20 tahun yang dulu.
Hari sabtu lepas kenangan basuh kereta jadi kenyataan semula apabila Paknil bersama Din Beramboi dan geng penyampai Era yang lain seperti Adi, Ray, Burn dan Rizal ditugaskan membasuh kereta pendengar Era.
Ini semua gara-gara Riuh Pagi vs Petang Era tajaan Shell Helix. Di bawah panas terik di tempat letak kereta AEON Bukit Tinggi kami berkumpul bersama penyampai dari stesen radio Mix FM dan MY FM.
Ramai gak pendengar Era yang muncul bawa kereta. Tapi yang beshnyer bila ada pendengar Era nama Lela siap bawakan Mee Jawa dan kuih Seri Muka untuk kitorang.
Mulanya Paknil rasa janggal gak membasuh kereta sebab tak tau nak mula kat mana tapi lepas satu kereta skill lama datang balik.
Bermula pukul 10 pagi sampai 1 petang (3 jam) kami berjaya mencuci 31 buah kereta! Pukul rata kami mencuci 10 kereta sejam!
Kelakar jugak lah sebab ada bermacam jenis kereta yang muncul dan bila Paknil berkesempatan memandu kereta mereka keluar dari tempat cuci, macam-macam barang Paknil jumpa dalam kereta.
Ada yang buat kereta mereka macam rumah! Paknil rasa, kalau dikorek-korek bawah kerusi, dapur pun ada! Ada jugak yang tukar kereta mereka sehingga menjadi kereta lumba. Macam nak ‘drift’ aje.
Walaubagaimana pun, Paknil tetap happy sebab bukan sahaja dapat berjumpa dengan pendengar Era tetapi dapat juga mengasah skill membasuh kereta yang dah lama Paknil tinggalkan. Hehehe….

